Sabtu, 14 Ogos 2010

Pernah Tak Muka Korang Lumpuh Sebelah?

Bells Palsy ni bukanlah artis,gadget elektronik mahupun makanan segera.Kat sini aku nak cerita pengalaman aku menghadapi Bells Pulsy lebih kurang 1 stengah tahun dulu.Penyakit ni tak sakit,tapi korang akan terasa tension.Bells Palsy ialah satu penyakit dimana muka pesakit akan dis'able' separuh dan tidak boleh digerakkan...

Euuuuuu!!!Takotnya!Cmana nak makan,senyum,mengunyah nasik,makan roti canai atau mengenyit mata kat awek??Tension woo..

Sedikit cerita mengenai Bells Pulsy.Nak tau cara merawat mesti la kena tau ape benda Bells Palsy tu.Bells Palsy ialah penyakit dimana saraf yang mengawal sebahagian muka telah rosak diserang sejenis virus.Virus tu menyebabkan signal dari otak tak dapat disampaikan ke organ-organ di muka yang kita nak gerakkan.Dalam sesetengah kes,otot muka akan permanently lumpuh sekiranya tidak dirawat.Bahaya jugak penyakit ni.

Virus ni ada dalam setiap tubuh manusia tetapi tidak aktif.Apa yang menyebabkan virus ni aktif ialah akibat trauma,keadaan persekitaran,tekanan,metabolisma dan emosi yang tidak stabil.

Tanda-tanda terkena Bells Palsy

Berdasarkan pengalaman aku,sebelum kena sakit ni mata akan berkedip dengan rapidly dan kerap terutama waktu malam.Lidah terasa kebas sebelah dan susah nak senyum.Mata akan berair sebab kelopak mata tak boleh berkelip.Bahaya pada mata sebab terdedah kat habuk.Lepas dua atau 3 hari keadaan tu berlaku,muka akan completely disable sebelah.

Dalam tempoh dua ke tiga hari lepas terkena,cepat-cepat pergi hospital.jangan pergi klinik sebab doktor klinik still akan refer pesakit ke hospital.


How To Cure Bells Palsy?

Dari pengalaman aku,pesakit akan dirujuk ke Bahagian Neurologi hospital dengan segera sebab simptomnya hampir menyamai Stroke.Sekiranya doktor sahkan yang memang terkena Bells Palsy,jangan risau.Still boleh dirawat dan pulih dalam tempoh 3 minggu - sebulan.Yang penting dapatkan rawatan segera.


Preskripsi Doktor

Senarai ubat yang perlu dimakan selama sebulan tempoh rawatan:

1.Prednisolone(Corticosteroid) =12pcs x 7 hari,6pcs x 7 hari,3pcs x 7 hari,1pcs x 7 hari

2.Ascorbic Acid = 2pcs x 30 hari

3.Vitamin B Complex = 1pc x 30 hari

Selain dari makan ubat mengikut jadual,kena banyakkan rehat,tidur kat tempat gelap(aku pun tak paham kenapa doktor suruh aku buat macam tu),jangan bagi muka terkena angin dan sebelum tido,'tape'kan mata yang tak boleh tertutup tu.Bahaya kalau kuman masuk,kang infection lak.

Penyakit ni sangat jarang berlaku,cuma kalau kena sure gelabah punya.Masa aku kena penyakit ni,aku tengah sibuk stadi untuk final exam Sem 2,ditambah lagi kerja banyak kat kilang.Mujur sem tu dapat point 3.84,huhu!

Khamis, 12 Ogos 2010

Siapa Orianthi Panagaris?

Selalu aku dengar lagu Shut Up and Kiss Me & According To You dalam kereta time pegi keje.Ala-ala Avril Lavigne pun ada.Rupanya penyanyi lagu tu nama dia Orianthi Panagaris.
Sape dia ni sebenarnya?


Orianthi Panagaris(Orianthi) lahir pada 22 Januari 1985 di Adelaide,South Australia.Dia ni berketurunan Australia dan juga Greek.Dia ialah penyanyi cum penulis lagu dan juga pemain gitar yang hebat.

Dia dikenali ketika menjadi lead guitarist untuk Michael Jackson ketika konsert This Is It.Mula belajar bermain gitar akustik ketika berumur 6 tahun atas galakan abah dia dan beralih ke gitar elektrik ketika berumur 11 tahun.


Layan klip video minah ni..





Boleh tahan gak dia punya "goreng"!!

How To Create New Partition on Windows 7(For Dummies)

Sape-sape yang beli laptop baru mesti akan nampak Drive C je kat My Computer.Rasa cam tak best lak kan?
Tujuan create New Partition adalah untuk elakkan dari apa-apa dokumen/fail yang korang simpan dari hilang bila harddisk (Drive C) terpaksa diformat semula.
Kat sini aku tunjukkan simple step nak create partition baru.Maybe ramai computer expertise dah tau buat benda ni.Guide ni untuk sape-sape yang baru pertama kali pegang laptop baru,hehe!

1.Klik butang Start pada sudut bawah kiri skrin.

2.Pada ruang Search Programs and File,taipkan Create Partition dan klik Enter.

3.Keluar satu tetingkap Disk Management.Bawa kursor ke,Volume C dan klik kanan kat Drive C.

4.Klik pada Shrink Volume.

5.Bila dah selesai,pergi ke bahagian bawah tetingkap yang menunjukkan maklumat terperinci Drive C.

6.Klik kanan pada bahagian Allocated Volume dan klik Create New Volume.

7.Ikut arahan seterusnya dengan klik OK(ikut je default setting yang ada).

8.Buka tetingkap baru My Computer dan korang akan nampak New Volume:G

9.Klik kanan pada New Volume:G,dan klik kat Format.(Guna kaedah no.9 ni kalau tak ada ape-ape tetingkap untuk format keluar kat skrin komputer korang)

10.Klik OK(ikut default setting jugak,jangan usik ape-ape),dan klik Format.

11.Bila dah siap format,New Volume:G dah sedia untuk digunakan.

12.Boleh la jugak rename New Volume tu ntuk elakkan korang keliru.Klik kanan,then klik Rename.Masukkan la apa-apa nama.

Selain mengelakkan fail korang hilang bila diformat,kaedah ni jugak dapat mengelakkan komputer jadi berat.Bila semua fail masuk dan bercampur dalam fail OS,CPU susah nak cari fail.Diulang sekali lagi,untuk dummies sahaja,yang dah terer sure tau buat sendiri,huhu!

TCE Mega Sale Carnival

Untuk kaki pancing otai or newbies,sekarang TCE Tackle tengah mengadakan mega sale di semua cawangan.Bagi pemancing baru,masa ni la nak dapatkan set lengkap pancing dengan harga yang sangat berpatutan.Hari biasa pun ada diskaun,inikan plak Mega Sale.Jom terjah!!





-Bermula dari 1 Ogos- 31 Ogos 2010


-Diskaun sehingga 50%-70%


-Tambahan diskaun 5% untuk ahli


-Diadakan serentak di semua cawangan TCE Tackle

-Sila kunjungi mana-mana cawangan TCE yang terdekat untuk maklumat lanjut atau terus ke laman web TCE Tackle:http://www.tcetackles.com.my

Rabu, 11 Ogos 2010

1st Day Ramadhan 2010

Adoii...Rasa cam tak ble blah plak pose arini,haha!Sambil-sambil tunggu nak buka pose(lambat lagi,skang baru pukul 5.45pm),dok menggodek blog ni kejap.Nyesal plak sahur awal sangat,kan dah lapo.

Pepagi je sampai kilang dah rasa cam nak minum.Aii!lupa plak arini dah start pose.Cukup je masa 4.30pm,tanpa membuangkan masa lagi aku trus menuju ke lokasi bazar Ramadhan kat Stadium Shah Alam.

Ronda-ronda seround dua,teringat brader jual air tebu taun lepas,air tebu dia sedap.Taun ni dia tak dapat permit bniaga kot.Apebenda aku nak makan ni??

Tnampak plak gerai jual Nasi Ambeng,makanan masyarakat Jawa kalau tak silap aku la.Cam best je.aku beli sebungkus.Pastu beli murtabak daging sekeping,ngan tapau air cincau plastik besar.Cukup la tu kot,watpe banyak2.Yang penting airrrrrrrr......Aku ni kuat minum air.Heeeee..

Stakat ni ok la pose aku,hopefully jauh lebih baik dari taun-taun lepas..Selamat Berpuasa dan Beribadah..