Khamis, 12 Ogos 2010

How To Create New Partition on Windows 7(For Dummies)

Sape-sape yang beli laptop baru mesti akan nampak Drive C je kat My Computer.Rasa cam tak best lak kan?
Tujuan create New Partition adalah untuk elakkan dari apa-apa dokumen/fail yang korang simpan dari hilang bila harddisk (Drive C) terpaksa diformat semula.
Kat sini aku tunjukkan simple step nak create partition baru.Maybe ramai computer expertise dah tau buat benda ni.Guide ni untuk sape-sape yang baru pertama kali pegang laptop baru,hehe!

1.Klik butang Start pada sudut bawah kiri skrin.

2.Pada ruang Search Programs and File,taipkan Create Partition dan klik Enter.

3.Keluar satu tetingkap Disk Management.Bawa kursor ke,Volume C dan klik kanan kat Drive C.

4.Klik pada Shrink Volume.

5.Bila dah selesai,pergi ke bahagian bawah tetingkap yang menunjukkan maklumat terperinci Drive C.

6.Klik kanan pada bahagian Allocated Volume dan klik Create New Volume.

7.Ikut arahan seterusnya dengan klik OK(ikut je default setting yang ada).

8.Buka tetingkap baru My Computer dan korang akan nampak New Volume:G

9.Klik kanan pada New Volume:G,dan klik kat Format.(Guna kaedah no.9 ni kalau tak ada ape-ape tetingkap untuk format keluar kat skrin komputer korang)

10.Klik OK(ikut default setting jugak,jangan usik ape-ape),dan klik Format.

11.Bila dah siap format,New Volume:G dah sedia untuk digunakan.

12.Boleh la jugak rename New Volume tu ntuk elakkan korang keliru.Klik kanan,then klik Rename.Masukkan la apa-apa nama.

Selain mengelakkan fail korang hilang bila diformat,kaedah ni jugak dapat mengelakkan komputer jadi berat.Bila semua fail masuk dan bercampur dalam fail OS,CPU susah nak cari fail.Diulang sekali lagi,untuk dummies sahaja,yang dah terer sure tau buat sendiri,huhu!

2 ulasan:

Azman berkata...

salam,

Aku tak tahu buat he3..tq for info..

FaizalRSD berkata...

ye ke..hehe!harap dapat membantu.Aku pun main ingat dalam otak je cmana stepnya.