Jumaat, 25 November 2011

Membebel(Tiba-Tiba)


Teramat jarang aku ulaskan isu hiburan tempatan dalam blog aku ni.Tapi kali ni sesuatu yang aku rasa agak 'hangat' diperkatakan seminggu dua ni.Isunya tentang pertikaian Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Lagu Terbaik yang sebelum ini adalah milik Yuna,atau nama sebenarnya Yunalis Zarai melalui lagu 'Penakut'.
Dimana-mana juga media maya hari ni memaparkan lanjutan kisah anugerah tersebut yang akhirnya berpindah milik kepada Anuar Zain melalui lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa iaitu 'Sedetik Lebih'.
Menurut kriteria RIM,Anugerah lagu Terbaik haruslah pemenang satu daripada empat sub-kategori.Bagaimanapun,Yuna dengan professionalnya memulangkan semula anugerah tersebut kepada Anuar Zain yang berasa agak 'janggal' untuk menerima trofi.
Khabarnya kesilapan berpunca dari firma audit luar rasmi AIM,Ernst & Young.Macam-macam hal...Kawan sekuliah aku dulu selalu sebut,'Kalau tak pandai kira,lain kali bawak la kalkulator!"


Tinggalkan kisah Yuna...

Gaji dah masuk,petang ni aku nak bawak wife aku makan Swedish Meatball IKEA,chicken wing dan Princess Cake.Dia yang teringin nak makan,jual nama baby dalam perut,konon-konon baby yang nak.Haha!Takpe...i know your feeling.Petang ni lepas makan kita pergi pet shop kat IKANO pulak.Lama dah tak masuk kesitu tengok akuarium saltwater.

Ini contoh akuarium yang kecik,botol kaca kat rumah aku besar.Nak dibiarkan kosong,sayang pulak.Baik letak tiger barb barang 2-3 ekor,guppy 5-6 ekor,cantik juga.Apapun yang pentingnya kena dapatkan air pump dulu.B4 dis memang aku ada bela ikan akuarium kat kampung.Selang dua minggu tukar air.Lepas aku berhijrah kebandar,air akuarium sampai surut,kotor,takde siapa nak jaga.Aku selalu istilahkan tabiat merenung ikan berenang dalam akuarium sebagai 'terapi minda'.Tinggal kat bandar ni serabut kepala,balik rumah tengok ikan berenang,kepala pun kurang stress.
Hujung minggu ni sepatutnya aku balik kampung,cuti whole week minggu depan pun dah approve.Entah macamana boleh hilang mood pulak.Selalunya aku tak pernah tak teruja bila sebut bab balik kampung.Hati masih panas lagi dengan beberapa isu dua hari lepas.