Khamis, 26 Ogos 2010

Gundam+Gashapon

Hari ni boleh dah aku upload gambar koleksi Gundam aku.Tak la banyak pun tapi cukup buat aku teruja tiap kali belek koleksi aku.
Sikit info pasal Gundam:
1.Siri TV pertama Gundam,Mobile Suit Gundam disiarkan pada 7 April 1979
2. Bandai merupakan pemegang lesen untuk mengeluarkan Gundam Model Kit.
3.Diasaskan oleh seorang animator bernama Yoshiyuki Tomino.
4.Designer terkenal Gundam ialah Katoki Hajime,yang masyhur dengan rekaan khas siri Ver.Ka(Version Katoki Hajime)
 XXXG-00W0 Wing Gundam Zero Custom

Koleksi pertama aku,Keroro Robot MK2;

Sergeant Keroro dan Robot MKII.Koleksi pertama yang aku beli masa bulan puasa tahun 2007.Harga masa tu RM33++.Tadi aku tengok kat http://www.yesasia.com/ harga dia MYR62.55!Mahalnya.
Start pada tu aku rajin beli sekurang-kurangnya 1 Gundam HG (High Grade) sebulan.Ni antara seciput koleksi Gundam HG yang aku ada:

Gundam Exia 
GAT-01A2R Slaughter Dagger

















                                                                                                     
ZGMF-1000A1 Lunamaria Hawke Custom
MSV01+I.W.S.P Strike Rouge

















                                                       

ZGMF-X23S Saviour Gundam

Koleksi terbesar yang aku ada,ZGMF-X20A,Strike Freedom Gundam (MG)Master Grade:


Kat sudut bawah kanan gambar korang perasan tak AE86 Takumi Fujiwara dari siri famous yang mencetuskan fenomena drift kat Malaysia ni,Initial-D.Ada kisah menarik macamana aku boleh dapat AE86 ni.Asalnya dia dijual dalam kotak yang serupa dengan 9 lagi kotak model kereta dalam siri Initial-D.Tapi aku tak nak kereta lain,aku nak jugak AE86 ni.

Tapi takkan nak kena beli 10 kotak kot.Kita tak tau apa kereta yang ada dalam setiap kotak.So,kena tawakkal la.B4 dat,pekedai dah buka satu kotak yang ada AE86 standard.Bila aku datang balik kedai tu,dah ada orang beli.Aku dah kecewa giler!Aku pun gamble jela,beli mana-mana kereta pun takpelah.Aku goncang kotak tu pelan-pelan...Hehe!Nak dijadikan cerita,bila aku dah bayar(harga RM 20),buka kotak n surprise!!

Dalam kotak tu ada AE86 dengan kaler hood hitam.Kereta AE86 Takumi Fujiwara ni berhood kaler hitam lepas bapak dia tukar enjin 4A-GE yang pecah masa lawan dengan EVO 3.Enjin baru bawah hood hitam ni 4A-GE 20V Silvertop dari kereta AE101.Ni la koleksi selain dari Gundam yang aku sayang gile.
Selain tu jugak,aku rajin beli mainan kapsul Gashapon.Tiga keping token(RM4 each) untuk satu kapsul.Seronok main Gashapon ni sebab kita tak tau apa yang kita dapat.Kat bawah ni koleksi Gashapon and Gundam.

Son Goku dan rakan-rakan