Memaparkan catatan dengan label Herbs Garden. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Herbs Garden. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Oktober 2013

Eksplorasi Mencari Tinospora crispa

Assalamualaikum semua...

Agaknya ada yang sedar tak ranking blog ni makin jatuh dan kekurangan entri?Adakah ni tanda-tanda blog ni juga bakal pencen sepertimana blog rakan seperjuangan yang lain?No way!
Inilah blog yang aku usahakan sejak tahun 2007 sehinggalah sekarang.Dahpun berusia lebih ENAM tahun,tapi tak macam orang lain yang achieve tahap terbaik untuk jangkamasa yang sama.Blog5zal ni macam ni lah,nak kata pencen terus tak mungkin,rajin sangat pun tidak.Kesibukan kerja punya pasal.

Minggu lepas sejak hari Selasa aku sibuk mencari pokok Patawali (Tinospora crispa) di Zon Tengah iaitu sekitar Selangor,Negeri Sembilan dan juga selatan Perak.
Untuk sesiapa yang tak kenal pokok Patawali,rupanya hampir sama macam pokok sirih,tapi daunnya tak banyak dan hijaunya tidak berapa gelap.Sesetengah orang kampung panggil pokok ni akar seruntun.

Sampel Patawali berhampiran sekolah tahfiz Selayang
Pokok ni jenis merayap dan boleh dikenali dengan bentuk daunnya seperti bentuk "hati"(heart shaped).Banyak kegunaan pokok yang super pahit ni.Pokok patawali ni teramat pahit,walaupun hanya memegang batang tanpa terkena getahnya.Tak percaya boleh cuba pegang,basuh dengan Axion then makan nasik.Pahitnya still tak hilang.
Tugasan ni memerlukan ratusan sampel rawak dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk pengumpulan data dan mencari baka terbaik bagi tujuan pengkomersilan.Susah oiiii tugasan tu!Aku tak tahu banyak sangat informasi tentang maklumat ujian klinikal pokok ni,aku cuma nak cerita pahit manis perjalanan mencari pokok ni di ceruk-ceruk kampung.
Nak cerita semua tu tak mampulah,setakat yang meninggalkan kesan mendalam saja,hehehe!
Antara lokasi sampel yang aku ingat ialah di Jalan Kampung Sungai Nibong-Kampung Sungai Haji Dorani,Sungai Besar Selangor.Pokok patawali tu kami jumpa di tepi jalan melitupi pokok cempedak depan rumah penduduk kampung yang dipisahkan oleh parit.Tau jelah rumah sekitar kawasan tu,rumahnya jauh kedalam sikit dengan halaman luas.
Rasa malas nak mintak izin kat tuan rumah menyebabkan kami terus je potong pokok tu cepat-cepat sambil mata mengusyar juga kat rumah tu.Nampak macam tak ada orang.Lepas ambik sampel tanah dan bersiap-siap nak berangkat,kami nampak satu orang tua berkain pelikat tak berbaju berjalan perlahan menuju kearah kami yang parking kereta tepi jalan.
Aku cakap kat kengkawan,jom la blah cepat,tapi dalam masa yang sama rasa tak sedap hati jugak start kereta depan orang tua tu.Punya la lama nak buat keputusan akhirnya pakcik tua tu makin dekat dengan kereta kami.Langsung tak beradab kalau terus lari.Memandangkan team aku ada dua perempuan,dan cuma aku sorang je lelaki,terpaksalah aku yang menghadap orang tua tu.
Serius garang muka pakcik tu tahu?!
Aku buat-buat berani dan bagi salam.Tunjuk kad kerja dan eksplen pelan-pelan.Alhamdulillah pakcik tu tak humban aku masuk parit depan rumah dia.Sebelum pakcik tu bertukar dari Dr.Banner kepada Encik Hulk,cepat-cepat aku blah.
Actually tak ada niat pun nak 'curi' dari rumah pakcik tu.Kami nak cepat dan sekitar pesisir pantai Kuala Selangor hingga ke Sekinchan susah sangat nak jumpa pokok ni.Bila dah jumpa memang tak lepas punya.

Sampel di pagar masjid sebuah kampung di Hulu Yam Bharu

Semalam kami ke Ipoh.Kiranya nak scan area Selatan Perak lah.Point mula di bandar Ipoh dan turun ke sempadan Selangor.Kami ronda-ronda taman perumahan apa tah berhampiran Manjoi.Kemudian kami nampak pokok patawali melilit pokok bunga kertas didepan sebuah rumah penduduk.Semak betul rumah orang tu dengan akhbar lama dan barang terpakai.Sah rumah Cina ni.Orang Cina je suka kumpul barang-barang macam tu sampai penuh halaman rumah.
Kitorang dok hello-hello panggil tuan rumah,tapi tak mau keluar.Sepertimana modus operandi dalam cerita pertama,kami proceed sebab itulah sampel pertama yang kami jumpa di hari ketiga pencarian sedangkan jam dah pukul 11.30am.
Tengah sedap mengerat pokok,keluar satu uncle berbaju pagoda berseluar paras lutut dan juga bertampal dahinya.Luka kot.Appearance dia sebijik macam pengemis.Dia tegur kami yang potong pokok dia,tapi tak adalah marah sangat.Cuma dia nak tunjukkan kat kami mana nak ambik sampel yang banyak.Kata dia dekat saja maaa...
Masalahnya dekat sini ialah uncle tu nak naik kereta sekali,lepas tu kena hantar semula dia balik.Aku tak mampu nak menolak,terpaksa lah bawa sekali uncle tu.Dia masuk je kereta terus bau semacam yang tidak menyenangkan.Agak hancing plus bau badan seminggu tak jumpa air.Aku drive agak laju merentas taman perumahan tu sebab nak cepat sampai dan cepat hantar dia balik.Tak boleh blah betul bau dia.Masa dalam perjalanan,uncle tu cakap dia tanam pokok tu sebab nak merawat masalah kecacingan.What de heck?/!OMG!Semua ada.
Ni mesti kuat makan babi ni.
Sambil-sambil mengutip sampel,uncle tu bercerita pasal aktiviti dia waktu lapang,antaranya merayap sekitar kampung dan juga mem'pheewitt' awek-awek Melayu yang lalu lalang.Dua perempuan yang aku bawak ni dak cuak-cuak dah,but still boleh cover lagi.Sebelum turun kereta depan rumah dia,sempat dia berhenti sekejap dan panggil dua perempuan yang aku bawak tu Chombi dan Puspawangi(watak dalam filem-filem P.Ramlee).Psiko betul.

Apa kami buat lepas tu?
Cepat-cepat keluar dari taman perumahan tu untuk mencari Febreze.Tuan punya kereta (Cik Moon) tak mau duduk depan bekas uncle tu duduk.Kuat betul bau diaaaa!Sampai lah balik semula ke Kepong,aku terpaksa jadi driver,dengan dua Maam besar duduk belakang.
Apapun perjalanan mencari sampel tu merupakan pengalaman yang amat berharga.InsyaAllah hujung bulan ni kami akan ke Selatan pulak.Pengajarannya ialah,jangan cuba curi patawali orang kalau tuannya ada dirumah.Hehehe!





Khamis, 16 Februari 2012

Juara Pedas;Trinidad Moruga Scorpion

Sebelum ni aku pernah tuliskan mengenai cili super pedas Naga Jolokia/Bhut Jolokia dalam artikel ni.Selepas beberapa tahun,muncul spesies lain yang mempunyai kadar kepedasan lebih tinggi iaitu pada kadar 1.2 juta SHU(skala Scoville Heat Unit) berbanding Naga Jolokia yang berada pada kepedasan 1.075 juta SHU.Tak dapat bayangkan?Sebagai contoh,cili padi mempunyai skala pedas SHU pada kadar 50,000-100,000.

Trinidad Moruga Scorpion

 

Spesies tersebut ialah cili Trinidad Moruga Scorpion yang bersaiz bola golf.Ujian yang dijalankan oleh Chile Pepper Institute dengan menanam berbagai jenis cili dan menganalisa kandungan capsaicinoids;kompaun yang menghasilkan sensasi pedas/panas.

Menurut seorang pakar penganalisis senior di pusat kajian itu,mereka menggunakan empat lapis sarung tangan lateks semasa memetik kerana kandungan capsaicinnya mampu menembusi sarung tangan.

Satu fakta yang menarik ialah kepedasan cili bergantung pada cuaca tempat ia tumbuh.Sekiranya cuaca panas dan kurang mendapat air,cilinya lebih pedas.

 

*Sumber Yahoo News

Rabu, 22 Disember 2010

Kesum;Polygonum Minus Huds

Kesum(Polygonum Minus) adalah tumbuhan yang banyak didapati di negara kita terutamanya di kampung-kampung.Tumbuhan ini mudah ditanam,dijaga dan tumbuh subur di tanah lembap dan berair.
Pokok yang renek ini mempunyai daun yang runcing dan tersusun pada batangnya serta mempunyai aroma yang kuat.
Batangnya berbentuk silinder berwarna hijau dan sedikit kemerahan.Terdapat ruas-ruas pendek yang mudah mengeluarkan akar.Terdapat dua jenis kesum iaitu yang tumbuh menjalar dan ada yang menegak.
Kegunaannya yang paling biasa di kalangan surirumah ialah sebagai penambah aroma didalam masakan asam pedas dan laksa.


Selain berfungsi sebagai bahan tambahan untuk masakan,Kesum mempunyai nilai-nilai perubatan tersendiri.Ia mampu merawat masalah perut yang tidak hadam dan masalah kelemumur.Bagi mengatasi masalah perut tidak hadam,daun kesum direbus dan airnya diminum.
Untuk menghilangkan kelemumur,daun kesum ditumbuk dan airnya diperah.Air daun kesum tadi disapukan ke kulit kepala dan dibiarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Pokok kesum yang telah dikeringkan
Khasiat pemakanan yang terdapat didalam kesum ialah ia kaya dengan beta karotena,vitamin A,vitamin C,dan juga bahan galian seperti kalium,kalsium dan fosforus.

Pokok kesum yang dikisar
Bagi tujuan pengekstrakan,bahagian kesum seperti batang dan daun yang telah dikeringkan dengan sempurna mestilah dikisar bagi memaksimumkan perolehan ekstrak.
Langkah seterusnya selepas pengekstrakan ialah evaporation,concentration dan pendinginan beku.Produk akhir yang terhasil ialah dalam bentuk serbuk larut air.

Jumaat, 17 Disember 2010

Segmen Khas BioUsahawan,BiotechCorp:Biotropics Malaysia Berhad

Anda semua tentu perasan satu segmen khas dalam Buletin Utama yang memaparkan segmen BioUsahawan bersama BiotechCorp.Rancangan tu khas untuk highlight syarikat bumiputera yang mendapat status Bio Nexus dari Biotech Corp.
Kali ni giliran syarikat Biotropics Malaysia Berhad,iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang menjalankan kajian tentang potensi biodiversiti bumi Malaysia.Selain menjalankan kajian,pihak Biotropics bertanggungjawab memasarkan produk ekstrak tongkat ali ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Produk ekstrak tongkat ali yang mendapat paten US ini dipasarkan dalam bentuk serbuk yang 100% larut air dan terjamin mutunya kerana proses pengekstrakan menggunakan mesin yang canggih hasil teknologi Jerman dan pengeringan beku(freeze drying).
Teknik pengeringan beku merupakan teknik pengeringan ekstrak herba terbaik kerana suhu pengeringan adalah antara 30 darjah selsius dan suhu terendah sehingga -75 darjah selsius.Maka,khasiat dan nilai-nilai klinikal yang terkandung didalam ekstrak tidak akan terjejas.
Berbanding kaedah komersial yang kebanyakannya menggunakan spray dry,haba yang digunakan untuk mengeringkan produk menyebabkan banyak kandungan aktif didalam produk tongkat ali akan rosak.Oleh kerana itu,kaedah freeze drying dipilih untuk memastikan produk ini dapat dipasarkan ke negara US yang mempunyai syarat-syarat piawaian yang ketat.
Bagi segmen khas Bio Usahawan yang akan disiarkan Selasa depan,pihak TV3 telah datang untuk melihat dan merakamkan perjalanan proses pengekstrakan tongkat ali bermula dari raw material hinggalah proses penyediaan untuk mengeringkan liquid concentrate menggunakan freeze dryer.

Biotropics Malaysia:Verified Herbal Actives
Merakamkan perjalanan tongkat ali chip dari pneumatic feeder ke extractor
Dibawah percolator hasil teknologi E&E Verfahrenstechnik GMBH dari Jerman 

Wartawan segmen BioUsahawan membincangkan sesuatu berhampiran stesen sterilisation

Wartawan sedang praktis skrip dihadapan freeze drying room
"lupa skrip pulak!!"

Kawan-kawan jangan lupa saksikan segmen khas produk tempatan yang berkualiti antarabangsa didalam Buletin Utama jam 8.00 malam,hari Selasa,21 Disember 2010.(alamak,birthday aku daa!)

Selasa, 12 Oktober 2010

Super Pedas!;Naga Jolokia


Sepedas manakah cili yang korang pernah makan?
Sampai berpeluh?
Air liur meleleh?
Tahap paling tinggi,sakit perut?


Itu pun baru makan cili padi.Cili padi atau nama inggerisnya Bird's Eye Chilli biasa kita gunakan untuk buat sambal belacan.Nak power lagi,makan mentah-mentah.Confirm meleleh air hidung.
Kepedasan setiap spesies cili diukur dengan skala Scoville Heat Unit.Apa yang menyebabkan cili pedas adalah kandungan capsaicin didalam cili.Makin tinggi nilai angkanya,makin berapi cili tu.Untuk cili padi,nilai kepedasan pada skala Scoville ialah 50,000-100,000.

Hottest Chilli In The World
Anugerah cili terpedas di dunia jatuh kepada..............Naga Jolokia/Bhut Jolokia!


Juga dikenali sebagai Ghost Chilli,cili yang berasal dari India dan terdapat juga di Bangladesh dan Sri Lanka.Tahap kepedasan cili ni ialah 855,000-1,075,000,bermakna 17 kali lebih pedas dari cili padi dan 28.5 kali lebih pedas dari sos Tabasco.Gila pedas!
Saiz cili Naga Jolokia ni adalah sekitar 60-85mm dan berwarna merah atau oren apabila matang.

Kegunaan
Kegunaan lain cili ni di India ialah untuk menghalau binatang liar seperti gajah.Aku pernah tengok dokumentari dimana penduduk kampung menumbuk cili ni untuk dijadikan 'sambal',tapi bukan untuk dimakan.
Diorang sapukan cili ni pada pagar tanaman kontan diorang untuk mengelakkan gajah menceroboh kebun sayur.Selain dari tu capsaicin dari cili ni berkesan untuk dijadikan pepper spray dan bom cili.Bagi peragut amatur dan perogol bersiri yang terbaca fakta ni dimana-mana,tahap kepedasan cili ni mampu menggoyangkan niat serong yang berputik bila ternampak wanita cantik.
Kadang-kadang yang tak cantik,tak seksi pun diorang balun.Tak apa,dapatkan sebotol pepper spray walaupun bukan dari cili Naga Jolokia.Gred pepper spray untuk Law Enforcement ialah 5,000,000-5,300,000 SHU(Scoville Heat Unit).Cukup pedas dah tu.

Khamis, 5 Ogos 2010

Tongkat Ali(Eurycoma Longifolia)

Untuk permulaan aku nak mulakan label baru(Herbs Garden) ni dengan herba yang pada aku paling glemer kat Malaysia ni,Tongkat Ali.Ramai lelaki yang aku rasa sure kenal Tongkat Ali ni.Dari tahap atok-atok sampai la bebudak skolah.
Produk Tongkat Ali pun berlambak-lambak kat Malaysia ni.Ada yang bagus,ada yang menipu,ada murah dan ada mahal.Terpulang kat bajet poket masing-masing.Tapi kat sini aku nak cakap(based on a little bit experience),100% pure Ekstrak Tongkat Ali sebenarnya sangat MAHAL!
Sebab apa mahal,teruskan membaca.Sebelum tu kena kenal dulu apa tu Pokok Tongkat Ali.





Ni la dia rupa anak pokok Tongkat Ali.Kalau dekat habitat asal dia,cepat sikit dia membesar sebab hidup dibawah teduhan pokok-pokok besar.Mungkin mencapai garispusat 6 inci dalam beberapa tahun sahaja.Tapi kalau kat kawasan bandar dan terdedah pada kepanasan,pokok ni lagi lambat membesar,lebih kurang 3 inci diameter untuk usia 7 tahun!Oleh sebab terlalu lambat pertumbuhannya,rasanya tak sesuai untuk ditanam secara perladangan.Sehingga sekarang majoriti Tongkat Ali yang dikomersialkan disini diperolehi dari hutan hujan Malaysia.

Pokok Tongkat Ali tumbuh tanpa dahan dan berakar tunjang.Walaupun perlahan ia mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter.Daunnya tebal dan kalau kita renyukkan daunnya,daun tu tak pecah.Kalau kita koyakkan plak,daunnya berstruktur berserat halus.Bahagian yang digunakan untuk mendapatkan ekstrak Tongkat Ali ialah bahagian akar sahaja.Pada batang dan daun juga terdapat bahan aktif tetapi sangat sedikit.

Kandungan bahan aktif yang terdapat pada Tongkat Ali ialah Glycosaponin,Eurycomanone dan Eurypeptides.Kesan positif bahan ni kepada manusia ialah sebagai penambah hormon testosteron selain meningkatkan kekuatan otot.Selain tu Tongkat Ali juga digunakan untuk merawat penyakit pening kepala,kurap,bengkak,antitumor,antiradang dan antioksida.

PROSES MENDAPATKAN EKSTRAK TONGKAT ALI

Proses untuk mendapatkan ekstrak tulen tongkat ali ialah dengan pengekstrakan(extraction),dalam bahasa kampung,merebus akar Tongkat Ali.Kandungan Ekstrak Tongkat Ali yang diperolehi sebenarnya sangat sedikit.walaupun air rebusannya banyak.
Kandungan aktif dan solid content yang terdapat dalam 100 kilogram akar Tongkat Ali adalah hanya sekitar 4.5-6.5 kilogram sahaja.Hasil sebenar Ekstrak Tongkat Ali adalah dalam bentuk debu(powder) yang larut air dan tidak meninggalkan sebarang mendakan.Kalau ada mendakan maknanya ada habuk akar Tongkat Ali yang diproses sekali.
Dari proses mendapatkan akar sehingga terhasil Ekstrak Tongkat Ali tulen,terdapat beberapa peringkat penting.Akar Tongkat Ali dimesin menjadi bentuk cip-cip halus untuk memaksimumkan perolehan kandungan aktif.Cip-cip tadi akan dimasak pada suhu tertentu selama beberapa jam menggunakan air bertapis.Ada sesetengah pengeluar menggunakan etanol untuk mendapatkan lebih ekstrak tetapi hasilnya dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada pengguna.
Setelah dimasak,air rebusan Tongkat Ali ditapis sehingga jernih(berwarna seperti air teh O)untuk menyingkirkan habuk-habuk kayu dan melalui proses concentration(pemekatan).Kadar solid content yang asalnya sekitar 0.8-1.0% akan ditingkatkan sehingga 35-40%.Kepekatan ini adalah memadai untuk melalui proses seterusnya.



Tongkat Ali sebagai pokok hiasan


Peringkat seterusnya ialah pengeringan,tetapi bukan pengeringan biasa.Dalam industri makanan,biasanya ekstrak dikeringkan menggunakan kaedah Spray Dry.Kaedah ini menggunakan hembusan udara panas yang akan mengeringkan titisan-titisan halus ekstrak.
Tetapi untuk Tongkat Ali,kaedah ini tidak sesuai kerana kepanasan suhu yang digunakan akan merosakkan kandungan bahan kimia aktif didalam Tongkat Ali.cara terbaik adalah menggunakan kaedah Lyophilisation (Freeze Dryer).Cecair Tongkat Ali akan dikeringkan pada suhu sehingga -76 Celcius sehingga kristal-kristal air akan terpeluwap dan disingkirkan dari Solid Content.Hasilnya adalah ekstrak Tongkat Ali yang mengandungi kelembapan sekitar 2-4% sahaja(bergantung kepada kecekapan dan tuning resipi pada Freeze Dryer.Prosesnya memakan masa sehingga 3 hari.Maka terhasillah ekstrak Tongkat Ali dalam bentuk biskut yang rapuh dah dikisar sehingga menjadi debu-debu halus.
Oleh kerana prosesnya berperingkat,bahan mentah yang mahal dan peralatan yang juga sangat mahal,maka Ekstrak Tongkat Ali tulen sangat mahal.
Apabila dijadikan kapsul,hanya beberapa peratus sahaja kandungan ekstrak Tongkat Ali yang digunakan.Ini adalah kerana kesesuaian tubuh manusia untuk penerimaan kandungan bahan aktifnya.Terlebih dos mungkin mendatangkan ketidakselesaan perut dan badan menjadi panas.Kemungkinan juga tekanan darah akan meningkat.
Oleh itu jangan disalah anggap sekiranya pengilang hanya meletakkan peratus tertentu.Yang paling penting dapatkan maklumat mengenai pengilang dan latar belakang syarikat yang menghasilkan produk Tongkat Ali.Jangan membeli produk yang berharga murah kerana kemungkinan dicampurkan filler(bahan penambah seperti maltodextrin:berasal dari jagung)yang berlebihan dan termasuklah habuk-habuk Tongkat Ali.Ada juga syarikat yang meletakkan ekstrak Tongkat Ali terlalu sedikit sehingga tidak mendatangkan kesan langsung pada tubuh.
Dapatkan maklumat secukupnya,tambahkan ilmu dan jadilah pengguna yang bijak!

Dr.Ismail Tambi,Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif