Ahad, 22 Ogos 2010

Mercun Punya Hal

Asal bulan pose je mesti ada budak putus jari la,buta la.Pasal main mercun...Orang lain main mercun gak,tapi ikut SOP(Standard Operating Procedure),haha!
Semalam sorang budak nak putus jari sebab mercun bola meletup kat tangan.Kat mana berlaku aku tak ingat.Satu lagi rumah di Chabang Tiga,Kuala Terengganu yang dijadikan stor mercun telah meletup.Sorang budak 6 tahun meninggal dunia akibat letupan dan melambung setinggi 15 meter(Woww!! Berapa puluh kilo explosive) dan tersangkut kat atas pokok.(Takziah untuk keluarga arwah)..
Musim raya ni kalau takde mercun cam tak best plak.Aku suka mercun sebab best!Lagipun ada persamaan dengan bom,misil dan seangkatan dengannya.Zaman aku kecik-kecik aku suka bom sarang semut,ayam jiran,dan pokok bunga mak aku.Sampai raya semua pokok bunga togel,haha!Tak cukup main mercun,meriam karbaid pun ada.
Meriam karbaid ni ada macam-macam kategori.Meriam buluh,meriam tin,meriam paip PVC,dan aku punya kat kampung pakai culvert 150mm,pehh!!Dah dua taun meriam tu tak berasap kot.Tak larat nak main,penat nak reload karbaid,nak bajet ratio air:kalsium karbida,nak cucuh sambil tutup telinga...Huissh!!Banyak keje nya tu.
Tapi satu perkara yang paling penting...
Keselamatan perlu diutamakan.Nak main meriam/mercun pun ada SOP jugak.Jarak selamat(safe distance),explosive handling and storage,banyak benda kena amik berat.Bukan main cucuhhh je.Simpan stok mercun banyak-banyak,pastu isap rokok kat situ.Memang tempah tiket maut la.Dah la tak pose,isap rokok.(Ni sebagai contoh la,bukan spekulasi serkap jarang)Yang jadi malapetaka ni selalunya mengabaikan aspek-aspek camni la.
Yang injured pun bebudak kecik,parent kena awasi anak-anak.Maybe bukan parent yang belikan,tapi kena perhatikan selalu anak-anak main petang-petang ngan sape.Kalau orang tua dah ada akal pun injured,it happen because terlebih kreatif.Manufacturer mercun dan buat saiz yang non fatal to human,tapi gatal tangan nak bagi besar lagi.Tak cukup damage radiusnya,shrapnel pun kena tambah,baru powerrr!Keluarkan belerang boh dalam batang paip la,ape la.Nak jadi suicide bomber ke ape?Nak mampus?
Baik buat je bom berangkai ,ramai skit arwah,huhu!
So,nasihat aku,kalau nak main,main la dengan berhemah dan guna akal.Benda mercun ni memang tak boleh nak halang dari masuk negara kita.Ada la kat mana-mana sempadan yang bocor.Kepada ibu-bapa,awasi anak-anak anda.Jangan sampai raya tahun ni raya yang terakhir untuk anak-anak anda cukup anggota badan.
Kepada semua muslimin dan muslimat,selamat menjalani ibadah puasa dan tingkatkan amalan.Rajin-rajinlah ke masjid ye walaupun bulan Ramadhan dah habis,hehe!