Monday, August 16, 2010

Japanese Deadly Sword:Nihonto


The most amazing weapon(for me lah),nihonto!Berbeza dengan ninjato,nihonto dikenali dengan lengkungan semulajadi yang terhasil semasa proses pembajaan(quenching).Manakala ninjato lurus dan sedikit pendek.

Jom sama-sama kita mengenali proses pembuatan nihonto dan memahami kenapa senjata ni sangat dikagumi di seluruh dunia.Mula-mula kita kenali dulu komponen asas nihonto ni.





TAMAHAGANE
Untuk membuat sebilah nihonto yang berkualiti tinggi,sejenis logam istimewa digunakan oleh blacksmith Jepun iaitu Tamahagane.Logam yang berasal dari black sand(nama pasir),dibakar bersama arang kayu didalam relau tanah liat yang dipanggil Tatara selama 72 jam.
Besi Tamahagane sangat jarang dihasilkan.Dalam setahun,kira-kira 3 kali sahaja besi ini dihasilkan.Harganya adalah 50 kali ganda dari stainless steel biasa!Setelah terhasil besi tamahagane,pakar akan memilih dan menghantar bahagian-bahagian tertentu logam yang sesuai kepada penempa pedang untuk ditempa menjadi pedang nihonto.


    Raw Tamahagane steel

SELECTION PROCESS
Ketulan-ketulan tamahagane tadi akan dibakar dan diketuk sehingga leper.Sekali lagi penempa pedang akan memilih kepingan tamahagane yang berkualiti.Besi tamahagane yang kurang karbon (hocho-tetsu),akan digunakan sebagai teras pedang,dan tamahagane yang berkarbon tinggi(nabe-gane) sebagai salutan atau kulit struktur pedang.

HAMMERING
Tamahagane dibakar sehingga merah dan dibentuk empat segi tepat.Apabila lembut,ia akan dileperkan memanjang dan dilipat dua.Proses ini diulangi berkali-kali sehingga terbentuk ribuan lapisan logam.Selain menguatkan struktur bijian logam,proses ini akan menyingkirkan kotoran atau bendasing didalam tamahagane dan menulenkan kandungan logamnya.Part ni je dah semak kepala,hehe!

Seterusnya,nabe-gane yang dilipat-lipat tadi akan dibentuk seperti huruf 'U'.Tamahagane yang kurang karbon(hocho-tetsu) akan dipanaskan dan diletakkan diantara kepingan 'U" nabe-gane tadi.So,nabe-gane yang berkarbon tinggi(keras dan mudah patah) akan menyalut hocho-tetsu yang berkarbon rendah(lembut dan liat).Gabungan kedua-dua jenis logam ni akan memberi kekuatan struktur pedang,kekerasan dan ketajaman mata pedang dan juga tidak mudah patah.

SUNOBE
Next process,bentuk asas pedang mula dibentuk dan dipanggil sunobe.Skill penempa pedang yang membezakan dan memberikan identiti pada setiap nihonto.Setelah pedang mula terbentuk,pedang akan melalui proses pengerasan.

Sunobe akan disalut dengan bancuhan tanah liat dan arang yang ditumbuk halus.Proses salutan juga memerlukan ketelitian kerana ketebalan salutan akan menentukan pembentukan martensite pada permukaan sunobe.Di bahagian tepi dan belakang pedang,salutannya lebih tebal,manakala bahagian mata lebih nipis.

QUENCHING
Tujuan salutan ini adalah sebagai insulator,mengawal penyejukan sunobe ketika proses quenching.Sunobe dibakar sehingga warnanya seperti 'matahari terbit',dan direndam kedalam air dengan bahagian mata menghala keatas.Secara automatik sunobe akan membengkok dengan semulajadi kerana kelajuan penyejukan logam yang berbeza di setiap lapisan yang bersalut tanah liat tadi.



Garisan putih beralun (hamon) adalah terhasil dari proses pengerasan


POLISHING
Bila dah siap,nihonto akan dihantar ke pakar menggilap.Daripada awal proses sampailah ke proses menggilap,setiap orang ada kepakaran masing-masing.Penggilap akan menjalankan kerja-kerja finishing sehingga nihonto siap.Keseluruhan proses memakan masa mingguan dan kadangkala berbulan-bulan bergantung pada kemasan yang dihasilkan.



Disebabkan banyak proses dan proses penghasilan nihonto dianggap 'sacred art',harga nihonto asli sangat mahal,sehingga mampu mencecah puluhan ribu ringgit.Tetapi banyak juga yang dihasilkan dikilang dimana harganya lebih murah sekitar ratusan - ribuan ringgit sahaja.

Video pembuatan nihonto






Post a Comment

Post a Comment