Ahad, 13 Mac 2011

Yuk!Nonton Hikayat Merong Mahawangsa!

Rim kena kebas,tak dapat pergi kenduri kat Puchong...

Ape-apehal mencekik dulu,hati dah lega dapat pasang tayar lain,tak kisah la rim besi pun.Kalau rim mahal,hangin jugak aku.Perut kenyang,masa untuk menonton movie plak.Hari ni macam pelik sikit,Cineplexes Damansara tak ramai macam selalu.Biasanya hari Ahad memang penuh.

 
Haaa...Ni dia.Sebelum ni aku tak pernah tengok cerita Melayu kat panggung.Tak tau lah kenapa.Kali ni aku teruja nak tengok hasil usaha adik-beradik KRU bikin filem epik.

Pukul 3.15pm aku dah melepak depan pintu masuk.Memang tak ramai orang la.Kenapa ek?Movie aku start pukul 4.00pm.


Pukul 3.45pm orang makin ramai..Movie ape yang diorang nak tengok ni?


Pukul 3.55pm,Hall 6 dan 8 dibuka.Berkerumun orang nak masuk.Ooooo...ramai jugak yang nak tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa ni.
Keseluruhan filem ni aku rasa baik,dari segi teknik penggambaran,props dan jugak aksi peperangan yang 'meriah'.Cuma aku rasa filem ni lagi sampai jalan penceritaannya kalau gunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.Tak tau la sebab apa,Bahasa Melayu yang digunakan dalam filem ni adalah Bahasa Melayu klasik.Macam payah sikit nak faham.Pernah baca buku Tuhfat Al-Nafis?Sama jugak macam buku Hikayat Merong Mahawangsa ni.Bahasa zaman dulu-dulu.
Lagi satu yang aku rasa sikit tak best,narratornya punya suara kuat sangat.Yang lain-lain semua bagus.Tahniah untuk adik-beradik KRU sebab berani menghasilkan satu karya yang berlainan dari kebiasaan pembikin filem Melayu.Jom ramai-ramai support filem ni,bagi diorang modal untuk buat filem yang lebih superb!

Kenapa Pencuri Suka Rim Standard Aku???


Tak pasal-pasal kereta aku kena sarung rim besi...Celaka punya pencuri!
Pagi-pagi lagi tunang aku dah menangis call aku,dia cakap tayar hilang.Nak marah pun tak guna,bukan boleh dapat balik.Dah la tengah bulan ni,bajet pun takde.
Ronda punya ronda,aku singgah kedai tayar Continental.Aku tanya la kot-kot ada jual sebijik rim besi standard dengan tayar.Mujur ada,tapi nyonya tu bagi option,ada satu set rim 14" dengan tayar baru Myvi SE.Dia bagi harga RM830 sekali dengan lock nut.
Bila aku pikir masak-masak,tak payah la tukar semua rim.Rasa rugi plak tukar rim 14" ke 14".Baik tunggu masa tayar semua botak,tukar rim SSR takpun Advan RG 16".Belasah jela rim standard,bajet pun takde.Sarung tayar Continental secondhand,mujur bunga tebal lagi.Malas nak rojak-rojak brand.Terbang RM100..
Tunang aku merengek-rengek cakap tak lawa,sebelah tayar depan kaler itam.Tak cantik ya??Meh letak RM2500,serius cantik,huhu!
Bangang punya pencurik!Rim standard aku pun ko nak kebas ke??

Sabtu, 12 Mac 2011

Transformers:Dark of The Moon New Robots

Layan movie trailernya dulu...1 Julai 2011 akan ditayangkan.



Amacam?
Untuk sequel terbaru ni ramai yang dah tau hottie Megan Fox dah tak ada,dan digantikan dengan Sam Witwicki new lover,Carly yang dilakonkan oleh model lingerie Rosie Huntington-Whiteley.
Awek pun dah baru,robot-robot pun banyak yang baru.Team Autobots masih mempunyai Optimus Prime,Bumblebee,Ironhide,Ratchet,Sideswipe,dan maybe kembar Chevrolet masih ada.

New Team Autobots:
Sentinel Prime
Vehicle Mode:Rosenbauer Panther Airport Fire Truck


The Wreckers Team#1,Roadbuster
Vehicle Mode:Dale Earnhardt Jr. AMP Energy/National Security car


#2,Leadfoot
Vehicle Mode:Juan Pablo Montoya Target Car

#3,Topspin
Vehicle Mode:Jimmie Johnson Lowe's/Kobalt car


Untuk team Decepticon,masih ada Megatron dan Starscream.Megatron bukan lagi Cybertronian tank,skang dia dah disguise sebagai menatang lori huduh ni,Mack Titan 10 wheeler tank truck.


Laserbeak

Soundwave

Shockwave

Ada banyak lagi ahli-ahli baru untuk dua-dua team,akan diupdate kemudian.Gambarnya belum available dan tak cukup clear.Entri ni pun dah panjang sangat.

Khamis, 10 Mac 2011

Brazilian Wandering Spider;Lagi Power Dari Viagra!

Peminat Metal Gear Solid sure pernah main game MGS 3: Snake Eater.Salah satu boss fight yang perlu korang hadapi ialah 'The Fear".


Nampak senjata crossbow yang dia pegang?Dalam MGS3,Solid Snake terkena panahan dari crossbow dimana mata panah The Fear telah disalut dengan bisa labah-labah Brazilian Wandering Spider(Phoneutria spp.).Realitinya,bisa labah-labah Brazilian Wandering Spider menyebabkan kehilangan kawalan otot,kesakitan yang melampau,dan kesukaran bernafas yang boleh membawa kematian.

Brazilian Wandering Spider
Antara lain kesan negatif yang akan dialami ialah ereksi sehingga empat jam!Woooo!!
Saintis dari Medical College of Georgia mendapati penemuan ini adalah satu penemuan menakjubkan dalam rawatan ED(erectile dysfunction).
Brazilian Wandering Spider adalah spesies yang terdapat di Amerika Tengah dan Selatan.Biasanya terdapat di kebun-kebun pisang,sebab tu lah antara nama lain labah-labah ni ialah Banana Spider.Menurut Rod Crawford,kurator Araknid di University of Washington's Burke Museum,hanya 10 dari 7000 manusia yang disengat labah-labah ni yang menemui ajal.Korang pilih nak jadi antara 10 atau 7000 manusia tu kalau nak cuba macamana enjoy ereksi empat jam.Ada bran?

Rabu, 9 Mac 2011

Barcelona VS Arsenal(3-1),Camp Nou 2011


Match Result: Barcelona 3-1 Arsenal

Barcelona
-Messi,45+3",71(pen)
-Xavi Hernandez 69"
Foul commited:N.A (Suci murni & football angel)

Arsenal
-Busquet,53"(o.g)
Foul commited: Sagna(yellow),Koscielny(yellow),Van Persie,(red),Wilshere(yellow)


Referee:Massimo Busacca
Commentary:Massimo BIASED!

Selasa, 8 Mac 2011

Hayabusa;Bullet Train Mewah Jepun

Jepun telah melancarkan model terbaru keretapi laju (bullet train) mewah bussiness class,Hayabusa.Hayabusa berkelajuan 186bs/j/297.6km/j.Hayabusa akan beroperasi dua kali sehari dan melakukan perjalanan antara Tokyo dan Aomori.


Pengerusi East Japan Railway Company,Mutsutake Otsuka berkata pihak mereka akan meningkatkan keselesaan,keselamatan dan teknologi mesra alam dan bukan sekadar meningkatkan kelajuan keretapi mereka.
Dengan kos tambang sebanyak 200 pound/RM962.4 satu hala perjalanan dengan kabin individu dan atendan yang akan menghidangkan makanan dan minuman sama seperti penerbangan bussiness class.Selain dari itu syarikat keretapi ini juga membantu dalam mempromosi Aomori sebagai destinasi pelancongan.
Jepun berharap dapat menjual teknologi Shinkansen ke Taiwan dan berharap dapat menjualnya ke negara Brazil dan Vietnam tetapi menghadapi persaingan daripada pembuat keretapi laju dari China,Perancis dan Jerman.
Negara Jepun juga sedang memajukan teknologi keretapi magnetic levitation atau maglev dan menurut mereka ia mencatat rekod dunia pada kelajuan 363bsj/580kmj semasa diuji di landasan ujian yang terletak berhampiran Gunung Fuji pada 2003.





*Sumber Informasi dan gambar,dailymail

Ahad, 6 Mac 2011

Pokok Petai Berair Pun Pelik Ke?

Sorry...Aku tak faham dengan orang Melayu ni.Bila ada benda yang pelik sikit je,mesti taksub semacam.

Image from MyMetro
Lokasi:Kepala Batas
Subjek:Pokok Petai
Tinggi: Lebih kurang 10 meter
Umur:Lebih kurang 35 tahun(macam dah tak lama,daun pun tinggal sikit je)
Bakat:Mampu menangis???


Itu lah dia,pokok petai yang mampu 'menangis'.Dikhabarkan pokok petai ni mengeluarkan air seperti hujan.Wow!Berapa mm/jam kadar hujannya tu.Tidaklah pulak dinyatakan disitu.Makcik dalam gambar diatas mencuba meminumnya dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau,kata makcik tu.

"Kenapa payau?Patutnya rasa petai,haha!"

Kisah pokok berair ni adalah yang terbaru,sebelum ni ada juga pokok lain yang mengeluarkan air,pun ramai yang berpusu-pusu amik airnya buat ubat.Kalau korang betul-betul nak rasa air dari pokok,masuk dalam hutan.Cari pokok menjalar kat dahan yang besar-besar lengan budak.Ala,yang macam tali tarzan tu.Namanya aku tak tau la pulak.Cantas dan tengok airnya macamana,lagi jernih,takde rasa payau-payau.Kuantiti airnya lagi banyak kalau betul-betul nak buat minum la kan.
Tapi make sure air yang keluar,bukan getah pokok.Kang sakit perut aku tak tau.Pokok ni memang untuk dijadikan sumber air bersih bila berada didalam hutan.Ianya jugak sebagai salah satu teknik survival sekiranya korang sesat dalam hutan.Jangan cari pokok petai,takde air kat pokok petai.Kalau nasib baik pun dapat buah petai je.Petai pun petailah,seikat RM10 tu.

Khamis, 3 Mac 2011

Dah Cuba Makanan Sweden?

Apa yang korang tau pasal negara Scandinavia,Sweden?
Bukan kereta Volvo je.IKEA pun dari Sweden.Apekehal IKEA dengan makanan?
Jangan tak tau,kat dalam IKEA ni ada satu restoran makanan Sweden yang patut dicuba.Dah 4,5 kali jugak aku makan kat sini.Malas cakap banyak,jom tengok.


Lepas waktu kerja tempat ni memang penuh.Kebulur lepas kerja.Siap makan boleh shopping perabot IKEA or jalan-jalan kat IKANO.


Ni makanan paling berhantu kat sini,Swedish Meatball.Diperbuat dari daging penuh,tak main la tepung-tepung ni.Terdapat tiga set,yang pertama 5 biji meatball berharga RM5+fries,set kedua 10 biji meatball berharga RM10+fries,set ketiga 15 meatball berharga RM14+fries.
Yang aku nak cekik ni set ketiga 15 ketoi meatball.Kenyang yang amat!


Yang ni aku lupa plak nama dia....Ishhh!!Payah bebeno nak ingat.Haaa!!nama dia Princess Cake.Untuk pencuci mulut.


"Why should I clear my own table?"Selebihnya baca sendiri.Lepas makan sila kemaskan meja,jangan tinggalkan je.Tak ada pelayan kat sini.
Kat sini layan diri.Beratur ambik trolley,tray,sudu,garpu,tisu dsb..Berjalan keliling meja display makanann tu dan order makanan yang korang nak.Semuanya cepat disediakan.Bayar makanan dengan harga air kat kaunter dan airnya korang tekan sendiri kat dispenser lepas selesai bayar.
Sesiapa yang rajin berjalan ke Damansara harus cuba restoran ni.Best!Kat tempat lain tak ada restoran ni,hanya di Damansara.

Selasa, 1 Mac 2011

Ulasan Berita Mampat

Bosan plak tak menaip.Ok ke agaknya aku menaip panjang-panjang?Most blogger aku tengok suka tepek gambar ngan font besar kecik berwarna warni.Selera aku plak entri panjang kalau tengah rajin menaip.Pembaca punya selera aku tak tau la.Nanti nak bual poll baru.
Apesal tajuknya berita mampat?
Ada beberapa benda/isu yang aku nak cakap,tapi tak berbaloi nak jadikan entri buat masa sekarang.So,aku padatkan jadi satu entri yang agak malas.

Kolam Desa Aman
Sungai Buloh,Sabtu:-Lepas makan-makan kat restoran Jom Bali,aku shopping barang pancing kat Kepong Tackle.Bukan barang ape pun,beli mata kail saiz 4/0 dua paket,perambut monofilamen 40 paun,pelampung berlampu pakai bateri,dengan bateri button size 5 bijik.Memula aku nak beli sebijik bateri je,bila amoi kaunter tu cakap bateri sebijik RM1,sambar 5 bijik teruss!
Gatal nak balik Greenwood ikut Jalan Kuching,amik kau!Jalan jem gila kat Bulatan Batu Caves.Nyesal lalu situ,kalau aku U-Turn depan Jusco Kepong pun takpe.
Pukul 6 aku dah kat kolam mancing siakap Desa Aman,RM55 deposit+RM2 jackpot.Berdua dengan abang ipar aku.Semangat sikit,perambut ngan mata kail baru,kot-kot ada rejeki,heeee!!Dekat maghrib aku dah pelik,apehal takde sambaran pun.Nak stop kul 9 aku rasa tak puas hati.Lajak sampai kul 12.Hampeh!Kul 10 ada ikan makan umpan udang hidup teknik bottom,tapi diluahnya balik.Tukar port ke hujung kolam,ada sambaran tapi tak lekat.Tamat masa jam 12,hasilnya zero.Lagi mengecewakan dari dua minggu lepas!

Abang ipar aku jugak yang dapat,siakap 1.5kg

Cerita lain pulak...Tahniah guru besar sekolah cemerlang yang dapat habuan RM7500.Untuk guru cemerlang RM1500,guru lain RM900.Nak buat apa ya RM7500?Buat kenduri?Pergi umrah?Atau bayar downpayment kereta baru?
Kalau aku la yang jadi guru besar tu,aku habiskan untuk buat kenduri atau hari keluarga untuk guru-guru dalam sekolah.Sebabnya,guru-guru lah yang berkorban untuk mengajar,kelas tambahan siang malam.RM1500 cam ciput sangat je.Pendapat aku je,heeeee!!

Tambahan berita,pukul 12 malam semalam berakhir tempoh membayar saman berdiskaun sejak 6 bulan lepas.Macam biasalah,rakyat Malaysia memang suka last minute.Ramai yang menggelabah,pot pet pot pet komplen banyak,mintak extend masa lagi,kenapa kena saman ekor.Macam-macam la.
Sibuk sangat ya?24 jam kerja,tak sempat bayar saman.dah ada diskaun pun tak mau bayar lagi.Pasal speedtrap,sape suruh bawak kereta macam pelesit.dah kena saman menggelabah plak.Aku pun pernah kena saman ekor,tak la laju mana pun 113kmj kat kawasan 90kmj.Tapi bukan la suka-suka aku nak bawa laju,last day besoknya nak raya,sewajibnya rushing,hee!Tapi bersedia la nak dapat surat saman.Berani bawa laju,berani la bayar saman.Thats why kenapa kereta mewah selamba badak je pecut lelaju,kena saman just bayar....

Isnin, 28 Februari 2011

Unplanned;Jalan-Jalan Ke Muar

Actually tak plan pun nak berjalan sampai ke Muar.Akibat perancangan yang kurang matang,rancangan untuk bersantai dan berpiknik di pantai Bagan Lalang,Sepang bertukar menjadi perjalanan yang panjang.
Hari Jumaat,dengan spontannya aku dengan beberapa kawan kilang bercadang nak ke pantai Bagan Lalang har Ahad lepas.Aku on je,tempat pun dekat.Tengahari dah boleh balik berehat kat rumah.
Tiga buah kereta bertolak dari Puncak Perdana,Shah Alam jam 10 pagi.Masuk je ke Lebuhraya PLUS menghala ke Selatan,aku dah pelik apehal leader group kitorang ni bawak kereta laju sangat.
Rancak memotong kereta lain.Sampai exit Sepang aku dah pelik,kenapa tak exit je?Ada jalan lain yang lagi dekat ke?
Perjalanan diteruskan sampailah ke exit Nilai.Pun tak exit jugak?Aku dah makin pelik,kemana nak pergi sebenarnya ni.Leader makin laju memandu.Bayangkan konvoi 3 buah kereta termasuk aku yang tak tau nak kemana,aku terpaksa pecut 140km/j semata-mata tak mau tertinggal.Yelah,tak tau arah nak kemana.
Masuk Negeri Sembilan,aku nampak signboard Port Dickson.Agaknya nak mandi pantai kat Port Dickson kot.Layankan ajelah...
Makin lama bila nak sampai sempadan Negeri Sembilan-Melaka,aku dah tak puas hati.Aku call leader yang laju kat depan.Aku tanya la sebenarnya nak kemana ni??Bukan main laju driving,kang tak pasal-pasal kena speedtrap.Dia cakap nak pergi Sagil.Whatttt???SAGIL??

Apekebenda Sagil tu??

Member aku bagitau aku,air terjun Sagil kat Tangkak,Johor.What the f*** sampai Tangkak??Dia pulak pelik aku tak tau nak ke Tangkak.Aku mesej malam sebelumnya,plan jadi.Plan yang jadi tu setau aku nak ke Bagan Lalang la.Sorang pun tak bagitau aku pertukaran plan last minute.Kalau awal-awal bagitau,tak sanggup aku nak driving sejauh tu sekadar nak mandi air terjun.
Aku dah kecewa...Pertamanya badan penat perjalanan jauh,kedua kos minyak dengan tol RM100(hanya untuk mandi air terjun!),ketiga,takde sorang pun yang sudi korbankan RM0.15sen untuk SMS bagitau aku pertukaran plan.Keempat,aku memang tak minat nak mandi-manda kat air terjun ni.For sure lah aku tak bawa towel dan pakaian basah.Jemu dah mandi air terjun masa duduk kampung.Aku suka enjoy pemandangan je sambil makan-makan.
Mujur la terniat aku nak tambah minyak kereta aku yang ada setengah tank,dan keluarkan duit standby RM100.Jenis aku ni tak suka pegang cash banyak-banyak.Tunang aku pun agak kecewa sebab dia teringin nak lepak kat pantai.Lagipun dah janji kat abah dia nak balik tengahari.Dah sampai Johor cmana nak balik tengahari?
Lastly aku tukar plan,alang-alang dah sampai Tangkak,aku mesej member-member aku tadi yang aku tak pergi air terjun tu.Aku pergi Kolej Matrikulasi Tangkak,jumpa adik aku.Lagi berfaedah,at least dia hepi jugak dia  bila aku datang dari jauh menjenguk dia.

Suasana pekan kecil Tangkak
Cadangnya aku nak bawa adik aku makan-makan dalam pekan Tangkak je,tapi macam tak best pulak.Akhirnya aku decide bawa adik aku dengan kawan dia pergi Bandar Muar.Lebih kurang 30km dari Tangkak.

Sepanjang perjalanan ke Bandar Muar.Kiri dan kanan pemandangan kampung tradisional
Satu yang unik disini,semua rumah mempunyai antenna tinggi-tinggi,50 kaki agaknya.Dapat siaran Singapore kot?
Sepanjang perjalanan ke Muar,terdapat banyak gerai-gerai menjual kupang dan jambu batu.Kalau kat Sekinchan Selangor,banyak gerai siput mentarang.Perjalanan juga melalui kampung/mukim Kangkar,Pekan Rawang...Rawang???

Akhirnya bila menyeberangi Sungai Muar(betul ke ni),kami sampai ke Bandar Muar.Apa-apahal makan dulu,aku dah lapar sangat.Keluar rumah dari Damansara jam 8.30 pagi,di Muar lebih kurang jam 2 petang.Makan di Pizza Hut berdepan dengan Wetex Parade.Pelayan Pizza Hut Muar ni lain sikit,peramah semacam.Hilang penat memandu,hehe!

Suasana Bandar Muar di hari Ahad,agak tenang.

Ni lah pusat beli belah terbesar di Muar,Wetex Parade.Teringat plak aku kat lambang salun Wella Design,hehe!
Pemandangan dalaman Wetex Parade.Ok la jugak.
Satu-satunya pusat beli belah di Muar,betul ke?Bolehla,saiznya aku rasa kecil sikit dari Kuantan Parade.tapi aku rasa bandar Muar ni agak menenangkan,jalanraya pun tak sibuk walaupun hari Ahad.Bandarnya kecik,senang nak jalan kaki kalau nak menghayati persekitaran bandarnya.
Lepas hantar adik aku balik hostel,aku pun balik semula ke Damansara.Tak dapat pergi air terjun Sagil pun takpelah,puas hati dapat bawa adik aku jalan-jalan dan belanja dia makan.Harap dia hepi bila aku menjenguk dia.Bulan April nanti aku datang lagi jemput bila dia dah habis matrikulasi.

Jumaat, 25 Februari 2011

Saman Trafik;Kenapa Tunggu Saat Akhir?

Image from Utusan Online

Amacam?
Seronok beratur panjang nak bayar saman last minute,lepas tu system down.Nombor giliran pun boleh habis.Beratur sampai subuh pun tak sampai turn lagi.Ni lah sikap kebanyakan rakyat Malaysia.
Kenapa mesti tunggu last minute?
Zaman dah maju,aku rasa sekarang ni setiap rumah ada laptop.Kalau abahnya tak tau guna,anak-anak kan ada.Gunakan WWW.MYEG.COM.Kan senang....
Aku sendiri tak suka beratur panjang,nak kena minta cuti lagi,sekurang-kurangnya half day.Kaunter pembayaran saman pun tak banyak.Pilihan utama aku semestinya online payment.Sebelum ni memang aku praktikkan pembayaran secara online untuk pembayaran bil,loan dan apa sahaja yang boleh dilakukan secara online.Sambil meniarap kat katil pun boleh.
Tahun lepas aku disaman kerana melebihi had laju di Lebuhraya Karak.Biasalah,rushing nak balik raya puasa.Saman melebihi had laju berjumlah RM300.Serabut jugak kepala aku,sebelum ni aku tak pernah kena saman.Tak lama lepas tu PDRM menawarkan diskaun 50% untuk saman sebelum atau pada 15 Disember 2010(tak sure tarikhnya betul atau tak),tapi lebih kurang macam tu lah.
Apa lagi,jom online la jawabnya.

1.Login ke www.myeg.com.my/
2.Buat satu akaun dalam website tu.Ala,buat akaun Facebook pandai,takkan buat akaun dalam ni pun susah ye tak?
3.Buka page baru,login akaun email dan buka email dari MYEG.
4.Ikut arahan dalam email dan klik link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun MYEG.
5.Dah siap!Nak semak saman ke,nak bayar saman ke semua boleh setelkan kat dalam tu.Tapi make sure korang ada akses untuk perbankan online contohnya Maybank2u,CIMB Click atau apa-apa bank jelah.

Ada kemudahan,kenapa nak bersusah-payah?

Selasa, 22 Februari 2011

Jumlah Stok Emas Negara di Dunia

Setiap negara akan menyimpan emas sebagai pemangkin nilaian matawang.Sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi,wang kertas mengalami kejatuhan nilai ataupun mungkin tidak bernilai langsung.Oleh itu,emas akan menjadi media tukaran yang nilainya sentiasa kekal dan diterima semua pihak.


Dengan harga RM136.39 segram,satu tan emas bernilai RM136.855 juta.Negara manakah yang mempunyai simpanan emas terbanyak dan berapakah nilainya?Jom semak!

1.Amerika Syarikat                8,133.5 tan
2.Jerman                                3,401.8 tan
4.Itali                                     2,451.8 tan
5.Perancis                              2,435.4 tan
6.China                                  1,054.1 tan
7.Switzerland                         1,040.1 tan
8.Russia                                    775.2 tan
9.Jepun                                     765.2 tan
10.Netherland                            612.5 tan
11.India                                     557.7 tan
13.Taiwan                                 423.6 tan
14.Portugal                                382.5 tan
15.Venezuela                             363.9 tan
16.Saudi Arabia                         322.9 tan
17.United Kingdom                   310.3 tan
18.Lebanon                               286.8 tan
19.Sepanyol                              281.6 tan
20.Austria                                 280.0 tan

Untuk negara Asia Tenggara:

22.Filipina                                  175.9 tan
25.Singapura                              127.4 tan
37.Indonesia                                73.1 tan
45.Malaysia                                 36.4 tan


Data simpanan emas untuk Thailand dan Brunei tak jumpa pulak.Ok,kira nilainya sekarang!

2012 Ferrari FF GT 4WD

Pewaris model 612 Scaglietti,Ferrari FF GT akan membuat kemunculan debut di Geneva Motor Show dan produksinya akan memasuki pasaran pada 2012.Produksinya akan bermula sebaik sahaja ia membuat penampilan pertama.
Masih mengekalkan konsep 4 seat fastback seperti 'abangnya',rekaannya dihasilkan oleh firma Pinninfarina.


Rekabentuk hadapan diinspirasikan dari rekaan 458 Italia.Menurut Ferrari,rekabentuk Ferrari FF GT ini mampu memuatkan empat orang dengan selesa berserta barangan dengan keluasan 450 liter dan bertambah kepada 800 liter jika tempat duduk belakang dilipat.Ferrari menawarkan banyak pilihan warna antaranya Hanus Gold,Avorio,Scuderia Rosso Corsa,Rosso Rubino,Blue California,Bianco dan Blue Dubai.


Tersembunyi dibawah hud enjin,terletak kemas enjin V12 suntikan terus 6,262 cc yang menjanakan 660Hp pada 8000RPM.Tork maksimum yang terhasil mencecah 503lb/ft pada 6000RPM.Kuasa yang mengagumkan pada Ferrari FF GT 2012 ini mampu menggerakkannya dari 0 hingga 100km/j dalam masa 3.7 saat dan kelajuan maksimum sehingga 332.8km/j.
Enjin berkuasa ini dipadankan dengan transmisi transaxle dual clutch F1.Harga yang ditawarkan ialah $700,000 atau RM2,085,300...



*Information from automotivecraze

Isnin, 21 Februari 2011

Honda CBR250R;Pesaing Kawasaki Ninja 250R?

Honda baru sahaja melancarkan motosikal kelas 250cc iaitu CBR250R dengan rekaan moden-sport.Model baru ini dilengkapi dengan rekaan badan superbike,speedometer digital,muffler rekaan baru dan ABS.Honda juga mengaplikasikan sistem posisi tunggangan bijak dengan menampilkan tempat duduk tandem untuk keselesaan menunggang.
Dibawah tempat duduk,disediakan kompartmen kecil untuk menyimpan alatan senggaraan kecil,aksesori atau emergency kit.Paparan digital pada meter kelajuan turut memaparkan kelajuan,RPM,suhu enjin,paras bahanapi,jam dan odometer.







Specification:
Engine: CS250RE,249.4cc single cylinder,liquid cooled
Compression Ratio:10.7:1
Valves : 4 DOHC
Fuel Injection : EFI PGM-F1
Power :26.4hp @ 8500RPM
Torque : 22.9Nm
Transmission : 6 Speed
Weight :162.8kg
Fuel Capacity :13 litre
Suspension : Front:Telescopic Fork 37mm,
                    Rear:Pro Link
Brakes: Front:296mm disc,twin pot caliper, 
             Rear:220mm,single pot caliper +ABS


Terdapat tiga pilihan warna,Candy Ruby Red Metallic,Asteroid Black Metallic,dan Sword Silver Metallic.Untuk Standard Version,ABS tidak disertakan dan perbezaan berat berbanding ABS Version adalah sebanyak 4.08kg.
Harga yang ditawarkan ialah RM18,799.00 untuk model Standard Version,manakala harga ABS Version ialah RM21,799.00.

*Images from rmreview.com.my

Ahad, 20 Februari 2011

Apakah Pekerjaan Anda?

Sejak kecil kita disuruh belajar setinggi yang mungkin,dengan harapan kita dapat pekerjaan yang baik dan bergaji besar.Bagi yang berjaya dalam pelajaran,dapatlah gaji dan jawatan yang besar.Manakala yang gagal,nasib baik jika mendapat pekerjaan.
Zaman sekarang semua perlukan wang untuk menyara kehidupan,bezanya mewah,sederhana atau kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Asasnya untuk mendapatkan wang,semua orang harus mempunyai pekerjaan.
Sektor manakan pekerjaan anda?Pengurusan?Perindustrian?Atau Perkhidmatan?dan dimanakah posisi anda dalam hierarki organisasi anda?CTOO?Pengurus?Supervisor atau sekadar pekerja bawahan.Semua jawatan seperti yang dinyatakan tak menjadi masalah sebab semua saling bergantungan.Bezanya cuma pendapatan,besar atau kecil.
Itu pun jika dapat menghabiskan sekolah sampai tingkatan lima.Bagaimana dengan yang kandas dalam pelajaran.Apakah pekerjaan yang mampu dibuat dengan tiada pelajaran?Zaman sekarang sangat berbeza,khususnya remaja Melayu.Banyak contoh yang memperlihatkan remaja Melayu memilih kerja.Aku cuba fokuskan pada remaja Melayu lepasan SPM.Kebanyakannya memilih kerja dan mahukan gaji besar.
Mahu gaji besar?tak jadi masalah.Masalahnya apa yang boleh diberikan oleh pekerja kepada syarikat supaya sumbangannya setimpal dengan gaji yang dibayar.
Itu baru soal win-win situation yang dimahukan pihak pengurusan syarikat.Bagaimana dengan prestasi kerja dan disiplin?Dalam sebulan MC,Emergency Leave dan datang lewat,masih mengharap gaji besar dan kenaikan gaji?
Ini apa yang aku nampak di persekitaran kerja aku.Kadangkala kelihatan dunia tidak adil.Bagi yang rajin bekerja dan berdedikasi terhadap setiap tugasan,malang pula bila bekerja dengan majikan yang lewat membayar gaji,gagal mencarum untuk kebajikan pekerja apatah lagi hendak menghargai pekerja dengan pemberian bonus.
Bebanding dengan beberapa manusia yang tidak bersyukur dengan pekerjaan sendiri.Berada didalam syarikat yang kewangannya kukuh,menjadikan mereka lalai dan sambil lewa.Tahi MC,emergency leave,lambat belajar,tidak efisien dalam pekerjaan,tidak proaktif dan malas,semuanya memacu syarikat ke masa depan yang gelap tanpa kita sedar.
Soalnya adilkah untuk kita yang berkerja di syarikat sama,tapi berusaha meningkatkan hasil syarikat,mengurangkan kos operasi,melaksanakan setiap tugasan dengan berkesan dengan harapan agar syarikat mampu bertahan lama.Sungguh tidak adil.
Pekerjaan yang senang,berada dalam tempat kerja bersih dan berhawa dingin,itupun belum cukup untuk mereka menghargai perkerjaan mereka.Jika itu pun tidak mampu,dengan sekadar keputusan SPM yang banyak subjek gagal,apa pekerjaan yang mereka mahu?
Dimanapun posisi anda bekerja,kerjalah dengan ikhlas.Kerana pekerjaan adalah sebahagian dari ibadah.Andainya berada di tempat kerja yang selesa,kenangkanlah bagaimana pengutip sampah,pekerja membaiki lebuhraya atau pekerja pembersihan tangki septik bekerja.Bekerja dalam suasana yang busuk,panas dan meletihkan.Bersyukur dengan pekerjaan anda dan hormati pekerjaan mereka,sebab tanpa mereka kehidupan kita sehari-hari pastinya tidak selesa.

Susah Nak Jumpa Burger Sedap!

Kadang-kadang bosan jugak hadap nasik je malam-malam.Pilihan aku sebagai ganti yang mengenyangkan tentunya burger!
Masa aku tinggal menyewa di Taman Bukit Kinrara Puchong sekitar tahun 2005-2007,ada stall burger yang produce burger sedap.Banyak stall burger,tapi tak semua sedap.Bila tabur je lada hitam kat daging burger yang sedang digoreng,mesti keluar terbau bau yang tak sedap.Rasanya plak tak la amazing mana pun.

Tapi berbeza dengan stall yang aku cakap tadi.Burger specialnya memang best.Sos lada hitamnya kena dengan kombinasi bahan dalam burger tu.Kadang-kadang brader tu belum sempat susun barang nak buka stall,aku dah tunggu kat stall dia.Tengok macamana preparation dia.Biasanya brader tu potong bawang besar,panaskan dapur dan gosok-gosokkan bawang tadi atas dapur panas.
Brader tu cakap,burger buat kat rumah tak sedap.Memang tak sedap macam kat gerai.Kenapa agaknya?Kat rumah,kita goreng daging burger atas kuali atau frying pan yang kita gunakan jugak untuk goreng ikan atau goreng telur.Sebab tu tak sedap.Dapur burger memang khas untuk masak burger je.Cuma brader tu kurang rajin buka stall,bakat buat burger tu ada,cuma kurang konsisten.Yang lawaknya brader tu penah mintak kerja dengan aku.
Entah apa nasib dengan brader tu,dah lama tak jalan-jalan ke Puchong.


Yang ni pulak stall Daily Burger.Hari-hari buka agaknya.Satu stall burger sedap yang aku jumpa dengan harga yang berpatutan.Nak kata murah tak jugak,tapi padan dengan apa yang kita dapat.


Asalnya stall ni diperkenalkan abang ipar aku.Agak lama aku tak datang beli burger kat sini.Tapi sejak dua bulan kebelakangan ni,aku akan singgah kat sini bila datang Seri Gombak terutamanya bila nak balik kampung.Aku ni jenis malas nak singgah R&R,sebab tak jauh sangat perjalanan.
So,burger kat sini jadi pilihan aku untuk isi perut.Stall burger ni terletak depan 7 Eleven Taman Seri Gombak.Tiga remaja yang menjalankan stall burger ni.Diorang memang pantas buat kerja.Setakat empat ketul burger special,tak sampai sepuluh minit tunggu.yang aku nampak,telur ayam sebakul,daging burger Ramly penuh satu meja lipat sedang di defrost.Sure kencang income bebudak ni.
Untuk burger special double favourite aku,dua daging burger bersalut telur setiap keping,mayonaise,sayuran segar,sos cili dan sekeping nenas.Sedap dan mengenyangkan!

Jumaat, 18 Februari 2011

Honda Malaysia Recall Jazz and City

Honda Malaysia Sdn.Bhd memanggil semula 21956 unit model City 2009 serta 1680 unit Jazz 2009 & 2010 untuk penggantian spring serta retainer didalam enjin.Spring sedia ada mungkin bengkok atau patah ketika enjin beroperasi menyebabkan enjin berbunyi kasar dan boleh mati secara tiba-tiba.Spring yang dimaksudkan mungkin spring injap berikutan kenyataan Honda yang menyatakan spring tersebut  dimampatkan oleh rocker arm ketika enjin beroperasi.
Setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan.

Honda Jazz 2009


Honda City 2009

Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia,Yoichiro Ueno berkata syarikatnya sedang menyediakan alat ganti berkenaan dan segala kos yang terlibat dalam penukaran komponen terbabit akan ditanggung Honda Malaysia.

*Berita diolah dari bernama

Khamis, 17 Februari 2011

Kenapa Perempuan Suka Bergambar Macam Ni?

Perasan tak??

Sejak munculnya handphone berkamera VGA 0.3 megapiksel sampailah 12.1 megapiksel,ramai yang suka amik gambar sendiri untuk buat profil laman sosial.Tapi,ada satu persamaan yang ketara amat.Skil muncung untuk nampak lebih 'cute'.Is it work?


Actually ayat yang asal sangat 'pedas',tak sampai hati pulak aku nak exposekan,hehe!Awek-awek kat luar sana jangan butthurt ok?

Russian Supercar;Marussia B2

Tak sedar kan,Russia yang menonjol dalam teknologi ketenteraan,tak berapa nak menonjol dalam industri automotif global.Tapi sebenarnya ada.Ingatkan tau buat weapon of mass destruction je,haha!
Marussia Motor yang diasaskan di Russia mula melancarkan model pertama Marussia B1 pada 16 Disember 2008 diikuti dengan model sport yang lebih agresif,B2 pada 10 September 2010.


Spesifikasi:
Varian 1:
Enjin: 3.5l V6 Mid Engine (Naturally Aspirated)
Kuasa : 300hp
Varian 2:
Enjin:2.8l Turbocharged
Kuasa: 420hp
Pecutan(0-100kmj):3.8 saat
Chassis:Semi-monocoque steel spaceframe + carbon fiber panel
Berat:1100kg
Harga:100,000 Euro/RM402,800





Aksesori tambahan yang boleh ditempah pelanggan adalah seperti AO-63 Assault Rifle dan TKB-022PM yang disembunyikan disebalik liang udara hadapan.....


Just kidding!

Isnin, 14 Februari 2011

Sila Hormat Penunggang Motosikal Ya!

Image from whateverkl.wordpress.com
(Kantoi la plak mamat bawak Nouvo Hitam kat tengah tu,stiker 'L',bawak awek)

Katakan korang memandu kereta didalam hujan lebat.Dibalik tingkap korang dapat tengok penunggang motosikal mengharung hujan lebat dengan basah kuyup.Apa yang bermain di fikiran korang?

'Naik motor buat apa,beli la kereta.Tak la basah kena hujan"
'Mat rempit la ni.Tak padan motor EX5 buruk,bawak macam ribut"
'Naik motor kan senang,tak la sangkut kat jem bila hujan lebat..."

Ha,amacam?Yang mana satu dalam fikiran korang?
Aku mula bawa motor secara 'haram' sejak umur 14 tahun.Dengan Yamaha SS110 YPCS abah aku la aku melenjan keliling kampung.Sampai la tahap kemuncak dunia permotoran seorang remaja bila aku menjejakkan kaki ke politeknik.Bila dah bercampur dengan kawan-kawan,rasa drop gila bila motor tak laju.Dengan sedikit penambahbaikan,motor Yamaha SS110 bapak aku tu mampu mencecah kelajuan pelesit kota.
Serius!Motor aku dulu memang laju.Masa tu belum matang,jiwa kacau nak merempit tiap malam minggu di bandar Kuantan.Habis belajar,dengan motor tu lah aku merantau cari kerja.Sikit pun dia tak pernah buat perangai.Zaman tu kitorang cuma suka bawa motor laju,takdelah sampai nak rempuh polis atau nak meragut.Baik makan roti kering dari makan sedap hasil meragut.
Sebab tu bila aku tengok budak-budak kecik baru nak pandai bawak motor,nak wheelie-wiekang,alahai.....sikit pun aku tak kagum.Awek terencat akal boleh la teruja.Zaman aku dulu bukan pandai bawak motor je.Repair,modified sendiri je.Ni tak,tukar tiub pun kat kedai.Rempit kejadah ape kalau bodo pasal motor.
Motor arwah bapak aku tu berkhidmat sampailah tahun 2009.Sejak dibeli pada Oktober 1993,motor SS tu akhirnya menyerahkan tugas membawa aku kemana-mana kepada Myvi pada 29 Julai 2009.Sejak zaman bertatih,merempit sampai la insaf semula,motor tu banyak kenangan kat aku.
Puncanya aku dilanggar dari belakang di bulatan Kayangan,Shah Alam masa balik dari training 7 Habit of Effective People.Mujur perlahan,cuma luka-luka kecik.Itupun mamat bawa Proton Waja yang langgar aku tu dia cakap aku bawak motor perlahan sangat.What te f**k!Kalau laju,dah mampos aku ni agaknya.Gila ke apa nak layan korner lelaju kat Bulatan Kayangan waktu jalan sibuk orang tengah balik kerja??
Bila dah bawa kereta,ok lah.Tak kena hujan,panas.Cuma sekarang kereta makin banyak.Hujan sikit je dah jem melampau.Apesal ha?Bila hujan,orang tido dalam kereta tengah jalan ke?
Macamana pun,dalam fikiran aku sebagai bekas penunggang motosikal,aku tetap aware dengan penunggang motosikal.Sebab aku taknak jadi macam mamat yang langgar aku.Sebagai pemandu kereta,aku sedar yang penunggang motosikal bukanlah mat rempit yang dibenci masyarakat.Golongan pertengahan,pakcik-pakcik,eksekutif pun ramai yang tunggang motosikal pergi kerja.
Mula tahun 2011,aku tunggang motosikal semula.Lepas SS110 pencen,sekarang Honda Wave 125S jadi kuda aku.Cuma motor ni kurengg laju berbanding SS110.Takpelah,janji selamat sampai pergi balik kerja.

Sebab apa penunggang motosikal banyak terlibat dengan kemalangan?
Jawapan pertama mesti kena tuduh bawa motor laju.Ingat ya,motosikal cuma ada 2 roda.Kena 'cuit' sikit pun dah boleh tertonggeng.Motosikal umpama timun,kereta umpama durian.Langgar pun sakit,kena langgar lagi la sakit bro!Sebagai pemandu kereta,manfaatkan cermin sisi dan belakang.Sentiasa bersedia bila berjumpa dengan penunggang motosikal.
Jangan ingat korang bawak kereta,korang dah cukup bagus.Ramai yang bawak motosikal sebab tak mau semak kepala layan jem hari-hari.Sedangkan kereta best pun ada kat rumah.Buat bawak pegi pasar beli sayur je.
Ini tak,kadang-kadang selamba himpit penunggang motorsikal sampai ke tebing jalan.Lepas tu drive macam tak berlaku apa-apa.Kadang-kadang rasa nak baling je dengan mangga padlock.Kalau kereta besar sangat,cuak la jugak.Ni tak,dengan kereta reput,drivernya pulak tua berkopiah.Hati panasss je..Nak maki kang kesian jugak.
Sebagai penunggang motosikal dan weekend driver,aku harap mentaliti pemandu kereta kat Malaysia ni setaraf dengan kemajuan negara.Kalau nak bawa perangai kampung,syohhhh!! Duduk kampung sampai tua.
Satu lagi,siapa orang Jengka mesti perasan.Tu pun kalau terbaca blog aku ni.Waktu malam,berhati-hati bila memandu di antara Exit Chenor LPT menuju ke Bandar Jengka.Bila malam,ramai pemandu kereta yang tak tau nak rendahkan lampu.Selamba badak je pasang high beam.Silau la kambing!Silap la kalau selisih dengan aku.Memang nak kena ajar la empat lampu suluh mata.
Area tu banyak lembu,bila silau kita tak nampak apa ada kat depan,Kadang-kadang orang tua bawa motor perlahan takde lampu belakang.Bila silau,mana nak nampak lagi dah.Pemandu yang menggunakan jalan Temerloh-Bandar Jengka,sila hormat pemandu lain.Orang lain pun ada kereta.