Kebelakangan ni memang aku banyak cerita pasal kereta...
Semalam aku sembang dengan member aku pasal kereta.Memandangkan member aku ni belum kahwin,dalam masa terdekat ni dia nak beli kereta.Dia cakap dia nak beli Persona.Oklah tu,kereta apa yang nak dibeli sebenarnya terpulang pada selera dan kemampuan masing-masing.Tak ada undang-undang yang cakap kita kena beli kereta besar.
Then,aku teringat satu cerita yang wife aku pernah ceritakan kat aku sebelum kitorang kahwin dulu.Adik lelaki dia(adik ipar aku) cakap kat dia,aku bukan jenis ‘family man’ sebab beli Myvi.Masa tu dia dah pakai Persona.Memula aku nak hangin jugak apehal nak sibuk dengan pilihan aku dan mengatakan aku bukan jenis ‘family man’ hanya kerana aku beli Myvi?Lepas tu aku slow down balik sebab aku fikir adik ipar aku tu terlalu sibuk belajar sampai tak faham satu konsep membeli kenderaan iaitu keperluan.
Maksud keperluan yang aku cakap ni adalah kita beli benda biar sesuai dengan apa yang kita bakal jalani setiap hari.Sebagai contoh kes aku tadi,aku beli Myvi sebab aku rasa Myvi mencukupi keperluan aku iaitu sekadar untuk pergi bekerja,balik kampung di Pahang sebulan sekali dan gaya pemanduan yang biasa.Pertamanya harga bahanapi yang tak stabil dan pada pendapat koranglah,masuk akal ke sumber yang makin habis ni akan jadi semakin murah?Jawapannya dah tentu tidak.Kita tak tau akan datang harga bahanapi masih lagi mampu disubsidikan pada harga RM1.80sen seliter,atau tak mustahil akan kembali mencecah RM2.50 untuk RON95 macam zaman Pak Lah dulu.So,kereta dengan enjin kecil berteknologi tinggi jadi pilihan aku.
Kedua tentang saiz.Saiz kereta bersangkut rapat dengan sesaran enjin.Ada ke engineer kereta bebal nak buat kereta sedan segmen D dengan enjin 1.3?Bila badan kereta dah besar,dah tentu berat,kena la dipasangkan dengan enjin yang besar jugak(hirup petrol kuat).Sesetengah orang pilih untuk terus beli kereta yang berbut luas atau yang beranak ramai terus sambar MPV.Persoalannya sekarang diwaktu bila kita akan gunakan sepenuhnya kapasiti ruangan but yang besar?Balik kampung?Piknik?Musim buah?Untuk aku,keperluan aku untuk ruangan but sebegitu bukan jadi keutamaan.Bukan selalu aku angkut barang banyak,musim buah setahun sekali dan kalau nak angkut peti ais sekalipun just lipat seat belakang dan tersedia ruang 560 liter yang luas.Bukan peti ais yang besarlah,kalau setakat peti ais satu pintu,senang-senang je masuk.Siapa ada kereta sedan,boleh cuba masukkan kalau muat.Tapi dalam kebanyakan masa,ruang seluas manapun yang kita ada,kita tak gunakan pun.Tetap juga drive sorang-sorang bila pergi kerja.Satu lagi aku percaya rakyat Malaysia sekarang tak berani untuk ada anak ramai memandangkan kos kehidupan yang semakin meningkat.Kalaupun satu hari nanti terpaksa juga upgrade ke kereta yang lebih besar,mungkin 10-15 tahun lagi.Beli kereta besar awal-awal pun tak guna,lebih 10 tahun je dah reput.
Bayangkan kehidupan kita sehari-hari…pergi kerja,balik kerja,hujung minggu bawa keluarga berjalan,balik kampung dan sebagainya.Bagaimana gaya pemanduan kita?Kita memandu dengan kelajuan normal atau kita sebagai Sebastian Vettel dijalanraya?Most of the time kita akan memandu dengan berhati-hati,dan sesekali laju sikit bila jalan clear.Itu dinamakan normal.Dalam kehidupan seharian kita juga,berapa kerap kita jumpa selekoh tajam tahap 2.5G?Dan berapa kelajuan pemanduan kita bila lalu selekoh?100kmj?130?160?Kalau laju sekalipun,apa keperluan kita untuk pandu selaju tu diselekoh?Nak mampos cepat?Berbalik kepada kereta pilihan aku tadi iaitu Myvi,melayani selekoh dikampung aku sebulan sekali dengan kelajuan 80-100kmj tidak menjadi masalah walaupun dengan suspensi kilang yang jinjang.Lembut pulak tu.Andai kereta aku mendapat talaan Lotus sekalipun,diwaktu bila aku nak manfaatkan kenikmatan handling kalau setiap hari kereta dipandu ke tempat kerja lalu highway,lepas tu jem je yang lebih.Tak pernah pulak aku jumpa highway yang selekohnya kaw-kaw kecuali lebuhraya Karak.Karak tu pun dah tak layak dipanggil lebuhraya,tak cukup lorong.
Bila dikumpulkan pro dan kontranya,kereta pilihan aku adalah setepat-tepatnya dengan keperluan aku.Tak lebih dan tak kurang.Nak angkut banyak barang,nanti aku beli Nissan Vannette seconhand.Tak gitu?
Akhirnya pak mertua aku pun angkat Myvi SE walaupun anak yang bujang ada lagi 4 orang.Apa cerrrrr…………