Tuesday, August 10, 2010

Nostalgia Jibam..

Sapela Jibam ek?Petang tadi sambil-sambil browsing,teringat plak kat novel Jibam ni..




Jibam adalah tajuk sebuah novel hasil karya kartunis Ujang.Pertama kali aku baca novel ni masa aku sekolah rendah,lebih kurang darjah 5 atau 6.Aku terjumpa novel kepunyaan sepupu lelaki aku,Abang Man,masa balik kampung kat Sekinchan,Selangor.Novel ni mengisahkan seorang kanak-kanak istimewa yang sering dibuli dan mempunyai bakat istimewa(macam psikik),menyelongkar kisah kematian bapanya yang mati di dalam hutan.Berlatar belakangkan suasana kampung,teknik penulisan Ujang buat aku terasa mudah untuk menyelami kehidupan dan liku-liku hidup budak bernama Jibam ni.

Ia jugak satu sindiran yang tajam untuk masyarakat kita yang memandang rendah dan memperlecehkan orang-orang istimewa.Korang tentu perasan novel-novel zaman sekarang banyak berkisar kisah cinta orang kaya-kaya,korporat,pakai kereta Porsche la,Merce CLK la.makan plak kat tempat mewah,bercuti kat oversea...Pendek kata bosan la,plastikkkk...Sama la cam drama TV,cinta korporat manjangggg!....Tak banyak choice untuk novel yang betul-betul dekat dengan masyarakat sekeliling kita.

Aku tak pasti la bila novel ni mula dicetak,dalam lingkungan awal 90-an.Dengarnya sekarang dah mencapai cetakan ke-9 dan jumlah cetakan lebih 100,000!Satu pencapaian novel Melayu yang sangat baik.Dari pandangan aku yang bukan pelajar sastera ni,bahasa dia mudah menangkap emosi,macam novel Kelapa nan Sebatang ataupun Mereka yang Tertewas.Bebudak subjek sastera sure tau novel yang aku sebut tadi.walaupun aku sekolah aliran Teknik,novel ni tetap aku tak miss baca.Sekali pegang,terus habiskan baca.

Petikan  anekdot dari novel Jibam:

"Dunia yang bulat adalah bersegi baginya,benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan matanya,katak pisang dan binatang kecil menjadi teman sepermainannya.Nyanyian untuknya amat pilu dan mengusik jiwa.Dia disambut bukan di pesta besar,sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan.Air mata adalah teman tetapi tak pernah dimengertikan.Dia terus melangkah,penuh gah,memburai rahsia kematian ayahnya.Namun dia tetap tabah.."

Novel ni juga menjadi bahan kajian oleh sebuah universiti tempatan kerana kesusasteraannya,pehh!antara cerita terbaru yang aku dengar,novel ni akan dijadikan FILEM!Dananya telah lama diluluskan dan masih dalam peringkat pra produksi.Dijangka penggambarannya akan bermula awal tahun depan.

Tunggu la macmana nanti,seindah novel ke tak filemnya tu..
Post a Comment

Post a Comment