Sakit belakang yang aku anggap kurang serius akhirnya menyebabkan aku ditahan di wad dan menjalani minor operation.
Puncanya kaki aku terperosok dalam penutup longkang,dan jatuh terduduk.Lebih kurang dua minggu jugak la aku makan ubat painkiller tapi tak ada perubahan.Sampai la ubat painkiller aku habis Khamis lepas,sakitnya tu aku dah tak boleh tahan.Sambil-sambil online,aku search punca sakit aku ni.Rupanya sakit ni ada kaitan dengan saraf sciatic yang terhimpit.
Image from http://healthguide.howstuffworks.com/ |
Bergegas aku ke KPJ Selangor buat x-ray,tapi nampaknya tulang belakang aku nampak ok.Walaupun nampak ok,doktor still suggest aku buat MRI untuk tengok keadaan saraf.Pagi Sabtu,aku jumpa doktor Neurologi,Dr.Dhillon dan dia confirmkan yang aku mengalami 'slipped disc'.Hasil MRI jugak menunjukkan kusyen tulang belakang aku dah pecah dan menghimpit saraf kaki.
Maka,aku terus ditahan di wad dan akan menjalani pembedahan hari Isnin.Aku agak risau sebab,hujung minggu ni majlis pernikahan aku.Takut tak sempat sembuh.Setelah berbincang dengan bakal mak mertua aku,dia nasihatkan aku proceed je operation tu.
Pembedahan yang dijadualkan pagi,9.00am ditunda ke jam 3.30pm dan kali terakhir aku sedar,jam 4.15pm hari Isnin.Lebih kurang 6.30pm,aku terjaga dalam wad.Bosan gila dok dalam wad,menyesal tak bawa laptop.Mujur tunang aku rajin melawat,suapkan aku makanan,bawak jajan,hehe!Tengahari tadi discharge dan aku dimaklumkan bil perubatan berjumlah RM9,741.65.
Mujur ada PMCare dan aku tak perlu fikir pasal bil.
Lagi dua hari aku akan mengadap imam jurunikah dan aku harap dapat gunakan alasan pembedahan ni untuk mempercepatkan proses nikah tanpa banyak soal dari beliau....boleh tak??Hahaha!