Honda Malaysia Sdn.Bhd memanggil semula 21956 unit model City 2009 serta 1680 unit Jazz 2009 & 2010 untuk penggantian spring serta retainer didalam enjin.Spring sedia ada mungkin bengkok atau patah ketika enjin beroperasi menyebabkan enjin berbunyi kasar dan boleh mati secara tiba-tiba.Spring yang dimaksudkan mungkin spring injap berikutan kenyataan Honda yang menyatakan spring tersebut dimampatkan oleh rocker arm ketika enjin beroperasi.
Setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan.
|
Honda Jazz 2009 |
|
Honda City 2009 |
Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia,Yoichiro Ueno berkata syarikatnya sedang menyediakan alat ganti berkenaan dan segala kos yang terlibat dalam penukaran komponen terbabit akan ditanggung Honda Malaysia.
*Berita diolah dari
bernama