Hari ni Ahad.
Selain hari untuk bersantai dengan keluarga,hari Ahadlah paling ditunggu oleh para pekerja kalau ada OT.Pengalaman gua bekerja selama ni,biasanya kalau weekdays punya kerja pun tak siap walaupun dah balun ot,barulah syarikat izinkan bekerja hari Sabtu atau Ahad.
Actually gua agak serabut dengan beberapa masalah bebudak kilang gua.Dari Isnin sampai Jumaat,datang kerja sehari,padahal kerja department dia berlambak.OT jangan cakaplah,macam gaji 10k sebulan.Alasan sakit,kepala,tangan ,perut,pinggang,habis semua organ badan sakit.Kuota MC setahun pun setengah tahun dah habis.Semalam sibuk berjalan ke sana kemari,(tengah sakit ni,pergi kerja tak larat pulak).Bila kerja tak siap,gua kena backup.
Hari ni,memang gua panas hati.Hari kerja lima hari,wajib sakit memanjang.Tetiba pagi ni(Ahad),muncul pulak nak buat OT.WTF!!
Korang nampak tak betapa bangsatnya pekerja macam ni.Yang aku heran,HR pun senyap je.Takkan Tak nampak pekerja macam ni punya perangai.Hari ni gua nak punch card balik petang kang,claim double sebab hari ni Ahad.Gua nak tengok sape nak banyak bunyi dengan gua.Gua buat diam je makin melampau pulak.
Gua dah cukup banyak perkara nak dibangkitkan kalau isu ni panas.
Sebab apa gua emo?
Kerja gua sampai masuk dalam tong sampah pun gua tak banyak bunyi.Penat gua stadi weekend,pun gua tak memilih kerja.Tangan gua melecet mop lantai berapa ribu square feet pun gua tak mengada-ngada nak MC.Orang department lain??
Haaa...silakan ambil tindakan kat gua kalau gua melampau.Kita tengok siapa yang melampau.