Memaparkan catatan dengan label Suam Kuku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suam Kuku. Papar semua catatan

Rabu, 28 Januari 2015

Istikharoh Cinta La Romantika De Amore

Siapa yang layan drama ni?

 

Aku takde la into sangat dengan cerita-cerita macam ni,cuma bila wife menonton,aku terpaksa la menghadap sama.Itupun pasal aku nak tengok Nonny Nadirah je,huuuuuu…Istikharah Cinta

Wife aku tu pulak suka sangat dia menengok Zul Ripin belakon.Schuwiiiiittt sangat katanya.

 

Jeles?

Haha!Tidak sekali-kali.

Sebabnya dia puji-puji Zul Ripin pun,tetap dia kawin dengan aku jugak.Means,aku punya level on par dengan Zul Ripin lah,tak gitu?kahkah!

Ok ok,aku bukan nak citer pasal Zul Ripin.

Aku cuma nak komplen pasal jalan cerita adaptasi novel yang perasan best ni.Bukan citer ni jelah,termasuk jugak drama-drama lain yang semazhab dengan dia.

Agaknya tipikal perangai Melayu kot kalau buat cerita,lain plot takde.Kisah orang kaya-kaya,life yang tak realistik punya sweet,kacau bini orang,tunang orang,lepas tu dengki khianat level 9999.

Eh,aku nak tanya sikit.Memang perangai Melayu macam tu eh?Ambik contoh cerita Istikharoh Cinta ni lah,ape ke banganggggggggg dok himpit makwe lama yang dah jadi bini orang?Desperado bebenor ke?Yang si makwe lama pulak ape ke bangannggggggg tak reti-reti nak elak diri dari dikejar ex dia?Tetap dok bersemuka jugak walaupun marah-marah kononnya pertahankan diri yang dah jadi isteri orang.Kasi tapak kasut jelah kat kelangkang ex kau,tu pun aku nak ajar?

Dulu cerita apa tah aku dah lupa,sama jugak adaptasi dari novel.Dah tau perempuan yang dia suka tu tunang orang,dok kejor juga lahai…Bingai betul….

Persoalannya kat sini,nampak sangat syarikat TV lebih pikir nak naikkan rating daripada memikir impak moral yang tertanam kat kepala-kepala penonton.Takde ke cerita nelayan ke,pesawah ke penternak puyuh ke….takpun cerita sejarah.Ini tak,balik-balik tunjuk watak hero kerja mantap,bawak BMW duduk banglo.Makcik-makcik dengan adik-adik yang duduk rumah separa nak runtuh pun menganga la nengoknye…

Dalam kes ni aku tak salahkan pelakon,itu dah kerja diorang.Apa jugak watak yang diorang nak bawak terpulang la,ada juga payment lepas settle kerja.Tinggal lagi pengkarya-pengkarya yang ada kat Malaysia ni kena la kreatif sikit.Eh,memang tak kreatif la kalau plot cerita sama je dengan cerita lain.Tajuk je yang tak sama.

Maybe pihak pengkarya pulak cakap,dah ini je jalan cerita yang ada market.Buat cerita hero berniaga air tebu kang takde stesen TV nak beli pulak.Ye ke macam tu?Apesal cerita Tanah Kubur dah bermusim-musim kat TV?

Kesimpulannya,baik pengkarya atau stesen TV,imbang-imbangkan la apa yang patut.Banyak sangat dah rancangan TV yang takde faedah.Susah kot buat drama ilmiah ni ye?

Rabu, 21 Mei 2014

MH370;Maksud Sebaris Ayat

Dah masuk 75 hari MH370 hilang tanpa berita.Majoriti rakyat Malaysia pun dah makin hilang keterujaan tentang kisah MH370 ni.Manakan tidak,tempoh masa 75 hari ni tiada sebarang petunjuk konkrit melainkan cerita  yang berpusing-pusing.
Aku sendiri pun dah tawar hati nak jadi tukang sibuk dalam kisah MH370 ni.Dahlah bukan pakar aviation,jauh sekali jurutera penyelenggaraan MAS.Keyboard warrior lah katakan,tidak intelektual dan sel-sel otak tidak berhubung katanya…

Ini contoh topik lama yang diulang sekali lagi:
https://my.news.yahoo.com/hishammuddin-now-says-military-told-keep-eye-mh370-025118812.html
Hishammuddin now says military told to keep an eye on MH370   Yahoo News Malaysia

Penerbangan MH370 tanpa transponder melintasi ruang pengawasan radar tentera.Bak kata tajuk artikel ni,maksudnya lebih kurang tengok saja-saja dalam radar.
Sebagai orang awam yang banyak tengok wayang,aku fikirkan macam ni peringkat SOP nya:

1.Identify
-Kenalpasti apa yang terbang,betul ke tidak laluan dia ikut jadual.Cross check maklumat dengan DCA
2.Contact
-Kalau betul tak apa,kalau tak betul contact pilot.Verify apa yang berlaku.Ini action yang penting,sebab kalau tak jawab panggilan atau tak boleh dihubungi,action seterusnya boleh diambil.Masa ni juga dah keluar macam-macam persoalan,kenapa contact tak dapat dibuat,kemana halatujunya,apa kargo yang dibawa bla,bla,bla…
3.Escort
-Scramble interceptor untuk visual confirmation,kot-kot enjin terbakar ke..Andaikata contact tak boleh dilakukan,pilot pesawat awam tentu tau apa nak buat kalau dah kena escort ni kan?
4.Deadly force
-Action yang kalau boleh dielakkan.Pilot awam yang waras takkan la sanggup pilih option ni kot..

At least macam itu lah ideanya…Aku cuma musykil dengan ayat:
"If you're not going to shoot it down, what's the point of sending it (a fighter) up?"

Jawapan:
-Rujuk prosedur nombor 3

Ke guaner???

Aku harap krisis MH370 ni selesai dengan baik dalam masa terdekat.Makin panjang masanya,makin banyak cerita merepek yang keluar.

Isnin, 19 Mei 2014

Pemantapan Kajian Cermin Gelap

TINTED,TINTED,TINTED!

 

GI-3

Nampak tajuk aku bagi?Macam Strategic Reform Initiative kot?

Dah berapa tahun dah isu cermin gelap ni dok pusing-pusing macam tu je.Tak pernah ada penyelesaian muktamad.Pasal apa?Ha,part tu tak boleh la aku nak ulaskan lebih-lebih.Sebabnya negara maju dah tak hadap sangat pasal cermin gelap ni.Tak ganggu pertumbuhan ekonomi langsung katanya.Hehe!

Oklah,apa sebenarnya matlamat larangan bercermin gelap ni?Keselamatan?Pencegahan jenayah?Jika begitu,sempit benarlah skop penilaian depa ni.Takkan aku nak tulis kat sini kot macamana cara nak analisis sesuatu benda.Simple je benda alah tinted ni,apa pro & con dia lepas tu apa impact +ve atau –ve kewujudan benda tu.

Pertamanya dari segi keselamatan.Aku tak berapa faham sebenarnya.Berdasarkan maklumat apa yang menyatakan tinted/cermin gelap ni contribution dia besar sangat dalam angka kemalangan kat Malaysia ni?

Baca artikel dibawah,contoh kajian kemalangan di Britain:

“Today, Great Britain has one of the best road safety records in Europe and the world. Despite massive increases in traffic over the last few decades, the number of people killed on our roads has fallen from around 5,500 per year in the mid 1980s to 1,754 in 2012. However, this still means that around five people die on Britain's roads every day.

Sadly, DRIVER ERROR remains the most common cause of road accidents.

Speeding
Around 400 people a year are killed in crashes in which someone exceeds the speed limit or drives too fast for the conditions.

Drink Driving
Around 280 people die a year in crashes in which someone was over the legal drink drive limit.

Seat Belt Wearing
Around 300 lives each year could be saved if everyone always wore their seat belt.

Careless Driving
Around 300 deaths a year involve someone being "careless, reckless or in a hurry", and a further 125 involve "aggressive driving".

At-work
Around one third of fatal and serious road crashes involve someone who was at work.

Inexperience
More than 400 people are killed in crashes involving young car drivers aged 17 to 24 years, every year, including over 150 young drivers, 90 passengers and more than 170 other road users.

Failed to Look Properly
40% of road crashes involve someone who 'failed to look properly'.

Loss of Control
One third of fatal crashes involved 'loss of control' of a vehicle.

Failed to Judge Other Person's Path/Speed
One in five crashes involve a road user failing to judge another person's path or speed.”

http://www.rospa.com/faqs/detail.aspx?faq=298

 

Nampak?

Pandu laju,mabuk,tak pakai seat belt,lalai dan sebagainya tu salah cermin gelap ke?Tak ada satu pun punca yang disebabkan oleh kegagalan mekanikal apatah lagi cermin gelap.Sebab peratusannya teramat-amat mikro….err….skala nano barangkali.

Malaysia pulak macamana?Pada aku tak jauh beza pun dengan oversea sebab kereta zaman sekarang pun bukan pandai drive sendiri,tetap manusia yang kena kawal.Dari pengalaman aku memandu dan menunggang motorsikal,punca utama kemalangan kat Malaysia ni sebab memandu SEMBERONO,mengkhinzir buta.

Pandu laju semberono,tukar lane semberono,masuk simpang semberono,serba serbi lah.Last week motor aku kena himpit dengan Myvi putih.Nasib baik aku tak tersembam cium jalan tar.Ada side mirror tak mau guna.Tinted punya pasal ke tu?Come on,terang benderang cermin tingkap dia macam akuarium.

Menyebut soal keselamatan ni pun aku memang tak clear langsung.Keselamatan siapa?Keselamatan orang luar kereta ke orang dalam kereta?

 

Keduanya soal pencegahan jenayah.Membantu sangat ke ye?Setau aku la,kalau hari panas terik,susah nak nampak muka driver kereta sebab silau.

Pendapat aku penguatkuasa undang-undang ni ada satu sense yang boleh nampak behaviour pelaku jenayah.Part ni memang aku respek.Biasa kan dengar berita yang ayatnya lebih kurang macam ni,”kenderaan yang mencurigakan”.Macamana diorang boleh curiga?Confirm la diorang ada belajar benda ni,kalau tak macamana nak cegah jenayah.Pernah korang dengar polis cakap dalam berita macam ni,”terserempak dengan WAJAH pemandu kenderaan yang mencurigakan”..Pernah???

So kecurigaan tu berdasarkan apa?Kenderaan tu cerminnya gelap sangat?Takkan kot?Dah tentu la dari gerak hati dan pengalaman,kemudian bila kenderaan yang mencurigakan ni didekati untuk diperiksa,confirm diorang lari punya…Lagi mau tunggu ke?

Katakan aku sendiri memandu kereta bercermin gelap,tapi aku clear,tak ada buat jenayah atau salahlaku trafik.Nak lari buat apa.Betul dak?Boleh beza kan,siapa kriminal,siapa yang tidak.Amat jelas kat sini yang cermin akuarium atau gelap tak membantu langsung dalam pengecaman suspek jenayah dari jauh.

Aku cerita panjang-panjang ni pun tak guna sebenarnya.Kononnya tinted ni membataskan daya penglihatan.Jadi eksiden sebab tak nampak jalan,atau kriminal berleluasa sebab penguatkuasa undang-undang tak boleh cam muka kita yang tengah driving.

Isu ni takkan selesai sebab kajian tak pernah menyeluruh dan dikemaskini.Pindaan tahun 2000 tu dah empatbelastahun lepas.Kalau undang-undang tu manusia,dah pandai mama-papa dalam Fesbuk tahu?Sedarkah anda(pihak yang berkenaan),objek yang disarung kat kepala dalam gambar dibawah ni?

66900_150869558288467_100000962716100_222712_6284790_n

 

Apa beza benda ni dengan tinted/cermin gelap?

 

Aku tak boleh cam muka depa,jadi kriminalkah depa ni?Atau,kalau aku sarung helmet depa,adakah sewenang-wenangnya aku akan tergolek atas jalan?

Sekali lagi aku nak refresh minda hangpa semua…Dalam movie/drama atau dalam berita,kebanyakan pelaku jenayah tutup muka pakai apa?Pakai SARUNG KEPALA,SERKUP RAMBUT,paling koman STOKIN dan last sekali pakai helmet visor gelap nak habaq hang!

Soalannya,wajarkah penunggang motorsikal,pemotong rumput,pemakai purdah dipersalahkan jika penjenayah menyalahgunakan objek-objek diatas untuk menyukarkan dari dikenalpasti?

 

2014-05-20_10-49-34

Sudah terang lagi ber *DRL,antara pointnya cuma KHUATIR CERMIN GELAP DISALAHGUNA BAGI MENYUKARKAN UNTUK DIKENALPASTI.That’s why kenapa aku highlightkan pasal objek-objek lain yang boleh disalahguna untuk menyukarkan dari dikenalpasti.

Tapi kan,yang paling confirm sekali tak pernah aku dengar kisah penjenayah pi tinted muka depa sebelum merampok.

Makanya,perlukah aku bebel lagi panjang?Cukup la kot ye?Hangpa dah besaq panjang.Boleh paham sangat bahasa kebangsaan rojak aku ni.Saman/denda sepatutnya bertujuan untuk mendidik,bukan jadi sebahagian dari penjanaan pendapatan negara.

 

*Daytime Running Light

Rabu, 22 Januari 2014

Bagi La Tajuk Sendiri

Lepas update transfer awal musim 2013/2014,dah tak ada lagi update pasal EPL.Untuk itu,aku buatkan satu list perlindahan pertengahan musim untuk 2013/2014.Setakat ni manager kelab kegemaran aku belum membeli sebarang pemain.

 

 

Nama Pemain

Dari

Ke

Nilai (euro)

1.Mats Moller Daehli Molde Cardiff City  
2.Aiden McGeady Spartak Moscow Everton 2m
3.Stephen Ireland Aston Villa Stoke City  
4.John Guidetti Manchester City Stoke City  
5.Jonas Gutierrez Newcastle Norwich City  
6.Grant Holt Wigan Athletic Aston Villa  
7.Nikica Jelavic Everton Hull City 7.8m
8.Nemanja Matic Benfica Chelsea 25m
9.Shane Long West Brom Hull City 8.5m
10.Ryan Bertrand Chelsea Aston Villa  
11.Magnus Wolff Eikrem Heerenveen Cardiff City 2.5m
12.Santiago Vergini Estudiantes Sunderland  
13.Oscar Ustari Almeria Sunderland  
14.Mohamed Salah Basel Chelsea 13.2m
15.Jo Inge Berget Molde Cardiff City  
16.Marco Boriello Roma West Ham  
17.Antonio Nocerino Milan West Ham  
18.Juan Mata Chelsea Man.United 44.7m
19.Lacina Traore Monaco Everton  

 

Sehingga entri ni ditulis,Arsenal masih lagi mendahului liga dengan 51 mata,hanya dipisahkan satu mata dengan kelab Arab kaya Manchester City diikuti Chelsea dan Liverpool.Penyandang cempien musim lepas masih lagi terkesan dengan hatrik pemain hampir pencen,Samuel Eto’o dan menghuni tangga ke tujuh membuatkan peminat setan merah berhijrah beramai-ramai kedalam gua sehingga moral pulih.

Ok,cukuplah tulis pasal kelab pertengahan.Baik aku ulas pasal kelab Arsenal.

Setakat ni Arsenal bermain dengan baik walaupun kelihatan ala-ala macam tak boleh makan kelab-kelab penghuni tangga bawahan liga.Cuma secara jujurnya aku kurang yakin kalau taska Wenger bertarung dengan kelab big four.Taktikal amalan Wenger ni kadang-kadang berhasil,tapi kebanyakannya fail sebab amat kurang element of surprise dalam serangan.

Main passing pendek-pendek sambil cuba mengayamkan pertahanan lawan kekadang tak membawa hasil yang dihajatkan.Nak harapkan hasil macam tiki-taka Wilshere aritu pun sebenarnya agak mustahil nak dapat selalu.Koordinasi dan kerjasama pemain yang tepat perlu ada.Kelemahan serangan kaedah macam tu kita boleh nampak sendiri,pertahanan lawan sempat bertahan beramai-ramai.

Kebelakangan ni aku agak suka tengok cara Wilfried Bony (Swansea) bermain.Dia rajin buat serangan pantas.Sepatutnya agak cerah masa depan dia dalam EPL dengan kualiti permainan sikit lagi nak sampai tahap Suarez.

Setakat ni first eleven Arsenal yang aku suka (tak kira injury) macam kat bawah ni:

 

-Szczesny-Koscielny-Mertesacker-Gibbs-Sagna-Arteta-Rosicky-Ramsey-Ozil-Walcott-Podolski-

 

Subs:Martinez,Monreal,Wilshere,Cazorla,Giroud

Khamis, 12 September 2013

Anon.....


Komen ni berasal dari sebuah entri lama sebuah blog yang terkenal mengenai kehidupan pemungut barang di sebuah tapak pelupusan sampah berhampiran Jakarta.Walaupun hidup mereka susah,ibadah tidak dilupakan.
Tapi tengoklah komen Anonymous diatas.
Kalau non Muslim memanglah dia tak faham,tapi andaikata komen tu datang dari seorang yang dilahirkan Muslim,berat benar akidahnya.Hati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.

Isnin, 2 September 2013

Negaraku.....

Sabtu lepas adalah Hari Kemerdekaan yang ke...emmm.....aaa....berapa ek.......
-
-
-
Ahaa! Yang ke-56.

Tahun ni punya logo kemerdekaan lebih relevan berbanding tahun-tahun lepas yang pada aku nampak lebih 'peribadi'.Ini teguran ikhlas.
Buat pertama kalinya juga aku cuba menempek bendera Malaysia kat kereta buruk aku.Malang sekali double sided tapenya tak setaraf buatan 3M.Seawal pagi 4 Ogos 2013 aku letak bendera tu berhampiran spoiler,sampai jam 5.00pm dah lekang.Mujur tak tercicir dan dilenyek kereta.
Bendera dilenyek kereta lebih kurang hina macam bendera dipijak jugalah.Kali ni aku nak sebut sikit dalam blog aku ni sebab nampak gayanya nasionalisma bangsa Malaysia ni makin ke longkang.Perkara ni serius tau,sebab bendera adalah lambang negara.Lambang negara yang kita duduk.Lambang dari mana asal-usul kita.Di mana-mana tempat kat dunia ni pun orang tau apa itu bendera.Lanun yang banyak dosa merampok tu pun ada bendera.
Tak kisahlah rupa bendera kita hampir sama dengan bendera Amerika pun,pokok pangkalnya ialah mengerti apa itu lambang negara.Ok la,taknak rupa macam bendera Amerika,kita tukar bendera lambang nasik lemak.Nasik lemak lebih keMalaysiaan.Adakah segelintir pelampau politik ini akan menghormati lambang nasik lemak tadi?Aku rasa tak.
Semua orang sedar yang kebelakangan ni bendera kita makin hilang daulatnya.Makin ramai yang berani menyalahgunakan erti demokrasi dan kebebasan bersuara.Puncanya kerana kecanduan politik yang melampau kronik.Bila lebihkan emosi dalam tindakan,inilah hasilnya.Bak kata pepatah Melayu,'marahkan nyamuk,kelambu dibakar'.Ni lah dia Malaysia kita sekarang.
Kalau teguh sangat pegangan demokrasi tu,tunggulah PRU akan datang.Ini tak,cerita pasal demokrasi bukan main lantang,tapi fundamental demokrasi pun tak tau.Aku faham,ada beberapa kepincangan yang tak sepatutnya berlaku,tapi sebagai orang yang waras,apa kejadahnya menghina negara sendiri?Eiiiii!Tak fahamlah aku manusia macam ni.
Pernah nampak rakyat negara luar buat macam tu kat bendera negara diorang?

Aku nampak benda-benda kecik ni bakal meruntuhkan negara jika dibiarkan.Ditambah lagi dengan anasir komunisma yang berada pada tahap agak kronik sebenarnya.
Kenapa agaknya?
Kenapa sebilangan rakyat kita memilih untuk menjahanamkan negara?
Dah terlalu selesa sampai tak ada kerja lain nak dibuat?

Kita terlalu dimanjakan oleh kepemimpinan yang cuba memenangi hati semua pihak.Umpama kita memanjakan anak secara berlebihan.Nak mengelakkan malu sebab anak mengamuk dekat pasaraya,diikutkan juga apa kehendak dia.Memang kita manja serba-serbi.Menambah parah lagi,opposition side macam seronok pulak bila benda-benda macam ni berlaku.Tak ada teguran langsung.Tegurlah anak buah masing-masing.Politik-politik jugak,tapi jangan melampau.Nasionalisma bukan hak milik parti politik.Kuasa rakyat tu harus dibimbing,bukan diberikan sepenuhnya.Apa jadi dengan Mesir?Salah jeneral tentera?Presiden?Salah rakyat dialah.
Walaupun secara zahirnya kita tak nampak apa tindakan pihak berwajib,aku harap benda-benda ni ada dibanteras secara konsisten dari peringkat akar-umbi.Pencegahan lebih baik dari mengubati.Maybe ada yang kata tuduhan aku mempersalahkan rakyat Mesir sendiri tu terlalu membuta tuli.
Aku ulang sekali lagi pun aku akan cakap rakyat Mesir yang salah.Sebab?Lemah dan mudah diprovokasi anasir yang disemai oleh 'pencatur-pencatur' cuaca politik dunia.Malaysia pun tak lama lagi bakal jadi macam Mesir sebab dah nampak tanda-tanda terhakisnya nilai sayangkan negara sendiri.Lepas tu lagi mau kecoh-kecoh pasal isu pergolakan di Timur Tengah?

Bangkitlah dari tidur woooiii!




Isnin, 19 Ogos 2013

Khabar Terbaru dan Isu Semasa

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog5zal.Maaf sebab kesibukan kerja dan ketiadaan komputer personal menyebabkan blog ini terabai agak lama tanpa sebarang entri terbaru.
Untuk pengetahuan semua,aku bertukar tempat kerja untuk meningkatkan nilai tambah diri sendiri dan juga dah tentu kerana tangga gaji yang jauh lebih baik.Maksud aku,kat tempat baru ni gaji aku taklah naik melambung.Beza tiga,empat puluh ringgit je pun.Cuma aku dah tak mampu untuk meneruskan kehidupan sebagai buruh kasar sampai pencen.
Walaupun fikiran tak semak dengan kertas kerja,keadaan fizikal aku yang terlalu banyak ditimpa kecederaan di tempat kerja amat-amat menyusahkan aku.Ditambah lagi dengan karenah pihak pengurusan yang paling weirdo,meletak jawatan adalah jawapan yang paling jitu tanpa was-was.Kalau nak diceritakan keburukan orang lain,mau haus skrin Gorilla Glass ni aku tenyeh,tapi apa gunanya.Lagi dapat dosa ada la.
Oklah,dipendekkan cerita kerjaya baru aku berbeza 360 darjah dari pekerjaan lama yang bergelumang dengan suasana panas dan aroma ketiak umpama kerbau.Pekerjaan baru aku lebih kepada permainan minda,training,laporan,mesyuarat dan juga temponya amat pantas.Setiap hari ada tugasan baru sedangkan tugasan pertama masih belum siap.
Boleh dikatakan aku agak 'tertinggal' rentak pekerjaan baru ni.Macamanapun aku sukakan cabaran.Tak ada lagi rutin kerja yang sama setiap hari dan diburukkan lagi dengan gaji siling pada aras pekerja asing.Perancangan kerja aku bebas,bukan lagi diaturkan peringkat atasan.Tak mudah juga sebenarnya,yang penting bagi aku adalah kerjaya yang baik untuk menyara keluarga untuk tahun-tahun mendatang.
Apa lagi nak cerita ya?
Mesir?
Kes tembak-tembak?
Malas juga nak komen.Teramat ramai keyboard warrior yang menaip,lepas tu tekan ENTER tapi tak guna akal fikiran.Main hembusss je.Kebanyakannya cenderung menyatakan pendirian sendiri tanpa mengambilkira faktor sekeliling.
Contohnya berkenaan isu Mesir.Presidennya dipilih secara demokrasi,menteri-menterinya juga dipilih oleh rakyat Mesir,tapi malang sekali presidennya sahaja yang berusaha membawa perubahan dalam pentadbiran Mesir kearah Islam yang sebenar.Apa yang aku nampak dalam isu Mesir ni ialah hasil kerja rakyat mereka sendiri+'kuasa ghaib' yang pastinya menyebabkan Mesir akan tumbang dan rosak teruk untuk tempoh yang lama.
Di mana-mana negara pun,akan ada dua pihak yang berbeza pendapat.Calon A ada pengikut sendiri,Calon B ada peminat sendiri.Katakan Calon A menang,peminat B merusuh sampai darurat.Bila diadakan pilihanraya semula,B pulak menang,pengikut A merusuh pulak.Bila nak habis???Tak paham betul aku...
Doakan untuk keamanan Mesir dan juga negara kita sendiri.Dalam kita dok bising-bising kenapa kerajaan tak bantu Mesir,fikirkan juga yang ini.Kebelakangan ni statement "syukur Malaysia masih aman" menjadi bahan jenaka macai-macai politik.Ambil sedikit masa dan renungkan bagaimana ribuan saudara seagama kita di Mesir terkorban nyawa dalam mencari sesuatu yang bernama "keamanan"....Renung-renungkan...

Jumaat, 14 Jun 2013

Suam Kuku;Reaksi Dari Seberang

Untuk bacaan level ayam dan kambing,level prebet pun mungkin tergelak je baca tulisan aku ni.

 

Surat Dari Tanah Seberang   Kaskus - The Largest Indonesian Community

Sebenarnya aku tak pasti macamana nak memulakan entri ni.Intro panjang lebar pun kalau orang tak faham apa aku nak sampaikan tak guna juga.Macam ni lah,kisahnya bermula kelmarin bila aku terbaca emel dari adamindra.m@gmail.com menyatakan surat aku yang dipublish di blog om jagpan bagus katanya,kemudian disusuli emel dari deddy yanto.Mereka sangat bersopan santun.Terima kasih.

Jenuh aku fikir surat apakebenda yang saudara adamindra ni maksudkan.Rupanya emel aku kepada admin blog pertahanan Indonesia iaitu analisisalutsista telah dipublishkan.Seperti biasa,jika melibatkan soal hubungan Malaysia-Indonesia,cepat saja jadi hot walau bicara soal makanan sekalipun.

Nak ditambahkan panas lagi,kemudian surat aku tu dipublish pula ke forum kaskus kolum Militer.Boleh tahan la forum kaskus tu kot,maybe glemer macam lowyat kat sini.Apa lagi kalau tak kena taji dengan geng forumer RI.Tapi tak semualah,masih ada yang berjiwa neutral macam aku.Boleh dikatakan aku rasa agak lucu dan sedikit terkejut bilamana emel picisan dari seorang blogger kepam ni diambil serius adminnya.

Apa agaknya kandungan surat aku tu?Kalau nak baca,klik la link yang aku highlightkan tu,segan pulak aku nak paste kat sini.Tujuan aku mengemel admin blog pertahanan Indonesia tersebut adalah kerana aku mengharapkan beliau membalasnya dengan emel juga dan menulis jawapannya berdasarkan sudut pandang peribadi beliau.Maksud aku heart to heart talk.

Antara ringkasan emel aku kepada beliau ialah teguran berkenaan tulisan beliau yang kebanyakannya memanaskan hubungan Malaysia-Indonesia terutamanya soal kedaulatan dan aset negara masing-masing.Kemudian aku menyelitkan sedikit tanggungjawab sesama Muslim dan peranan penulis dalam memupuk keharmonian dua negara.Aku bukanlah orang yang tinggi ilmu agama untuk menasihati orang itu dan ini,tapi asasnya beliau seorang Islam dan bila mengharapkan keredhaan Allah S.W.T untuk kesejahteraan Indonesia maksudnya dia yakin dengan agama yang dianutinya.

Bukan sedikit komentar dalam thread Kaskus sepanjang lima page(setakat malam tadi) itu yang mempertikaikan kewajaran aku mengaitkan agama Islam dan keharmonian hubungan dua negara.Ada sesetengahnya berkata,agama bukan alasan untuk mengklaim sesuatu milik orang lain.Betul.Agama apapun mencuri tetap salah.Tapi harus sedar klaim dan curi itu besar bezanya.Soal ini aku tak boleh komen panjang.Buat apa bising-bising sedangkan semuanya sudah diputuskan oleh ICJ.

Ok,respon yang diterima dari komentator rakyat RI ada pelbagai.Kebanyakannya tegar nasionalisma dan aku respect itu.Serius.Situasinya jauh berbeza dengan Malaysia.Rakyat Malaysia juga tinggi patriotismanya,cuma nisbah perbezaan penduduk antara Malaysia dan Indonesia terlalu besar.Indonesia berkeluasan 1.9 juta kilometer persegi dan didiami lebih 238 juta penduduk berbanding Malaysia yang berkeluasan 330 ribu kilometer persegi dan hanya didiami 29 juta orang.

Jadi dari nisbah perbezaan yang amat besar ini menampakkan kekuatan nasionalisma yang tidak seimbang,sedangkan jika 1:1 mungkin sama saja.Kalau baik disini cuma 1,disana 10 kali ramai baiknya,begitu juga yang ‘nakal’.1 Malaysian nakal,dibalas 10 kali nakal Indonesian.Normal begitu,mana mungkin semuanya baik dan sopan budi bahasa.

Tetapi counter attacknya di ruang komentar masih lagi seputar soal budaya,TKI,Ambalat,anak emas Britain,pengkhianatan,Global Firepower ranking dan bla,bla,bla…

 

-Culture?kalau aku etnis Jawa,apa salahnya aku makan tempe made in Johor?

-TKI?100 dihantar pulang,seribu lagi datang tidak diundang.Salah siapa?

-Pengkhianatan?Pengkhianatan apa ya.Malaysia tidak pernah menjadi milik Indonesia.

-Global Firepower?Cuba kira GDP Indonesia kalau Indonesia hanya seluas Malaysia.

 

Ambalat atau Sipadan-Ligitan kira ok la lagi kalau nak panas pun tapi kalau dikatanya Malaysia penjilat British?What the fuuuuu!!?Aku juga orang muda,tapi aku tak sebodoh itu untuk melatah tak tentu hala.Ada masalah dengan negara jiran?Sila terjun bangunan.Baik fikirkan kerjaya dan keluarga sendiri.

Cuba la jolok Singapore,buat rally julang buluh runcing lepas tu jerit Singapore penjilat US& Israel.Kalau ada kedutaan lagi baik,sila baling tahi masing-masing.Agak-agak nampak macam manusia bertamadun tak?Maaf cakap,dalam emel aku tu pun aku bagitahu yang keturunan aku memang berasal dari Indonesia.Aku tak kata semua Indonesian bersifat macam tu,masih ada yang percaya kesejahteraan hubungan antara dua negara ini masih berbaloi untuk dipertahankan,tapi jumlah yang sedikit ini terlindung oleh ramainya mereka-mereka yang mudah dibakar api provokasi.

Aku akui,ada juga penulisan aku yang menjentik soal alutsista TNI,cuma aku bukanlah jenis ekstremis,mempertikai atau menghina aset negara lain,menunjuk-nunjuk kepelbagaian koleksi rudal dan sebagainya.Sebahagiannya adalah sindiran untuk Malaysia yang masih belum setara Indonesia dari segi keseriusan industri pertahanan tempatan.Itu sahaja,dan tahniah Indonesia dalam aspek pembangunan industri militer.

Soal cermin diri sendiri dan selesaikan masalah sendiri sebelum berkomentar tentang negara lain adalah umpama pepatah Melayu,”menepuk air didulang,terpercik ke muka sendiri”.Siapa lagi yang dahuluan terlebih sensitif soal tetangganya?Sila jawab.

Cukuplah jawapan aku setakat ini.Kalau dalam thread militer Malaysia aku melatah terlebih-lebih dengan komen dari seberang,aku sendiri malu dan rasa rendah diri.Sebabnya majoriti rakyat Malaysia sangat cool.Komentar dengan fakta.Paling bangang pun sangkut dengan politik yang sama saja dua kali lima.Susah la nak jumpa komen menghina Indonesia.Katakan topiknya adalah berkenaan misil Sukhoi MKM,tetiba ada yang komen,’mati lu Indo****l!Memang bangang manusia itu.Buat malu kaum je.

Sebelum selesai entri ni ada baiknya aku tegaskan,percayalah yang agamamu akan membawa keharmonian dan tolong sedar siapa akan bermanfaat besar sekiranya dua negara ini bertelagah.Bila itu terjadi apa faedah untuk sang penulis provokasi?Dapat *bisjut?

 

*Disengajakan eja macam tu.Harap maklum.

Rabu, 21 November 2012

Gaza;Kisah DiSebalik Gambar

Assalamualaikum semua…

Sebelum aku rasa nak menulis entri ni,agak lama juga aku berfikir samada wajar atau tak memandangkan ilmu duniawi dan akhirat aku ni cetek je.Tapi berdasarkan satu ayat,’sampaikanlah yang benar walaupun ianya pahit’,aku usahakan jugak untuk memperbetulkan salah faham yang agak berleluasa kebelakangan ni.

Semenjak krisis Gaza-Israel kembali panas kebelakangan ni,bahangnya turut dirasakan umat Islam di Malaysia atas faktor persaudaraan sesama Islam.Maka berkobar-kobarlah semangat jihad menentang kezaliman Israel keatas penduduk Palestin.Kita dapat tengok di laman Facebook terutamanya,tentang kempen boikot barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel dan juga foto-foto yang menunjukkan kemusnahan aset Israel yang dipercayai dibedil roket Qassam.

Roket Qassam merujuk kepada roket buatan sendiri yang dilancarkan oleh Briged Izz Addin Al-Qassam.Dari situlah roket tersebut mendapat nama.Maksudnya apa juga roket buatan sendiri yang dilancarkan Briged tersebut akan dirujuk sebagai roket Al-Qassam.Gambarnya carilah di Google Images.

 

Apa itu roket Al-Qassam?

Roket buatan Al-Qassam ialah terdiri dari berbagai variasi iaitu Qassam I sehingga Qassam IV yang merangkumi jarak jangkauan antara 3 hingga 14 kilometer dan mungkin lebih sedikit.Binaanya adalah mudah berdasarkan prinsip pembuatan yang pantas dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti tiub keluli,bahan api pepejal dan peledak.

Bahan api roket diperbuat dari campuran gula dan potassium nitrat yang dicairkan kemudian dituang kedalam acuan berbentuk tiub beserta fius pembakar.Setelah beku maka siaplah bahan api pepejal untuk mendorong roket Al-Qassam ini.

Manakala peledak didapati daripada artileri lama ataupun TNT yang ditambah cebisan logam(shrapnel) untuk menambah kesan kerosakan.Kadangkala peledak juga dibuat sendiri menggunakan urea nitrat.Fius peledak diperbuat daripada katrij peluru,spring dan paku.Kos pembuatan sebuah roket dianggarkan sekitar $800.

Secara asasnya roket Al-Qassam dilancarkan daripada tapak pelancaran dengan trajektori tertentu untuk menghentam sasaran.Memandangkan ianya terbang tanpa sebarang panduan GPS atau laser,ketepatan mengenai sasaran adalah agak rendah.

Ditambah lagi dengan perisai pertahanan Israel iaitu Iron Dome,peratusan roket yang sampai ke daratan Israel agak mengecewakan.Sesuatu yang pahit untuk kita semua dengar tetapi itulah realitinya.Iron Dome atau bahasa Melayunya ‘Kubah Besi’ merupakan satu sistem pertahanan darat Israel yang terdiri dari sistem radar dan roket pemintas Tamir.Sebarang roket yang memasuki ruang udara Israel akan dikesan radar,komputer menganalisis kelajuan roket,mengunci sasaran dan sasaran dimusnahkan diudara.

Tetapi sistem ini juga bukanlah insuran untuk keselamatan warga Israel.Kelemahannya ialah kos sebuah roket pemintas ialah antara $35,000 hingga $50,000 sedangkan ‘objek’ yang dipintas cuma berharga $800.Disinilah perlunya kempen boikot barangan yang menyumbang kepada kewangan Israel.Tabungnya perlu disusutkan.Tapi semalam aku lalu depan Mc Donald Seksyen 6 Damansara,still penuh jugak.Hangat-hangat taik ayam sungguh rakyat Malaysia ni.

Kedua,ini pendapat aku sahaja.Sistem Iron Dome mungkin boleh ditewaskan dengan serangan salvo ratusan roket Al-Qassam.Mana mungkin sistem radarnya dapat mengunci ratusan sasaran sekaligus dan hit ratio pasti meningkat.Cuma aku tak pasti berapa banyak roket dalam simpanan Briged Izz Addin Al-Qassam.

Setakat ni,roket tersebut adalah senjata utama memerangi Israel.Kalau ada senjata lain yang lebih canggih dalam simpanan mereka,wallahua’lam…

 

Kisah Di Sebalik Foto

Di perenggan awal tadi aku ada ceritakan sedikit keghairahan umat Islam Malaysia mengupload gambar-gambar dan di’LIKE’ pula oleh ribuan orang.Sekarang mari kita cari kebenaran disebalik foto-foto tersebut.

 

Foto 1

Screenshot_2012-11-20-20-06-54

Foto ini sebenarnya adalah foto jujukan gambar ujian torpedo Mark 48(Mk 48) keatas sasaran iaitu sebuah kapal Destroyer HMAS Torrens Tentera Laut Australia yang berusia 28 tahun.Torpedo dilancarkan dari kapal selam HMAS Farncomb kelas Collins,menyebabkan Destroyer tersebut terputus dua semasa ujian pada 25 Julai 2008.

 

Mark_48_Torpedo_testing

 

Foto 2

Screenshot_2012-11-20-20-10-47

Dipercayai foto ini sebenarnya adalah foto helikopter yang tidak diketahu jenisnya milik rejim Bashar Al Assad yang ditembak jatuh oleh pemberontak Syria menggunakan pelancar roket bahu Stinger.Sumber,The News Tribe.

 

Foto 3

Screenshot_2012-11-20-22-09-04

Foto diatas agak menarik juga cerita sebenarnya.Gambar diatas menunjukkan fasa pertama prosedur kerusi lenting(ejector seat) iaitu dengan menolak keluar kaca kokpit pada pesawat F18-C Hornet.

Kisahnya begini,Kapten Brian Bews (36) dari Tentera Udara Kanada sedang melakukan rutin latihan untuk pertunjukan udara yang bakal berlangsung di Lethbridge County Airport,Alberta.

Ketika melakukan manuver yang hampir ke darat,tiba-tiba enjin mengalami kegagalan dan beliau terpaksa melentingkan kerusi pilot sebelum terhempas.Kapten Brian Bews yang berpengalaman 1,400 jam penerbangan,selamat dengan hanya sedikit lebam.

Kejadian berlaku pada 24 Julai 2010 berdasarkan tarikh beritanya tersiar di akhbar.Sumbernya di Telegraph dan Lolyland.

Pilot ejects from fighter plane moments before crash

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (1)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (2)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (4)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (6)

 

Akhir kata,aku juga sedih sebenarnya bila mendapati gambar-gambar tersebut dimanipulasi dari gambar lain.Ianya mengingatkan aku masa perang US dan Iraq dulu.Bukan zaman Saddam Hussein mati ditembak tu,sebelum tu lagi.Yes,masa tu aku budak-budak lagi.Sebagai umat Islam dah tentu aku berharap Iraq yang menang,tapi kawan aku cakap US kuat,tak mungkin Iraq menang.Memang betul,Iraq tak boleh menang…

Diatas kertas jawapannya sudah diketahui,tapi sebagai umat Islam,yakinlah pada doa seluruh umat Islam di dunia supaya Allah S.W.T melindungi umat Islam di Palestin.Berkenaan gambar-gambar di Facebook tu,korang semua nilaikanlah sendiri.Aku tak sanggup berbohong semata-mata nak menyedapkan hati orang lain.Aku berpegang kepada prinsip menyampaikan berita yang benar walaupun ianya sukar diterima.Lambat laun ianya akan diketahui juga.

*rajin-rajinlah explore Google ya?

Rabu, 17 Oktober 2012

Oarfish Timbul Bila Hampir Mati

Gempar!

Ikan Aneh Terdampar Di Pantai Mexico!

 

Kalau suratkhabar Harian Metro memang macam tulah headlinenya,haha!But not for me.Tidak ada benda yang aneh,kecuali malas membuat kajian.Taktik lame nak kasi paper laku.

 

Oarfish

Ini adalah oarfish,ikan pendayung?! sepanjang 20 kaki yang terdampar di pantai Cabo San Lucas,Mexico.Ikan ini hidup di bahagian laut yang dalam dan sangat jarang kelihatan.Juga dikenali sebagai ribbon fish,ia adalah ikan bertulang terpanjang di lautan.Jerung lagi panjang tapi jerung bertulang rawan ok?

Disebabkan ikan ni tinggal di lautan dalam,kehadirannya hampir di permukaan laut adalah kerana cedera atau hampir mati.Khabarnya ikan ini diambil oleh warden pantai dan dibawa ke tengah laut untuk dilepaskan sebelum sempat saintis mengambil sampel.Tapi ikan ni tetap juga mati sebenarnya.

Ikan yang bersisik keperakan dan bersirip oren kemerahan ni mampu membesar sehingga 50 kaki.

 

Sumber DailyMail

Rabu, 3 Oktober 2012

Salah Guna Karbon Fiber

Carbon fiber adalah satu material yang ringan,kuat dan fleksibel.Ianya banyak kegunaan dalam industri penerbangan,automotif dan sukan.Tetapi kelemahannya adalah mahal,sebab proses penghasilan serat karbon memerlukan kos mesin dan tenaga buruh yang mahal.

Bagi peminat modifikasi kereta dah tak perlu risau dengan harga mahal carbon fiber.Dulu harga hood enjin Myvi carbon fiber berharga RM1200,enam tahun lepas.Sekarang sudah ada sticker carbon fiber 3D,RM100 untuk satu hood enjin.Corak carbon fiber memang cantik,tapi kalau letak sampai penuh satu body kereta memang tak lawa langsung.Macam terencat akal pun ada.

Beberapa tahun lepas aku pun sama terjebak penyakit menempek sticker carbon fiber ni.Mula-mula kereta(beberapa bahagian jer),lepas tu laptop,casing handphone…dah merebak sampai ke benda-benda lain.

Aku terjumpa beberapa kegunaan ‘bodoh’ carbon fiber dalam kehidupan seharian di Gizmodo.Sebahagiannya memang useless,dan tak sangka agak bodoh juga menempek stiker karbon fiber kat handphone,huuuuuu!

Siapa ada buat benda-benda kat bawah ni angkat tangan.

fiber

fiber2

 

Objek-objek yang kelihatan bodoh kerana dicipta menggunakan carbon fiber:

 

Toilet seat

fiber7

 

Chopstick

fiber5

 

Bekas makanan anjing

fiber6

 

Hiasan leher

fiber4

 

Lagi gambar di Gizmodo

Jumaat, 10 Ogos 2012

Komen Dari Puchong,1Malaysia

Hari ni tak banyak cerita menarik untuk aku poskan sebagai entri blog,jadi aktiviti lain adalah menyemak komen-komen yang ditinggalkan pembaca.Entri pasal tiket bas mendapat dua respon dari pembaca yang mungkin mengalami perkara yang sama dengan aku.Thanks Alam dan Acid Voice.

Entri kedua mengenai screenshot artikel dalam Kosmo Online semalam,tentang jumlah badak air di Malaysia yang semakin berkurangan.Artikel ni mendapat satu respon dari seseorang yang bernama Tang Tzong Yuh dari Puchong Selangor.Ini komen beliau:

 

Badak Air Malaysia    Laman Fakta vs Tahyul-141210

Sebenarnya aku tak berapa berkenan dengan jenis komen seperti ini walaupun ianya berkaitan dengan entri yang menceritakan tentang sesuatu perkara bodoh di sekeliling aku.Aku pun buat sedikit siasatan siapakah dia Tang Tzong Yuh ini dan aku jumpa profil Facebooknya.Ini screenshot dari wall Facebook beliau yang juga ada mempamerkan ‘lawak badak air’ Malaysia semalam,dari sumber Bernama.

 

Screenshot_2012-08-10-14-17-44

 

Ya,pertama kali aku baca artikel tu pun aku dah berasa sesuatu yang tidak kena.Bila pulak badak air ada di Malaysia.Ada tu memang ada tapi di zoo lah.Mungkin apa yang diorang nak cakap sebenarnya adalah spesies badak sumbu kecil tu,apa nama sainsnya aku tak taulah.

Agak ralat disini apabila DUA akhbar memaparkan berita yang sama dan menunjukkan penulis artikel tak buat kajian sebelum menulis.

Pernah tak korang jumpa tajuk akhbar yang berbunyi ‘Ikan Aneh Ditemui Di Kedah’,(sebagai contoh sahaja nama tempat Kedah tu).Internet didepan mata bermaksud tiada istilah ‘aneh’,Googlekan sajalah spesies apa ikan tu.Kalau ikan rupa buaya dah tentulah Alligator Gar,so buat apa tulis tajuk akhbar ‘Terpancing Ikan Berwajah Buaya’?Tulislah ‘Terpancing Alligator Gar’.Strategi menjual akhbar barangkali?

Keyword hari ni ialah ‘buat kajian’.

Kepada Tang Tzong Yuh,benar artikel akhbar online itu sangat LOL,tapi komen anda terlalu umum.Any country in this world have bullshit,not in Malaysia only.For sure kenderaan penjelajah Marikh,Curiousity belum menemui sebarang bullshit disana.Nanti kalau kita mampu hidup lama,kita mampu tinggal diplanet Marikh yang tiada bullshit ok?

Apa yang aku meraban dalam perenggan akhir ni?

Jumaat, 29 Jun 2012

Nasib Kamera Digital

Setiap apa yang ada di dunia ni pasti akan digantikan dengan yang baru.Orang muda menggantikan orang tua,kereta baru menggantikan kereta usang dan begitu juga nasib yang diterima oleh kamera digital kompak.

DSC01287
Sejak lima tahun kebelakangan ni,nilai pasaran kamera digital kompak menurun sebanyak 30% daripada $843 juta kepada $598 juta dan dijangka akan terus merudum.Puncanya adalah kerana kewujudan telefon-telefon pintar yang berupaya mengambil gambar berkualiti sebaik kamera digital kompak.Walaupun dalam beberapa segi kamera telefon pintar tak dapat menyamai fungsi kamera digital kompak,teknologi semakin berkembang dan tidak mustahil akan datang kamera telefon pintar mampu menyamai fungsi kamera kompak.Zum optikal barangkali.
Kita jangan terpedaya dengan cetakan pada kamera yang tertulis 20x digital zoom sebab digital zoom bukanlah zoom dalam ertikata yang sebenar.100x digital zoom sekalipun ia tidaklah menjadikan kamera tersebut lebih baik.
Digital zoom hanya membesarkan imej yang dikesan image sensor,maka sebab itu jika imej dari kamera digital dengan sensor resolusi rendah dizoomkan,imej akan menjadi blur.Nak cari kamera digital,dapatkan yang optical zoom,5 megapiksel pun sure cantik.
Maaflah aku selalu tersasar dari tajuk.Kamera digital kompak tetap ada pasaran dan permintaan cuma marginnya mengecil dengan ketara.Kebanyakan jurukamera profesional pun pasti menyimpan seunit kamera kompak digital untuk merakam momen penting.Apa kejadah nak pikul kamera DSLR merata-rata.Sekarang ni kan DSLR dah jadi gadget wajib untuk para peminat gadget walaupun hanya menggunakan setting AUTO untuk mengambil gambar.Bukan semua lah,ada la sikit-sikit yang macam itu untuk menampakkan wow factor jika dicompare dengan kengkawan yang lain.Ahaha!Heran gak aku,kekadang yang usung kamera besar-besar ni bebudak belajar je.Pakai PTPTN ek?
Jangan marah ye,kalau tak beli kamera macamana nak belajar amik gambar ye tak?Belajar teori je apa guna kalau tak ada barangnya.Macam main gitar juga,gitar kena beli dulu.Takkan belajar kod lagu,lepas tu tenyeh button controller PS2 main Guitar Hero.

Jumaat, 8 Jun 2012

OK Ke Sygic GPS Android?

GPS

 

Kimi mo Suzuran aaaa??

Walaupun Takiya Genji kelihatan power dalam Crows Zero dan juga hebat dalam mengepalai kumpulan GPS,aku tak percaya badan kering beliau mampu menahan tumbukan bertalu-talu.Tanpa GPS,Suzuran tetap huru-hara,tapi tanpa Global Positioning System pasti anda sesat ketika mencari dimana letaknya rumah kenduri rakan sekolah anda.

Tak semua orang perlukan GPS,umpamanya seorang pekerja di department aku.Membesar di KL sejak zaman 80-an membolehkannya sampai kemana saja ceruk Kuala Lumpur tanpa sesat.Lainlah aku yang tak tahu apa-apa pasal jalan kat KL,ditambah lagi dengan kemalasan aku meneroka jalanrayanya.Pernah aku naik STAR dari Bukit Jalil untuk ke stesen bas Pudu,aku turun di Pudu dan kesudahannya sebijik bas pun aku  tak nampak.Yang ada cuma warga asing yang bersukaria macam kat negara sendiri.Aku terpaksa tahan teksi untuk ke stesen bas Pudu selepas melilau tak tentu arah,dan mujur abang teksi tu cas RM2.20 je.Rupanya kalau nak ke stesen bas Pudu,kena turun kat Plaza Rakyat.Damn…

Itu sesat dengan pengangkutan awam,lepas berkereta banyak kali juga aku mengalami sesat terutamanya bila nak ke rumah kenduri kengkawan wife aku.Maka aku menyedari betapa sangat perlunya GPS dalam kehidupan di bandar.Sebelum ni aku pernah cuba GPS yang didatangkan sekali dengan handphone Garmin Asus M10 adik aku.Sistemnya sangat bagus,mudah digunakan,peta terkini dan tak perlu beli activation code.

Masa tu pulak aku baru beli Sony Ericsson Aino U10i yang juga dibekalkan software GPS Wisepilot,malangnya ia cuma trial version.Kalau nak beli activation key harganya lebih kurang RM250.

2825-3-sygic-singapore-malaysia-gps

Dua hari lepas aku download Sygic dari Play Store.Itu pun trial jugak(siapa nak bagi free),dan dari pembacaan aku sebelum tu Sygic boleh dikatakan terbaik untuk platform Android.Aku cuba sejak semalam dan bagi aku mapnya agak kurang lengkap.Aku fikir mungkin sebab trial kot.Maka aku beli activation key untuk mempermanentkan fungsi GPS Sygic ni dengan harga $29.99.Ada beberapa blog yang bagi link Sygic cracked version tapi entahlah.Aku beli je lagi senang,tak perlu risau apa-apa.

Secara overall,Sygic GPS untuk Android ni aku rasa boleh la untuk fungsi asas.Aku ambik Garmin sebagai benchmark.Icon tak berapa cantik,aku set 3D kot-kot boleh nampak bangunan 3D tapi tak jadi apa-apa pun,flat jerr….Lagi,sistem carian lokasinya bagi aku tak berapa nak senang pakai.Contohnya ada beberapa lokasi yang aku terpaksa key in kordinat dulu baru sistem boleh search dengan tepat.Kalau setakat keyword,memang merapu dia punya list.Aku cuba setkan Universiti Malaysia Terengganu sebagai favourites,tapi bila masukkan city Kuala Terengganu,POI yang berhampiran dengan Kuala Terengganu tak ada Universiti Malaysia Terengganu.Guaner tuh?

Tapi untuk lokasi bandar terutamanya Selangor ni tak ada masalah.Aku boleh bagi 3.5/5 bintang je sebab tak best macam Garmin.Sebab tu harganya murah kot.

 

*Image from ipai-ans.blogspot

Rabu, 4 April 2012

Keibubapaan Yang Gagal

Aku belum ada anak,sehingga entri ini ditaip.Pengalaman aku dengan bayi dan budak kecik cuma semasa menyaksikan dua adik perempuan aku yang akhir membesar depan mata aku.Kebetulan mak aku seorang yang sibuk walaupun tak sama sibuknya macam wanita bekerjaya zaman sekarang.Jadi surirumah sepenuh masa memang sangat sibuk,apatah lagi kalau ada menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan.Dalam kes mak aku ni,mak aku adalah pembuat kuih prolifik dalam kampung.

Kebetulan pulak masa tu aku dah habis belajar dan jadi ‘pembantu suri rumah sepenuh masa’(menganggur sebenarnya).Setiap pagi mak aku akan letak adik perempuan aku yang masa tu baru pandai merangkak di sebelah aku.Kerja aku setiap hari cuma bermain PSOne sambil mengawasi adik aku supaya jangan mengacau mak aku di dapur.Ada masa bila aku malas nak jaga,aku pernah tambat adik aku kat kaki kusyen.Jahat betul.

Zaman sekarang parents suka bagi anak-anak main IPad.Nampak bagus sebab kecik-kecik dah pandai klik mana-mana aplikasi permainan yang dia nak,tapi aku rasa lelama anak-anak akan jadi anti sosial dan terlalu asyik dengan ‘permainan’ yang advance macam tu.

Dibawah adalah contoh-contoh parenting yang sangat worst.Jangan buat macam ni pada bayi anda dan kemudian diupload ke Facebook.

 

Parenting1

Parenting2

Parenting4

Parenting5

 

Lagi gambar dan info di DailyMail

Jumaat, 23 Mac 2012

Popular Di Internet

Banyak betul laman sosial sekarang ni.Yang aku pernah guna Friendster dan Facebook.Itupun lepas Facebook makin ramai user,aku terus tinggalkan Friendster.Aku check kat Alexa tadi,Friendster dah terjun tiruk berirama ke tangga 10,251.Tapi bila aku kerap berblogging,lagilah jarang aku buka laman sosial.Boring jugak online Facebook ni.Balik-balik tengok member merepek kat wall.Ada sesetengah tu semua benda nak dibagitau kat Facebook.Paling tak boleh blah,jenis yang share info karut marut.Main hentam je post kat wall.Nak tergelak pun ada.Aduii....

Top 15 Social Network

Ranking Alexa Monthly Visitor(est)
1.Facebook
2
750,000,000
2.Twitter
9
250,000,000
3.LinkedIn
14
110,000,000
4.MySpace
138
70,500,000
5.Google+
N/A
65,000,000
6.DeviantArt
130
25,500,000
7.Live Journal
102
20,500,000
8.Tagged
282
19,500,000
9.Orkut
156
17,500,000
10.CafeMom
1144
12,500,000
11.Ning
339
12,000,000
12.Meetup
509
7,500,000
13.My Life
1670
5,400,000
14.My Yearbook
1732
3,000,000
15.Badoo
112
2,500,000

Top 15 Popular Blog

Ranking Alexa Monthly Visitor (est)
1.HuffingtonPost
122
54,000,000
2.TMZ
407
19,000,000
3.BusinessInsider
546
12,100,000
4.engadget
378
11,500,000
5.PerezHilton
577
10,200,000
6.Gizmodo
472
10,100,000
7.Mashable
323
10,000,000
8.TechCrunch
377
7,500,000
9.Gawker
866
6,000,000
10.lifehacker
819
5,500,000
11.The Daily Beast
1633
5,000,000
12.SmashingMagazine
768
4,600,000
13.Failblog
1038
4,400,000
14.Kotaku
1192
4,100,000
15.boingboing
1784
3,500,000
*banyak lagi statistik di ebizmba.

Selasa, 20 Mac 2012

Kereta+Internet?

PROTON-Yes-Interior-650x650

Gambar kat atas menunjukkan bahagian interior model terbaru Proton yang dilengkapi tiga buah IPad 2 dengan sambungan Internet tanpa wayar YES 4G Huddle.Kereta-kereta mewah biasanya ada monitor tapi tak banyak yang ada internet.

Aku cuba cari info dan terjumpa maklumat tentang model Mercedez Benz yang dilengkapi sambungan internet iaitu model C250 CGI dan C250 CDI. Sistem internet pada Mercedez membenarkan akses ke internet tanpa had ketika kereta tidak bergerak dan akan mula menyekat sambungan internet ke beberapa laman web utama bila kereta mula dipandu.Tujuannya adalah untuk mengelakkan distraction.

Satu model lagi ialah Mercedez S-Class,ditambah baik oleh Brabus yang dipanggil iBussiness 2.0.Tak sempat sampai ofis sebab jalan jem tak jadi masalah.Boleh siapkan kerja dalam kereta.

Brabus S-Class

 

Tapi,kalau aku ada kereta berinternet ni,dua perkara yang aku rasa agak ralat:

 

1.Kereta mewah berinternet dah tentu orang kaya pakai dan kebanyakannya ada pemandu peribadi.Tuan punya kereta dapat duduk rileks kat seat belakang sambil enjoy movie atau melayari internet.Kalau aku beli kereta ni dan aku pandu sendiri,bila masa aku nak main internet?Update status laman sosial sambil memandu bermaksud sengaja mencari maut.Hmmmm….

 

2.Tiga unit IPad 2 dalam kereta yang diparkir akan mengundang minat untuk kaki pecah kereta untuk memecah cermin.SmartTAG harga RM120 pun orang sapu apatah lagi IPad.Siapa beli Proton baru nanti,simpan ajelah IPad tu kat rumah.

 

Itu cuma pendapat aku je,kalau ada apa-apa pandangan boleh bincangkan kat ruang komen.

Rabu, 14 Mac 2012

“Pandai”nya Budak Ni Mencarut

Laman Fakta vs Tahyul-143125

 

Memula gua sentap jugak menengok Shoutmix gua bila ternampak perkataan yang macam ni.Tapi pastu gua senyum rilek.Ni bukan first time orang mencarut kat blog gua.Takat sesekali kena carut ape ada hal.Obe Blogserius tiap entri kena carut pun steady je.Tapi dia lain.Ranking Alexa Blogserius 14,465 dengan PR3.Senang cakap femeslah.Makin ramai peminat,maka makin ramai juga haters.

Kalau nak dibandingkan dengan blog si Obe,memang jauh beza blog gua ni.Gua pun tak pernah suka-suka nak bash orang sana-sini.Tapi maybe ada yang butthurt dengan tulisan gua.Apa tujuan si dadada ni tulis macam tu gua pun tak pasti.Saje nak troll kot.Tapi tak apa,gua suka dengan apa yang gua tulis dan akan terus menulis.Kadang-kadang perkara yang benar tu memang tak best.Thats why orang kita lebih suka benda tahyul dan takde faedah,sebab lebih ‘seronok’ baca.

Baca info dari blog memang seronok,tapi tak semua betul.Korang kena banyak dapatkan input dari sumber lain jugak.Pandai-pandailah ye?

Kepada dadada,tahniah kerana tau mengeja perkataan yang sesuai untuk diri anda!

Selasa, 13 Mac 2012

Setahun Sesudah Tsunami

Masa Jepun dilanda tsunami setahun yang lepas,banyak blog yang menunjukkan gambar-gambar selepas disaster.Aku suka tengok gambar-gambar macam tu tapi bukan sebab aku suka kemusnahan.Dari gambar-gambar tu kita dapat tengok betapa besarnya kuasa alam.Air laut yang datang dalam bentuk ombak besar membawa banyak tenaga untuk menghancurkan tembok,rumah,dan kereta.Yaaa..kereta.Aku pun suka tengok banyak kereta-kereta yang hanyut tersadai merata-rata.

Walaupun dah rosak dimasuki air,jangan risau.Semuanya akan dieksport sebagai half cut.Kat Malaysia ni ramai pembeli half cut dan dengarnya kat Jepun banyak orang tengah yang menguruskan half cut ni adalah orang Malaysia.Punyalah kebulur dengan half cut,ada sesetengah kereta tu dah dibooking masa kat Jepun lagi.Dalam gambar tsunami kat Jepun dulu,berlambak kereta-kereta comel tersadai.

Selepas setahun berlalu,kawasan yang dilanda tsunami hampir pulih.Meh tengok:

 

Tsunami  One year later Photos   Tsunami  One year later Pictures - Yahoo! News-133712

Tsunami  One year later Photos   Tsunami  One year later Pictures - Yahoo! News-134906

Tsunami  One year later Photos   Tsunami  One year later Pictures - Yahoo! News-134954

 

Lagi gambar disini

 

Images from Yahoo News,REUTERS/KYODO

Isnin, 12 Mac 2012

Jadilah Sekuat Ma Yan

ma-yan2
Semalam aku habiskan baca novel Ma Yan,sebuah novel yang mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis Muslim yang tinggal di daerah pedalaman China,Zhangjiashu.Novel tu dialihbahasa oleh Sanie B.Kuncoro yang tak ada kena mengena dengan bekas jaguh badminton Indonesia,Sonny Dwi Kuncoro.Novel ni adalah berdasarkan kisah benar yang dikarang dari sebuah diari kepunyaan seorang gadis,Ma Yan.Diari tersebut diserahkan oleh ibu Ma Yan kepada wartawan Perancis bernama Pierre Haski yang melawat Zhangjiashu semasa Mei 2001.Kisah hidup Ma Yan yang sangat miskin menyedarkan aku betapa beruntungnya kita yang selama ni berasa tersepit dengan desakan pembangunan.Di pedalaman China,keadaannya jauh lebih teruk.Latar belakang kehidupan Ma Yan bukan berlaku 20-30 tahun lepas,kehidupan susah yang dialaminya berlaku awal millenium dan mungkin sampai sekarang.
Sebelum tu kita tengok dulu fakta mengenai negara China:

Keluasan: 9,326,411 km sq
Populasi : Est. 1,336,718,015 (2011)
Matawang : Yuan/Renminbi
Agama : Taoist,Buddhist,Kristian (3-4%),Islam (1-2%)
GDP : $10.09 trillion (2010)

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada 2006 oleh Pew Research Center,terdapat 21,667,000 atau 1.6% dari populasi China adalah Muslim.Berbalik kepada novel Ma Yan tadi,kebanyakan penduduk didaerah Zhangjiashu adalah Muslim yang sangat miskin.Bapa Ma Yan seorang bekas tentera tapi tidak ada harta melainkan sebidang tanah yang tidak subur ditambah lagi dengan cuaca yang ekstrem.Ma Yan adalah anak perempuan sulung dari tiga adik-beradik.Adik-adik Ma Yan lelaki.
ma-yan-family
Keluarga Ma Yan
Walaupun miskin,Ma Yan tekad untuk berjaya dalam pelajaran.Benar ayat-ayat dalam novel tu.Teman setia kepada perkataan miskin adalah kelaparan.Kalau sesiapa antara kita ni pernah hidup susah,cuba baca sedikit cabaran yang harus ditempuh Ma Yan untuk mendapatkan ilmu.Perjalanan ke sekolah dengan berjalan kaki adalah sejauh lima jam.Tambang menumpang traktor untuk ke sekolah ialah 1 Yuan(lebih kurang 50sen).Disebabkan sekolah terlalu jauh untuk berjalan kaki dan tak ada duit tambang,Ma Yan tinggal di asrama dengan yurannya sebanyak 60 Yuan dan 20 kilogram beras untuk satu penggal.
Wang belanja yang mak Ma Yan bagi untuk seminggu ialah 1 Yuan,ditambah bekalan roti manis untuk makan malam sebagai tambahan kepada semangkuk nasi putih kosong (tak ada lauk langsung).Dalam satu hari Ma Yan akan sarapan pagi dengan teh panas,makan tengahari nasi kosong dan makan malam seketul roti manis.Itulah menu dia setiap hari.Mana cukup ye tak?Tapi bagi Ma Yan,itu dah cukup buat dia bertenaga sepanjang hari.
Untuk mendapatkan sebatang pen yang berharga 2 Yuan,Ma Yan terpaksa ikat perut selama 15 hari.Biasanya duit belanja 1 Yuan seminggu tu Ma Yan guna untuk membeli sesenduk sayur sebagai lauk makan tengahari.Sepatutnya Ma Yan cuma perlu ‘berpuasa’ 10 hari untuk kumpulkan 2 Yuan,tapi ada satu minggu yang mak dia tak dapat bagi duit belanja.Imagine macamana susahnya Ma Yan terpaksa tahan lapar semata-mata untuk mendapatkan sebatang pen!
Bapa Ma Yan berkerja sebagai buruh binaan kontrak tapi selalu kena tipu dengan mandur.Kerja berbulan-bulan tapi haram tak dapat gaji.Nak buat aduan tak boleh sebab bapanya bekerja di Mongolia,kira macam pekerja haram la.Pasal apa kena tipu,sebab bapa Ma Yan buta huruf.Sebab tu Ma Yan berazam nak belajar ke peringkat tertinggi walaupun berendam airmata dan darah.Amboihh!Dasat ayat gua.
Kesian tengok suami selalu kena kencing,ibu Ma Yan keluar bekerja menuai fa cai di daerah pergunungan Ning Xia yang bersempadan Mongolia Dalam,sejauh 400km dari Zhangjiashu.Ma Yan nyaris tak dapat bersekolah sebab,ibu bapa Ma Yan tak ada duit nak bayar yuran.Disebabkan kesian dengan Ma Yan yang nak sangat belajar,ibu Ma Yan sanggup memanjat gunung menuai fa cai untuk upah lima enam ratus Yuan.Tradisi keluarga kat sana,anak perempuan biasanya kena sacrifice untuk berhenti sekolah dan keutamaan diberi kepada anak lelaki.Rasanya kat Malaysia pun ada lagi yang terpaksa buat keputusan macam tu.
Sekarang tengok diri kita balik.Pernah tak jalan kaki lima jam pergi sekolah?Pernah tak ikat perut 15 hari untuk beli pen?So,bersyukurlah dengan apa yang ita nikmati sekarang.Jauh dipelusuk dunia ni ada lagi yang terpaksa menjalani kehidupan macam tu.
Hujung minggu baru-baru ni aku balik kampung.Ada makan-makan sikit sempena adik aku yang kerja kat Suzhou balik bercuti.Kebetulan ramai juga yang dapat balik kampung.Bila dah namanya makan-makan,banyak la makanan kat rumah aku.Sehari mau tiga empat kali balun nasik.Layan pulak dengan mutton shoulder panggang yang diperap dengan rempah,daun Rosemary + Coke,memang ohsemmm!
Sambil makan tu baca pulak novel Ma Yan,terus insaf bebb……..