Selasa, 10 Ogos 2010

Kacip Fatimah (Labisia Pumila)

Kalau Tongkat Ali khas untuk orang lelaki,Kacip Fatimah plak untuk kaum wanita.Tak lengkap keluarga tumbuhan herba kalau tak disenaraikan sekali pokok yang juga dikenali dengan nama sains Labisia Pumila ni.



Kacip Fatimah tumbuh di kawasan bertanah rendah,berair dan membiak melalui biji benih.Begitu juga untuk tanaman komersial,dimana benihnya disemai didalam polybag tidak memerlukan penjagaan yang rumit.

Dalam bidang perubatan tradisional,kacip fatimah digunakan untuk merawat dan mengekalkan fungsi-fungsi kewanitaan,sama seperti kegunaan Tongkat Ali pada kaum lelaki.Bahagian yang digunakan untuk tujuan rawatan adalah bahagian akarnya yang telah dikeringkan dan direbus untuk mendapatkan airnya.bagi masyarakat Melayu,kegunaan utama air rebusan Kacip Fatimah ialah untuk merawat ibu-ibu selepas bersalin.

Manakala bahagian lain tumbuhan ini boleh digunakan untuk merawat buasir.

PENGEKSTRAKAN KACIP FATIMAH

Untuk mendapatkan ekstrak Kacip Fatimah

Tiada ulasan: