Pernah tengok dokumentari "Laos;CIA Covert War"?Selain kisah pengeboman berterusan selama sembilan tahun dan dipercayai satu-satunya tempat yang paling banyak dibom dimuka bumi ni,terdapat satu tempat menarik disana iaitu Plain of Jars.
Bermula dengan kisah CIA covert war..Antara 1964 hingga 1973 pesawat pengebom B-52 Amerika milik CIA menjatuhkan empat juta paun bom semasa memerangi komunis Pathet Lao dan Vietnam Utara.Satu per tiga daripadanya tak meletup.Dianggarkan seramai 450,000 nyawa hilang di Laos dan 600,000 lagi di Cambodia.
Ramai lagi menjadi pelarian antaranya penduduk tanah tinggi Laos,Puak Hmong.Tak banyak yang pernah dengar tentang puak Hmong ni kecuali yang aku pernah tonton dalam filem Gran Torino lakonan Clint Eastwood.
Filem yang sangat menarik tentang Walt Kowalski(Clint Eastwood) menghadapi kehidupan usia tua bersama kejiranan Hmong Amerika.