Semenjak ada anak ni la kereta aku makin sempit.Apa taknya,baby stroller sepanjang masa dalam bonet.Quinny Buzz pulak tu,tayar dah macam tayar skuter.Tu belum termasuk beg baju anak aku,beg kit pengepam susu,tilam dia,mainan dia.Aduiii…Alang-alang tersebut pasal Quinny Buzz Stroller,aku ada terbaca dalam paper masa raya hari tu,seorang surirumah ditipu RM1200++ selepas membeli barang secara online.Duit dah transfer,barang tak dapat.Akak tu nak beli stroller Quinny Buzz,dengar pulak harga semacam tu.RM1200 tu mahal kan?Kenapa akak tu sanggup membayar jumlah sebanyak itu hanya untuk stroller bayi.Stroller budak ni harga 4-6 ratus pun dah cukup mantap dah.Macam-macam jenama ada.
Sebenarnya RM1200 adalah harga yang paling tak masuk akal murah sebab harga sebenar Quinny Buzz tanpa diskaun boleh cecah RM2600.Anak aku bertuah dapat bergaya dengan stroller tu pun sebab adik ipar aku menaja separuh dari kos stroller tu yang berharga hampir RM2000 selepas diskaun.
So,akak-akak diluar sana janganlah cepat teruja bila dengar harga murah-murah ni.Kebanyakannya kencing je,takpun barang imitation.Memang tak dinafikan stroller tu cantik,stailo dan berkualiti antarabangsa,anak aku pun muka kerek je bila terlentang kat seat dia.Kalau ikut bajet ketat abah kamu ni,berkereta sorong Giantlah kamu Dhia,haha!
Tentang kereta yang sempit tadi,wife aku berkenan dengan Nissan Grand Livina.Aku pulak berkenan kat Alza,saiz lebih kurang je,cuma harga Nissan mestila mahal sikit.Aku pun buat la sikit research pasal kereta-kereta ni atas ‘cabaran’ wife aku.Aku pun terbaca la artikel Wikipedia pasal Perodua Alza.Amboiii…sape la yang tuliskan artikel Wikipedia untuk Alza tu.
1.“Malaysian mostly blindly believe[neutrality is disputed] on Toyota reputation on this Perodua's badge compact MPV compared to homegrown Proton's own Exora.[4] [5]”
2.“Perodua's failure to issue a recall”
3.“This recall over a minor defect had many owners speculating that there was an attempted cover up of a larger issue of rusty steering rack which plagued the Alza since it was introduced in late 2009.”
Hahahah!
Siapakah penulis artikel yang tidak matang ni?Tahun 2012 sahaja sehingga April sebanyak 9656 unit Alza telah dibeli oleh rakyat Malaysia yang ‘buta-buta’ percaya teknologi Toyota.Dalam artikel tu juga selepas spesifikasi Alza,terus masuk perenggan Quality Issue.What the heck?Aku percaya penulis ada niat untuk memburukkan Alza dengan mengangkat isu kualiti.Point 2&3,tak recall salah,dah recall kata cover up pulak.Boleh agak penulisnya dari side mana?
Baiklah,untuk lebih adil dalam membuat penilaian,aku usahakan mencari laman forum yang membincangkan isu kualiti Alza.Dengan keyword “alza problem”,antara yang kerap aku baca ialah:
1.Roof berbunyi bising bila hujan lebat
2.Dusty brake pad,rim kotor
3.Bunyi angin di cermin kecik pintu depan
Bagi aku masalah-masalah macam ni perkara sangat kecik selagi tak berkaitan dengan sistem elektronik contohnya ECU mereng,atau masalah mekanikal yang menjejaskan kestabilan kereta.Getah lining dalam cermin pintu depan Myvi aku pun slalu terlucut.Bila tutup pintu masa cermin turun,cermin gegar macam kereta buruk.Aku beli gam Gajah RM2.50,setel masalah.DIY sudah.Kesimpulannya,Alza tetap berada dalam senarai pendek aku untuk kenderaan kedua.
Memandangkan wife aku berkenan dengan Grand Livina,maka aku pun buat sikit kajian tentang MPV kompak ni.
Pada aku Grand Livina hampir dengan karekteristik sebuah sedan(atau wagon)sebab nampak lebih rendah.Walaupun mengorbankan sedikit ruang kepala,matlamat binaannya mungkin untuk mendapatkan feel pemanduan seperti sedan.Macam dalam iklan dia tu,”pemanduan ibarat sedan,ciri seakan MPV”.Betullah tu.
Enjin 1.6,versi paling kecik dalam market Malaysia,kalau kat luar negara versi 1.5 pun ada.Masalah-masalah yang berkaitan elektrikal dan mekanikal agak sukar dijumpai di mana-mana forum.Yang ada cuma fuel consumptionnya agak kuat,tapi tu bergantuk pada corak pemanduan.Orang kita ‘malu’ nak bincang masalah kereta jenama Jepun kot,compare to satu lagi jenama buatan Malaysia tu.
Spesifikasi asas
Nissan Grand Livina 1.6L (M)
|
Perodua Alza 1.5L (M)
| |
Sesaran | 1598cc | 1495cc |
Berat | 1220kg | 1120kg |
Kuasa | 105ps,150Nm | 104ps,136Nm |
Dimensi (LxWxH)mm | 4420 x 1690 x 1590 | 4205 x 1695 x 1620 |
Harga OTR | RM86,813.50 | RM56,003.50 |
Dua model ni cukup,takmau pening kepala dengan banyak sangat pilihan.Kekadang aku tak faham sesetengah orang kita ni mengharap kenderaan dalam Malaysia ni haruslah dicipta seluas-luasnya,sepower yang boleh mcm lori Scania dan paling penting murah macam basikal.Ingat satu benda sudah le.Setiap jenis kenderaan,kecik atau besar,dibina untuk kumpulan sasaran tertentu.Kalau setiap kenderaan tu patut dibina besar,kenapa tak ramai pun pasangan beranak ramai yang beli Nissan Urvan?14 seat tu,sesuai buat part time angkut budak sekolah.
Apapun,membeli MPV kompak ni cuma masih diperingkat ura-ura sahaja.Nak berhutang lama beb,kena fikir masak-masak.