Ahad, 13 November 2011

Animasi Terbaik;The Adventures of Tintin


Petang  semalam aku dah pergi tonton filem ni.Awalnya aku rasa nak komplen je kat staff Cineplexes pasal gambar blur masa awal-awal filem ni dimainkan.Memula aku ingatkan diorang termainkan filem versi 3D,aku tak beli tiket 3D pun.Mujur tak sempat aku bangun,gambar dah cantik semula.Baru nak lega,kumpulan bebudak baru nak mimpi basah duduk barisan depan aku buat hal.Kejap-kejap bertukar-tukar seat.Rasa nak terajang pun ada.Dah beli tiket,ada nombor seat memasing,duduk ajelah diam-diam ye dok?
Oklah,cerita pasal filem pulak.Filem animasi CGI Tintin ni bermula dengan seorang wartawan bernama Tintin bersama anjingnya Snowy,yang membeli sebuah model kapal terkenal suatu masa dulu bernama Unicorn.Rupanya tersembunyi klu lokasi harta karun dalam model kapal tersebut,menyebabkan Tintin dikejar orang yang nak merampas klu tersebut dari beliau.Secara tak langsung Tintin terlibat dalam pencarian lain-lain klu bersama musuhnya.
Tintin bertemu Kapten Haddock iaitu waris kepada kapten kapal Unicorn ketika dalam perjalanan diatas kapal Karaboudjan.Pengembaraan Tintin boleh aku umpamakan macam Indiana Jones,tapi dalam versi animasi.Penuh aksi,animasi yang teliti dan cantik buat kita tak perasan filem ni hampir dua jam.
Juga satu watak penyanyi opera bernama samaran Milanese Nightingale yang aku nampak macam penyanyi Adele.Di penghujung filem,harta karun kapal Unicorn tak banyak ditemui tapi rasanya akan ada sambungan filem pengembaraan Tintin ni.Secara keseluruhan,filem animasi ni memang menarik,tak membosankan langsung.Cuma sikit rasa kosong sebab tiada awek sidekick menemani pengembaraan Tintin.Aku pun tak pernah baca komik Tintin,harap penah dengar gitu-gitu jela masa zaman sekolah dulu.