Selasa, 28 Februari 2012

Istilah Cantik Itu Luas Maksudnya


T-Ara Intercew pictures (5)
gambar hiasan Kumpulan T-Ara
Aku tuliskan entri ni sebagai respon kepada ‘luahan rasa’ (Smile with tongue out) isteri aku dalam entrinya tentang perempuan cantik. Disebabkan beliau sedang menjalani fasa-fasa akhir pregnancy,emosi pun tak stabil,maka banyak soalan merapu yang ditanyakan kepada aku.Mujurlah mood dia pun tak merapu,sangat bagus walaupun kelihatan terbeban dengan saiz perut yang makin besar.Aku selalu pesan kat dia,walaupun sarat mengandung,jaga penampilan.Jangan nampak serabai,muka kena berseri.Bukan apa,kekadang aku tengok perempuan mengandung muka pucat lesi je,rambut pun kusut.Tapi wife aku bertudung.
Bila berdua menonton tv,kekadang isteri aku suka tanya pandangan aku tentang perempuan lain.Thats good kerana aku tau dia tanya macam tu sebab sangat sayangkan aku.Tapi aku ni memang jenis suka bergurau,aku jawab aku suka tengok perempuan cantik sebab dah jemu tengok muka dia hari-hari(saja nak melawak).
Then dia tanya lagi,kalau dia ditakdirkan  dah ‘tak ada’ lepas lahirkan baby nanti,adakah aku akan kahwin lain? (soalan macam ni paling aku menyampah,rasa nak start motor lepak kedai mamak lagi bagus).Maka aku jawab aku akan kahwin lain sebab our baby memerlukan ibu,ibu yang cantik.Pun dalam nada bergurau sebab aku memang suka bagi wife aku merajuk,hehe!
Wife aku tanya lagi,kenapa nak yang cantik?
Aku jawab lagi,nak yang cantik sebab nak tengok hari-hari supaya tak jemu.Aku pun usik dia,bagitahu yang dia dah gemok,dah takde shape.haha!Tapi wife aku pun faham,aku memang suka bergurau macam tu.Semua lelaki suka perempuan cantik,cuma bezanya cantik itu subjektif dan berbeza dimata setiap individu.
Cantik juga berbeza di setiap pelusuk dunia ni.Di Hawaii lain,Papua New Guinea lain dan di Burundi pastinya lain.Orang kita tak boleh blah tengok perempuan kulit hitam merelip,tapi ramai juga perempuan kulit hitam berjaya ketahap supermodel macam Alek Wek.Googlekan nama dia ni,memang hitam betul.Sebab apa dia boleh jadi supermodel,walaupun gelap,kulitnya bersih.
Terlalu banyak kriteria untuk melabelkan seseorang perempuan itu cantik.Paling biasa dari rupa paras.Tapi rupa paras cantik pun kalau kedekut nak senyum tak guna juga.Atau rupa cantik tapi tak ada budi bahasa.Paling fail kalau rupa paras cantik,kaki berlumut.Duhhhh………..
Aku ni agak ‘gemar’ memerhatikan kaki (buku lali dan kebawah sajalah ya) perempuan.Sebabnya dari situ kita akan tau perempuan tu seorang yang pembersih atau tak.Tapi ini cuma kaedah aku,orang lain aku tak tahulah.Yelah kan,muka je cun kalau tak jaga kebersihan masalah juga.
Tapi nak usya kaki orang pun jangan la beriya sangat.Cover-cover sikit.Kang tak memasal kena hempuk dengan high heel

*Menurut jangkaan doktor,27 Mac ni my baby girl akan keluar.Terharu sebab aku akan jadi bapak…wuuuu….

Emel Dari ANCAP

Bebaru ni aku ada buat entri pasal ujian kemalangan(crash test) untuk model terbaru Proton P3-21A yang dijalankan oleh ANCAP(Australasian New Car Assessment Program).Di laman web Proton Sales ,telahpun disenaraikan spesifikasi penuh dan keputusan ujian ANCAP dimana P3-21A mendapat rating 5 bintang.Dalam Akhbar Metro semalam(27 Februari 2012) juga ada laporan mengenai model baru ini yang diuji dengan kelajuan 140km/j.Mungkin ada sebahagian pembaca diluar sana yang curious tentang kehebatan P3-21A memandangkan ujian perlanggarannya diluar kebiasaan (64kmj).
Semalam aku cuba menghubungi pihak ANCAP melalui email berhubung keputusan ujian P3-21A memandangkan pihak ANCAP masih belum mengeluarkan keputusan tersebut di laman web mereka,http://ANCAP.com.au .
Alhamdulillah,email telahpun dibalas pagi tadi dan email dari pihak ANCAP adalah seperti berikut:

From:Nicholas Clarke(Nicholas.Clarke@ancap.com.au)
Subject : Re: Proton P3-21A Crash Test

We are currently testing a new Proton but the result will not be available for several months.  Please see our website ANCAP.com.au for details of crash test speeds.
Sent from my iPhone

So,kesahihan markah ujian tu belum dapat dipastikan lagi buat masa ni.Sedikit masa lagi mungkin videonya akan berada di YouTube untuk tontonan kita semua.Untuk pembetulan dari laman web Proton Sales,ujian ANCAP menyenaraikan Honda City 2010:5 bintang,Corolla Altis:5 bintang,dan KIA Forte(Cerato di Australia) :4 bintang.
Trimas!

Isnin, 27 Februari 2012

Arsenal 5-2 Tottenham;Terbaik Dari Rosicky

Perlawanan Arsenal vs.Tottenham semalam adalah antara aksi terbaik Arsenal musim ni selepas menewaskan Chelsea 5-3 hujung tahun lepas.Musim 2011/2012 penuh warna-warni ni kadang-kadang dihidangkan dengan permainan terburuk Arsenal.

Ketinggalan 0-2 selepas jaringan Saha dan penalti yang disudahkan oleh Adebayor,Arsenal mula mendapat semangat selepas pemain pertahanan,Bacary Sagna menjaringkan gol pertama dengan tandukan kencang hasil umpanan Arteta.Tamat separuh masa pertama,kedudukan terikat 2-2 selepas rembatan kaki kiri van Persie menewaskan Brad Friedel.

 

Rosicky

 

Separuh masa kedua Arsenal bermain baik dan kedudukan berubah menjadi 5-3 dengan tambahan jaringan oleh Tomas Rosicky,dan dua gol dar Theo Walcott.Dalam permainan semalam,aku berani cakap yang Rosicky adalah man of the match dan terbukti betul.

Malam tadi sememangnya Rosicky mempamerkan permainan yang terbaik dari beliau dan banyak gerakan-gerakan yang membuka ruang serangan.Arsenal berada di tangga keempat selepas 26 perlawanan,berkongsi mata dengan Chelsea dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Perlawanan 3 Mac 2012,Arsenal akan bertemu Liverpool di Anfield yang baru sahaja menjulang Piala Carling malam tadi selepas penentuan penalti menentang Cardiff City.Tahniah juga untuk Cardiff kerana tidak memberi laluan mudah untuk kemenangan Liverpool.

Jumaat, 24 Februari 2012

Kereta dan Keperluan

Automobiles453

Kebelakangan ni memang aku banyak cerita pasal kereta...
Semalam aku sembang dengan member aku pasal kereta.Memandangkan member aku ni belum kahwin,dalam masa terdekat ni dia nak beli kereta.Dia cakap dia nak beli Persona.Oklah tu,kereta apa yang nak dibeli sebenarnya terpulang pada selera dan kemampuan masing-masing.Tak ada undang-undang yang cakap kita kena beli kereta besar.
Then,aku teringat satu cerita yang wife aku pernah ceritakan kat aku sebelum kitorang kahwin dulu.Adik lelaki dia(adik ipar aku) cakap kat dia,aku bukan jenis ‘family man’ sebab beli Myvi.Masa tu dia dah pakai Persona.Memula aku nak hangin jugak apehal nak sibuk dengan pilihan aku dan mengatakan aku bukan jenis ‘family man’ hanya kerana aku beli Myvi?Lepas tu aku slow down balik sebab aku fikir adik ipar aku tu terlalu sibuk belajar sampai tak faham satu konsep membeli kenderaan iaitu keperluan.
Maksud keperluan yang aku cakap ni adalah kita beli benda biar sesuai dengan apa yang kita bakal jalani setiap hari.Sebagai contoh kes aku tadi,aku beli Myvi sebab aku rasa Myvi mencukupi keperluan aku iaitu sekadar untuk pergi bekerja,balik kampung di Pahang sebulan sekali dan gaya pemanduan yang biasa.Pertamanya harga bahanapi yang tak stabil dan pada pendapat koranglah,masuk akal ke sumber yang makin habis ni akan jadi semakin murah?Jawapannya dah tentu tidak.Kita tak tau akan datang harga bahanapi masih lagi mampu disubsidikan pada harga RM1.80sen seliter,atau tak mustahil akan kembali mencecah RM2.50 untuk RON95 macam zaman Pak Lah dulu.So,kereta dengan enjin kecil berteknologi tinggi jadi pilihan aku.
Kedua tentang saiz.Saiz kereta bersangkut rapat dengan sesaran enjin.Ada ke engineer kereta bebal nak buat kereta sedan segmen D dengan enjin 1.3?Bila badan kereta dah besar,dah tentu berat,kena la dipasangkan dengan enjin yang besar jugak(hirup petrol kuat).Sesetengah orang pilih untuk terus beli kereta yang berbut luas atau yang beranak ramai terus sambar MPV.Persoalannya sekarang diwaktu bila kita akan gunakan sepenuhnya kapasiti ruangan but yang besar?Balik kampung?Piknik?Musim buah?Untuk aku,keperluan aku untuk ruangan but sebegitu bukan jadi keutamaan.Bukan selalu aku angkut barang banyak,musim buah setahun sekali dan kalau nak angkut peti ais sekalipun just lipat seat belakang dan tersedia ruang 560 liter yang luas.Bukan peti ais yang besarlah,kalau setakat peti ais satu pintu,senang-senang je masuk.Siapa ada kereta sedan,boleh cuba masukkan kalau muat.Tapi dalam kebanyakan masa,ruang seluas manapun yang kita ada,kita tak gunakan pun.Tetap juga drive sorang-sorang bila pergi kerja.Satu lagi aku percaya rakyat Malaysia sekarang tak berani untuk ada anak ramai memandangkan kos kehidupan yang semakin meningkat.Kalaupun satu hari nanti terpaksa juga upgrade ke kereta yang lebih besar,mungkin 10-15 tahun lagi.Beli kereta besar awal-awal pun tak guna,lebih 10 tahun je dah reput.
Bayangkan kehidupan kita sehari-hari…pergi kerja,balik kerja,hujung minggu bawa keluarga berjalan,balik kampung dan sebagainya.Bagaimana gaya pemanduan kita?Kita memandu dengan kelajuan normal atau kita sebagai Sebastian Vettel dijalanraya?Most of the time kita akan memandu dengan berhati-hati,dan sesekali laju sikit bila jalan clear.Itu dinamakan normal.Dalam kehidupan seharian kita juga,berapa kerap kita jumpa selekoh tajam tahap 2.5G?Dan berapa kelajuan pemanduan kita bila lalu selekoh?100kmj?130?160?Kalau laju sekalipun,apa keperluan kita untuk pandu selaju tu diselekoh?Nak mampos cepat?Berbalik kepada kereta pilihan aku tadi iaitu Myvi,melayani selekoh dikampung aku sebulan sekali dengan kelajuan 80-100kmj tidak menjadi masalah walaupun dengan suspensi kilang yang jinjang.Lembut pulak tu.Andai kereta aku mendapat talaan Lotus sekalipun,diwaktu bila aku nak manfaatkan kenikmatan handling kalau setiap hari kereta dipandu ke tempat kerja lalu highway,lepas tu jem je yang lebih.Tak pernah pulak aku jumpa highway yang selekohnya kaw-kaw kecuali lebuhraya Karak.Karak tu pun dah tak layak dipanggil lebuhraya,tak cukup lorong.
Bila dikumpulkan pro dan kontranya,kereta pilihan aku adalah setepat-tepatnya dengan keperluan aku.Tak lebih dan tak kurang.Nak angkut banyak barang,nanti aku beli Nissan Vannette seconhand.Tak gitu?
Akhirnya pak mertua aku pun angkat Myvi SE walaupun anak yang bujang ada lagi 4 orang.Apa cerrrrr…………

Rabu, 22 Februari 2012

TOM’S GT86 2012

2012-toyota-86-by-toms_600x0w

Toyota GT86 dengan kit badan TOM’S

 

Satu usaha Toyota untuk mengembalikan kegemilangan Trueno GT Apex 86 yang sememangnya legendary adalah punca kewujudan FT86.Sure ada timbul persoalan kenapa Toyota tak reproduce je AE86 ye tak?Kali terakhir aku dengar Toyota keluarkan semula AE86 adalah untuk penggambaran filem Initial-D,sebanyak 2 unit dihasilkan.Itu saja.

Bukan senang nak buat semula,yang penting sekali kereta tu dah tentu tak lulus ujian emisi,pedestrian impact,dan macam-macam lagilah.Law zaman dulu bukan ketat macam sekarang.

Semua tahu FT86 ada jelmaan dalam bentuk Subaru BRZ dan Scion FR-S,enjin pun sama,boxer 2.0.Versi TOM’S ni diberi sedikit sentuhan untuk memberi kelainan rupa paras berbanding kembarnya yang banyak iaitu bumper depan dan belakang yang direka semula dan rim aloi baru.

AE86 dalam keadaan baik sekarang ni ada yang jual cecah 60k.Legend punya pasal.Rugi aku tak racun arwah bapak aku sambar sebijik masa zaman aku sekolah dulu.Tadi aku survey Mudah.my,ada sebijik nak jual 13k je tapi stok main trek.Tahap barai tu tak taulah.Standby la barang 20k lagi kalau niat nak bagi cun.

Sayonara RX8…

Versi terbaru Mazda RX8 iaitu Spirit R dilancarkan oleh Mazda sebelum pengeluarannya ditamatkan Jun 2012.Mula dilancarkan di Jepun sudah agak lama iaitu November 2011,dan di Indonesia baru-baru ini.Walaubagaimanapun,menurut Mazda pembangunan enjin rotary tetap diteruskan.

mazda-rx-8-spirit-r

2012-Mazda-RX-8-Spirit-R-

Spirit R diasaskan dari versi Type RS(6 kelajuan manual) dan Type E(6 kelajuan auto) dengan penambahan beberapa ciri istimewa pada bahagian kosmetik.Tidak ada talaan khas pada bahagian enjin.

 

Manual dan Auto

-Lencana Spirit R

-Tunnel trim transmisi berwarna piano black

-Lampu depan,lampu kabus dan lampu belakang dengan bezel hitam

-Curtain & front SRS airbag

-Kaliper brek depan & belakang berwarna merah

 

Eksklusif Manual

-Bucket seat Spirit R rekaan khas Recaro

-Tayar 225/40R19 89W dan rim aloi(bronze colour)

 

Eksklusif Auto

-Seat kulit hitam dengan jahitan merah

-Stereng bersalut kulit hitam dengan jahitan merah

-Tuil handbrake dengan jahitan merah

-Konsol depan,armrest,konsol belakang bersalut kulit sintetik dengan jahitan merah

-Suspensi sport,brek lebih besar

-Tayar 225/45R18 dan rim aloi(gunmetal)

 

Tamatnya pengeluaran RX8,apakah akan ada lagi kereta yang berfalsafah sukan sepertinya selain dari FD2,GTR,EVO & Impreza?Walaupun RX8 tak mencapai status legenda seperti RX7,ia tetap ada peminatnya tersendiri yang setia dengan mesin rotary.Boleh dikatakan pengeluar kereta Jepun sudah agak memperlahankan tempo,dan menumpukan pada pembangunan enjin hybrid dan EV.

Bayangkan masa depan nanti semua mesin lumba tak ada bunyi perang,tak ada asap,dan gear CVT…………

Selasa, 21 Februari 2012

Kemerdekaan Yang Mahal Harganya

Merdeka

Sekarang awal tahun,jauh lagi hari kebangsaan.Tapi tak salah membicarakan isu kebangsaan selain dari bulan Ogos.

Siapa yang rajin menonton Astro saluran History Channel mesti perasan kebelakangan ni kerap muncul dokumentari khas tentang penaklukan Empayar Jepun di Asia Tenggara.Yang pertama,dokumentari Rising Sun Over Malaya dan kedua 1942,Fall of Singapore.Sebenarnya kalau nak best lagi,tonton dulu dokumentari Hiroshima;The Day After.

Dalam dokumentari Hiroshima;Tha Day After,kita dipaparkan dengan penderitaan rakyat Jepun yang tak bersalah akibat letupan bom atom Little Boy.Dianggarkan seramai 90,000-166,000 mati di Hiroshima sahaja.Little Boy diledakkan beberapa meter sebelum mencecah permukaan bumi untuk impak ledakan maksimum.Tapi penderitaan rakyat Jepun bukan hanya sekadar shockwave letupan bom atom tu,kesan radiasi menghantui rakyat Jepun puluhan tahun.Di peringkat ni kita memang kesian dengan rakyat Jepun.

Perasaan berubah 360 darjah bila menonton dokumentari Rising Sun Over Malaya.Bermula 8 Disember 1941 Jepun mendarat di Kelantan,pada 31 Januari 1942 seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.Semua tau tentera Jepun pakai basikal dan berpengalaman hasil peperangan dengan tentera Chiang Kai Shek di China,thats why kenapa penaklukan Jepun berlaku dengan sangat pantas.Bila Jeneral Arthur Percival sain dokumen surrender,bermula kisah hitam yang asalnya disangkakan ‘rahmat’ untuk penduduk Malaya.

Sejak Jepun mula menduduki Tanah Melayu,perkara yang pertama diorang lakukan ialah hapuskan kaum Cina.Ramai kaum Cina baik lelaki dewasa,perempuan,kanak-kanak,diorang sapu bersih.Bebudak kecik diorang lambung,lepas tu rodok dengan bayonet.Ada yang disumbat ramai-ramai dalam rumah kedai dan ditembak dengan mesigan.Lepas tu,set ablaze kasi rentung semua.Memang kejam gila tentera Jepun ni.Kisah ni ada didokumentarikan dengan tajuk Sook Ching Massacre.

Tapi orang Melayu tak berapa dikacau sangat.Menderita tu memanglah menderita,cuma taklah dilayan macam kaum Cina.Ada sesetengahnya bekerja dengan Jepun,dapat jadi kempetai.So,masa ni kita dah nampak penjajah mula tanamkan benih-benih perkauman.Agaknya masa tu Jepun fikir orang Melayu ni senang dimanipulasi kot?Pada awalnya boleh dikatakan penduduk Malaya ni ‘suka’ Jepun datang sebab halau British dari Tanah Melayu.Tapi silap,keadaan jadi lebih teruk.Bertambah buruk bila ‘jelapang’ padi negara diberikan kepada Thailand;iaitu empat negeri utara dihadiahkan sebagai penghargaan kerana memberi laluan mudah kepada Jepun.Makin kebulur penduduk Tanah Melayu.

Bila nampak keadaan macam tak berubah,tiba-tiba Jepun menyerah kalah sebab dua ketoi bom atom meng’ground zero’kan tanahair diorang.Masa ni baru terfikir,….Jepun memang ‘berhak’ menerima hukuman bom atom sebab kekejaman diorang.Zaman tu Empayar Jepun memang kuat,tak ada apa yang boleh hentikan diorang,kecuali apa yang dah berlaku tu lah.

Apa akan jadi kat Malaysia sekarang ni agaknya kalaulah Jepun datang sini dan berperangai baik?Kebebasan beragama dikekalkan memandangkan Tanah Melayu(Jepun panggil Malai)masa tu pun dah berbilang kaum,kecuali penerapan disiplin Jepun?Adakah Tanah Melayu akan menjadi maju seperti Tokyo?Sila bermimpi.

Apapun,kita adalah apa yang kita nikmati sekarang.Semua kaum yang ada kat Malaysia ni pernah ada ‘parut’ penderitaan zaman gelap tu.Cuba jadi rakyat Malaysia yang menghormati satu sama lain,dan perbaiki hubungan antara kaum yang tak ada di negara lain.Benda yang paling berharga dalam sesebuah negara bukanlah sesuatu yang seperti tercanggih,tertinggi,terpanjang,dan macam-macam terrrr… lagi.Sebenarnya yang paling berharga ialah keamanan dan harmoni setiap kaum.Memang betul,Cina banyak dominate bisnes,tapi siapa suruh kita jadi pemalas dan lambat rebut peluang di tanahair sendiri?

 

*PRU 13 dah nak dekat.Boleh sesiapa bagitau aku parti mana yang WAJAR diundi?Fikir-fikirkan…

Flashback:Nissan Sentra GTS Special Edition 99’

Tahun 1998-1999 antara tahun yang menarik zaman aku sekolah dulu sebab aku mula jatuh cinta dengan dunia automotif.Momen paling penting dunia automotif tempatan masa tu ialah kemunculan Satria GTI untuk pertama kali,dan Petronas dengan enjin E01E.
Kalau tak salah aku,lebih kurang masa tu jugak Altezza baru keluar dan terselit dalam ingatan aku,Nissan melancarkan model terhad Nissan Sentra GTS dengan bodykit Nismo.Tapi bila aku cari kat internet yang banyaknya kat Filipina dengan pemanduan kiri.Tak ada pulak versi pemanduan kanan,ajaib sungguh.Aku masih ingat lagi iklan kereta tu dalam suratkhabar yang aku baca dalam bilik study asrama.Part yang identikalnya ialah ‘tiang’ ditengah-tengah lubang bumper untuk laluan udara ke radiator.Memang aku tak boleh lupa.
Zaman tu cikgu-cikgu sekolah vokasional aku  cuma pakai Mazda 323,Civic EF,Toyota Starlet dan yang paling hebat,Trueno kaler kuning dengan plet Sabah.Masa tu siapa peduli dengan AE86.Kat Temerloh bersepah Trueno dijual dengan harga 11-20k.Masa tu lah.Zaman tu manusia kat Malaysia ni tak kenal lagi apa tu drifting.Komik Initial-D pun baru jilid pertama.
sentra 1999
Balik semula pada kereta hujung 90-an yang agak rare ni.Agak susah nak cari info pasal Sentra GTS 99 ni rupanya,betul-betul limited edition.Model Sentra GTS ni dibina berdasarkan casis B14 yang dikeluarkan dari tahun 1995-1999 dan diberikan enjin GA16DNE.Tapi enjin DOHC ni tak power mana pun,sekadar 105hp dan tork 102lb/ft,berbanding satu varian lagi GA16DE yang menjana kuasa sebanyak 115hp.Cuma yang uniknya adalah kit badan Nismo yang meliputi bumper,side skirt,spoiler dan side mirror auto retract.

Spec Enjin:

Kod:GA16DNE DOHC
Displacement:1597cc
Valve:16
Bore&Stroke:76x88mm
Comp.Ratio:9.5:1
Sentra GTS
Sentra GTS2
Harga pasaran sekarang ni yang aku survey kat Mudah semurah 12k dan yang cun sikit hampir 20k.Tapi memang tak ada versi GTS.Kena rajin le jelajah kedai potong cari nosecut dari Filipina.Kalau nak mods,enjin NeoVVL boleh sumbat kot??

Isnin, 20 Februari 2012

Tangan-tangan Yang Berdosa

Sebelum ni rim kereta aku kena rembat..Tak tahulah kenapa,lawa sangat rim standard aku tu agaknya.Kalau curi semua tu aku fahamlah,tapi hanya sebijik je yang diambik.Saja dengki kot.

Sabtu bebaru ni lepas aku hantar wife aku,aku melepak kat rumah baru adik aku,Blok L Mutiara Damansara.Kawasan perumahan kat sini kelihatan tenang dan aman damai,kecuali waktu malam ada segelintir remaja yang melepak kat taman permainan dengan awek memasing.

Aku pun park kereta aku kat tempat biasa,tepi taman permainan.Tempat lain dah tentu tak boleh,kang marah  pulak owner urmah kat sini.Kawasan tepi taman permainan tu ada petak parking motorsikal,tapi tak ada motor.Yang ada cuma beberapa kereta dan ada ruang kosong ditinggalkan.

DSC01064

DSC01065

Pukul 12.30pm aku pergi kat kereta aku,tetiba nampak sesuatu yang cukup buat aku marah.Satu kesan calar yang panjang dari fender depan sampai ke lampu brek belakang.Aku belek kesan calar tu memang baru,habuk-habuk cat pun ada lagi.Siapa la haramjadah yang gatal tangan sangat ni.Memang aku hangin,tapi siapa aku nak tuduh?

Sambil driving aku fikir balik,ada pernah ke aku buat salah kat orang kawasan perumahan tu.Seingat aku,tak pernah aku buat perangai cilake kat situ.Bawak kereta lelaju ke,tekan minyak kuat-kuat ke,langgar anak orang ke,serius memang tak ada.Sepanjang aku pakai kereta dah tiga tahun ni,merata tempat aku parking.Kawasan Flora Damansara yang huru-hara tu pun tak pernah ada yang dengki nak calarkan kereta aku.Bukannya aku rembat petak parking orang pun.Tapi ada jugak babi yang sakit mata dengan aku.

Kereta aku tu dah la huduh,standard pekak pulak tu.Lain la enjin aku K3-VET ekzos perang,bodykit Racy dan menyarung rim Work Meister CR01 ori.Aku nak tanya sikit la kat penduduk perumahan Mutiara Damansara.Memang ada terselit mangkuk hayun kaki calar kereta ke kat situ?Kalau kantoi dengan gua,memang orang tu jadi Johnny Blaze.Tak puas hati,cakap,tulis kat kertas,selit kat windshield.Jangan jadi lelaki takde telur.

Sabtu, 18 Februari 2012

Bahaya SMS Sambil Berjalan

Semestinya sakit bangat!
Bila berjalan pastikan mata anda memerhatikan dimana kaki anda berpijak.Sila perhatikan latar belakang video ni:

-

Khamis, 16 Februari 2012

Komplen Banyak,Dibenci Orang

MAKLUMAT LENGKAP PROTON P3-21A DIDEDAHKAN-141110

Ianya adalah berkenaan model global Proton yang berkod P3-21A.baca kat sini.
Screenshot ni aku ambik dari sebuah blog yang juga link asalnya adalah http://proton-sales.blogspot.com/201...a-beserta.html .Malangnya link asal hanya boleh dibuka oleh invited readers sahaja.
Apa yang menimbulkan sedikit kemusykilan ialah ujian full-frontal collision dilakukan dengan halaju 140kmj.Sebelum ni aku pernah highlightkan satu ujian perlanggaran 120mph.Serius Ford Focus jadi bubur besi.120mph adalah bersamaan 192kmj,memang laju pun.Dan momentum perlanggaran 140kmj hanya meretakkan cermin P3-21A?Itupun retak bukan sebab impak hentaman,sebab letupan airbag.Macamana tu?.Huish,biar betoi dik…Airbag meletup boleh retak cermin,kena muka driver mau bergegar otak.
Menurut apa yang aku baca dalam laman web safecarguide.com ,kebanyakan ujian perlanggaran hadapan dilakukan dengan halaju 64kmj(40mph).Korang check website tu nanti,semua NCAP ada.Agak malang bila laman web ANCAP,www.ancap.com.au/ tak dapat dibuka.
Oops! Google Chrome could not connect to www.ancap.com.au-145224
Harapnya dalam beberapa minggu lagi akan ada maklumat dan fakta yang lebih tepat tentang model terbaru Proton.Specnya menarik,cuma part collision test tu je yang ehem-ehem sikit.Just wait n see…


Update:*Buat masa ni hanya ada rekod ujian Proton S16 di laman web ANCAP.Belum ada update tentang rekod ujian P3-21A.Proton S16 ni kelihatan seperti Saga BLM.



Juara Pedas;Trinidad Moruga Scorpion

Sebelum ni aku pernah tuliskan mengenai cili super pedas Naga Jolokia/Bhut Jolokia dalam artikel ni.Selepas beberapa tahun,muncul spesies lain yang mempunyai kadar kepedasan lebih tinggi iaitu pada kadar 1.2 juta SHU(skala Scoville Heat Unit) berbanding Naga Jolokia yang berada pada kepedasan 1.075 juta SHU.Tak dapat bayangkan?Sebagai contoh,cili padi mempunyai skala pedas SHU pada kadar 50,000-100,000.

Trinidad Moruga Scorpion

 

Spesies tersebut ialah cili Trinidad Moruga Scorpion yang bersaiz bola golf.Ujian yang dijalankan oleh Chile Pepper Institute dengan menanam berbagai jenis cili dan menganalisa kandungan capsaicinoids;kompaun yang menghasilkan sensasi pedas/panas.

Menurut seorang pakar penganalisis senior di pusat kajian itu,mereka menggunakan empat lapis sarung tangan lateks semasa memetik kerana kandungan capsaicinnya mampu menembusi sarung tangan.

Satu fakta yang menarik ialah kepedasan cili bergantung pada cuaca tempat ia tumbuh.Sekiranya cuaca panas dan kurang mendapat air,cilinya lebih pedas.

 

*Sumber Yahoo News

Jaringan ‘Maut’ Shinigami Aaron Ramsey

“Kebetulan” yang agak menarik mengenai setiap jaringan pemain tengah Arsenal,Aaron Ramsey.

 

1 Mei 2011: Jaringan tunggal ketika menewaskan Manchester United di Emirates Stadium

2 Mei 2011: Osama Laden ditembak mati oleh US Navy SEAL di Pakistan

When Arsenal player Aaron Ramsey scores, someone famous dies   Mail Online-095719

 

2 Oktober 2011: Menjaringkan gol ketika menentang Tottenham Hotspurs di White Hart Lane

5 Oktober 2011: Pengasas Apple,Steve Job meninggal dunia akibat kanser pankreas.

When Arsenal player Aaron Ramsey scores, someone famous dies   Mail Online-095757

 

19 Oktober 2011: Jaringan disaat akhir ketika perlawanan kumpulan saingan Liga Juara-Juara

20 Oktober 2011: Muammar Gadaffi ditangkap pemberontak berhampiran kampung halamannya di Sirte dan meninggal dunia akibat kecederaan parah

When Arsenal player Aaron Ramsey scores, someone famous dies   Mail Online-095821

 

11 Februari 2012: Ramsey menyumbang satu gol untuk Arsenal menang 2-1 keatas Sunderland

11 Februari 2012: Whitney Houston ditemui mati dalam bilik air di Beverly Hilton,LA.

When Arsenal player Aaron Ramsey scores, someone famous dies   Mail Online-095855

 

Susah la macam ni.Setiap kali score ada je orang mati.Sampai wujud Facebook page yang diberi nama “Saving an Aaron Ramsey shot is like saving someone’s  life”.Apapun semua ni sekadar informasi santai ye dak.Apa kena mengena jaringan gol dengan ajal maut orang lain.

 

*Sumber DailyMail

Rabu, 15 Februari 2012

Malu Nak Cakap Kerja Apa

Bila berkenalan dengan seseorang yang baru,mesti akan keluar soalan macam ni:

“Kamu kerja apa ya?”

 

Soalan tu biasa dipilih si penanya sebagai modal untuk memulakan perbualan.Tak salah bertanyakan kerja seseorang,cuma respon orang yang bertanya selepas soalan tu dijawab akan menentukan perbualan tu akan ke peringkat seterusnya atau tak.

Sesetengah orang mungkin rasa segan dengan kerjayanya apatah lagi kalau berada di majlis yang dipenuhi orang berkerjaya hebat.Aku bagi satu contoh,beberapa bulan lepas aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kapten tentera dengan seorang doktor.Wife aku adalah bekas classmate doktor tersebut dan meja kami disekalikan dengan bekas-bekas pelajar kedoktoran di Dublin,Ireland.Pendek kata meja aku tu penuh dengan doktor lah.Semua muka baik-baik,kecuali aku yang kelihatan paling ganas.Kerjaya diorang memang gempak,dari luaran nampak seperti seorang lelaki berbudi bahasa.Malangnya nak hulurkan tangan bersalam pun berat.Maybe sebab tangan aku banyak kontaminasi agaknya.Bukan semua orang terpelajar macam tu,cuma sesetengah saja.

Berbalik kepada soalan yang diatas tadi,keadaan sedikit berbeza kalau orang yang ditanya hanya bekerja biasa-biasa sahaja.

 

”Kamu kerja apa ya?”

 

“Kerja kilang je….”

“Oooooo………”(dengan air muka tak ada perasaan)

  (Itu je?baik tak payah tanya)

___(end of conversation)___

 

Sekiranya yang bertanya itu orang yang berkerjaya hebat,jawapan sebegitu kebiasaannya tidak akan mengundang sebarang informasi menarik.Maklumlah kerja kilang je,apa yang menariknya ye tak?Tapi kalau niat orang itu betul-betul nak berbual,kerjaya apa pun yang disebut pasti perbualan tu berlegar kepada berbagai-bagai topik lain.

Langkah terbaik untuk jaga hati orang yang kita belum kenal adalah gantikan soalan tu dengan soalan,”kerja di mana?” kalau nak tanya jugak soalan berkaitan kerja.Aku pernah pesan kat wife aku,kalau jumpa orang baru,jangan tanya orang tu kerja apa.Kekadang serba salah orang nak jawab.Dunia sekeliling kita ni ada berbagai jenis pekerjaan.Kalau kita tak cuba mengenali kerja-kerja di pelbagai lapisan,kita tak faham kepentingan pekerjaan taraf-taraf rendah ni.Bayangkan kalau tak ada orang yang sudi kerja angkut sampah,nak ke korang dispose sampah sendiri?Imagine tandas korang banjir dengan najis korang sendiri sebab tak ada orang yang nak kerja sedut tangki septik?

Walaupun kerjaya orang tu menyapu daun di tepi jalan,rezekinya mungkin jauh lebih “halal” dari kita yang pakai smart,naik kereta besar tapi kat ofis sibuk dengan laman sosial sampai habis kerja…

Isnin, 13 Februari 2012

Terima Kasih Henry!

Tempoh dua bulan pinjaman Thierry Henry dari NY Red Bull ke Arsenal adalah satu saat yang manis untuk peminat Arsenal.Perlawanan menentang Sunderland baru-baru ini adalah perlawanan terakhir untuk Henry dan yang menariknya,Henry menjaringkan gol kemenangan Arsenal disaat akhir perlawanan.
Kalaupun orang lain dan pasukan lain tak faham kehebatan Henry,sekurang-kurangnya peminat Arsenal tahu Henry adalah lagenda Arsenal sepanjang zaman.Selamat jalan Henry!



Sabtu, 11 Februari 2012

Chopstick dan Toll Free Line

Dalam sebulan boleh dikatakan dua ke tiga kali aku dan wife aku makan di Jombali.Jombali ni lebih kurang macam kopitiam la kot.Kebelakangan ni kami suka kesana sebab nak makan ABC.Cuaca pun dah panas lain macam sekarang ni.Kalau empat lima tahun lepas,36 Celcius tu dah panas melampau.Sekarang ni dah jadi suhu harian,dah lali dah.Haritu aku check cuaca guna software AccuWeather dalam handphone aku,suhu kat Jerantut 42 Celcius!

Berbalik ke ABC tadi.Selain ABC,ada la hidangan sampingan dipesan.Bila makanan dah nak habis tiba-tiba wife aku tanya kenapa orang cina susah payah makan mi guna chopstik,guna sudu/garpu kan senang.Punca wife aku tanya macam tu sebab dia terkial-kial cuba sepit hirisan timun dalam pinggan aku.Aku pun demokan kat dia macamana nak guna chopstik.Senang aje,cuma aku tak tau sejak bila aku tau makan guna chopstik.Mungkin masa aku kerja Clara International dulu.Banyak kenal makcik-makcik chinese,so sikit sebanyak terikut gaya diorang makan.

 

chopstick

Selalu aku tengok diorang ni suka makan mi segera,padahal gaji bukan sikit.Diorang memang tak hirup kuah mi segera tu,tak macam orang kita.Kalau boleh kuah megi tu tuang kat nasik buat macam sup.Bila sepit mi guna chopstik,kuah megi takkan dikaut sekali.Betul-betul mi sahaja yang masuk mulut.Lama-lama aku faham kenapa makcik-makcik chinese ni balun megi je tiap hari.Tiap hujung tahun diorang suka melancong ke oversea.Salah sorangnya aku panggil Auntie Koh yang rajin jenguk cucu dia kat Hong Kong.

Pernah sekali aku sakit tekak yang lama sebab infection,Auntie Koh rebuskan aloe vera untuk aku minum.Dua tiga hari amalkan memang baik terus.Baik korang try kalau sakit tekak,cuma nak tahan pahitnya tu yang perlu kekuatan mental sikit,hehe!

Entri ni memang khas untuk aku merepek benda-benda yang dah lama aku nak cakap,tapi asyik terlupa je,salah satunya yang ini.Dalam perjalanan semalam aku ternampak satu lori lojistik TA-Q-BIN.Pastu aku nampak nombor hotline 1 300 88 TAQBIN.Baru aku teringat satu benda yang aku musykil sejak sekian lama.Yang nombor TAQBIN tu satu contoh je.Banyak lagi nombor lain yang aku rasa nak sepak je pasal apa diorang tulis macam tu.Aku yang slowpoke ni memang tak boleh faham macamana nak dail contohnya nombor macam ni,1 300 88 SAGE(untuk syarikat Sage UBS).Kadang-kadang ada kurungan kat belakang untuk tunjukkan apa benda nombor disebalik SAGE tu.Tapi ada juga yang tak ada.Kan senang tulis je nombor sebenar,orang nak dail pun mudah…Ape daa!

Jumaat, 10 Februari 2012

20 Juta Tahun Dibawah Ais

Ini adalah salah satu usaha saintifik yang bakal memberi impak yang besar terhadap kajian asal-usul hidupan di muka bumi.Tasik Vostok yang terletak 2.4 batu(3.84km)dibawah permukaan ais sebuah pulau diAntartika ialah sebuah tasik air tawar bersaiz hampir menyamai Tasik Ontario dan dipercayai terlindung dari sebarang aktiviti permukaan bumi selama 20 juta tahun.

Projek penggalian untuk mengambil sampel air Tasik Vostok bermula pada tahun 1989 oleh saintis Russia dan projek ini beberapa kali menghadapi masalah dana,cuaca yang terlalu ekstrem, kerosakan alatan dan berkenaan isu alam sekitar.Suhu permukaan di kawasan tasik ini pernah mencapai –89.2 darjah Celcius pada 21 Julai 1983 tetapi air Tasik Vostok dibawah ais tetap cair kerana terdapat aktiviti geotermal.

Sebanyak 40 liter sampel air dibawa naik untuk diuji oleh Russian Arctic and Antarctic Research.Perancangan masa hadapan ialah meneroka tasik menggunakan robot bawah air yang dilengkapi kamera dan melakukan kerja pengambilan sampel air juga sedimen di dasar tasik.

20 juta tahun dahulu,apakah keadaan dimuka bumi agaknya?

Vostok lake

Lokasi Tasik Vostok

 

Drill

 

ice core

 

drill researcher

 

Sumber : DailyMail

 

*Post ni sepatutnya aku publish semalam,tapi sibuk.Aku cuba buat entri guna Windows Live Writer.

Khamis, 9 Februari 2012

KFC;Order Ayam,Dapat Sakit

Sudah tengok video KFC staff vs customer?Kang tengoklah sendiri kat YouTube ya.
Khabarnya customer marah sebab tunggu order lama sangat,dekat sejam.Kata paperlah,siapa yang ada masa tu je yang tau cerita sebenar.Memacam la komen keluar kat video tu,terutamanya bila sebut etika customer is always right.
Statement customers is always right pada aku hanya terpakai pada perniagaan yang memerlukan hubungan dua hala antara pelanggan dan penjual untuk jangkamasa panjang dan skala yang lebih besar.Contohnya antara pengilang dan pembekal bahan mentah,ambil contoh Proton dan vendor pembekal part kenderaan.Vendor kena jaga kualiti dan sebarang komplen dari pelanggannya(Proton),vendor perlu ambil berat.Katakan hubungan itu melibatkan urusniaga jutaan ringgit,vendor kena jaga produknya supaya tiada sebarang defect yang menjejaskan hubungan antara dua syarikat.Disini barulah terpakainya istilah customer is always right.
Berbalik kepada kisah yang berlaku di KFC dalam video tu,pelanggan mempunyai pilihan untuk ke tempat lain kalau stok ayam KFC habis.Pesanan dibuat dikaunter dan terus buat pembayaran,so di kaunter lagi kita akan tau makanan kita nak tu masih ada atau tak.Kalau menu yang lain ada tapi tak kena dengan selera kita,jangan buang masa.Sila ke restoran lain.Jangan buang masa dan paling malang,pesanan Kombo Ayam Spicy digantikan dengan Kombo Penumbuk dan Kaki Original.Pada akulah,KFC bukan kisah pun kalau kita tak nak makan kat restoran depa.Kita takmau makan,orang lain beratur tunggu turn.Pada diorang,takde ruginya kalau hilang sorang customer.Seriously.
Untuk KFC pulak,kenalah make sure stok cukup.Melampau betul sampai satu jam order tak sampai-sampai.Khabarnya kejadian ni berlaku di KFC branch Shah Alam(area mana tak pasti),kilang KFC bukan jauh pun.Dalam Glenmarie ni je ha...Ape ke payah sangat nak kontrol stok.Lain la KFC Ulu Tembeling yang habis stok,takde la pelanggan nak maki hamun.Bekerja dengan pelbagai ragam manusia ni memang la tekanan,tapi kena bijaklah.Pakai otak,bukan pakai kaki.Branch manager tak payah la menyorok dalam ofis,guna budi bicara untuk terangkan pada pelanggan kalau ada masalah.
Gua nak komen lebih-lebih pun bukan gua tau cerita sebenar,haissshhhh!!




Rabu, 8 Februari 2012

Matluthfi;Terbaik Di YouTube

Tetiba gua rasa budak ni sependapat dengan gua,haha!Thanks to Dik Imah sebab tunjukkan video mamat ni.Banyak lagi video lain yang budak bernama samaran matluthfi90's ni buat.Nama betul dia aku tak tahulah.Total video view di hingga saat ni berjumlah 10,321,627.Banyak kan?Eh,Google bayar bila view banyak macam tu kan?
Yaaa...i'm slowpoke,tapi bila aku suka,tak kisahlah benda ni dah lama sekalipun.

Caparo T1;F1 'Halal' Di Jalanraya

Korang rasa Bugatti Veyron tu dah cukup laju?Ya,Veyron memang laju dengan enjin W16 dan 1001hp.Caparo T1 memecut dari 0-100kmj kurang dari 2.5 saat,lebih kurang pencapaian Veyron dengan hanya 575bhp.Cuma Caparo T1 jauh lebih ringan,iaitu 550kg.
Dibangunkan oleh jurutera McLaren F1,harganya mencecah GBP280,000.Berenjinkan V8 dengan blok aluminium,segala bahan binaan Caparo T1 adalah bergredkan perlumbaan dan ianya adalah road legal.Kalau kereta F1 cuma satu orang boleh naik,yang ini boleh berpasangan ya?Dua seat disediakan.




Informasi : DailyMail , Caparo T1

Riang Ria FunFair

Agak lama juga aku tak jengah blog ni memandangkan kesibukan yang tiba-tiba datang.Habis je ISO audit,insyaallah blog ni akan kembali dikemaskini secara berhemah.Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam yang panjang pun tak ada aktiviti menarik aku buat.Cuma dua hari lepas,aku dan keluarga mertua mengunjungi funfair.
Sebut pasal funfair,isteri aku tanya aku,tak pernah ke pergi funfair sebelum ni?Yes,memang tak pernah.
Zaman aku kecik-kecik lagi pun memang tak pernah parent aku bawa ke funfair.Membesar di pedalaman dengan adik-beradik yang ramai menyebabkan arwah bapak aku meletakkan kunjungan ke funfair sebagai aktiviti yang tidak mendatangkan hasil.
It's ok.Aku tak salahkan parent aku untuk buat keputusan macam tu.Keperluan hidup jauh lebih penting daripada hiburan.Yang kedua,di pedalaman mana nak ada funfair.Bila aku dah ada pendapatan sendiri,aku tak ada keinginan untuk ke funfair sehinggalah isteri aku ajak untuk menemankan keluarganya berhibur di funfair berhampiran kem tentera Sungai Buloh.Dekat je pun dengan rumah aku.
Terus terang,agak menarik funfairnya dengan berbagai permainan,cuma aku tak cuba permainan yang ekstrem.Sebenarnya aku lebih risaukan soal keselamatan,hehe!Nantilah kalau nak main-main ni,kat Genting lagi syok kot?
Sambil-sambil jalan tu aku cuba jugalah satu game namanya Sharp Shooter.Tang menembak aku suka sangatlah.Lebur 6 keping token=RM2 each.Dapatlah ditukar dengan hadiah iaitu sepasang sandal budak berbentuk arnab.Hadiah yang besar-besar agak menarik jugaklah,cuma kena dapatkan 35 point keatas.Aku labur RM12 pun baru dapat 6 point,berapa RM kena lebur untuk capai 35 point tu.
Agak ramai juga manusia yang datang walaupun cuaca tak berapa baik.Berapa juta tauke funfair ni untung agaknya ya?


Upload dua gambar cukuplah,banyak-banyak kang berat pulak.

Jumaat, 3 Februari 2012

Simpanan Emas Bank of England

Inilah rupa bahagian dalam stor simpanan bawah tanah Bank of England yang menyimpan jongkong emas berjumlah 4,600 tan bernilai 156 billion pound (RM 730,548,000,000.00,lebih kuranglah.)
Adakah ianya cukup banyak?

Tidak.Jongkong emas seberat itu hanyalah senilai 3.77% dari simpanan wang HSBC En.Kamal Ashnawi yang menggemparkan rakyat Malaysia minggu lepas.Oh ya,kunci bilik kebal ni sepanjang 1 meter.




Sumber:DailyMail