Dah agak lama aku tak menghabiskan duit untuk menonton wayang.Last movie Transformers 3:Dark of The Moon ,bulan Julai lepas.Semalam wife aku book tiket untuk filem Real Steel,dan dia belanja(thanks wifey!).Rasanya dah dua tiga minggu ditayangkan kat panggung tempatan.Mulanya expectation aku tak la tinggi sangat untuk cerita ni,lagipun sebenarnya wife aku ni suka apa-apa filem yang dilakonkan Hugh Jackman.
Ceritanya mengisahkan sukan tinju yang dah pun digantikan dengan robot humanoid.Alasannya?Lebih hiburan sebab orang suka tengok sukan ganas-ganas.Charlie Kenton(Hugh Jackman),bekas peninju yang kematian isteri 'menjual' anak tunggalnya kepada kakak bekas isterinya dengan harga $100k.Sementara keluarga kakak bekas isterinya melancong,anaknya,Max,tinggal dengannya.Max ialah watak yang dilakonkan pelakon kanak-kanak bernama Dakota Goyo.Kalau siapa perasan,budak ni membawa watak Thor semasa kecil dalam filem THOR.
Dengan pendahuluan $50k,Charlie membeli robot yang bernama Noisy Boy untuk bertarung dalam perlawanan haram.Over konfiden punya pasal,Noisy Boy dikalahkan dengan teruk oleh robot bernama Midas.
Masa diorang mencari spare part,Max terjumpa robot latihan generasi lama bernama Atom.Max berkeras nakkan Atom dibawa bertarung dan dia mencipta sistem kawalan alternatif selain kawalan jauh biasa.Perjalanan yang sukar untuk Max dan Atom,tapi akhirnya Atom layak menyertai ligaWorld Robot Boxing(WRB).Lawan pertama Twin Cities ditewaskan dengan mudah walaupun dikira sebagai underdog.
Max mencabar Zeus,Robot terkuat dalam WRB.
Noisy Boy vs Midas |
Atom menentang Zeus |
Untuk aku simple je,jalan cerita jelas,dan yang penting mampu menyentuh perasaan.Ni bukan cerita cinta-cinta.Tapi dengan tayangan selama dua jam setengah korang tak perasan masa yang berjalan.Penuh keterujaan,terharu(sesuai ke perkataan ni), dan apa-apa sajalah.
Hubungan manusia dan juga objek memang sentiasa menarik.Senang cakap,filem ni filem terbaik yang aku tengok sepanjang 2011.Best!