Aku baru je terbaca kekecewaan seorang blogger dalam Geng Blogger bila ada entiti 'anonymous' yang maki hamun kat ruang komen entri dia.Puncanya 'anonymous' tu rasa 'tertipu' bila baca entrinya yang tajuk lain dari isi.Ni kes teknik SEO keyword la ni.
Macamana marah pun 'anonymous' tu,realitinya tetap blog tu si blogger tu yang punya.Sukahati dia la dia nak letak tajuk apa pun ye tak?Blogging pun suka-suka je kan?
Ya,kaedah tu berkesan untuk tarik traffik segera ke blog korang,tapi aku rasa tak baiklah amalkan selalu kaedah macam tu.Dan ya,tanpa traffik,apalah ertinya hasil tulisan yang mantap kalau tak ada orang baca.
Katakan aku buat entri tentang nasik lemak sambal sotong feveret aku,tapi aku letak tajuk,"Nasi Lemak Rozita Che Wan Mantap",aku rasa mau dapat pageview dan komen yang banyak.Untuk sekali aku buat entri macam tu,mungkin belum menimbulkan rasa menyampah lagi.
Tapi bayangkan kalau aku buat entri dengan tajuk-tajuk yang lebih mantap carutnya macam Awek Melayu T***K Besar ke,dua-tiga kali seminggu aku post entri macam tu.Isi cerita pulak aku letak cerita hal peribadi aku.Aku rasa akan mendatangkan hangin pengunjung blog aku je.Tak mustahil akan mendatangkan maki.
So,baik gunakan tajuk yang bersesuaian dan related dengan entri.Cuba tengok blogserius,tajuk entri dia sedap tekak je dia letak,dengan typonya,tapi entrinya sentiasa dapat sambutan.Kenapa?
Sebab dia banyak loyal reader yang senang hati dengan gaya penulisan dia.Salah seorangnya akulah.Tiap kali dia post entri,aku mesti buka blog dia.Tajuk dia letak tak lucah pun.
Teknik SEO keyword macam yang aku tengah cakap ni cuma mendatangkan traffik yang sementara je.Berbanding dengan memantapkan penulisan dan mencipta gaya tersendiri,yang pastinya membentuk golongan pembaca setia.
Itulah yang perlu blogger baru hadapi,bukan setahun dua nak berjaya.Blog bukan semata-mata tempat untuk bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum biarpun blog adalah hakmilik peribadi.Kalau Blogspot bukan ke tertakluk pada Google ke?Still ada risiko untuk kena banned.Jadi,jangan terlalu ghairah mengejar traffik dengan mengorbankan kualiti penulisan.
Aku percaya berblogging secara serius hasilnya serius.Kalau suka-suka,dah tentu hasilnya pun suka-suka...