Memaparkan catatan dengan label Acara Bebas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Acara Bebas. Papar semua catatan

Ahad, 11 Disember 2016

Blogging vs. Facebook

Sesekali bila aku belek-belek list blog kat kolum Blogger Update blog aku ni, nampak benar platform blogging dah semakin hilang sengat. Semua blog yang aku follow dah berbulan-bulan tak ada posting baru. 4-5 tahun dulu nama-nama besar macam Hanis Zalikha dan Fatin Liyana( sekadar menyebut beberapa nama ) tak lagi menulis artikel baru sejak beberapa bulan lepas.
Tu,Fatin Liyana yang follower lebih 40k pun last posting dia Jun 2016. Yang tak berapa nak femes lagi la, terkubur terus.
Busy? Ya, zaman bujang boleh la tulis sampai 3,4 artikel sehari. Bila dah berkeluarga ni, serius susah nak komitmen macam dulu-dulu.
Kecuali blogger lelaki, aku tengok Ben Ashaari dan Ariff Shah masih konsisten menulis. Lelaki tak busy ke macamana?
Sekarang ni kebanyakannya memilih Facebook sebagai platform menulis. Lebih meluas capaiannya. Yang perempuan lebih gemar dengan platform Instagram sebab orang perempuan kan suka bergambar dan berfesyen.
Aku pun dah lama berFacebook,cuma tak ada niat nak buat page macam page viral. Sebabnya niat.
Kebanyakan page-page viral lebih mengutamakan like dan share, tanpa mengambilkira kredibiliti kandungan cerita.
Stail macam ni aku tak gemar, sebab memperbodohkan masyarakat. Korang semua tak perasan ke kalau ada isu-isu hot dalam masyarakat, berjemaah la kita komen maki-makian. Bila dengar cerita sebelah pihak lain, kita dok pakat maki-makian sebelah sana balik.
Tak rasa bodoh ke 'ditendang' sana sini?
Diorang peduli apa berita tak betul,korang baca, komen pastu share pulak lagi la diorang suka. Zaman duit semua jalan.
Instagram pulak lain konsepnya. Kat insta takde posting panjang lebar, cukup sekadar foto dan kapsyen. Aku baru je cuba bermain Instagram.
Game dia sama je, kau cantik, follower ramai, then kau boleh buat duit dengan review produk.
Produk pseudosains pun tak apa janji bayar.
Dari segi peribadi pulak, tak kisah kejap on tudung pastu buka tudung belanja longkang.
Maknanya apa?
Lagi 10 tahun tak tahulah orang peduli lagi ke tidak dengan penulisan berbentuk ilmuan. Ada satu page sejarah tu aku minat betul, masalahnya kena bayar yuran akses. Aih....
Korang-korang yang baca blog aku ni harap-harap masih lagi termasuk dalam golongan suka membaca dan cintakan ilmu. Dalam mencari glamor di fb atau insta, bawa sekali penulisan jujur dan berilmiah.
Tapi itulah, zaman berubah. Banyak page-page Facebook yang bagus, contohnya The Patriot, Root of Science, Pseudoscience Watch, dan beberapa lagi. Pilihlah page yang betul.
Elakkan share sesuatu sebelum buat cross check, apatah lagi kalau artikel tu datang dari laman web yang alamatnya merepek-repek. Aku berani cakap 99% contentnya misleading, tajuk gempak habis, isi jahanam.
Sekian.

Isnin, 9 Mei 2016

Notifikasi Umum

Assalamualaikum salam sejahtera semua,

Harap maaf atas kesulitan pembaca mencapai laman ni sejak bulan Mac kalau tak salah aku.Ada sedikit kesulitan berkenaan verifikasi domain yang aku pakai sebelum ni.
Dalam tempoh waktu kesulitan tersebut,aku buat blog baru dalam blogspot dan import content blog5zal.com ke blog5zal.blogspot.my.
Buat masa ni carian Google amat menyedihkan berbanding zaman pakai domain sendiri.Tapi tak apalah,asalkan content lama masih boleh diakses dari blog baru.

Itu saja aku nak cakap buat masa ni.Jumpa lagi nanti.:)


Isnin, 18 Januari 2016

Penutup Tahun 2015 (Pending...)

Assalamualaikum,
Mohon maaf  banyak-banyak sebab amat jarang update tahun ni.Kekadang bila jumpa benda menarik untuk ditulis,masa pula tak ada.Ini pun curi-curi sikit masa waktu petang sementara internet tengah down.

Tanpa membuangkan masa,aku teruskan kepada point bebelan aku untuk kali ni.Dua benda yang aku rasa nak cerita iaitu pasal Terminal Jengka Sentral dan juga Proton Persona.

Bagi sesiapa yang duduk disekitar Jengka,kampungnya di Jengka atau adik-adik yang bekajar di UITM Jengka,mesti biasa dengan Terminal Jengka Sentral ni.Terminal ni adalah bangunan baru yang dibina untuk menggantikan terminal bas lama yang tidak lagi sesuai menampung keperluan semasa.Secara umumnya Jengka Sentral menempatkan kaunter tiket bas,premis-premis perniagaan,medan selera dan sebuah pusat bowling di aras atas.

Selepas bangunan ni siap awal tahun 2015( kalau tak silap ),hujung minggu lepas merupakan kali pertama aku memasuki bangunan berkenaan.Masa mula-mula Terminal Sentral ni siap,aku rasa terminal ni memang cantik dan memadai untuk memenuhi keperluan pengguna.Terutamanya impression bila dipandang dari luar.

Bila aku masuk kedalam untuk ke pusat bowling, keadaan dalaman agak menyedihkan.Lot-lot kedai masih banyak yang kosong,eskalator yang tidak berfungsi,kebersihan toksah cakaplah,bersepah tahi burung di lantai dan hand rail tangga serta medan selera yang kelihatan hidup segan mati tak mahu.

Persoalan pertama,bangunan Terminal Jengka Sentral ni dibawah pentadbiran siapa?Majlis Perbandaran?Kalau dibawah Majlis Perbandaran,mohon pihak berkenaan melantik kontraktor kebersihan dan penyelenggaraan untuk memastikan bangunan baru ni menjadi petunjuk tahap kebersihan Bandar Jengka.Katakanlah pelancong/orang luar datang dengan bas,tak malu ke benda pertama yang orang nampak ialah terminal bas yang selekeh?

Bila kebersihan dan fasiliti terjaga dengan baik,secara perlahan-lahan peniaga mula memenuhi lot-lot kosong dan terminal Jengka lebih meriah dengan pengunjung.Sayang sungguh infrastruktur macam ni tidak ditadbir dengan baik.Akan datang entah macamana pula dengan Stadium Jengka yang bakal siap tak lama lagi.

Next.

Sudah hampir tiga minggu aku menjaga sebuah Proton Persona 1.6 Manual basic tahun 2008.Ownernya siapa tak perlulah aku cerita sebab kereta tu dalam proses hendak dijual.Sementara menunggu pembeli,ada la beberapa kali aku pandu dan paling jauh aku drive balik Pahang.Dengan mileage sekitar 142k,’usia’ kereta ni sedikit muda berbanding Myvi aku yang didaftarkan tahun 2009,tetapi dah berjalan sejauh 220k kilometer.
Dua perkara sahaja yang aku suka dengan Persona ni iaitu gear shifting yang terasa pendek dan juga penyaman udara yang sejuk gila.Yang lain,maaflah.Samada isu kualiti atau kereta tu memang tak sesuai dengan aku.

1.Interior
Aku mulakan dari interior dulu.Posisi memandu ok,cuma saiz badan aku agak menyukarkan aku keluar masuk sebab peha tersangkut stereng.Wife aku pun mention perkara yang sama sebab posisi yang ‘mendap’ menyukarkan proses keluar masuk.Meter bahanapi pulak agak sewel.Bila enjin dimatikan,meter tak mau naik dah walaupun bahanapi penuh.Dalam keadaan paras bahanapi kurang ( 1/8 tangki) sebelum dimatikan enjin,esok pagi meter tunjuk ‘E’ dengan lampu amaran menyala.Petrol hilang ke cmana?
Biasanya penunjuk simbol pam petrol kat panel meter ada anak panah kan yang tunjuk kat sebelah mana posisi untuk mengepam bahanapi.Kiri atau kanan.Agak pelik bila anak panahnya tak ada.1st time memandu memang agak kalut sikit.
Bunyi reverse sensor sangat perlahan.Mula-mula aku ingat rosak,rupanya ada berbunyi tapi halus benar bunyinya.Seram aku tiap kali nak reverse kereta ni.

2.Sistem audio
Pada trim pintu depan kelihatan grill speaker,tapi tak bunyi langsung.Faulty atau memang standard tuningnya macam tu aku tak pasti.

3.Handling
Bila sebut soal ride and handling,ramai yang akan puji Proton.Barangkali benar.Kali terakhir aku memandu Proton dengan sedikit gila di Lebuhraya Karak ialah dengan menggunakan Satria.Memang melekat.Tapi masa tu belum zaman Lotus.Sekali lagi aku agak pelik dengan behaviour Persona yang aku pandu ni.Cengkaman di selekoh agak baik,tapi sedikit liar dan kurang accuracy.Ditambah lagi dengan suspensi yang lembut,olengannya agak terasa.Bila dalam keadaan macam ni,agak sukar untuk menjangka limit yang boleh diterima oleh tayar.Pendek kata boleh berlaku overkonfiden disitu.Buat pertama kalinya wife aku mengadu agak mabuk dengan suspensi lembut.
Macamanapun aku tak meletakkan sepenuhnya pada kesalahan teknologi.Memandangkan kereta tu agak berusia,mungkin ada mana-mana wear & tear yang menyebabkan kejituan pemanduan terjejas.

4.Enjin/Ruang enjin
Pertama kali aku belek enjin Campro,pada aku enjin tersebut ‘bulky’ untuk sesaran sebesar 1.6 liter.Respon dan tork pertengahan bagus cuma final ratio gearnya bagi aku agak besar.Pada 100kmj,meter rpm menunjukkan bacaan 3000rpm.Untuk kereta bersesaran 1.5 liter keatas,sepatutnya rpm berada sekitar 2600-2700 rpm.Bayangkan pengurangan 300-400 rpm ni boleh menjimatkan berapa banyak petrol.

Di perenggan kedua tadi aku ada sebut pasal shifting gear yang pendek.Agak seronok bermain gear sebab pertukaran gear terasa solid,malangnya menurunkan gear tidak seronok langsung.Maksud aku feel solid tu sedap,tapi gear susah untuk dimasukkan.Rugi 1/2 second kat situ macam klac terlalu pendek sedangkan klac cukup panjang.Entah dimana silapnya tak tahulah.1/2 second kalau speed 120kmj,dah masuk selekoh lewat sangat dah tu.

Satu pemandangan yang menarik perhatian aku ialah susunan pulley-pulley alternator,pam power steering,kompressor air cond dan pam air.Unik sungguh.Sehelai belting menjalankan empat kerja tu aku tak hairan.Yang aku rasa pelik sikit ialah posisi tensioner.Posisinya menyebabkan belting dipaksa untuk ‘bend’keluar dan kedalam dengan maksimum.Mungkin untuk mencapai surface contact maksimum pada kesemua pulley.Dalam keadaan tekanan kerja semacam ni satu saja tekaan aku,jangkahayatnya tidak panjang.

Untuk yang terakhir,aku perasan saluran tabung air untuk wiper dan berbalut plastik dan diikat getah.Jangkaan aku mungkin tudungnya hilang.Rupa-rupanya dah reput dan patah.Aduhai….Aku rujuk kat member yang pernah pakai Gen2,memang cepat reput benda tu.

Kesimpulannya macam nilah,mungkin kereta ni memang tak sesuai dengan aku.Orang lain pakai mungkin ok,aku pakai plak yang dah berusia,so agak tak adil kalau aku menyalahkan kualitinya…


Sekian,jumpa lagi tahun depan,:) (Dah 18 hari di tahun 2016)

Jumaat, 10 Julai 2015

Teknik Mission Impossible

Aku terjumpa ‘idea’ ni semalam.Baca dah fahamkan.Ni aku copy direct je ni,tapi dengan pembetulan ejaan.Aku pantang sikit ejaan tak betul kalau cerita benda serius.Ini bukan idea kawan aku eh,aku tak kenal pun siapa punya idea dan siapa yang tukang post.
____________________________________________________________________________
Suami isteri bergaji RM 2k seorang tapi boleh memiliki 4 buah rumah + kereta yang selesa + RM 50k saving...Mustahil?
Idea ini dari sahabat saya Tuan Khairul Ezuwan
Situasi pasangan suami isteri yang bergaji bersih RM1800 setiap seorang. Ambil kenaikan gaji 10% setahun @ RM180 setahun.

A) Suami
1. Buat simpanan secara konsisten.Setiap bulan RM1,000 dalam ASB, pakai transfer online setiap kali dapat gaji. Pastikan Buku ASB dipotong. Lepas 1 tahun ada simpanan cash RM12,000
2. Keluarkan RM7,000 buat deposit.Cari rumah lelong yang berharga RM70,000 (cari mesti ada). Kos-kos lain masuk dalam pinjaman.Bayaran bulanan RM350. Gaji bersih waktu ini RM1,980. Masa ini DSR adalah 17%. Sewakan rumah tersebut RM600. Buat tenancy agreement. Gunakan semua RM600 untuk bayar installment bulanan rumah tersebut. Waktu ini baki
simpanan RM12,000 - RM7,000 = RM5,000.
3. Teruskan buat simpanan bulanan RM1,000 selepas 6 bulan beli rumah yang pertama tadi. Jumlah simpanan sekarang RM5,000 + RM6,000 = RM11,000.
Gunakan lagi RM7,000 untuk deposit sebuah lagi rumah lelong berharga RM70,000. Bayaran bulanan RM350 .Waktu ini Gaji RM1,980 + (RM600 (tenancy agreement) x 80%) = RM2460. DSR waktu ini adalah 27%. Sewakan RM600 rumah kedua ini.Buat tenancy agreement.Cuma bayar RM350 untuk installment rumah ini. Baki pulangan sewa RM250 buat bayaran extra kepada rumah pertama (target = habiskan rumah pertama dengan secepat mungkin).
Baki simpanan RM11,000 - RM7,000 = RM4,000 serahkan kepada isteri.
4. Buat pinjaman ASB 200K, Komitmen bulanan RM1,200. DSR waktu ini 65%. (Max. untuk DSR ASB 80%).
Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB. Total dividen compounding + value cancel = RM60,000
5. Dengan extra payment yang dibuat ke rumah pertama selama 3 tahun baki rumah tersebut tinggal RM44,000. Gunakan hasil ASB RM60,000 untuk buat full settlement rumah pertama. (rumah pertama bebas dari pinjaman). RM60,000 - RM44,000 = Baki cash RM16,000.Duit EPF Akaun 2 waktu ini ada RM10,000 .
6. Cari Rumah untuk duduk sendiri yang berharga 300K dengan monthly installment RM1500. Buat mark up loan. (cari rumah 10% below market value @ 0 deposit)
Dengan nett Gaji waktu ini RM2,520 + rental income .
Max kelayakan DSR 70% = DSR waktu ini ialah 52%

B) Isteri

1. Beli Perodua Kelisa terpakai yang berharga RM20,000 dengan bayaran bulanan RM300. Buat simpanan tetap bulanan dalam ASB RM200 sebulan. Selama 18 bulan = RM3,600. Dalam akhir step 3 suami, beliau serahkan RM4,000 kepada isteri. So total cash Ada RM7,600.
2. Beli rumah lelong yang berharga RM70,000 dengan bayaran bulanan RM350. DSR waktu ini 33% (RM300 Kereta + RM350). Sewakan rumah ini RM600 dan buat tenancy agreement. Bayar kepada pinjaman Rumah RM350, Masih Ada baki cash flow RM250.
3. Kekalkan komitmen simpanan bulanan RM200 tetapi tukar kepada kaedah pinjaman ASB RM75,000 . Installment bulanan adalah RM450. Gunakan RM200 + RM250 (cash flow sewa rumah) = RM450 sebagai installment pinjaman ASB tersebut. Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB . Dividen compounding + cancel loan = RM18,000 + RM5,000 = RM23,000 cash. Baki pinjaman kereta waktu ini RM9,000. Gunakan cash untuk buat full settlement kereta RM23,000 - RM9,000 = RM14,000. Duit EPF Akaun 2 waktu ini ada RM10,000.
4.Trade in Perodua Kelisa, beli Toyota Vios RM70,000 = installment bulanan RM800. DSR waktu ini 37%

DSR (Debt Service Ratio)
Suami pada step no.6 + Isteri pada step no.4 (hampir 5 tahun dari step pertama)
------------------------------------------------
Income:
Total Gaji waktu ini: RM2,520 x 2 = RM5,040
Sewa 3 biji Rumah = (RM1,800 x 80%) = RM1,440
Total nett income = RM6,480 (➕)
Hutang : RM350 (Rumah kedua suami)
RM1,500 (Rumah duduk sendiri)
RM350 (Rumah pertama isteri)
RM800 (Kereta baru isteri)
Total hutang : RM3,000 (➖)
Total DSR Suami + Isteri = 46%
Total cash di tangan :
Suami =RM16,000 + EPF keluar RM10,000
Isteri =RM14,000 + EPF keluar RM10,000
Total cash di tangan = RM50,000
Total income bulanan bersih = RM3,480
Memiliki 4 property dan kereta yang selesa

Ada masa-masa tertentu Kita perlukan sedikit pengorbanan untuk mendapat keselesaan & kesenangan pada masa akan datang, jika anda sanggup, anda boleh
ikut. Jika tidak sanggup, share lah juga perkara ini kepada orang lain, mungkin mereka perlukannya. Thanks baca sampai habis.
'Idea adalah pembuka minda, bukan semestinya pelaksanaan'. Padan kan situasi dengan keadaan diri anda sendiri’
___________________________________________________________________



Tak taulah korang baca sampai habis ke tidak.Aku dah baca berulang-ulang kali.Untuk orang lain aku tak pasti,tapi pendapat jujur peribadi aku,ianya tidak realistik untuk dipraktikkan.Aku ulaskan point nombor satu (suami) sahaja.
Situasinya pasangan bergaji bersih RM1800 seorang.Dalam step pertama,si suami dikehendaki membuat simpanan ASB RM1000 sebulan selama setahun.Baki gaji tinggal RM800 untuk survival selama setahun.

Persoalannya,
Bergaji bersih RM1800 dan sudah berkahwin kemudian berani membuat simpanan ASB sebanyak RM1000,ada sesiapa berani buat?
1.Sepanjang setahun tempoh menyimpan,pasangan ini duduk dimana?
-Tak perlu sewa rumah?
-Tak perlu belanja harian?
-Tak perlu bil-bil utiliti?
-Tiada komitmen taska anak dan consumables seperti lampin pakai buang?
-Susu?
-Barang-barang dapur?
Aku dapat bayangkan pasangan ini jika betul bergaji bersih sebanyak itu,pasti mereka tinggal di rumah kotak,tiada komitmen anak-anak,ibu-bapa dikampung,makan kutip dari tong sampah dan bergerak kemana-mana dengan berjalan kaki sepanjang satu tahun pertama.
Kecuali,apa yang dimaksudkan penulis ialah,gaji bersih RM1800 sesudah selesai menolak komitmen-komitmen wajib setiap bulan.Pada anggaran aku,pasangan diatas perlu sekurang-kurangnya RM3200 nilai gaji bersih diatas payslip setiap seorang.Total gross income RM6400 baru boleh mencuba.Pendek kata sesiapa yang bergaji RM1800 tak usah la berangan nak cuba-cuba kaedah ni.Step pertama pun dah lemas.
Apapun,mujur penulis mengingatkan pembaca tentang ‘idea’ untuk pembuka minda,bukan soal perlaksanaan.
Betul,idea beliau cantik secara teorinya tapi hanya segelintir pihak yang mampu mempraktikkan kaedah tersebut.Kalau tengok dari hasil yang diperolehi memanglah,tapi fikir la macamana bank nak approve loan rumah 300k dengan gaji RM1800?

Isnin, 17 Disember 2012

Pesta Jualan Buku Big Bad Wolf

Sabtu lepas aku diajak wife aku pergi pesta buku Big Bad Wolf kat MIECC,katanya nak bawa adik-adik dia berjalan sempena cuti sekolah ni.Asalnya aku malas sebab aku ni tak suka harung jalan sesak,tapi memandangkan aku ada Waze Navigation,perjalanan menjadi sangat lancar walaupun jalan masuk ke Mine’s sesak yang amat.

Tapi Waze memang smart.Aku tak masuk jalan masuk utama,aku sengaja menyesatkan diri lalu celah-celah taman perumahan.Hasilnya parking senang dapat (RM5 per entry) walaupun agak kena menapak sikit.Yang masuk ikut main entry aku rasa mau setengah jam buang masa kat situ je.Parking dalam Mine’s pun dah tentu full.

Pesta buku Big Bad Wolf memang besar,ada lebih 3 juta buku(mengikut website diorang la) dengan diskaun antara 75%-95%.Rata-rata yang datang kesitu memang borong sakan aku tengok.Semua pakai kotak.

Genre yang menarik perhatian aku sudah tentu genre sejarah/military tapi apakan daya dana sangat terhad.Banyak buku-buku yang aku rasa nak beli tapi kekangan bajet yang menjadi penghalang.Apa yang aku perhatikan,ada empat meja yang menyediakan buku-buku berkaitan sejarah/military tapi tak berapa nak lengkap sebenarnya.

Aku cadang nak cari buku lengkap tentang tanks tapi tak ada.Maka,aku memilih buku Weapons of World War II yang agak lengkap berkenaan senjata infantri,APV,tanks,kapal terbang dan kapal perang.Harganya cuma RM10 selepas diskaun.

Buku kedua yang aku beli ialah The Art of Beowulf dengan harga RM8.Memang berlambak buku ni,kat memana meja pun ada.Sebenarnya hati aku berkenan kat buku Lost Treasure,tapi duit memang tak cukup langsung.Pandai diorang ni,buat pesta buku time gaji aku dah nak kering.

Selebihnya aku cuma cuci mata dengan adik ipar aku,meronda ke semua meja.Ada bajet dalam RM300 memang serius puas hati memborong.Kalau taknak semak kepala harung jalan sesak,sila pergi pukul 2-3 pagi sebab ada hari-hari tertentu diorang buka 24hrs.Sampai 23 Disember je tau.

Semak informasi di sini.

Ni antara gambar-gambar suasana di MIECC Sabtu lepas:

 

IMAG0570

 

Tak tau apa motif dua bijik Lamborghini ni.Cabutan bertuah kot,haha!

IMAG0571

IMAG0575

IMAG0576_BURST001

 

Enter frame sikit ibu dan Dhia Fatheeya,heee!

IMAG0577

IMAG0579

IMAG0580

Rabu, 28 November 2012

Chiaki Kuriyama Tetap Menten

Salah satu movie yang aku selalu tengok berulang kali ialah filem Kill Bill Vol.1.Nak kata seni fightingnya cantik sangat tak juga tapi mungkin sebab peranan pedang nihonto buatan Hattori Hanzo sepanjang filem tu.Salah satu watak villain yang pasti diingati peminat filem ni ialah Gogo Yubari dengan bebola besinya lakonan Chiaki Kuriyama.

Buat yang lupa siapa Gogo,beliau adalah watak pembantu O-Ren Ishii yang berpakaian seragam sekolah tapi sebenarnya pembunuh kejam.

 

chiaki-kuriyama-gogo-yubari-kill-bill-03

Chiaki-Kuriyama-gogo-yubari-8513008-1200-953

Filem Kill Bill Vol.1 ditayangkan pada tahun 2003 semasa Chiaki Kuriyama berumur 19 tahun.Setelah hampir 10 tahun bagaimanakah rupa beliau sekarang?

 

07012901_Shiseido_Maquillage_Chi-1

07012901_Shiseido_Maquillage_Chiaki

Chiaki Kuriyama

Tak banyak berubah nampaknya.Ini gambar Chiaki Kuriyama dalam iklan kosmetik Shiseido Maquillage yang tak adalah baru sangat.Lawa gak minah ni lepas tepek bedak banyak-banyak,hehe!

Filem terakhirnya bertajuk Neck(2010) dan lakonan siri TV Ataru(2012).Banyak lagi gambar beliau di chiakikuriyamashrine.com.

Rabu, 3 Oktober 2012

Isi perut Mesin Raksasa

Kita pernah tengok kapal,roket,enjin jet dan banyak lagi mesin-mesin monster.tapi bagaimana gambaran didalam mesin-mesin tersebut?

Jamu mata anda sekarang.

 

Rupa bahagian dalam tangki hidrogen space shuttle

monster1

 

Rangka Saturn IB S-IB tanpa tangki dan lapan enjin H-1

monster2

 

Pandangan cutaway kapal angkasa Planck Observatory,yang dibina oleh European Space Agency

Monster3

 

Bilik enjin MV Tricolor,kapal Norway yang karam di Selat Inggeris

monster4

 

‘Cowling’ enjin pesawat pengebom B-25 sedang dipasang pada tahun 1942

monster5

 

Enjin turbofan GP7000 yang menghasilkan kuasa dorongan sebanyak  36,980 kgf

Earns United Technologies

 

Lagi gambar di Gizmodo

Isnin, 23 Julai 2012

Sampai Ke Utara

Assalamualaikum…
Entah apa puncanya kebelakangan ni makin ‘renggang’ entri-entri aku dan secara automatik renggang jugalah pembaca berkunjung ke blog ni.Makin kurang info kan?nak tulis pun kekadang orang lain dah buat.Apa yang boleh aku tulis cuma peristiwa yang berlaku sekeliling aku.Ok,kali ni aku nak share cerita tentang perjalanan aku ke negeri utara hujung minggu lepas.
Aku antara segelintir warganegara Malaysia yang belum habis menjelajah ke seluruh negeri dalam Malaysia ni.Sepanjang hidup aku kehidupan aku cuma berkisar di dua negeri saja iaitu Selangor dan Pahang.Selebihnya aku jelajah dengan effort sendiri selepas memiliki kenderaan,antaranya Johor,Melaka,dan Negeri Sembilan.Sabah pun aku dah sampai lepas Myvi aku transform jadi Airbus A300.Naik kapal terbang bajetlah,Air Asia.Itulah dia,jumlah negeri yang aku pernah sampai kat dalam Malaysia ni sebelum ni.
Minggu lepas aku sekeluarga dan keluarga abang ipar aku ke utara atas urusan meminang untuk adik lelaki aku.Mula-mula aku agak keberatan memandangkan jaraknya yang maha jauh.Aku tak pernah jalan jauh sangat kecuali ke Tangkak masa adik perempuan aku bermatrikulasi kat sana.Tapi tak ada istilah keberatan sebab urusannya memang penting.Lagipun bila aku fikir positif,dapat juga jenguk negeri orang.

Journey
Hari Jumaat jam 9.30pm,aku gerak dari Kota Damansara dan singgah berehat di R&R Sungai Perak.R&R ni dipilih sebab berada di tengah-tengah perjalanan antara Kota Damansara dan Alor Star yang merangkumi jarak sejauh 427km.Sampai di R&R Sungai Perak sekitar jam 12.00am.Kalau aku balik rumah mak aku kat Pahang tu dah sampai dah.Berhenti rehat dalam setengah jam pekena Power Root Tongkat Ali dua tin sambil menunggu abang ipar aku set up sisha dia.Abang ipar aku ni kalau kemana-mana memang tak lekang dengan sisha.Orang yang berhenti rehat kat situ pun macam pelik je tengok abang ipar aku buat port bersisha.bagi diorang pelik la,aku yang dah biasa tengok ni tak rasa apa-apa pun.Lebih kurang 12.30am,perjalanan diteruskan merentas negeri Perak yang memang luas.Mujur highwaynya gred A,dengan kelajuan minimum 100kmj dan sesekali terlaju juga sampai 120kmj.Masuk Pulau Pinang,highwaynya beralun dan paling worst kat Kedah.Highway konkrit yang memang tak boleh blah langsung bila pakai sport spring+ tayar 205/40/17.
Akhirnya jam 2.30am,kami sampai ke plaza tol Alor Star(U) dan terus ke Homestay Mawar yang lebih kurang lagi lima minit perjalanan dari plaza tol tadi.Homestaynya cantiklah bagi aku,sesuai dengan harganya RM50 satu hari.
Keesokan hari lepas selesai urusan meminang dan bertunang,aktiviti berjalan diteruskan.Memandangkan masa tak banyak,kami cuma berjalan ke Pekan Rabu yang glemer sangat tu.Nak tengok juga apa yang ada kat sana,jakun sebab pertama kali sampai negeri Utara.Apa yang aku boleh katakan Alor Star ialah sebuah bandar lama mirip bandar Segamat,jalanraya taklah baik sangat,cuma kawasan parking yang sangat limited.Biasalah bandar lama memang macam itu sebab dulu-dulu pembangunan tak dirancang dengan baik.Orang dulu tak boleh predict berapa banyaknya kereta zaman sekarang ni.Walaupun banyak bangunan lama,sebenarnya cantik kalau diperhatikan betul-betul cuma tak dipulihara dengan baik.Aku suka bandar yang macam ni sebab ada nilai-nilai sejarah.

IMAG0229
Di Pekan Rabu kami cuma beli pencicah rojak jenama Mak Bee dan sebotol perencah Char Kuey Teow jenama Otaku(penggemar manga Jepun kot ownernya).Aku cuma beli sandal imitation Crocs padahal kat sini pun berlambak.Saja nak beli sesuatu dari Alor Star.

IMAG0228
Walaupun jangkaan awal aku perjalanan ni meletihkan tapi sebenarnya tak.Hari Ahad jam 2pm,kami gerak balik dan singgah ke bandar Sungai Petani.Bandarnya simple je,tapi parking kemain susah nak dapat.Lepas tu singgah di Taman Mewah,rumah makcik abang ipar aku.Mengantuk punya pasal,aku pergi kedai beli aiskrim.Nyonya kedai tu pun kira barang yang aku beli dalam bahasa Cina.Pastu aku buat muka blur...Aiyah,wa ingat lu cina!kata nyonya tu.Auntie,kulit saya banyak gelap tau,macam cina ka?Nyonya tu pun citer,dulu ada satu lelaki gelap beli barang,nyonya tu ingat melayu,rupanya cina.Terbalik pulak dah.
Dulu sekali kat Tesco,salesgirl kad kredit dok cong ceng cakap cina kat aku suruh apply kad kredit.Gila ke ape. Pukul 5.30pm kitorang gerak dari Sg.Petani.Perjalanan agak perlahan sebab hujan dan sesak di tol Juru.Abang ipar aku call,bagitau yang stesen berhenti di Hentian Tapah.Kat situ yang popularnya seedless guava le.Bubble tea Cool Blog pun ada,yummm!Rehat dalam 45 minit jugak la rasanya sebelum sambung perjalanan.Setelah bercekang mata driving dari pukul 5.30pm,akhirnya sampai kat Greenwood jam 11.30pm.Mujur drive Myvi,seat jenis macam bench.Spring keras sikit pun tak sakit pinggang.Kalau bawak Satria aku rasa mau dah slip disc tulang belakang rasanya.

Rabu, 30 Mei 2012

Swasta:Kami Pun Tak Mampu Beli Rumah

Dalam Kosmo Online semalam CUEPACS cakap 60% penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 tidak mampu memiliki rumah sendiri.Fenomena ini akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu contohnya mengurangkan faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam yang terbabit.

Senang betul jadi kakitangan awam.Pinjaman dengan bank komersial pun senang dapat,interest rendah,ada pulak pihak yang mengambil berat.Pada pendapat aku,penjawat awam paling senang membeli rumah.Tapi dalam masa yang sama,kelebihan sebagai penjawat awam yang mudah mendapat pinjaman jugalah yang merosakkan pengurusan kewangan mereka.Makin hari makin bertambah golongan yang diisytihar muflis.

 

2-sty-terrace-link-house-section8-superlink-kota-damansara-1010-03-iProperty.com@12329

Bila sebut tentang rumah,aku sendiri tak pasti bila aku akan mampu beli rumah.Harga rumah sekarang masyaAllah…sampai habis nyawa pun belum tentu boleh habis bayar.Siapa taknak ada rumah sendiri,tapi itulah hakikatnya.Teorinya ramai orang kerajaan tak mampu beli rumah(orang swasta tak mampu beli rumah tak ada siapa fikir).Tapi kenapa harga rumah naik menggila tiap-tiap tahun?Sebab ada permintaan yang tinggi.Tapak perumahan masih lagi semak samun sedangkan booking dah penuh.So,fakta mana yang betul ni?

Satu lagi isu yang menarik perhatian aku ialah penetapan syarat baru sewa beli kenderaan oleh BNM.Puncanya seperti yang diatas tadi,untuk mengurangkan kadar kemuflisan warga Malaysia.Masa zaman aku beli kereta dulu lebih kurang tiga tahun lepas,syaratnya agak longgar.Gaji RM1600 keatas tak perlu guarantor,boleh full loan,pinjaman sehingga 9 tahun dan kelayakan pinjaman berdasarkan gaji kasar.Masa tu interest kalau tak salah 3.97%.Kakitangan kerajaan boleh loan sampai 12 tahun pun ada.Tu dia,sempat kereta tu reput baru habis bayar.

 

Itu cerita lama,sekarang BNM minta bank-bank pembiaya menilai kelayakan pinjaman sewa beli berdasarkan gaji bersih(selepas ditolak caruman wajib KWSP,potongan cukai berjadual dan pinjaman lain).Kesan secara langsungnya adalah terhadap pengeluar kereta tempatan.Jualan merudum dan siapa-siapa bekerja sebagai jurujual kereta,kuranglah komisen yang dapat.Dulu-dulu paling malas boleh jual lima kereta,sekarang nak jual satu pun susah.

Selain pinjaman sewa beli,yang terlibat sekali dengan syarat BNM ni ialah pinjaman perumahan,kad kredit,pinjaman peribadi dan pembiayaan pembelian saham.Apapun sebagai golongan berpendapatan rendah termasuk aku sendiri,amalkan cara hidup yang sepadan dengan pendapatan.Nak buat pinjaman boleh,tapi fikir masak-masak.Pinjaman wajib dibayar,masa dapat duit pinjaman jangan sakan sangat.Fahami maksud berhutang.Rasa tak mampu nak berkomitmen ratusan ringgit sebulan selama beberapa tahun,baik jangan pinjam.

Dalam berita semalam khabarnya perkhidmatan MD Proton,Datuk Seri Syed Zainal Abidin akan berakhir 4 Julai nanti selepas beliau menyerahkan surat perletakan jawatan.Kemana hala tuju Proton selepas ni ya?

Selasa, 15 Mei 2012

Majlis Akikah Dhia Fatheeya

Hari Ahad lepas 13 Mei 2012,berlangsung majlis akikah anak aku di rumah mertua.Walaupun dalam kesibukan kerja,aku pulun jugak bagi siap supaya tak perlu bekerja hari Ahad.Itupun dengarnya mak mertua aku agak bising-bising sebab pada dia aku tak perlu kerja.Masalahnya adalah jadual kerja aku padat dan sentiasa berubah.Aku sendiri tak setuju majlis akikah dijalankan waktu aku sibuk ni,tapi apakan daya.Terbaik bagi aku ialah win-win situation.Kerja aku siap,kenduri pun jalan.Beres!

Sikit sebanyak aku upload gambar yang sempat aku capture untuk tatapan kawan-kawan atau saudara mara yang tidak dapat menghadirkan diri.Maaf juga sebab jemputan lambat diberitahu,aku sendiri pun was-was dengan tarikh yang dipilih.Tak berapa nak confirm pada awalnya.

 

Acara yang penting iaitu ‘tahnik’.Tahnik bertujuan untuk menguatkan mulut bayi dengan menyuapkan kurma,madu dan air zam-zam.Tahnik dijalankan oleh orang yang mempunyai ilmu agama tinggi dan dalam kes anak aku,imam jurunikah aku dulu sudi mentahnikkan anak aku.Terima kasih Ustaz!

IMAG0046

 

Ibu Dhia Fatheeya tersenyum lebar walaupun mata mengantuk gila…

IMAG0047

 

Buaian yang direkabentuk mengikut konsep fairytale Cinderella.Aku sebut chariot ni sebagai kereta bawang,dan setelah mendapat bantahan hebat bahawa fakta aku salah,baru aku tau ianya bukan kereta bawang,sebaliknya adalah kereta labu.

 

IMAG0050

 

Semua happy-happy belaka!

IMAG0052

IMAG0053

 

Dalam majlis ni juga aku sempat berjumpa dengan suami kawan wife aku yang berpangkat kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia.Aku rasa aku pernah buat entri pasal majlis kahwin diorang yang penuh protokol dan dihadiri kawan-kawan pengantin perempuan semasa belajar di Dublin,Ireland.

Aku pulak memang suka bercerita bab militari ni,dan kapten tu agak kagum dengan aku sebagai orang awam yang tahu agak banyak tentang dunia ketenteraan.Biasanya anak askar je suka bidang ketenteraan.Banyak sangat tahu tu jauh sekali,aku pun tau dari pembacaan dan internet.Selebihnya classified.Pokok pangkalnya minat.Military dan kejuruteraan tidak dapat dipisahkan.

Beberapa topik dibincangkan dengan kapten tu termasuk isu Bersih 3.0,dan aku boleh simpulkan yang sesetengah rakyat Malaysia sebenarnya ‘dahagakan’ peperangan.Sekali terjadi perang,aku berani bertaruh takkan ada satu manusia kat Malaysia ni yang berani sebut Bersih lagi.Kita terlalu selesa dengan kehidupan kita sekarang.Nanti aku ulaskan dengan lebih spesifik,tak kena gaya boleh dapat komen maki hamun,haha!

Sabtu, 18 Februari 2012

Bahaya SMS Sambil Berjalan

Semestinya sakit bangat!
Bila berjalan pastikan mata anda memerhatikan dimana kaki anda berpijak.Sila perhatikan latar belakang video ni:

Rabu, 8 Februari 2012

Riang Ria FunFair

Agak lama juga aku tak jengah blog ni memandangkan kesibukan yang tiba-tiba datang.Habis je ISO audit,insyaallah blog ni akan kembali dikemaskini secara berhemah.Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam yang panjang pun tak ada aktiviti menarik aku buat.Cuma dua hari lepas,aku dan keluarga mertua mengunjungi funfair.
Sebut pasal funfair,isteri aku tanya aku,tak pernah ke pergi funfair sebelum ni?Yes,memang tak pernah.
Zaman aku kecik-kecik lagi pun memang tak pernah parent aku bawa ke funfair.Membesar di pedalaman dengan adik-beradik yang ramai menyebabkan arwah bapak aku meletakkan kunjungan ke funfair sebagai aktiviti yang tidak mendatangkan hasil.
It's ok.Aku tak salahkan parent aku untuk buat keputusan macam tu.Keperluan hidup jauh lebih penting daripada hiburan.Yang kedua,di pedalaman mana nak ada funfair.Bila aku dah ada pendapatan sendiri,aku tak ada keinginan untuk ke funfair sehinggalah isteri aku ajak untuk menemankan keluarganya berhibur di funfair berhampiran kem tentera Sungai Buloh.Dekat je pun dengan rumah aku.
Terus terang,agak menarik funfairnya dengan berbagai permainan,cuma aku tak cuba permainan yang ekstrem.Sebenarnya aku lebih risaukan soal keselamatan,hehe!Nantilah kalau nak main-main ni,kat Genting lagi syok kot?
Sambil-sambil jalan tu aku cuba jugalah satu game namanya Sharp Shooter.Tang menembak aku suka sangatlah.Lebur 6 keping token=RM2 each.Dapatlah ditukar dengan hadiah iaitu sepasang sandal budak berbentuk arnab.Hadiah yang besar-besar agak menarik jugaklah,cuma kena dapatkan 35 point keatas.Aku labur RM12 pun baru dapat 6 point,berapa RM kena lebur untuk capai 35 point tu.
Agak ramai juga manusia yang datang walaupun cuaca tak berapa baik.Berapa juta tauke funfair ni untung agaknya ya?


Upload dua gambar cukuplah,banyak-banyak kang berat pulak.

Isnin, 9 Januari 2012

Berita Padat

Hari ni mood nak menaip pun tak berapa nak ada,so aku padatkan semua sekali apa benda yang aku nak taip dalam bentuk point aje.Sebenarnya aku tak minat nak cerita pasal politik,tapi aku letak sikit-sikit tak apelah ya?
 
1.Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini,Hakim Datuk Muhamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan liwat yang dihadapinya.Kes mula dibicarakan sejak 2008.
-malaysiakini

2.Perhimpunan penyokong Anwar atau dikenali sebagai Perhimpunan 901 dicemari tiga letupan bom buatan sendiri.Lima cedera dan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan rosak.-malaysiakini

3.Ezani Farhana dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama selepas menewaskan pesaingnya iaitu Wahidan dalam pusingan akhir Masterchef Malaysia yang berlangsung semalam.Ezani memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan kontrak penerbitan buku masakan.

4.Datuk Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan di Kejohanan Super Series Terbuka Korea dengan tiga set.Hadiah kemenangan berjumlah RM235,875.

Rabu, 21 Disember 2011

Thanks To All Facebook Friends!


Last year aku letak gambar jersi Kieran Gibbs,tahun ni giliran Marouane Chamakh pulak.Actually hari ni hari lahir aku yang ke-29.Alhamdulillah,umur meningkat setahun lagi,umur panjang jumpa lagi tahun depan.
Sebenarnya dah lama aku tak buka Facebook,kat rumah pun tak ada broadband sebab aku dah terminate.Tah apa internet provider yang bagus sekarang ni.Member aku suggest U Mobile,murah + performance pun ok gitewww!!Ok tak ayat budak skolah gua?
Sambung balik cerita Facebook tadi.Kebetulan malam semalam saja nak kurangkan kredit DiGi aku,aku buka internet guna handphone.Tips kalau nak guna internet DiGi ni,kena guna lepas pukul 12 malam baru la dapat pakai sehari penuh.Charge sama je RM8/day.
Jengah-jengah Facebook aku,ada la beberapa member maya dan saudara mara yang wish sempena hari lahir aku.Thanks guys!Ingat jugak korang kat aku yang jarang online ni.Walau seringkas mana pun korang taip,dan sejarang mana komunikasi kita semua,aku sangat menghargai setiap ucapan hari lahir dari korang.
Korang memang awesome Facebook friends lah!

Sabtu, 3 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega;Parodi Super Junior

Dah minggu ke berapa Maharaja Lawak Mega agaknya,semalam dengan tema Muzikal,banyak kumpulan yang masih lagi straight forward dengan maksud muzikal.Terbaik malam semalam pastinya Osbon,kedua SYOK(ok pulak kumpulan ni)dan macam biasa Boboi.
Sepatutnya persembahan Boboi boleh jadi yang terbaik,cuma rasanya ramai penonton tak pernah dengar lagu kumpulan Super Junior tu.Parodi lagu tu dijadikan lagu bersunat memang terbaik sebenarnya.Ni ha videoklip Sorry,Sorry dari Super Junior:



Minggu ni kumpulan 3G dan Bawel terkeluar.3G boleh buat yang lebih baik tapi entahlah,kalau masih diberikan peluang.Malangnya dah terkeluar pulak.Pendapat peribadi aku persembahan Bawal Power minggu ni yang biasa-biasa je.Pelik pulak bila Chef Wan puji persembahan diorang.Hmmmm...Takpelah.

Sabtu, 26 November 2011

Minggu Ni Maharaja Lawak Mega Kurenggg!

Siapa tengok Maharaja Lawak Mega semalam?Minggu ni temanya purbakala,tapi pada pendapat aku,hampir semua kumpulan fail untuk menzahirkan lawak dan melontarkan punchline yang bertalu-talu(komen pandai!).Persembahan kebanyakan kumpulan pada tahap sederhana sahaja,cuma yang agak menarik persembahan dari kumpulan Boboi.
Wakil dari Indonesia,Saehu aku rasa agak bijak dan kreatif tapi kebanyakan orang lambat faham mungkin sebab faktor bahasa.Tapi serius,bagi aku jenaka Saehu ialah jenaka yang bijak.Kumpulan 3G,Osbon,Pimai dan Hiro yang aku jangkakan dapat memberi persembahan menarik,rupanya tahap average saja.
Minggu ni Datuk Chef Wan kembali menjadi juri,dan kembalinya juga kritikan pedasnya yang fuhhhh!!Gua dengar pun panas baii!!Mana taknya,minggu ni aku rasa minggu yang paling mandom.Agak suram dan kurang masin.Perkataan kejadah apa aku pakai ni.
Gila kau,hadiah 350k takkan bagi persembahan level macam tu.So,ada relevannya jugak kritikan pedas Chef Wan.Owh!Satu lagi tertinggal.Kumpulan BP paling tak clear penceritaannya minggu ni.Tak faham aku,lepas tu feeling rasa bercampur-campur bila tengok Sobri yang cakap macam halilintar tu.Bob pun nampak tak cukup fit,seeloknya berehat dulu sampai betul-betul sembuh.

(Masih terkenang pantun bertalu-talu dari Osbon dan Gugurl dengan CPRnya...(Chwins Park Rangers..macam bedal je?!)

Rabu, 9 November 2011

Status Dalam Laman Sosial Korang

Pilihan status dalam laman sosial terlalu sikit.Macam kat mahkamah contohnya,kita boleh jawab ya atau tak.sedangkan jawapan yang tepatnya mungkin ditengah-tengah antara ya atau tidak.Macam tu lah jugak dengan status.Nak kata bujang,dah ada girlfriend/wife tapi tak nak mengaku.


Jumaat, 4 November 2011

Fossil Decker Silicone Chronograph Sudah Siap!

Lepas menunggu sehingga sekarang;sejak 17 Ogos 2011 pesanan dibuat tak sampai-sampai,jam Fossil Decker Silicone Chronograph  aku dihantar ke sebuah kedai jam low profile di dalam pasaraya Giant Kota Damansara.Apek tu belek-belek sikit,dia letak harga RM120,satu minggu siap.Ok,beres!Bagi deposit RM10,tunggu sajelah dia call bila siap.Masa hantar tu 1 November 2011.

Malam semalam lebih kurang jam 7.15pm(3/10/2011),dia call bagitau dah siap.Aii!Cepat gila dapat spare part.


Macam ni la baru betul.Servis pantas.Harga tak jadi hal.Order cermin dari butik Fossil One Utama dah dekat 3 bulan,bila call takde orang angkat.Memang la murah dia letak harga,tapi berjanggut tunggu.Bebal betul.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Bayi Dikelar,Gadaffi Terbunuh

Minggu ni tak ada update kecuali hari ni saja.Tiga hari bercuti,semalam sibuk dengan kerja semula.Nama je cuti Isnin sampai Rabu,tapi banyak kerja.Projek Poster kempen ISO 22000 belum siap lagi komputer pulak kena angkut.Adik aku dihantar bertugas ke wilayah bergolak Somalia Suzhou,China.Gatal nak bawak laptop.
Mujur Kak Min reception bagi aku pakai DELL XPS M1210 dia.
Windows Vista dengan RAM 1Gb je,tapi laju gila...

Okai,cerita panas akhbar dan media maya tempatan minggu ni pastinya kisah Bayi Dikelar Dalam Asrama.Ringkasan,pelajar perempuan 16 tahun yang memberanakkan bayi tersebut membunuh mayat bayinya sebab halangan keluarga untuk berkahwin dengan teman lelakinyaDisyaki meroyan.
.Kelaran dilakukan dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15cm.

Fakta kes:
Pelaku:Gadis bawah umur,16 tahun
Senjata:Pisau pemotong sayur
Lokasi:Asrama sekolah
Teman lelaki:Penganggur,27 tahun
Punca:Tekanan perasaan

Hubungan luar nikah dengan gadis bawah umur diletakkan kategori rogol(maaf kalau salah).Halangan keluarga khabarnya kerana gadis masih dibawah umur.Halangan keluarga punya pasal,jadi kes lain pulak.
Kejadian berlaku di Betong.Bukan Bentong ya?Betong terletak di Sarawak.
Dari mana datangnya pisau?Tak tahulah.Siapa yang bersalah?Kita tak layak nak hakimi orang lain.Cuma,bila berlaku kes kehamilan luar nikah,kahwinkanlah saja.Bukan ambil jalan mudah,cuma nak elakkan perkara-perkara yang macam ni terjadi.

Lagi berita terbaru,Kematian Muammar Gadaffi di Sirte,kampung kelahirannya.Konvoinya diserang pesawat drone UAV dan jet Perancis NATO.Dia cedera dalam serangan tu,tapi masih hidup.Beliau ditangkap oleh pemberontak NTC ketika bersembunyi didalam kolong.


Kematiannya akibat kecederaan yang banyak.Kos yang besar dilaburkan untuk menangkap/membunuh Gadaffi.Hasilnya sukses.Samada 'mereka' betul atau salah kita tak akan tahu.