Rabu, 9 November 2011

Pagerank Terbaik Malaysia


Dah beberapa hari aku menyebut pasa PageRank (PR) ni.Pasal hal dofollow yang tak menjadi tu la.Pagi tadi bila check,dapat jugak barang satu mata.Itupun belum pasti genuine atau tak.Jangan tengok ranking Alexa aku,memang tak boleh blah punya.
Kebetulan aku terjumpa satu blogger yang tinggal komen kat blog aku.So,aku lawat balik blog dia,dia pun ada menyebut pasal PageRank ni.Entri abangzack panjang lebar pasal benda alah ni,tapi takpe.Aku memang suka baca blog yang banyak tulisan.Puas membaca.Aku suspek blog dia ni boleh tahan kencang gak pageview dia walaupun follower dia ada 3 je.Bukan 3puluh,3ratus ataupun 3ribu.
Sekali lagi aku terjumpa mitos dalam berblogging.Angka follower yang ramai bukanlah penentu kejayaan di persada Google.Dan bukan matlamat semua blogger untuk mengumpul koleksi follower.Abangzack punya PageRank 2/10 dan PRnya valid.Mantap blog brader ni.Dari beberapa petua dalam entri dia,aku merayap ke beberapa blog lain yang glemer dimata Google.
Carian aku untuk keyword Highest PageRank Site In Malaysia membawa aku ke laman denaihati.com .Nama laman web ni memang surau habis,tapi PR4 jo!Ada disertakan beberapa petua dan juga senarai blog yang mempunyai PageRank terbaik dalam Malaysia ni.Satu lagi saranan beliau ,joinlah komuniti blogmalaysia.com .
Rasanya macam dah join,tapi iye ke?dah ke belum ni?ke sudah?

Lima contoh site di Malaysia yang mempunyai PR terbaik:
1.The Star Online 7/10

2.Lowyat 5/10

3.BERNAMA 6/10

4.paultan.org 5/10

5.TheEdge 5/10

Nampak apa persamaan lima website diatas?Semuanya berbahasa Inggeris dan majoritinya laman web berita.Sebagai contoh je,Kang aku cari lima lagi website dengan PR terbaik dalam bahasa Melayu pulak.