Kebelakangan ni kalau anda perasan,banyak jenama tayar pelik-pelik yang sebelum ni kita tak pernah dengar pun.Kebanyakan dari kita hanya mengenali jenama Bridgestone,Dunlop,Continental,Falken dan beberapa lagi jenama popular.Jenama-jenama popular ni kebiasaannya datang dengan harga yang premium,atas faktor R&D yang khusus untuk mengoptimumkan potensi tayar terhadap cengkaman ketika basah,berhenti dan ketahanan.
Bagi yang mampu,tak jadi masalah untuk membeli jenama premium contohnya Michelin,tapi kalau pemilik kereta yang tak berapa nak mampu jaga dengan baik,apakah pilihan mereka untuk tayar sekiranya dah botak?
Dibawah adalah jenama-jenama tayar mengikut kategori harga premium hinggalah tahap bajet ketat.Pilihan dipoket anda.
Premium | ||
Bridgestone | Continental | Michelin |
Goodyear | Pirelli | Dunlop |
Pertengahan | ||
Avon | BF Goodrich | Cooper |
Falken | Firestone | Fulda |
Marangoni | Hankook | Kumho |
general | Nokian | Toyo |
Uniroyal | Vredestein | Yokohama |
Ekonomi | ||
Achilles | Apollo | Barum |
CEAT | Debica | DMack |
ESA Tecar | Federal | GT Radial |
Infinity | Kenda | Kleber |
Kormoran | Marshal | Matador |
Maxxis | Meteor | Nankang |
Neuton | Nexen | Nitto |
Radar | Riken | Sava |
Zeetex | Silverstone | Sunny |
Semperit | Zeta | |
Bajet | ||
Accelera | Admiral | Altenzo |
Austone | Autogrip | BCT |
Dextero | Event | Evergreen |
Fullrun | Gislaved | Goodride |
Hero | Herse | Jinyu |
Lassa | Linglong | Maloya |
Mastercraft | Mohawk | Petlas |
Primewell | Roadstone | Rockstone |
Rotalla | Runway | Sailun |
Star Performer | Starmaxx | Sunew |
Syron | Triangle | Tyfoon |
Wanli | Westlake |
Macam-macam jenama kan?Pernah dengar jenama tayar Linglong,Wanli,Semperit dan Karipap?
Karipap tu saje aku menokok tambah.
Pengkelasan diatas dibuat berdasarkan kategori harga,bukan prestasi.Secara amnya,tayar premium sememangnya berprestasi tinggi,tapi bukan bermakna tayar murah semuanya tidak bagus.
Mari sekolah sikit lagi pasal tayar.
Pertamanya kod asas,contoh(175/65/R14)
175:Kelebaran tayar (mm)
65: peratus ketebalan berbanding lebar (65%)
R: Binaan tayar (R:radial)
14: Saiz rim
Ini adalah asas.Untuk tekanan udara,rujuk saranan pengeluar kenderaan.
Tetapi ada beberapa lagi maklumat pada tayar yang boleh kita dapat seperti Traction,Treadwear dan Temperature pada sidewall tayar.
Traction:Abiliti tayar untuk menghentikan kenderaan diatas permukaan basah
Kategori:Terbaik AA,diikuti A,B dan paling rendah C.
Treadwear: Pengelasan kadar kehausan tayar
Kategori: Semakin tinggi nombor semakin tahan lama,contohnya tayar dengan rating treadwear 400 seharusnya dua kali lebih tahan lama berbanding tayar dengan rating 200.
*Rating ini juga bermaksud kompaun getah yang digunakan samada keras,sederhana atau lembut.Tayar lembut cengkamannya lebih baik,tetapi cepat haus.
Temperature:Ketahanan tayar terhadap suhu dan kebolehan untuk menyingkirkan haba
Kategori: A,B dan C.Kategori A lebih sejuk dan C panas.Panas tidak bermakna ianya tidak selamat,cuma berdasarkan rating tersebut tekanan angin dan beban yang sesuai harus digunapakai.
Selamat membeli tayar!
*Info jenama tayar,tyrereviews.co.uk