Isnin, 6 Jun 2011

Serius Lama Aku Tak Merepek!

Lama dah aku tak merepek,sejak kawin ni cam takde mood plak nak menaip,haha!Lagipun aku dah terminate Celcom Broadband aku.Makin lama servis jadi cam gampang plak.Pastu ada hati nak offer aku diskaun 50% bil kalau aku tak jadi terminate.Apekejadahnya.Dah tu selamba cakap payment via FPX aku kena reject,padahal duit aku dah kena debit.Selang sehari dua,datang pulak email bil broadband aku RM294!
Ini...ini..memang nak kena maki hamun ni.Korang jangan main-main,aku bayar bil aku,ramai kawan-kawan aku tak puas hati dengan Celcom.Kalau diorang pun terminate,rugi korang.
Dah la kuota 5Gb,dapat pakai 2.5-3Gb je sebab servis teruk.Bulan-bulan maintain RM98 kena bayar.Kata speed 3.5Mbps,paling laju pun 480kbps je.Average bawah 50kbps.Kalau korang(Celcom) buat sistem 'bayar apa yang anda pakai',baru aku sambung semula.Maksudnya kalau aku amik pakej kuota 5Gb=RM98 dan aku pakai 3Gb je,bil aku patutnya RM60 sahaja.Camtu baru win-win.Lagipun aku rasa rate internet kat Malaysia ni mengarut la,mahal sangat.

Cerita lain pulak...
Tahun 2010,Malaysia mencatatkan jualan kenderaan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 605,156 unit kenderaan.Satu angka yang baik untuk pengeluar kenderaan tempatan mahupun luar negara.
Disebalik angka jualan yang memuaskan,satu perkara yang patut diambil berat juga iaitu masalah kesesakan.Sejak setahun dua kebelakangan ni,aku dapat rasakan rakyat Malaysia banyak terbuang masa di jalanraya.
Ambik contoh bila aku memandu dari Damansara Perdana ke Glenmarie Shah Alam untuk bekerja.Pukul 7.00am aku dah keluar rumah dan sampai ke tempat kerja jam 7.45am.Purata dalam 45 minit waktu perjalanan.Katakan aku terlewat sikit,7.05am aku bertolak.Tak semestinya aku sampai di tempat kerja 7.50am.5 minit lewat bertolak,tak bermaksud aku sampai pun lewat 5 minit.Biasanya akan sampai dalam pukul 8.00-8.10am.
Kerana 5 minit lewat,masa yang terbuang boleh jadi berganda-ganda sebab jumlah kereta yang mula membanjiri jalanraya makin meningkat.Itu waktu pergi kerja,waktu balik pun sama.5.30pm balik kerja,paling cepat pun 6.20pm baru sampai.Bulan puasa tahun lepas,aku drive dari Stadium Shah Alam(tapau lauk berbuka) jam 5.00pm,aku sampai rumah 7.45pm!Memang serius tak berbaloi langsung driving.
Itulah sebahagian dari rutin seharian warga kota yang memandu ke tempat kerja setiap hari.Takpelah,dah nasib badan.Musim cuti sekolah,boleh tenangkan fikiran balik kampung bawa anak isteri.Macam aku,balik ke Pahang boleh dikatakan celah gigi je.Apalah sangat driving 2 jam setengah,boleh tahan lagi berbanding orang lain yang mungkin perlu memandu 10 jam balik Kelantan.
Dua-tiga tahun kebelakangan ni,Lebuhraya Karak dah mula nampak sesaknya.Bukan musim raya pun sure sesak.Dapat drive 80kmj dalan dua tiga minit,slow balik 20 minit.Ada kemalangan berlaku,tak bergerak la jawabnya.Pihak yang mengendalikan Lebuhraya Karak dan yang mengutip tol RM5(tol Gombak) dan RM3(tol Bentong),patutnya dah mula plan untuk rancangan 15 atau 20 tahun lagi.Dua lorong sehala dah tak relevan nak menampung aliran trafik sekarang.Zaman 90-an dulu boleh la.Elok-elok mood santai dah ada bila stay kat kampung seminggu,kepala stress balik semata-mata nak mengadap jem.
Pastu yang kelakarnya bila raya,keluar la statistik kemalangan di Malaysia ni meningkat.Sebab apa aku kata kelakar,katakan berlaku peningkatan kemalangan maut 1000 kes berbanding tahun sebelumnya.Tengok la pulak statistik jualan kenderaan,lebih setengah juta kenderaan dijual setahun.Pertambahan 500,000 kereta setahun : 1000 extra kemalangan + teknik pemanduan rakyat Malaysia,aku rasa angka tu relevan.
Satu alasan yang kuat kenapa kemalangan meningkat tapi pihak berwajib tak nampak,rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa di jalanraya(akibat kesesakan).Bila banyak masa di jalanraya ditambah lagi dengan stress/letih menghadapi kesesakan,daya tumpuan memandu dah hilang.Banyak menghabiskan masa dijalanraya bermaksud,banyak waktu untuk kita semua terdedah dengan bahaya kemalangan.

"Pandu cermat,jiwa selamat"
Dulu-dulu boleh pakai ayat ni.Kita pandu cermat,orang sondol dari belakang macamana?Malang tak berbau,takde siapa yang nak menyeksa badan apatah lagi kehilangan nyawa.Kesimpulan yang aku nak cakap,kurangkan la masa berada dijalanraya.Kalau boleh cari rumah yang sedekat mungkin dengan tempat kerja,lagi bagus macam tu.Baik luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga,jangan dibazirkan atas jalanraya.

Images from mazidulakmal.com
Errr....apesal banyak lagi pemandu BANGANG yang suka memotong menggunakan lorong kecemasan bila jalan jem?Tiga lane dah penuh kereta,lorong kecik untuk penunggang motorsikal pun bedal sekali?

Satu lagi yang sedikit bangang,waktu hujan tak payah la buka lampu hazard.Kang orang keliru plak kereta ni berenti kecemasan ke?Buatnya ada yang fikir kereta tu berjalan sedangkan sememangnya kereta tu berhenti,tak ke eksiden nanti?

Isnin, 23 Mei 2011

Kanak-kanak Perempuan Terkuat di Britain



Rekod angkatan adik Charley Craig ialah 28.5kg kelihatannya bukanlah berat mana pun,tapi memandangkan dia hanyalah berusia 11 tahun dan setinggi 4 kaki 7 inci,rekod tersebut amatlah mengagumkan.
Berat tersebut hampir menyamai berat badan beliau sendiri.Sebagai perbandingan,berat badan aku lebih kurang 80kg ,rasanya memang aku tak larat nak angkat beban 80kg.Setelah banyak merosakkan tulang belakang aku,no...no..noo...aku takkan angkat benda yang berat-berat lagi dah.

Adik Charley dan ibunya
Adik Charley berlatih di gym 12 jam seminggu dan pemilihan sukan angkat berat ni digalakkan oleh ibunya
Rebecca Amanda Black yang juga seorang ahli sukan angkat berat.Abang Charley,Daniel bertindak sebagai jurulatih.

Images and information from www.dailymail.co.uk

Infographic US President Cadillac;'The Beast'

Pintu dengan 8 inci tebal armour plate,seberat lapan tan dan diiringi oleh sekurang-kurangnya 20 kenderaan pengiring dan sejumlah motorsikal polis.
Itu sebahagian dari fakta menarik mengenai kenderaan untuk membawa Presiden US,Obama dimana Cadillac tersebut juga mampu menahan letupan bom.
Fakta selebihnya,baca sendiri dari infografik yang aku curik ni,hehe!

Image from www.dailymail.co.uk

Sabtu, 21 Mei 2011

Movie Time:Pirate of The Caribbean:On Stranger Tide

Movie terakhir yang aku tengok sebelum POTC ni ialah movie THOR.Tak sangka plak pandai Thor buat lawak.Malam tadi walaupun seat filling fast untuk midnite movie,mujur rezeki aku n wife dapat tiket awal sikit.Tah sape beli dua tiket 10.45pm,tapi tak jadi tengok agaknya.Dapat la aku tonton movie ni awal sikit.
Tak sangka plak malam tadi beratur panjang nak beli tiket kat e@Curve.Nampak macam ada kekecohan sikit,rupanya ada Fizz Fairuz tengah sain autograf peminat dia.


Sejak dari filem pertama,The Curse of Black Pearl sampai la At The World End,kita dah biasa dengan muka Elizabeth Swann & Will Turner,rasa macam journey Jack Sparrow kali ni agak 'kosong' plak.Dua karekter lanun yang agak bodoh-bodoh alang,Ragetti dan Pintel pun dah takde.
Filem kali ni aku rasa agak sederhana tapi still boleh buat audien ketawa dengan perangai Jack Sparrow.Ada sikit-sikit part yang aku rasa macam mengantuk sikit(maybe sebab filem ni panjang/tengok lewat malam).Satu sebab lagi pasal kali ni dah tukar director agaknya.Tiga siri filem sebelum ni diarahkan oleh Gore Verbinski.

FILEM MELAYU
Aku perasan satu poster filem tempatan yang agak 'smart' masa tunggu waktu tayangan sambil membedal popcorn(memang biasanya popcorn akan tinggal separuh walaupun belum masuk hall).
Rupanya filem baru Syamsul Haslam,KL Gangster.


Gangster yea?

Sofi Jikan,Syamsul(ok la,macam ah long),Aaron Aziz(tang katana tu nampak yakuza sikit),Adi Putra(boleh la,nampak macam Sakaki Makio;My Boss My Hero,cuma takde tatoo) dan sorang lagi...........macam biasa tengok lak mamat ni...

Zi..Zi..Zizan???
HUHUHAHUAHA!!!

Zizan jadi gangster??Tengok muka dia pun aku dah nak gelak.Dia nampak gangster bila jadi Mail Lambung tarik kereta dalam Maharaja Lawak.Tu pun still pecah perut lagi.
Korang pernah tengok dia serius tak?

Jumaat, 20 Mei 2011

Kosmo Online Fail atau Aku Yang Rabun??


KEMELUT STESEN NUKLEAR DI INDIA..................


Pastu cerita pasal kontrak pembersihan plak.What the fish...

By the way,lama gila aku tak update blog,huhu!

Khamis, 28 April 2011

Pertama Kali Operation

Lega rasanya bila dapat kembali kerumah.Sebenarnya dah hampir seminggu aku tak online dan menjengah blog ni,apatah lagi nak membalas kunjungan.'Kehilangan' aku selama hampir seminggu disebabkan kesakitan belakang yang dah lama aku tahan.Sampai masanya memang dah tak boleh blah,aku terpaksa berkunjung ke hospital.
Sakit belakang yang aku anggap kurang serius akhirnya menyebabkan aku ditahan di wad dan menjalani minor operation.
Puncanya kaki aku terperosok dalam penutup longkang,dan jatuh terduduk.Lebih kurang dua minggu jugak la aku makan ubat painkiller tapi tak ada perubahan.Sampai la ubat painkiller aku habis Khamis lepas,sakitnya tu aku dah tak boleh tahan.Sambil-sambil online,aku search punca sakit aku ni.Rupanya sakit ni ada kaitan  dengan saraf sciatic yang terhimpit.

Image from http://healthguide.howstuffworks.com/

Bergegas aku ke KPJ Selangor buat x-ray,tapi nampaknya tulang belakang aku nampak ok.Walaupun nampak ok,doktor still suggest aku buat MRI untuk tengok keadaan saraf.Pagi Sabtu,aku jumpa doktor Neurologi,Dr.Dhillon dan dia confirmkan yang aku mengalami 'slipped disc'.Hasil MRI jugak menunjukkan kusyen tulang belakang aku dah pecah dan menghimpit saraf kaki.
Maka,aku terus ditahan di wad dan akan menjalani pembedahan hari Isnin.Aku agak risau sebab,hujung minggu ni majlis pernikahan aku.Takut tak sempat sembuh.Setelah berbincang dengan bakal mak mertua aku,dia nasihatkan aku proceed je operation tu.
Pembedahan yang dijadualkan pagi,9.00am ditunda ke jam 3.30pm dan kali terakhir aku sedar,jam 4.15pm hari Isnin.Lebih kurang 6.30pm,aku terjaga dalam wad.Bosan gila dok dalam wad,menyesal tak bawa laptop.Mujur tunang aku rajin melawat,suapkan aku makanan,bawak jajan,hehe!Tengahari tadi discharge dan aku dimaklumkan bil perubatan berjumlah RM9,741.65.
Mujur ada PMCare dan aku tak perlu fikir pasal bil.
Lagi dua hari aku akan mengadap imam jurunikah dan aku harap dapat gunakan alasan pembedahan ni untuk mempercepatkan proses nikah tanpa banyak soal dari beliau....boleh tak??Hahaha!

Isnin, 18 April 2011

Punca Ferdinand Naik Hangin

Fan MU mesti tengok match FA Cup antara Manchester City vs. Manchester United baru-baru ni.Lepas game tamat,Ferdinand dan Anderson hangin dengan Balotelli sebab provoke diorang.Dalam game tu,MU kalah 1-0.

Macamana Balotelli provoke?

1.Celebrate depan fan MU

2.Winking to Ferdinand

Anyway,Arsenal vs.Liverpool= DRAW=DAMN!

*Images from Dailymail

Selasa, 12 April 2011

Orang Arab Tunjuk Macamana Nak Belanjakan 12 Billion Pound

Images from formaementis.wordpress.com
Buat masa sekarang bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai setinggi 818 meter.Gila betul orang Arab ni.Actually,Burj Dubai bukanlah penamat kepada perlumbaan membina bangunan tinggi di Arab Saudi.Dua lagi bangunan tertinggi akan menyusul iaitu Mubarak Tower setinggi 1001 meter di Kuwait dan Al-Burj setinggi 1050 meter.
Cukup tinggi right?

Errrr....Sebenarnya,belum cukup tinggi.
Keluarga Diraja Arab Saudi merancang untuk membina bangunan tertinggi mengatasi bangunan-bangunan tadi dengan membina Kingdom Tower.Dengan ketinggian 1 batu(1.6km),dua kali lebih tinggi dari Burj Dubai,dan  menelan belanja sekitar 12 billion pound.
Untuk sampai ke puncak,memakan masa sehingga 12 minit menggunakan escalator(escalator???Apasal tak pakai lif?)
Perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kingdom Holding Company yang dimiliki kerabat diraja Arab.Kingdom Holding Company yang juga memiliki saham dalam Apple,McDonald dan Amazon,mengupah firma Adrian Smith & Gordon Gill Architechture yang merekabentuk Burj Dubai untuk mencipta rekaan bangunan Kingdom Tower.


Arabic Royal family kaya gila b**i.Duit banyak sangat tak tau nak buat apa...

*Image & News from DailyMail

Jumaat, 8 April 2011

Obses Senjata Api,Penjara 16 Tahun

David Evans,42 seorang peniaga buah-buahan dan sayuran dihukum penjara 16 tahun kerana memiliki 16 pucuk senjata api pelbagai jenis yang dijadikan koleksi.Sesetengah senjata yang dimilikinya hanya dikeluarkan untuk kegunaan pasukan khas.
Antara senjata api yang dimiliki beliau ialah Kalashnikov,MP40,M4 Carbine dan UZI.Kerana terlalu meminati senjata api,beliau membeli senjata melalui eBay dan menurut siasatan,beliau tiada niat untuk menjalankan kegiatan jenayah.
Sebelum ini beliau memiliki set pakaian tentera untuk digayakan,tetapi tiada senjata api.Bermula dari situ beliau mula mendapatkan senjata api untuk digayakan bersama pakaian tentera.




"I just love guns......I'm a bloody fanatic with them" ujar David Evans kepada pihak polis.

Sebagai peminat senjata api,apa pilihan yang ada?Menyimpan senjata api dah tentu salah.Memohon lesen untuk memiliki senjata api  just for hobby boleh lulus ke?Simpan  replika senjata api pun salah jugak.Takkan nak buat collection senapang mainan cap Tesco kot?
Aku pun minat senjata api,tapi itulah masalahnya.Kalau boleh simpan replika pun,jadilahhh...

*Images & News from DailyMail

Rabu, 6 April 2011

Menjentik Isu Politik Tempatan

Assalamualaikum...

Agak lama aku tinggalkan blog ni kerana kesibukan menguruskan hal perkahwinan.Dah sampai masa untuk aku melangkah setapak kehadapan dalam menjalani hidup di dunia ni.Akibatnya statistik blog ni merudum teruk dalam masa 5 hari.
Dalam beberapa hari ni jugak kepenatan membuatkan aku kehilangan idea untuk membuat entri baru.Cuma aku teringat 'perbincangan' aku dengan teman sekerja tentang isu politik yang hangat diperdebatkan di media cetak mahupun elektronik.



Ramai dah tau dan mungkin dah tengok pun video rakaman aksi ranjang yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi pembangkang.Sebenarnya aku belum tengok lagi.Cuma dapat tengok screenshot dalam akhbar.Mengenai kesahihan video tu aku tak berminat nak ulas.Zaman serba High Definition ni pun masih ada video blur,black and white pulak tu.Aku rasa kualiti rakaman 3gp Nokia sabun pun lagi cantik.
Sebelum ni aku dah cakap yang aku tak suka politik,apatah lagi nak membicarakannya di blog aku.Silap-silap kang tak pasal-pasal aku kena ISA.
Aku cuma tertarik dengan kenyataan kawan aku tentang isu video tu.Dari kenyataan dia,apa yang aku faham ialah,kualiti gambar video tu akan cuba di'jelaskan' lagi untuk mengecam siapa pelakunya.Dan dengarnya kepakaran tempatan akan digunakan.
Kawan aku punya statement,"hantar la video tu pergi US,buat macam dalam drama CSI,gambar CCTV yang blur pun jadi jelas'.
Aku diam je,malas nak komen masa tu.Ni pulak pendapat aku,hantar pergi US pun aku rasa belum dapat bagi clear.Sebab apa?Ingat lagi tak kisah arwah adik Nurin Jazlin?Ingat lagi tentang rakaman CCTV yang merakamkan gambar penjenayah,tapi kualiti rakaman sangat bullshit.Akibatnya sampai sekarang penjenayah tu masih bebas.Kalau tak salah rakaman CCTV tu pun dihantar ke luar negara(US mungkin),tapi hasilnya tetap gagal untuk pengecaman.
Imej terhasil dari bintik-bintik piksel warna.Bergantung pada resolusi kamera,jumlah bintik pada setiap imej adalah sangat berbeza.Katakan gambar yang kurang 'sharp' imejnya beresolusi 360 x 360 piksel.Maknanya akan ada 129,600 bintik piksel.Berbanding kamera yang beresolusi tinggi,katakan 1024 x 768 piksel,akan ada 786,432 bintik piksel.
Jika kedua-dua kamera tadi mengambil gambar objek yang sama,pastilah kamera beresolusi tinggi akan menghasilkan imej yang 'tajam' kerana kuantiti pikselnya yang lebih banyak.

Berbalik kepada kenyataan kawan aku tadi....
Untuk meningkatkan kejelasan gambar,sudah tentulah jumlah bintik piksel akan ditingkatkan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.Jika gambar asal diambil pada resolusi 360 x 360 piksel,dapatkah gambar tadi ditingkatkan resolusinya?Jika hendak ditingkatkan juga,adakah bermakna perlu ditambah piksel 'tambahan' pada gambar asal?
Disini akan timbul sedikit keraguan.Bagaimanakah gambar itu akan diclearkan?Bukankah akan berlaku editing disitu?Boleh jadi gambar itu akan menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari keadaan asal.Kalau tak salah akulah untuk dijadikan bahan bukti,evidence mestilah berkeadaan asal atau original.Katakan rakaman asal guna tape,tape itulah bahan bukti.Bukan salinan format mp4,3gp,mpeg atau apa-apa saja format digital.Tujuannya adalah untuk mengelakkan bahan bukti dimanipulasi.Setiap fail digital akan ada propertiesnya yang tak boleh diubah untuk menunjukkan ketulenannya.(perenggan ni bukanlah fakta sebenar,cuma pendapat dan sekelumit pengetahuan yang aku sendiri tak pasti benar atau tidak)


Bagi aku,kita janganlah menggelabah.Relax....Jangan cepat melenting.Bila marah,akal dah tak boleh fikir dengan waras.Masalah ni aku rasa simple je,kalau aku tak buat kenapa aku nak takut.Am i rite?Apapun sesiapa jugak yang bernama manusia,mana mampu bertahan jika dihentam selama berbelas-belas tahun..

Selasa, 29 Mac 2011

Reaksi Pembaca Tentang Entri Aku

Kebetulan aku baru terbaca email notification dari IntenseDebate.Ada satu komen untuk entri 5 filem yang bazir duit aku dan entri Transformers Dark Of The Moon New Robots .

Ni komen beliau:
1.Am Zaa commented on 5 Filem Yang Bazir Duit Aku - blog5zal: 

Cloverfield (1 of my fav movie all time), Watchmen and 1408?REALLY among malay film2 and others not so-comedy film?? Clearly you don't know how to judge a film. So stop review about a film. 

Email: acrylic26@gmail.com


2.Am Zaa commented on http://www.blog5zal.com/2011/03/transformersdark-of-moon-new-robots.html - blog5zal:

Even transformer lagi overrated.

Email: acrylic26@gmail.com



Let me explain.Aku  dah tulis dengan jelas kenapa filem-filem tu aku rasa membazir.Bagi pendapat aku sahaja.Kalau orang lain suka,terpulanglah.Yang pertama filem Cloverfield,aku dah cakap yang teknik shootingnya buat aku pening.Real punya pening,macam mabuk laut.Of coz la aku akan cakap aku pening.Bagi Am Zaa,filem Cloverfield adalah salah satu all time favourite movie dia,dan aku tak ada masalah tentang tu.Mata anda tengok best,mata aku tengok serabut.
Aku tak judge filem tu dari segi cinematographic,storyline,script bla,bla,bla...Komen aku ringkas je tentang filem tu.Pergerakan kameranya buat aku pening.Got it?Full stop.
Watchmen:Aku dah nyatakan dengan terang yang aku tak selesa dengan adegan beromen yang banyak.Dah tentu aku takkan beli DVD nya.Gila ke apa nak tengok cerita tu dengan family aku?
1408:Ni lagi satu.Aku dah cakap yang aku tak seram.Motif filem seram dah tentu nak create rasa seram/takut penonton.Masalahnya aku rasa tak seram langsung,so what??Filem yang aku betul-betul takut bila tengok,Leatherface.


Transformers:Overrated?
Do I care?


Am Zaa,apa yang anda suka tak semestinya orang lain suka.Apa yang aku suka,tak semestinya orang lain suka.Hope u understand other people taste.I'm not thinking too much when I watch movies.Just sit back and enjoy the show!

Tajuk Lain,Isi Lain

Aku baru je terbaca kekecewaan seorang blogger dalam Geng Blogger bila ada entiti 'anonymous' yang maki hamun kat ruang komen entri dia.Puncanya 'anonymous' tu rasa 'tertipu' bila baca entrinya yang tajuk lain dari isi.Ni kes teknik SEO keyword la ni.
Macamana marah pun 'anonymous' tu,realitinya tetap blog tu si blogger tu yang punya.Sukahati dia la dia nak letak tajuk apa pun ye tak?Blogging pun suka-suka je kan?

Ya,kaedah tu berkesan untuk tarik traffik segera ke blog korang,tapi aku rasa tak baiklah amalkan selalu kaedah macam tu.Dan ya,tanpa traffik,apalah ertinya hasil tulisan yang mantap kalau tak ada orang baca.
Katakan aku buat entri tentang nasik lemak sambal sotong feveret aku,tapi aku letak tajuk,"Nasi Lemak Rozita Che Wan Mantap",aku rasa mau dapat pageview dan komen yang banyak.Untuk sekali aku buat entri macam tu,mungkin belum menimbulkan rasa menyampah lagi.
Tapi bayangkan kalau aku buat entri dengan tajuk-tajuk yang lebih mantap carutnya macam Awek Melayu T***K Besar ke,dua-tiga kali seminggu aku post entri macam tu.Isi cerita pulak aku letak cerita hal peribadi aku.Aku rasa akan mendatangkan hangin pengunjung blog aku je.Tak mustahil akan mendatangkan maki.
So,baik gunakan tajuk yang bersesuaian dan related dengan entri.Cuba tengok blogserius,tajuk entri dia sedap tekak je dia letak,dengan typonya,tapi entrinya sentiasa dapat sambutan.Kenapa?
Sebab dia banyak loyal reader yang senang hati dengan gaya penulisan dia.Salah seorangnya akulah.Tiap kali dia post entri,aku mesti buka blog dia.Tajuk dia letak tak lucah pun.
Teknik SEO keyword macam yang aku tengah cakap ni cuma mendatangkan traffik yang sementara je.Berbanding dengan memantapkan penulisan dan mencipta gaya tersendiri,yang pastinya membentuk golongan pembaca setia.
Itulah yang perlu blogger baru hadapi,bukan setahun dua nak berjaya.Blog bukan semata-mata tempat untuk bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum biarpun blog adalah hakmilik peribadi.Kalau Blogspot bukan ke tertakluk pada Google ke?Still ada risiko untuk kena banned.Jadi,jangan terlalu ghairah  mengejar traffik dengan mengorbankan kualiti penulisan.
Aku percaya berblogging secara serius hasilnya serius.Kalau suka-suka,dah tentu hasilnya pun suka-suka...

Memorikan Kenangan Saat Hamil Cara Baru

Pregnancy adalah perkara yang amat dinantikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri.Berlainan dengan minah rempit,pregnancy adalah nightmare,seumpama mengandungkan baby Alien(Alien vs.Predator).Rasa nak terjun bangunan je,huhu!
Bagi bakal ibu,ramai yang mengabadikan kenangan ketika hamil dan juga ketika bayi membesar.Paling biasa,gambar dan video.Kat Malaysia ni belum ada kaedah pelik-pelik untuk merakamkan kenangan bergelar ibu.
Tapi kat U.K,ada banyak kaedah unik untuk merakam saat-saat manis hamil dan menerima bayi.

1.Belly Casting


-Tau plaster?Macam plaster kaki bila patah tu.Kat sana diorang pelbagaikan untuk buat casting perut boyot.Boleh buat sendiri kalau nak,ataupun upah professional.Bila siap,akan terbentuk acuan keras berbentuk perut dan dada.Bolehla gantung kat dinding,hee!Antara selebs yang dah buat belly casting ni ialah Emma Bunton dan Myleene Klass.
-Kos 20-25 pound(buat sendiri),60 pound(professional).

2.Bergambar .........Naked dengan Perut Boyot
-Amik gambar kat studio,naked atau half naked.kalau nak boleh ajak suami.Ada bukti siapa yang boyotkan,haha!
-Kos 125 pound

3.Bump Painting
-Kalerkan perut yang boyot dengan warna-warna terang.Lukis-lukis pun boleh,pastu amik gambar.

4.Birth Photography
-Yang ni sure Malay tak berani nak buat.Photoshoot masa tengah nak melahirkan.Pakai mekap sikit supaya nampak cun masa meneran baby,huhu!

5.Lock of hair Jewellery
-Adat Melayu ada mencukur kepala baby kan?Rambut yang digunting tu simpan dalam bekas.Kat UK ada perkhidmatan menyimpan rambut didalam resin yang akan mengeras.Seterusnya rambut baby akan tersimpan selamanya dalam resin yang boleh dijadikan loket.
-Kos 24.99 sekali dengan rantai dan ukiran

6.Baby's Hand 7 Footprint Tatoo
-Bentuk tapak tangan atau kaki dicap ke badan bapa dan artis tatoo akan mengukir mengikut bentuk kaki/tangan baby.Bagi aku baik sapu watercolour kat tapak tangan/kaki baby,tekapkan kat kertas lukisan.Lagi cantik letak tarikh dan framekan.Amacam?

SmartBird Inovasi Dari FESTO

Festo,satu nama yang disegani dalam industri komponen pneumatik,berjaya menghasilkan robot burung yang mampu terbang dengan pergerakan lebih semulajadi.Sebelum ni Festo berjaya mencipta 'air penguin',robot penguin yang boleh terbang diudara dan mengawal arah penerbangannya.
Kali ni,Festo tampil dengan inovasi SmartBird,robot burung yang seberat 450 gram dan mampu mengepakkan sayap bukan sahaja keatas dan kebawah,tapi boleh berpusing pada sudut tertentu.
Diinspirasikan dari burung herring seagull,saintis di firma Festo mengawal pergerakan sayap dengan kawalan dua roda dalam dada burung robot tersebut.Perubahan sudut sayap dikawal oleh torsional motor yang menukar sudut menghala keatas ketika kepak diangkat dan menghala kebawah ketika kepak diturunkan.



Video SmartBird dari Festo



*Info & images from DailyMail

Isnin, 28 Mac 2011

Kisah di Sebalik Dua Gambar

Image from DailyMail

Apakah dia kepingan-kepingan yang berwarna-warni ni?

Inilah dia kepingan serpihan plastik yang ditemui dalam perut bangkai seekor penyu.Penyu cenderung menelan plastik hanyut yang disangka obor-obor.Serpihan plastik tajam ini menyumbat saluran penghadaman penyu dan menyebabkannya tidak mampu makan dan seterusnya mati kelaparan.

Image from Wikipedia Gallery
Gambar tahun 1940-an yang menunjukkan longgokan bingkai kacamata.

Dari mana datangnya timbunan bingkai kacamata yang banyak ni?Ini adalah bingkai kacamata mangsa Holocaust ketika zaman kekuasaan Nazi di Jerman.
Di Auschwitz,Jerman terletak concentration camp dimana majoriti mangsa adalah bangsa Yahudi yang dibunuh dengan gas sianida didalam bilik yang dipanggil gas chamber.Selain mati akibat keracunan sianida,antara punca kematian adalah akibat dipaksa menjadi buruh kasar,kebuluran,mangsa eksperimen,penyakit dan juga membunuh diri akibat tertekan didalam kem tahanan.
Selepas mangsa dimasukkan didalam bilik gas,gas sianida dimasukkan dan akan kedengaran raungan dan jeritan mangsa selama 15-20 minit,walaupun dinding bilik tu adalah konkrit tebal.So,macamana diorang punya solution untuk tenggelamkan suara jeritan mangsa?
Tentera Nazi akan menghidupkan dua enjin motorsikal dan throttle dipusing penuh untuk menenggelamkan bunyi jeritan mangsa.
Katakan satu dari 10 mangsa memakai kacamata,bayangkan berapa ramai yang dah tentera Nazi bunuh.

Ahad, 27 Mac 2011

5 Filem Yang Bazir Duit Aku

Selalu share pasal movie yang best je,kali ni aku listkan 5 movie yang aku rasa tertipu.Sebelum ni aku pernah buat entri all time favourite movie .Ikut citarasa akulah.
Lima movie yang aku rasa tak berbaloi langsung ditengok:

1.Cloverfield

Baru lima minit tengok filem ni,aku rasa mual-mual nak muntah.Pening kepala siot dengan pergerakan kameranya yang konon-konon macam real happening depan mata.
Tak sempat raksasa keluar,DVDnya aku keluarkan dulu dari player.











2.Sanctum

Tauke kedai DVD:'Ini celita Damansara punya wayang ranking no.1 ooo!!"

Aku:"Wak luuu!Subtitle bahasa cina kejadah apa aku nak paham??"

Cerita pasal masuk dalam gua ramai-ramai,pastu berbunuh-bunuhan.Lastly sorang je yang selamat keluar.Takde motif+subtitle chinese!














3.Watchmen

Actually dah takde choice ari tu,terpaksa pilih filem ni.Nampak poster macam best je.Kostum jela cantik,part yang aku menyampah,sikit-sikit nak beromen!Chaitt!












4.Star Trek;The Future Begins

BORINGGGGG!!!














5.1408


Filem seram.
Seram ke???

Tak seram pun.Taktik nak takutkan penonton yang klise.Aku  memang tak ble blah dengan filem seram.Ingatkan filem ni mampu menyeramkan aku,rupanya mampu menidurkan aku selepas 20 minit....

Malware Dah Hilang...Aminnn!!

Alhamdulillah rasanya dah tak ada lagi warning malware dari Google rasanya.Secara tak sengaja aku dapat detect kat mana punca dan lokasi 'malware'nya.Hantu betul!tak lena tido bila pikir site aku ada malware.
Rupanya ada dua blog yang aku follow mempunyai malware.

Lega....

Sabtu, 26 Mac 2011

Sucker Punch;Badass Hottie in Action!

Antara filem yang aku tunggu tahun ni,Sucker Punch!



Filem ni agak complicated kalau kita nak compare dengan realiti.Tapi jalan ceritanya simple je cuma dikembangkan dengan cara yang lebih kreatif.Itu yang buatkan penonton agak tertanya-tanya.Pedulikan pasal perkenbangan ceritanya yang agak 'berlapis-lapis',just sit and enjoy the stunning action okay?
Ceritanya bermula dengan kehidupan Baby Doll yang mengalami kemurungan selepas kematian ibunya.Ketiadaan ibunya menyebabkan bapa tirinya bertindak luar batasan dan menyebabkan Baby Doll secara tak sengaja 'ter'bunuh adiknya.Dia dihantar ke sebuah pusat tahanan pesakit mental dan bertemu dengan rakan-rakan baru seperti Sweet Pea,Rocket,Blondie dan Amber.
Baby Doll merancang untuk melarikan diri dan perlu mendapatkan beberapa benda untuk merealisasikan rancangannya.Antara benda yang perlu didapatkan ialah peta,pemetik api,pisau dan kunci.Kaedah Baby Doll dan rakan-rakan mendapatkan benda-benda tadi dipaparkan dalam kaedah yang kreatif iaitu menggunakan imaginasi Baby Doll semasa melakukan tarian.
Imaginasi pertama Baby Doll yang paling menarik perhatian aku.Dia terpaksa menewaskan 3 'Steel Ronin'(siapa pernah main game Red Alert 3 mesti tau) yang besar selepas menerima pedang samurai.
Semua teknik mendapatkan item dipaparkan dalan bentuk imaginasi dimana Baby Doll dan kawan-kawannya perlu mengalahkan tentera Jerman untuk mengambil peta,berlawan dengan naga untuk pemetik api,berlawan dengan robot untuk pisau dan seterusnya.
Sepanjang perjalanan Baby Doll,satu-persatu rakannya mati bermula dengan Rocket,Amber dan Blondie.Hanya Baby Doll dan Sweet Pea yang terselamat.Seterusnya kena tengok sendiri.Selain Steel Ronin,kemunculan Kirov Airship(zappelin) dan tentera Jerman menyebabkan filem ni nampak macam live action game.Bukan tentera Jerman biasa,tentera Jerman yang dah mati dan dihidupkan semula.Ingat lagi filem pertama Hellboy?Seorang lelaki Jerman mistik bernama Kroenen,yang hidup dengan bantuan ilmu hitam dan clockwork.
Siapa suka awek-awek comel beraksi lasak,filem ni paling tepat.Bukan satu,ada lima aweks comel tuuu!!

Must Watch;MGS Fanmade Movie!

Hanya peminat Solis Snake je yang faham...

Mungkin aku tak la setanding gamers tegar yang ada platform PS3 yang dah main MGS4,tapi aku cukup menjiwai karekter Solid Snake sejak zaman VR Mission.Perkembangan wataknya dari zaman muda sampailah beliau menjadi cepat tua disebabkan Foxdie.
Tiap kali aku tengok video ni dalam handphone aku,seriously aku terharu.Macam nak menangis pun ada,haha!Kesian tengok Solid Snake dari muda sampai tua tak habis-habis kena berperang.Bila tengok video ni,dalam hati sebut,"Snake...wake up and fight!"
Layanzzz!!


Kelajuan Membawa Maut?

Aku adalah pembaca setia blog ondscene yang mana sering memaparkan berita kemalangan di sekitar Lembah Kelang.Pemilik Ondscene,abang Syam memang sangat rajin,entah berapa jam je dia tidur dalam sehari.Kemalangan berlaku kat mana-mana,selagi mampu insyaallah dia sampai kat lokasi kemalangan.
Tapi tak la semua entri kemalangan.Isu lain macam isu kepenggunaan,kebakaran,serbuan pihak berkuasa pun ada diselang selikan.
Bila ada entri terbaru tentang kemalangan,aku suka membaca respon/komen pembaca.Kalau dulu hangat dengan kisah RON95 mudah terbakar bila kemalangan,tapi sekarang isu tu dah makin dilupakan walaupun ada pemberi komen yang masih 'tegar' menegakkan fakta karut.
Memang la petrol mudah terbakar,nama pun bahanapi.Dalam istilah mekanikal,petrol adalah bahanapi,bukan minyak.RON200 sekalipun(kalau ada),tetap dicipta untuk terbakar.Tunggullah bila kereta elektrik menggantikan sumber bahanapi fosil yang makin susut ni.Entah isu apa pulak yang wujud.
Ok,dah menyimpang jauh dari tajuk rupanya.

KELAJUAN.
(jarak/masa)
Bermaksud sesuatu objek yang bergerak dari titik A ke titik B dalam tempoh tertentu.
Dijalanraya pulak kelajuan diterjemahkan kepada nilai yang lebih mudah difahami iaitu km/j.Di luar negara contohnya US,diorang lagi suka guna skala mp/h.Di Malaysia kelajuan kenderaan dihadkan mengikut tempat,contohnya depan sekolah hanya dibenarkan 30km/j,manakala di lebuhraya kelajuan yang dibenarkan 110km/j.
Tapi jangan silap!Bukan sepanjang lebuhraya boleh kita anggap hadlaju maksimum 110km/j.Kadangkala hadlajunya hanya 90km/j.Kat sini ramai yang dapat saman ekor.So,kena sentiasa aware dengan amaran hadlaju.Kalau ada GPS,perhatikan warning hadlaju lebuhraya.
Sepanjang aku memandu di lebuhraya terutamanya lebuhraya Karak,aku tak pernah mematuhi had laju.Kenapa?Poyo sangat ke macam kereta aku bagus sangat?
Taklah,aku tak memandu terlalu laju.kalau lebuhraya Karak,kelajuan konsisten aku 120km/j.Bagi aku kelajuan tu sesuai dengan keadaan trafik.Bukanlah sepanjang lebuhraya Karak tu aku tekan 120km/j,bila sampai tempat selekoh,aku perlahan jugak.Yang aku nampak,bawa terlalu perlahan di lorong yang salah lebih mengundang bahaya.
Memang bahaya la kalau drive 60km/j kat lorong paling kanan macam tengah bercinta.Pendapat peribadi aku,setakat kelajuan 120km/j dilebuhraya yang lurus,tidaklah menjadi masalah.Tetapi dengan beberapa syarat penting.
Yang pertamanya tahap kecergasan.Make sure mata tak mengantuk dan badan tak terlalu letih.Barulah kita sentiasa aware dengan keadaan sekeliling.
Kedua sentiasa bersedia.Bila memandu,sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Pernah sekali aku memandu balik ke Damansara lepas bercuti Chinese New Year tahun lepas.Aku memandu di lorong paling kanan berhampiran Taman Metropolitan Kepong.Depan aku ada sebuah Honda City.Masa tu kelajuan lebih kurang 110km/j.Seingat aku hadlaju kat situ 90km/j.Aku pun jarakkan kereta aku dari Honda tu dan masuk ke lorong tengah.Bila sampai kat jambatan sebelum Taman Metropolitan,tiba-tiba Honda City tadi melanggar tebing jambatan dan terbalik beberapa kali.Cepat-cepat aku bagi lampu hazard dan berhenti disebelah kiri.Aku orang pertama yang mengetuk cermin kereta dan memeriksa keadaan pemandu.Mujurlah pemandunya tak cedera langsung walaupun keretanya agak teruk.Aku bernasib baik sebab bersedia lebih awal.Kalau tak,mungkin aku merempuh Honda City tadi.
Ketiga,memandu dengan kelajuan yang sesuai mengikut arus trafik.Kelajuan yang sesuai bagaimana?Tak terlalu perlahan atau terlalu laju.
Keempat,sebelum memulakan perjalanan,pastikan kenderaan berkeadaan sangat baik.Sistem brek,tayar berbunga tebal,cukup tekanan udara,selalu diservis dan sebagainya.
Apa pun kita cuma berusaha sebaiknya.Ajal maut bukan kita yang tentukan.Satu perkara lagi yang aku selalu perhatikan,pemandu di Malaysia cukup suka memasang lampu hazard bila hujan.Sebenarnya perbuatan tu berbahaya.Lampu hazard hanya untuk kecemasan,bila kenderaan rosak atau terpaksa berhenti di tepi jalan.Cukuplah sekadar membuka lampu dan pandu dengan berhati-hati.Kalau kereta korang bertayar lebar,perlu ekstra hati-hati bila jalan basah.Tayar lebar lebih lambat menyingkirkan air,so fenomena 'tayar terapung' lebih mudah berlaku.
Bersabar bila jalan sesak.Ini tak,bila lebuhraya sesak ramai yang memandu di lorong kecemasan.Aku cukup suka bila polis trafik tunggu tepi jalan dan tahan pemandu yang macam tu.Nak guna lorong tu,sila pakai motorsikal..Okehh??

Jumaat, 25 Mac 2011

Jumpa Kepala Gajah Purba

Pekerja binaan janakuasa hidroelektrik di Padre Hurtaldo berhampiran Santiago,Chile menemukan rangka kepala gajah purba mastodon yang dipercayai wujud kira-kira dua juta tahun dulu.
Mastodon bersaiz seperti gajah moden walaupun mempunyai persamaan DNA dengan saudaranya Mammoth.Pada mulanya,pekerja binaan ternampak hujung gading dan terus menggali sehingga terjumpa tengkorak mastodon lengkap.Gadingnya berukuran 4 kaki panjang dan 6 inci lebar.




Gading mastodon terbesar yang pernah ditemui ialah berukuran 16 kaki dan seberat 1 tan.Dijumpai pada Julai 2007 di Milia,timur Athens.

*Informasi dan gambar yang lebih lanjut,di dailymail

Khamis, 24 Mac 2011

Manfaatkan TV High Definition Anda

Aku percaya ramai yang merasakan TV resolusi tinggi (HD) sebagai satu keperluan.Ditambah lagi dengan persaingan sengit pengeluar menjadikan harganya semakin mampu milik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Minggu lepas je aku sempat survey satu kedai elektrik di Prima Seri Gombak.Saja nak tengok mesin basuh dan berkenan dengan mesin basuh automatik 6.5kg Toshiba.Tentang mesin basuh memang aku mempercayai jenama Toshiba.Mampu berkhidmat sampai reput.Serius!
Sempat juga aku tengok-tengok harga TV LED.Dah jauh murahnya berbanding dulu.Dua tahun lepas aku beli TV LCD jenama LG 32' siri Scarlet.Masa tu harganya sekitar RM2200.Siri Scarlet ni berbeza dari siri lain dalam jenama LG sebab sistem bunyinya ditala oleh Mark Levinson.Remote controllernya boleh disetting untuk berfungsi kat produk elektrik jenama lain.Kat PS2 pun boleh.
Baru-baru ni bila aku survey,nilai RM2200 boleh dapat TV LED Full HD 42'' 100MHz berjenama.Rasa nak jual pulak TV aku ni.Kebanyakan TV HD Ready mempunyai frekuensi 60MHz.Bagi TV Full HD,biasanya 100MHz.Gambar yang terhasil dari TV 100MHz lebih lancar dan smooth pergerakannya.
Bila pakai TV High Definition,dah tentu la mengharapkan gambar yang sharp dan crisp kan?Kenapa bila pasang kat rumah,gambarnya blur tak macam kat kedai?
Ramai yang salah anggap,TV HD tak generate gambar yang jelas dan tajam dengan sendirinya.Ia perlukan sokongan sampingan.Barulah abiliti TV korang akan beroperasi secara maksimum.Antara teknik yang korang boleh cuba:

1.Dapatkan pemain DVD/Blu-Ray yang berjenama baik.Ramai yang suka padankan jenama player DVD dengan jenama TV.Tak kisah la.Biasanya bila sama jenama,boleh share remote.Player Blu-Ray entah berapa harga sekarang.Masa aku beli TV dulu,Blu-Ray player berharga hampir 5k.So,langkah paling bijak,dapatkan Playstation 3.Mampu mainkan game dan Blu-Ray disc,dengan harga RM1199 je.Kalau ada fungsi Progressive Scan,aktifkan fungsi tu.

2.Player DVD/Blu-Ray yang mantap belum cukup lengkap lagi.Langkah seterusnya,dapatkan kabel HDMI atau Component Cable.Macam-macam jenama dan harga.Harga paling mencarut sekali yang aku pernah jumpa,RM1299.Untuk kabel je!Tapi jangan risau,banyak pilihan.Bawah RM100 pun boleh dapat.Sama juga macam Component Cable,pun dalam lingkungan harga tu jugak.Sebab apa harganya macam tu sedangkan ia hanyalah kabel?Sesetengah kabel,HDMI/Component,terdapat salutan Gold 24k pada setiap connector.Sebab tu harganya mahal dan kenapa emas?Emas adalah pengalir elektrik yang terbaik.

3.Ok,TV,player dan kabel dah mantops,kenapa gambar blur lagi?Haaa...kat sini ramai yang tak faham.Adakah korang pasang DVD pasar malam atau tepi jalan dan mengharapkan gambar yang superb?Dah tentu tak mungkin.Secanggih mana pun sistemnya,input yang baik sangat penting.Input yang aku maksudkan tentulah DVDnya.Belilah DVD yang original.Mahal kan?Dalam RM60 untuk setiap filem.Harga Blu-Ray sekitar RM150-160.
Actually aku pun tak beli DVD original,tapi ada tempat aku beli yang menjual DVD baik.Huhuhu!

4.Bagi pelanggan Astro,dapatkan Astro BYond.Dengarnya tak lama lagi Astro akan me'wajib'kan BYond.Nak tak nak,kena tambah ekstra RM20.Amacam?

Isnin, 21 Mac 2011

Malware;Ini Bukan Masalah Muammar Gadaffi!


DAH BEBERAPA HARI WARNING NI KELUAR BILA AKU BUKA BLOG AKU.KATANYA BLOG AKU NI ADA CONTENT DARI BLOG LAIN YANG DISYAKI ADA MALWARE.

WATDEHECKK!

BILA PULAK AKU COPY-COPY BLOG ORANG.RASANYA SEJAK AKU TUKAR DOMAIN KOT??

**SIAPA-SIAPA YANG ADA KEPAKARAN OR IDEA MACAMANA NAK REMOVE 'MALWARE' NI DARI BLOG AKU,PLEASE TINGGALKAN KOMEN.BANTUAN KORANG SEMUA SANGATLAH DIPERLUKAN,HUHUHUHU!!!

Krisis di Libya;Masalah Mereka Atau Masalah Dunia?

Dunia masih lagi bersimpati dengan kejadian tsunami di Jepun yang juga mencetuskan tragedi baru iaitu pencemaran radiasi dari janakuasa nuklear.Kebocoran radiasi bukanlah disebabkan gegaran 8.9 skala Richter dan tsunami semata-mata,tetapi adalah kerana bekalan elektrik yang terputus akibat gegaran.
Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan sistem penyejukan gagal berfungsi.Itulah bencana berganda yang sedang dihadapi Jepun.Terkini,makanan dan bekalan air paip didapati tercemar teruk dengan radiasi dan menambahkan lagi sengsara rakyat Jepun khususnya.


Belum reda dengan masalah negara Jepun,negara Barat menumpukan perhatian kepada masalah dalaman Libya dan mula campurtangan.Konflik beberapa negara Arab sebelum ini merebak ke Libya sehingga berlaku pertempuran antara penyokong Muammar Gadaffi,dan juga rakyat yang mahukan Gadaffi berundur.
Apabila tentera yang setia dengan Gadaffi mula menyerang rakyat Libya yang memberontak,negara Barat yang memerhatikan situasi tegang ini mula mengambil langkah agresif.Berpuluh-puluh kapal perang dan kapal selam yang merapati Libya dari Laut Mediterranean melancarkan ratusan peluru berpandu Tomahawk terbaru yang ditingkat keupayaan untuk menggegarkan bumi Libya.
Itu tidak termasuk peluru berpandu StormShadow yang dilancarkan dari jet-jet Panavia Tornado milik RAF yang berulang alik 4800km dari pengkalan Marham,Norfolk ke Libya.Manakala B2 Spirit stealth bomber berulang alik sejauh 8960km dari US ke Libya.
Tentera SAS pula sudahpun memasuki Libya untuk penandaan sasaran strategik untuk serangan udara seterusnya menggambarkan serangan akan berlanjutan untuk beberapa hari lagi hingga Gadaffi berundur.Dari kekuatan ketenteraan tentera pakatan Barat,memang tidak dinafikan lagi kadar keberkesanan serangannya.

Pakatan Barat menanggung kos yang sangat besar untuk menyerang Libya.Harga sebuah peluru berpandu Tomahawk umpamanya sekitar RM1.454 juta.Sehingga semalam,mereka telahpun melancarkan 124 Tomahawk yang keseluruhannya bernilai RM180.3 juta.
Jika dikira kos-kos lain termasuk kos bahanapi untuk kapal perang,jet pejuang,pesawat pengebom dan pesawat risikan,mungkin nilainya melebihi RM250 juta.Ia cuma telahan saya yang bukanlah pakar dalam menganalisis kos peperangan.

Kenapakah mereka sanggup 'membuang' duit yang banyak menyerang Libya atas alasan melindungi rakyat Libya dari serangan tentera Gadaffi?Kita kembali kepada masalah yang sedang dihadapi Jepun sekarang ini.
Dengan jumlah wang yang sebegitu banyak,alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membantu Jepun.Alangkah baiknya juga 'kepakaran' mereka dalam teknologi dimanfaatkan untuk mengawal situasi merbahaya pencemaran radiasi di Jepun.
Kenapakah sebabnya?Kita sama-sama fikirkan....

*Image from dailymail 

Ahad, 20 Mac 2011

Infografik Serangan Keatas Libya

Negara US,Kanada,Itali,United Kingdom dan Perancis sepakat melancarkan serangan keatas Libya semalam.Serangan dari udara dan laut dilancarkan bertalu-talu keatas bandar Zuwarah,Tripoli,Misratah dan Benghazi.
Jet RAF Tornado melancarkan peluru berpandu krus udara ke-darat,Storm Shadow manakala kapal perang serta kapal selam US dan Britain melancarkan 110 peluru berpandu Tomahawk keatas sasaran di Libya.





*Infografik dari en.rian.ru dan dailymail

Sabtu, 19 Mac 2011

Meter Kelajuan Concorde Dilelong

Machmeter ialah meter untuk mengukur kelajuan berdasarkan nisbah kelajuan berbanding kelajuan bunyi.Seperti yang korang tau,Concorde ialah pesawat penumpang supersonik yang dah pun 'bersara' sejak 2003.



Gambar diatas menunjukkan machmeter dari Jet Concorde G-Boad(210) yang menyeberangi Atlantik dari New York ke London dalam masa 2 jam 52 minit dan 59 saat pada 1996.
Angka 202 menunjukkan kelajuan yang disetkan iaitu 2 kali kelajuan bunyi dan huruf CG menunjukkan kepada pilot yang kapal terbang tersebut boleh diterbangkan dalam keadaan geseran kepada atmosfera berada pada tahap paling minimum.
CG bermaksud Centre Gravity.Meter ini diberikan kepada Peter Gravenstock,iaitu engineer British Airways sebagai hadiah bersara.Machmeter ni dianggarkan mampu mencecah harga 20000 pound.


*Images and information from dailymail

Jumaat, 18 Mac 2011

Gadget Menarik CES 2011,Las Vegas

Senarai beberapa produk menarik  yang dipamerkan dalam Consumer Electronics Show(CES) 2011 yang berlangsung di Las Vegas baru-baru ni.

1.LG Touch TV
-TV interaktif dari LG.Boleh conteng-conteng macam papan tulis.Berada di pasaran Korea bulan Mac dan seluruh dunia dalam bulan Ogos.

2.Hello Kitty Toaster
-Hello Kitty?Comel dan boleh buat roti bakar!
3.Eton Soulra 
-Bukan sebarangan Eton.Eton Soulra ialah speaker portable untuk iPod atau iPhone dan menggunakan kuasa solar untuk mengecas bateri lithium ion yang ada didalamnya.

4.LG 2.9mm OLED TV
-LG menampilkan banyak inovasi dalam CES 2011.Antaranya TV OLED ternipis di dunia,berketebalan 2.9mm,Full HD,nisbah kontras infiniti dan akan dijual pada harga sekitar USD9000!

5.GM EN-V
-Kenderaan elektrik konsep ciptaan General Motor dengan usahasama sebuah syarikat China,SAIC.Boleh dinaiki dua orang dan ruang yang digunakan untuk meletakkan GM EN-V hanyalah sebesar 1/4 dari ruangan yang diperlukan oleh sebuah kereta sedan.
-Kelajuan maksimum 25mp/h dan jarak maksimum 40km dan digerakkan oleh motor 3kW yang dikuasakan bateri lithium ion.

Kebanyakan produk yang dipamerkan masih lagi hangat dengan keghairahan pengeluar menghasilkan televisyen 3D dan komputer tablet yang kebanyakannya akan memasuki pasaran tahun ini.

19 Mac 2011;Bulan Hampir Ke Bumi

Esok merupakan kemuncak fasa fenomena supermoon dimana jaraknya berada paling 'dekat' dengan bumi iaitu pada jarak 356,577km.Fenomena ini juga akan menyebabkan air pasang lebih tinggi dari biasa,sekitar 6 inci peningkatan aras laut.

Ringkasan fakta dihuraikan dalam gambar ni:

Image from DailyMail
Untuk pemahaman yang lebih,tonton video penerangan fenomena supermoon ni:



*Information from dailymail

www.blog5zal.com

Pertamanya,maaf kepada rakan-rakan blogger andai mengalami kesulitan untuk blogwalking dalam sehari dua ni.

Puncanya adalah kerana aku sedang dalam proses menggantikan domain dan alhamdulillah dah selesai walaupun awalnya menghadapi masalah.Al maklumlah tak ada sesiapa yang nak dijadikan rujukan ataupun panduan.Akhirnya dengan keberanian aku try n error akhirnya dapat juga diselesaikan.Simple je rupanya.
Aku memilih untuk membeli domain dengan Server Freak.Kenapa aku pilih ServerFreak?

Aku pun tak tau,haha!Rasanya sebab sebelum ni ada terbaca tentang ServerFreak.Macam testimoni la.Diorang cakap ok,aku follow je.Masih tahap amatur,so apa yang baik,kita ikut ajelahh!!

Selasa, 15 Mac 2011

Jens Lehmann Kembali Membantu Arsenal


Jens Lehmann kembali ke Arsenal.

Bekas penjaga gol Arsenal yang meninggalkan kelab ini pada 2008 kembali untuk menyahut panggilan Arsene Wenger yang buat masa ni menghadapi krisis penjaga gawang.Jens Lehmann yang berusia 41 tahun akan menjaga gawang Arsenal sehingga hujung musim ini.
Penjaga gol muda Arsenal,Wojciech Szczesny terpaksa diketepikan selama enam minggu akibat kecederaan jari,Manakala Lukasz Fabianski akan berehat sehingga musim ini berakhir kerana baru sahaja menjalani pembedahan bahu.Vito Mannone pula sedang dipinjamkan ke Hull City.
Jens Lehmann merupakan salah seorang penjaga gol terbaik Arsenal dan pernah mengharungi musim 2003/2004 tanpa kalah dan seterusnya berjaya menjuarai Liga Inggeris.Cuma satu tugas berat untuk Arsene Wenger,iaitu meredakan 'perang dingin' antara Jens Lehmann dan Manuel Almunia.
Untuk peminat Arsenal,saksikan aksi 'comeback' Jens Lehmann Sabtu ini menentang West Bromwich Albion.

*Image & news from dailymail

Isnin, 14 Mac 2011

Kenapa Nak Menggelabah Bila Perodua Keluarkan Model Baru?

Google Images
Dijangka April 2011 ini Perodua akan melancarkan model terbarunya yang diasaskan dari model Toyota Passo.Sepertimana biasa sejak Perodua ditubuhkan,kerja-kerja pengubahsuaian kosmetik akan dilakukan untuk memberikan sedikit perbezaan berbanding model asal.
Sejak beberapa bulan lepas,kita dapat lihat beberapa spyshot ketika kereta model baru Perodua ini diuji dijalanraya.Maka seperti sebelumnya,bermacam-macam reaksi dari rakyat Malaysia,dari pelbagai lapisan masyarakat  terhadap model baru Perodua yang bakal dilancarkan.
Apa yang aku dapat simpulkan,agak ramai yang 'panas punggung' setiap kali melihat model baru Perodua.Kenapa agaknya?

Bagi peminat Perodua,mereka dituduh sebagai JDM wannabe,taksub barangan berbau Jepun dan kereta Perodua hanya untuk kaum wanita.Untuk Perodua,Perodua menghasilkan kereta yang sempit,mahal,hanya tahu tukar bumper,downgrade dan sebagainya.

Persoalannya adalah,adakah Perodua menggunakan gaji bulanan si'panas punggung' untuk meng'copy paste' model Jepun?
Adakah pembeli kereta Perodua menggunakan wang si'panas punggung' untuk menjelaskan ansuran bulanan kereta Perodua mereka?
Selama ini Perodua mengamalkan kaedah 'copy paste',sejak model Kancil pertama.Adakah Perodua mengalami kerugian sedangkan Proton baru-baru ini diisytiharkan mengalami kerugian puluhan juta ringgit?Adakah jualan model-modelnya merosot teruk?
Apabila Proton mula meng'copy paste' Lancer,segalanya 'halal' untuk si'panas punggung'.Tindakan Proton meng'copy paste' adalah untuk menjimatkan kos R&D dan ianya dilihat sebagai langkah yang bijak.Padahal Perodua telahpun mengamalkannya sejak sekian lama.
Berbalik pada kisah si'panas punggung'.Apa yang perlu disakitkan hati?Anda tak rugi wang ringgit mahupun sekelumit tenaga.Jadi apa yang perlu dikisahkan?Harga mahal,tak perlu beli.Beli model kereta dari China yang murah dan luas.C.C kecik,tak kuat panjat bukit.Belilah 4x4.Nak redah paya pun boleh.Nanti harga minyak naik,bolehlah menggelabah ramai-ramai beratur isi minyak sebelum pukul 12.Macam la esok lusa dah tak payah isi minyak.
Kepada si'panas punggung',pakailah apa yang mampu.Sebelum bagi komen-komen emosional,macam Perodua ada hutang dengan korang,fikirlah guna akal.Bukan guna otak.Pakai kereta apa pun,tiap-tiap bulan tetap kena bayar ansuran pinjaman kereta 9 tahun.
Baik fikirkan soal masa depan keluarga,pendidikan anak-anak,menambahkan pendapatan,sambung belajar,meningkatkan ibadah dan sebagainya yang jauh lebih berfaedah.Tak usah penatkan otak fikirkan ayat-ayat komen pendek akal.Tak usah jadi manusia yang banyak bunyi,sedangkan diri sendiri dan keluarga belum tentu dan takkan sempurna.

Bagaimana China Mendapat Teknologi Stealth Untuk Chengdu J20?


Satu kejutan untuk negara blok barat apabila negara China berjaya menghasilkan pesawat tempur halimunan(stealth),Chengdu J-20.Selepas Amerika Syarikat dan Russia,China merupakan negara ketiga yang berjaya menghasilkan pesawat skala penuh dan telah diuji penerbangannya.Persoalannya,bagaimanakan negara China mendapatkan pengetahuan tentang pembinaan pesawat halimunan?

Chengdu J-20
Menurut Setiausaha Pertahanan U.S,Robert Gates,China memang diketahui mempunyai program pembangunan pesawat halimunan,tetapi untuk menghasilkan sebuah pesawat dengan yakinnya beliau berkata,China akan mempunyai teknologi stealth pada tahun 2020.
Kembali kepada persoalan asal,bagaimanakah China memperolehi ilmu pengetahuan dan teknologi stealth sepantas ini?
Terdapat beberapa teori yang mengatakan China memperolehinya dari reverse engineering dan kajian keatas bangkai pesawat pengebom halimunan US iaitu F-117 Nighthawk yang ditembak jatuh di Serbia semasa Perang Kosovo.Ia merupakan satu-satunya pesawat F-117 yang ditembak jatuh.Benarkah begitu?

Poskad dari Aviation Museum,Belgrade

Kisahnya bermula pada satu malam 27 Mac,Leftenan Kolonel Georgei Anicic,komander Batalion ke-3,250th Briged Pertahanan Udara tentera Serbia diarahkan ke sebuah padang di barat Serbia.Unitnya berperanan untuk memburu pesawat Nato yang terbang di udara menggunakan Soviet Isayev S-125 Neva versi Yugoslav ,misil darat ke udara.
Berhadapan dengan kekuatan tentera udara Nato,unitnya hanya boleh menghidupkan radar selama sepuluh saat sahaja untuk setiap kali bagi mengelakkan misil anti radar Nato mengesan kedudukan mereka.Sedangkan persenjataan yang mereka ada jauh lebih ketinggalan.Pada jam 8.30 malam,unit mereka menghidupkan radar pengesan pesawat tiga kali,sepuluh saat setiap kali.Untuk kali ketiga,radar mereka telah mengesan pesawat dan operator radar,Dragan Martic berjaya mengunci sasaran dan mereka melepaskan dua misil.
Pada 15,000 kaki diudara,Leftenan Kolonel Dale Zelko dari U.S Air Force 49th Fighter Wing baru sahaja menjatuhkan dua butir bom precision guided keatas sasaran berhampiran Belgrade,dan sedang berpatah balik  untuk keluar dari ruang udara Sebia.Tiba-tiba satu letupan kuat berlaku disebelah kiri pesawat F-117 dengan kod panggilan Vega 31.Beberapa teori mengatakan,selepas beliau menjatuhkan bom,bay untuk melepaskan bom terbuka dan menyebabkan musuh dapat mengesan pesawat.

Bangkai Pesawat F-117 Stealth Bomber
Bangkai pesawat jatuh di sebuah pekan bernama Ruma,18km menghala ke barat Belgrade.Apa yang mengejutkan,mereka telah berjaya menembak jatuh pesawat Amerika yang termaju ketika itu.Bangkai pesawat dibawa ke Muzium Penerbangan Belgrade dan sebahagian dari serpihan dikutip oleh orang kampung dan disimpan sebagai cenderamata.Manakala peralatan penting dipamerkan untuk dijual di muzium seperti topi kaledar,alat komunikasi dan peta kepunyaan Lt.Kolonel Dale Zelko.
Antara pembeli yang mendapatkan serpihan pesawat tersebut ialah diplomat China,Russia dan Jepun.Berbalik kepada kisah kejayaan China membina Chengdu J-20 menurut Tim Ripley,Penganalisis Pertahanan Britain,Perang Kosovo berkemungkinan membuka jalan untuk mereka mendapatkan maklumat persenjataan termaju Amerika.
Bagaimanapun ini adalah teori sahaja kerana mereka berpendapat ,teknologi mereka terlalu maju sehinggakan negara lain tidak mempunyai kebijaksanaan yang mencukupi bagi menandingi mereka.

*Sumber berita dan gambar diperolehi dari dailymail