Selasa, 22 November 2011

Terbaik Dari Pasukan Malaysia Bawah 23

Mukadimah cerita untuk pagi ni pastinya kisah kejayaan Pasukan Bawah 23 Malaysia yang berjaya meraih pingat emas Sukan SEA malam tadi selepas menewaskan Indonesia 4-3 dalam penentuan penalti.
Sejujurnya sebagai penonton dan juga penyokong pasukan Malaysia,perlawanan malam tadi sangat 'meresahkan' kerana kekuatan pasukan kelihatan seimbang.
Sebenarnya permainan mampu ditamatkan tanpa perlu tambahan masa,sebab Malaysia memiliki peluang terbaik beberapa kali.Sekiranya Fakhri Shaarani bermain dengan lebih cermat dan tenang depan pintu gol lawan,tak mustahil Malaysia boleh menang dengan dua atau tiga gol.
Apapun segalanya dah berakhir dan hasil perit jerih bermain 120 minit,membuahkan hasil yang membanggakan.Pujian untuk semua pemain yang berusaha keras dan paling membanggakan,prestasi penjaga gol Khairul Fahmi yang bermain dengan sangat baik,menyelamatkan gawang beberapa kali ketika permainan berlangsung.

Image from Tempo Interaktif
Bermain penalti sememangnya kelebihan untuk Khairul Fahmi.Beberapa kali beliau dapat membaca arah sepakan pemain Indonesia.Sekali lagi pasukan Malaysia mengecewakan harapan jutaan rakyat Indonesia yang ternanti-nanti pingat emas yang dianggap paling bernilai dalam temasya sukan SEA kali ini.Mmemetik kata-kata Menteri Olahraga Indonesia,Andi Alfian Malarangeng,"Kita memang juara umum SEA Games,tapi kalau sepak bola kalah,seperti makanan tanpa sambal".

Tahniah pasukan Malaysia!