Sabtu, 21 Ogos 2010

Jangan Pandang Remeh Sakit Selesema

Apa yang aku nak cite ni bukan selesema H1N1 or H5N1.Aku nak kongsikan pengalaman pasal selesema biasa.Nampak tak serius pun kalau stakat kena selesema ni.Telan panadol ngan tido banyak pun dah cukup.Bukan ape,si Pucca(http://zamorange.blogspot.com/) aku ni selesema plak.Dah la demam tak baik lagi.

Tapi jangan main-main.Selesema biasa pun bahaya kalau tak dirawat segera.Kali terakhir aku kena selesema,sangat teruk sampai dalam telinga bengkak.Aku memang alergik dengan habuk,nak plak kat tempat kerja aku,aku terdedah kat habuk.One day,aku lupa pakai face mask,tak lama pastu terus selesema.


Lepas 2-3 hari still tak elok lagi...Aku dah pelik dah,pehal xmau elok ni.Cukup seminggu pun tak elok.Telinga aku start jadi macam kurang mendengar(sbelah telinga) n rasa cam bengang.Bdenyut-denyut lak tu.Rupanya dah bengkak.

Tu pun aku tak pegi klinik lagi dengan harapan selesema tu pulih sendiri.Sampai la satu malam,lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga.Telinga aku rasa sakit yang......(susah nak explain),sangat sakit!Terus aku xboleh tido sampai pagi sebab tak tahan sangat.Cam nak nangis pun ada,serius!Nak pegi klinik subuh-subuh hari pun takde yang buka.lagipun aku nak pakai kad PM Care.

Aku tunggu depan klinik sampai buka,punya la tak tahan.Aku explain semua kat doktor,macam-macam ubat dia bagi.Siap kena amik gas lagi sebab doktor dengar pernafasan aku ada bunyi-bunyi asma sikit.

Mujur la dapat sembuh cepat lepas pegi klinik.Aku browse internet cari info pasal selesema.Rupa-rupanya,virus selesema ni boleh naik ke otak.Dah sampai otak tu paham-paham jela.The consequences could be fatal!So,jangan la main-main kalau kena selesema.

Aku rasa la virus selesema skarang dah mutated jadi lebih kebal kat ubat.Dulu-dulu mungkin dengan berehat je dah cukup.Kalau tak salah aku,selesema ni memang tak ada ubat yang khusus(dan kalau statement ni silap tolong betulkan).Bos-bos jangan potong gaji plak kalau staff amik cuti bila kena  selesema.
Selesema zaman skarang sangat bahaya.