Jumaat, 11 November 2011

Gurau Jangan Melampau

Semalam aku tertonton rancangan Wakenabeb yang bersiaran di NTV7.Dah lama aku tak tengok Wakenabeb,rupanya pengacaranya pun dah lain.Selalu aku tengok Bang Bang Boom dengan beruk Bobo je.Pengacara untuk musim baru Wakenabeb yang dengarnya lebih licik,berani,ganas,dan lebih Zionis ialah Awie,Wahid,Tam Suhaimi dan Shiera Aiyob.


Episod malam semalam dimulakan dengan kes apa tah,nampak macam geng mat Kelantan buli budak kecik.Aku tak bagi tumpuan sangat sebab tengah makan.Lepas tu masuk part two,scene 'mengenakan' Kilafairy dalam sebuah butik.Muncul mamat psiko yang konon-kononnya nak buat jahat kat Kilafairy dengan bantuan dalang Shiera Aiyob.Tak jelas kedengaran apa yang dikatakan oleh mamat psiko tu kepada Kilafairy...rogol-rogol macam tu la.
Tak paham aku rancangan TV percuma zaman sekarang ni.Mungkin ada segelintir penonton yang suka tengok mangsa menangis ketakutan,tapi bagi aku nak bergurau biarlah berpada-pada.Patutnya Kilafairy sepak je telor mamat tu.Pastu cakap 'Lukenasepakteloramacamsenaktakbeb!'

Anak buah aku yang umur 6 & 4 tahun tercengang-cengang tengok rancangan macam tu.