Sabtu, 14 Ogos 2010

Pernah Tak Muka Korang Lumpuh Sebelah?

Bells Palsy ni bukanlah artis,gadget elektronik mahupun makanan segera.Kat sini aku nak cerita pengalaman aku menghadapi Bells Pulsy lebih kurang 1 stengah tahun dulu.Penyakit ni tak sakit,tapi korang akan terasa tension.Bells Palsy ialah satu penyakit dimana muka pesakit akan dis'able' separuh dan tidak boleh digerakkan...

Euuuuuu!!!Takotnya!Cmana nak makan,senyum,mengunyah nasik,makan roti canai atau mengenyit mata kat awek??Tension woo..

Sedikit cerita mengenai Bells Pulsy.Nak tau cara merawat mesti la kena tau ape benda Bells Palsy tu.Bells Palsy ialah penyakit dimana saraf yang mengawal sebahagian muka telah rosak diserang sejenis virus.Virus tu menyebabkan signal dari otak tak dapat disampaikan ke organ-organ di muka yang kita nak gerakkan.Dalam sesetengah kes,otot muka akan permanently lumpuh sekiranya tidak dirawat.Bahaya jugak penyakit ni.

Virus ni ada dalam setiap tubuh manusia tetapi tidak aktif.Apa yang menyebabkan virus ni aktif ialah akibat trauma,keadaan persekitaran,tekanan,metabolisma dan emosi yang tidak stabil.

Tanda-tanda terkena Bells Palsy

Berdasarkan pengalaman aku,sebelum kena sakit ni mata akan berkedip dengan rapidly dan kerap terutama waktu malam.Lidah terasa kebas sebelah dan susah nak senyum.Mata akan berair sebab kelopak mata tak boleh berkelip.Bahaya pada mata sebab terdedah kat habuk.Lepas dua atau 3 hari keadaan tu berlaku,muka akan completely disable sebelah.

Dalam tempoh dua ke tiga hari lepas terkena,cepat-cepat pergi hospital.jangan pergi klinik sebab doktor klinik still akan refer pesakit ke hospital.


How To Cure Bells Palsy?

Dari pengalaman aku,pesakit akan dirujuk ke Bahagian Neurologi hospital dengan segera sebab simptomnya hampir menyamai Stroke.Sekiranya doktor sahkan yang memang terkena Bells Palsy,jangan risau.Still boleh dirawat dan pulih dalam tempoh 3 minggu - sebulan.Yang penting dapatkan rawatan segera.


Preskripsi Doktor

Senarai ubat yang perlu dimakan selama sebulan tempoh rawatan:

1.Prednisolone(Corticosteroid) =12pcs x 7 hari,6pcs x 7 hari,3pcs x 7 hari,1pcs x 7 hari

2.Ascorbic Acid = 2pcs x 30 hari

3.Vitamin B Complex = 1pc x 30 hari

Selain dari makan ubat mengikut jadual,kena banyakkan rehat,tidur kat tempat gelap(aku pun tak paham kenapa doktor suruh aku buat macam tu),jangan bagi muka terkena angin dan sebelum tido,'tape'kan mata yang tak boleh tertutup tu.Bahaya kalau kuman masuk,kang infection lak.

Penyakit ni sangat jarang berlaku,cuma kalau kena sure gelabah punya.Masa aku kena penyakit ni,aku tengah sibuk stadi untuk final exam Sem 2,ditambah lagi kerja banyak kat kilang.Mujur sem tu dapat point 3.84,huhu!

3 ulasan:

Mr Johndo berkata...

Salam bro.. Aku da kene penyakit ni huhuhu

Norazura Mohd Rahim berkata...

Mcm mna? Skrg dah ok ke? Kwn aku kena ni...

Aety Hassan berkata...

Salam kenal buat empunya blog.. saya rasa saya sedang mghadapi simptom ni.. same like u, saya sdg mghadapi exam semester 2 + work.. aduss.. TQ for the info.. sememangnya sangat berguna..