Khamis, 27 Oktober 2011

Tiket Bola RM50 "Murah" Je Baii

Ramai peminat bola tempatan khasnya Negeri Sembilan dan Terengganu bising pasal harga tiket bola untuk final Piala Malaysia dijual dengan harga RM50.FAM kekal dengan pendirian mereka berdasarkan penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan(JKPT) dalam akhbar Kosmo Online hari ni .

"Suka saya jelaskan bahawa harga tiket ditetapkan selepas mengambilkira daripada semua aspek yang melibatkan kos seperti kos pembayaran elaun pengadil,kos penyelenggaraan stadium,kos keselamatan dan beberapa lagi kos yang perlu dijelaskan".

Kenyataan default yang biasa akan kita dengar bila ada isu yang dibangkitkan dengan kos/duit...

"Kami telah membuat kajian bahawa selepas Singapura,Malaysia adalah negara kedua yang menjual tiket dengan harga terendah".


Perbandingan macam ni biasa sangat kita jumpa sebagai 'buah penutup' bila sesuatu isu menjadi hangat.Final Piala Malaysia akan berlangsung Sabtu ni di Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,372 tempat duduk.Dengan harga tiket RM50,jika stadium penuh kutipan melebihi 4 juta ringgit.
Dengan bayaran RM50,korang akan dihidangkan dengan pemandangan padang yang baik sikit dari sawah padi,keselamatan yang longgar dan jugak kadang-kadang permainan yang mirip skuad bolasepak sekolah.
Tiap tahun peruntukan untuk pembangunan sukan bolasepak berjumlah puluhan juta ringgit.Tak cukup agaknya tu.Kerajaan sila bagi lebih sikit tahun depan,1 bilion ke,ok ka?

*duduk depan TV,standby milo panas,keropok Tam Tam sebungkus besar,layan RTM sudah....