Memaparkan catatan dengan label Acara Bebas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Acara Bebas. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

Sony Recall LCD Bravia 40

Siapa pakai TV SONY?


Sony menjalankan prosedur memanggil balik sebanyak 1.6 juta unit TV LCD model Bravia 40 inci kerana terdapat beberapa laporan kegagalan fungsi termasuk beberapa bahagian 'cair'.Kesemua 11 kejadian dilaporkan di Jepun,tapi model tersebut dijual diseluruh dunia.
Model yang terlibat dihasilkan sekitar tahun 2007 hingga 2008.

Ada sesetengah orang cukup obses dengan barang Sony.Semua nak jenama Sony.Barang Sony yang aku pakai cuma PlayStation.LG win!

*Sumber DailyMail

Rabu, 5 Oktober 2011

Otak Tumbuh Lalang



DAH DUA ENTRI AKU TAIP SEPARUH,LEPAS TU AKU DELETE.RASA SERABUT,MACAM SINKI DAPUR TERSUMBAT.
TAPI AKU TAK TAU APA BENDA YANG MENYERABUTKAN MINDA AKU.HAISHH!!

Rabu, 17 Ogos 2011

Lama Bangat Jamnya Mau Siap


Nampak ini jam?

Ini jam Fossil model Decker Silicone Chronograph Black Dial hadiah kahwin dari isteri aku.Jam yang aku tak sabar nak pakai lepas kahwin tapi aku cuma sempat pakai 12 hari je.Masa berhoneymun ke Kota Kinabalu,aku dah terjatuhkan jam ni ke lantai.
Akibatnya cermin jam retak dan baru kelmarin aku dan wife pergi order cermin di butik Fossil One Utama.Before dis kitorang pernah tanya kat kedai jam City Chain.Nak tersedak milo bila aku dengar salesman tu cakap amik masa 6 bulan untuk ganti cermin!Gila lembab.Overhaul lori tanah pun paling lama seminggu.
Kebetulan dua hari lepas kitorang pergi One Utama,terus singgah butiknya.Itu pun buat aku terperanjat beruk jugak sebab makan masa 3 bulan untuk order cermin dari US dan dua minggu untuk repair.Harga untuk replacement tak la mahal,RM55  je.
Terpaksalah fill order form jugak,kalau tak entah bila nak ganti cerminnya.Aku rasa ganti cermin kat kedai jam apek tua lagi cepat kot?

Isnin, 15 Ogos 2011

Setahun Sekali...

Opss!Maksud tajuk entri ni setahun sekali aku merepek.Lupa plak yang blog5zal ni dah berusia lebih setahun.Tak sangka aku masih rajin lagi nak menaip walaupun dah takde internet dirumah.Walaupun masih diupdate,frekuensinya agak berkurangan dengan ketara,maklum sajalah,komputer syarikat.Sepatutnya last week lagi aku nak post entri ni,tapi power down pulak.Terpaksa postpone ke hari ni.
Insyaallah bila ada rezeki lebih,aku akan adakan semula Internet dirumah aku.Mengenang balik blog ni setahun dulu,aku semangat giler nak update.Kalau tak salah aku,bulan Ogos tahun lepas aku dapat buat 33 entri.Habis rajin la tu.Takkan hari-hari aku nak menaip hal diri aku,hal aku pergi minum teh tarik,hal pergi pasar dan yang seumpamanya.

Artikel
Sejak bulan Julai 2011,setakat ni ada sebanyak 257 artikel rajin,suam-suam kuku dan yang malas pun ada.Tak termasuk entri yang aku tak publish,kadang-kadang rasa macam tak sesuai nak publish.Ceritanya biasalah berkisar tentang minat aku terhadap kereta,teknologi,isu luar negara dan sejarah.Tidak sesekali aku melibatkan diri dalam arena politik negara.
Kadang-kadang gua panas telinga jugak.Bebudak kilang gua selalu menceritakan kebaikan pembangkang.Masalahnya jiwa gua tak rasa pembangkang tulus.Gua admit dominasi kerajaan sekarang sangatlah membebankan rakyat dalam sesetengah perkara(tak semua ya,harap maklum).Tapi gua rasa pembangkang lagi teruk.Macam tu nak ambilalih tampuk pemerintahan negara?Alamatnya tergadai negara,dah banyak sangat pakai duit NED(National Endowment of Democracy).Ape,ingat Amerika bagi duit free ke?Tentu ada udang sebalik batu.
Nak sokong P*S?Pun sama,2x5.Barisan pemimpinnya aku tak nak komenlah,yang pengikut tegar ni memang tak boleh blah.Pakai serban,jubah kopiah tak lekang.Tapi bila bercakap macam tak pernah belajar agama,orang hulur duit laju je ambik.Gua dah tak percaya la dengan wayang kopiah ngan jubah ni.Skarang akhir zaman,semua orang pandai cakap pasal agama.Kena faham maksud tersirat gua.Senang cerita takde parti politik dalam Malaysia ni yang betul-betul menepati apa yang gua nak.

Statistik
Setakap cukup makan aje,tapi tetap ada peningkatan.
Bulan Mei jatuh dengan teruk sebab masa tu aku sibuk dengan urusan kahwin,lepas tu kembali meningkat perlahan-lahan.Kesimpulannya,bolehlah!

Followers
Pertamanya,terima kasih untuk blogger-blogger dan orang perseorangan yang sudi mengikuti blog ni.Sambil-sambil follow,dah tentu dapat tau apa post terbaru aku.Jumlah setakat ni taklah macam blogger hardcore,cukup untuk aku rasa masih ada orang diluar sana yang sudi membaca artikel tulisan aku.Ditambah pulak dengan ke'jarang'an aku mengemaskini.


Pageviews
Setakat ni jumlah pageview aku berjumlah hampir 40,800 sahaja.Terasa betapa keciknya blog5zal ni di dunia maya.Untuk orang glemer,entri dua perenggan pun riban-riban pageview.Nak buat macamana,kena jadi glemer dululah.

Template
Sebenarnya mata aku dah naik muak tengok template sekarang ni,tapi malas nak usik-usik.Gambar sebelum ni pun aku dah remove.Nanti ada pulak orang rasa menyampah tengok muka aku yang ditampal atas muka Jay Chou kat poster filem Initial-D.Belum ada idea menarik lagi macamana nak design template ngan header baru.

Inilah hasil usaha aku selama setahun,walaupun jauh lagi dari tahap all out ianya tetap membuat aku hepi menulis.Kekadang aku emosi dalam penulisan tapi sebenarnya aku bukanlah orang yang serius sangat.Emosional tu datang bila aku tak dapat lepaskan ke tempat lain,so ianya diterjemahkan dalam bentuk penulisan.Ok lah,mata gua dah stim.Semalam ngantuk driving dari kampung.Malam kang nak makan serawa durian mak aku buat semalam.

Isnin, 8 Ogos 2011

Fakta Tentang Burger

Owhh..dah lama tak menyekik burger kat Burger King.Pasti senak kalau pekena Whooper Black Pepper.Nak plak air boleh refill,tapi last time aku pergi dah takde refill.Apa taknya,sebelum balik aku refill penuh-penuh pastu blah,haha!
Jom tengok infografik makanan segera yang takmenyihatkantapisedap ni.



Selasa, 29 Mac 2011

Memorikan Kenangan Saat Hamil Cara Baru

Pregnancy adalah perkara yang amat dinantikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri.Berlainan dengan minah rempit,pregnancy adalah nightmare,seumpama mengandungkan baby Alien(Alien vs.Predator).Rasa nak terjun bangunan je,huhu!
Bagi bakal ibu,ramai yang mengabadikan kenangan ketika hamil dan juga ketika bayi membesar.Paling biasa,gambar dan video.Kat Malaysia ni belum ada kaedah pelik-pelik untuk merakamkan kenangan bergelar ibu.
Tapi kat U.K,ada banyak kaedah unik untuk merakam saat-saat manis hamil dan menerima bayi.

1.Belly Casting


-Tau plaster?Macam plaster kaki bila patah tu.Kat sana diorang pelbagaikan untuk buat casting perut boyot.Boleh buat sendiri kalau nak,ataupun upah professional.Bila siap,akan terbentuk acuan keras berbentuk perut dan dada.Bolehla gantung kat dinding,hee!Antara selebs yang dah buat belly casting ni ialah Emma Bunton dan Myleene Klass.
-Kos 20-25 pound(buat sendiri),60 pound(professional).

2.Bergambar .........Naked dengan Perut Boyot
-Amik gambar kat studio,naked atau half naked.kalau nak boleh ajak suami.Ada bukti siapa yang boyotkan,haha!
-Kos 125 pound

3.Bump Painting
-Kalerkan perut yang boyot dengan warna-warna terang.Lukis-lukis pun boleh,pastu amik gambar.

4.Birth Photography
-Yang ni sure Malay tak berani nak buat.Photoshoot masa tengah nak melahirkan.Pakai mekap sikit supaya nampak cun masa meneran baby,huhu!

5.Lock of hair Jewellery
-Adat Melayu ada mencukur kepala baby kan?Rambut yang digunting tu simpan dalam bekas.Kat UK ada perkhidmatan menyimpan rambut didalam resin yang akan mengeras.Seterusnya rambut baby akan tersimpan selamanya dalam resin yang boleh dijadikan loket.
-Kos 24.99 sekali dengan rantai dan ukiran

6.Baby's Hand 7 Footprint Tatoo
-Bentuk tapak tangan atau kaki dicap ke badan bapa dan artis tatoo akan mengukir mengikut bentuk kaki/tangan baby.Bagi aku baik sapu watercolour kat tapak tangan/kaki baby,tekapkan kat kertas lukisan.Lagi cantik letak tarikh dan framekan.Amacam?

Selasa, 22 Februari 2011

Jumlah Stok Emas Negara di Dunia

Setiap negara akan menyimpan emas sebagai pemangkin nilaian matawang.Sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi,wang kertas mengalami kejatuhan nilai ataupun mungkin tidak bernilai langsung.Oleh itu,emas akan menjadi media tukaran yang nilainya sentiasa kekal dan diterima semua pihak.


Dengan harga RM136.39 segram,satu tan emas bernilai RM136.855 juta.Negara manakah yang mempunyai simpanan emas terbanyak dan berapakah nilainya?Jom semak!

1.Amerika Syarikat                8,133.5 tan
2.Jerman                                3,401.8 tan
4.Itali                                     2,451.8 tan
5.Perancis                              2,435.4 tan
6.China                                  1,054.1 tan
7.Switzerland                         1,040.1 tan
8.Russia                                    775.2 tan
9.Jepun                                     765.2 tan
10.Netherland                            612.5 tan
11.India                                     557.7 tan
13.Taiwan                                 423.6 tan
14.Portugal                                382.5 tan
15.Venezuela                             363.9 tan
16.Saudi Arabia                         322.9 tan
17.United Kingdom                   310.3 tan
18.Lebanon                               286.8 tan
19.Sepanyol                              281.6 tan
20.Austria                                 280.0 tan

Untuk negara Asia Tenggara:

22.Filipina                                  175.9 tan
25.Singapura                              127.4 tan
37.Indonesia                                73.1 tan
45.Malaysia                                 36.4 tan


Data simpanan emas untuk Thailand dan Brunei tak jumpa pulak.Ok,kira nilainya sekarang!

Rabu, 9 Februari 2011

Ke Ambang Perkahwinan



Tajuk macam ceramah kursus kahwin la pulak.Sebenarnya aku nak share prosedur sebelum menjalani perkahwinan.Bagi yang belum berkahwin,dah tentu urusan pendaftaran agak rumit,maklumlah pertama kali kahwin.Lain la ada rezeki untuk kahwin banyak.Hehe!
Untuk rujukan sesiapa yang merancang untuk berkahwin,dibawah ni aku sediakan step-step untuk urusan perkahwinan.Tapi mungkin ada perbezaan kat negeri lain.Apa yang aku taipkan ni berdasarkan pengalaman memohon kebenaran berkahwin di negeri Selangor.Untuk lelaki yang bermastautin sahaja.

1.Kursus Kahwin
-Perkara pertama,kena menghadiri kursus kahwin.Tak kisah la di agensi swasta atau dibawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).Borang boleh diambil di pejabat JAIS,Bangunan Sultan Idris Shah,Persiaran Masjid,Shah Alam.Juga boleh didownload dari website rasmi JAIS.Fakskan atau hantar sendiri dan tetapkan tarikh untuk kursus.Tarikh kursus dijalankan ada disenaraikan dalam website JAIS.
-Sampai pagi-pagi,check nama dan bayar RM80.Sila bawa jaket untuk mengelakkan hipothermia.Aircond dewan ceramah sejuk gilerrr...
-Kursus berjalan selama dua hari,Sabtu dan Ahad.Sijil akan diberi sebaik saja kursus tamat.

2.Ujian HIV
-Cari Klinik Kesihatan yang terdekat.Biasanya ujian HIV untuk perkahwinan disediakan sekitar jam 2 petang.Aku pergi Klinik Kesihatan Ulu Yam Baru sebab tak ramai orang.Biasanya tak ada masalah untuk lulus ujian HIV.Simpan keputusan ujian HIV.

3.Melengkapkan Borang
-Download borang pemastautin(untuk pemohon lelaki beralamat IC luar Selangor) dan borang permohonan kebenaran berkahwin(Borang 2A).Syarat pemastautin ialah tinggal melebihi 4 bulan di Selangor.
-Isi borang pemastautin dengan lengkap dan dapatkan seorang saksi.Kawan sekerja pun boleh.Fotostat IC saksi dan bawa borang yang dah lengkap untuk disahkan Ketua Kampung/Nazir Masjid yang berdekatan/kawasan kariah pemohon.
-Sesetengah masjid ada Nazir untuk mengesahkan pemastautinan dan juga Pegawai Pendaftar Nikah.Macam tempat aku TTDI Jaya,Masjid Al-I'tisam tak ada Pegawai Pendaftar Nikah.
-Bila borang pemastautinan dah lengkap dan disahkan,lengkapkan Borang 2A.Kepilkan sekali salinan  IC pemohon,dan IC dua orang saksi.Tinggalkan kosong ruang untuk tandatangan.Tandatangan pemohon dan dua saksi akan diturunkan dihadapan Pegawai Pendaftar Nikah.

4.Menghantar Borang
-Borang 2A(Permohonan Kebenaran Berkahwin) yang telah dilengkapkan,sijil Kursus Kahwin,keputusan Ujian HIV dan juga borang pemastautin dibawa kepada Pegawai Pendaftar Nikah.Aku terus pergi ke Pejabat JAIS.Semua borang dan dokumen lengkap diserahkan ke kaunter didalam bangunan pejabat JAIS aras 1.
-Diorang akan semak borang dan cop.Pemohon akan diminta membuat salinan.Serahkan semula borang 2A dan juga salinan ke kaunter.Bayaran RM10 dikenakan.Pegawai Pendaftar nikah akan memanggil pemohon dan dua saksi untuk menurunkan tandatangan.
-Dah siap tandatangan,lepak je kat kerusi tengok drama Filipina kat TV.Bila nama dipanggil,semua dokumen yang dah disahkan beserta Surat Kebenaran Berkahwin akan diberikan.
-Sampai peringkat ni saja urusan dokumen pihak lelaki.Senang kan?

Checklist
-Sijil Kursus Kahwin (original & fotostat)
-Borang Pemastautin yang disahkan (+salinan IC saksi)
-Borang Kebenaran Berkahwin;2A (+salinan IC pemohon,IC dua saksi,salinan Sijil Kursus Kahwin,salinan Ujian HIV)
-Keputusan Ujian HIV

Aku rasa selesaikan urusan dokumen di Pejabat JAIS sangat senang,tak ada soalan cepumas.Sebab ada aku dengar pengalaman orang,Pegawai Pendaftar Nikah di PAID(Pejabat Agama Islam Daerah),akan interview pemohon dan soalan maut menanti,haha!Baik buat kat JAIS.
Habis je urusan,semua dokumen akan diserahkan kepada pihak perempuan untuk langkah seterusnya.

Rabu, 26 Januari 2011

Waiting For 100th Follower

6 bulan berblogging dan 98 follower.Ok,sebenarnya angka tu sangat perlahan.Aku pernah terjumpa blog yang baru sebulan berblogging dan followernya hampir 200.Amazing kan?How he did that?Follow setiap blog yang dia jumpa?Entahlah,strategi masing-masing la yek?
Dari pemerhatian aku,most of the reader blog ni sebenarnya orang baru,atau pembaca artikel biasa kat internet.Angka follower bukan jaminan untuk kelangsungan satu-satu blog tu.Kecuali,blog yang dah establish.Am  i rite?Tapi,ia tetap diperlukan sebab followerlah yang akan tau apa entri terbaru kita.Syaratnya,keyword entri yang menarik dan menimbulkan curiousity.
Jauh lagi nak kejar Fatin Liyana punya follower,perlukan 12392 orang pengikut tegar.Hanis Zalikha lagi lerrr.......
Ape yang aku nak buat dengan follower ke 100?
Aku plan nak buat review blog orang yang bertuah tu.Baikkk punya!Nak bagi hadiah pun,belum ada sen.Duit Nuffnang ada RM6.08sen,'banyak' sangat.Amacam korang,setuju?


*Apehal entri aku berbau serius?

Sabtu, 22 Januari 2011

PASKAL Malaysia Tumpaskan Lanun Somalia di Teluk Aden

Tahniah untuk kejayaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) Malaysia yang berjaya menewaskan lanun-lanun Somalia.Misi terbaru itu adalah misi menyelamatkan kapal tangki bahan kimia MT Bunga Laurel yang sedang dalam perjalanan ke Singapura.
Bagaimanapun kejayaan ini dibayangi oleh satu lagi operasi menumpaskan lanun oleh komando Korea Selatan yang menyelamatkan kapal pengangkut bahan kimia,Samho Jewelry pada 15 Januari.Dalam misi tersebut komando Korea Selatan berjaya membebaskan 21 tebusan dan membunuh 8 lanun,manakala kapten kapal Samho Jewelry cedera di perut.
Tetapi,kejayaan pasukan Paskal Malaysia pada 20 Januari lalu adalah lebih membanggakan kerana tiada sebarang kematian,samada dari pihak Paskal mahupun musuh.Seramai 18 lanun menyerah diri,7 diatas kapal MT Bunga Laurel dan 11 lagi berada diatas kapal induk mereka.
Kapal tangki tersebut yang sarat dengan minyak pelincir dan ethylene dichloride diserang lanun kira-kira 300 batu nautika dari timur Oman pada jam 11.45pm.Kapal tersebut disewa MISC yang membawa kargo bernilai kira-kira RM30 juta dan membawa 23 anak kapal.Semasa diserang lanun,anak kapal bersembunyi di bilik enjin dan semua lampu dimatikan.
MT Bunga Laurel diiringi oleh kapal Bunga Mas 5 yang membawa komando Paskal dimaklumkan oleh MISC Emergency Report Center(ERC) bahawa kapal MT Bunga Laurel telah diserang dan cuba dirampas lanun pada jam 11.40pm.

Sejata yang dirampas dari lanun Somalia
Gambar dari The Star Online
Dua bot Paskal yang diketuai oleh Lt.Komander Maznan Said dan Lt.Noor Asri Roslan berlepas dari Bunga Mas 5 yang berada 14 batu nautika dari MT Bunga Laurel.Bunga Mas 5 turut mengejar MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tembakan yang turut dibantu helikopter Fennec TLDM.
Kapal induk lanun cuba melancarkan serangan namun terpaksa mengalah kerana menerima tentangan hebat dari kapal Bunga Mas 5 dan tembakan sniper dari helikopter Fennec.Akhirnya mereka menyerah diri melalui radio dan serangan tersebut ditamatkan.Tiga lanun Somalia cedera,namun tiada kecederaan pada anak kapal dan pasukan penyelamat.
Kejayaan tersebut adalah lebih besar ertinya jika dibandingkan dengan kejayaan komando Korea Selatan.Tahap kejayaan sesuatu misi adalah diukur dari bilangan casualties dan dari misi ini,ternyata keupayaan Paskal Malaysia adalah setaraf dengan pasukan elit terkemuka dunia.Sewajarnya Paskal Malaysia menerima pengiktirafan tersebut dan keupayan Paskal harus disegani oleh pasukan khas negara lain.

Selasa, 18 Januari 2011

Gambar WHI Topik Salahkah Besarkan Payudara?

Dalam Kosmo ada cerita pasal isu ni,dalam blog lagi la banyak update pasal isu 'hangat' ni.Tapi semua copy paste dari Kosmo,haha!
Aku tengok la ulangan Wanita Hari Ini episod 11 ni,tapi tak pasti la betul ke tak apa yang didakwa dalam akhbar Kosmo tu.Tapi...memang ada shot 'nakal' sikit,hehe!Cuma yang shot kat pengacara dan tetamu jemputan je aku tak nampak,kalau ada best jugak,haha!Aku dapat tengok videonya je,suara  tak dengar sebab driver sound laptop aku corrupted.
Korang tengok la sendiri screenshot yang aku sempat sediakan ni,nakal ke tidak.

Ahli panel yang biasa-biasa je
Mimie One Nation Emcee ke..tak close up nakal pun?
Yang ni yang nakal kot??
Ataupun yang ni??
Akak chubby show off boobies!or....selulit?haha!
Err...yang ni tak show off..cuma cute je,hehe!
Videonya pun aku tak tengok habis,streaming lembab.Akak chubby tu banyak gambarnya tapi malas aku nak upload.Korang tengok la sendiri kat TonTon okeh?

Tinggal Blogging Pergi Kursus Kahwin Daa...

Maaf kepada pembaca dan pelawat blog ni sebab agak lama tak update.Risau pun ada tapi nak buat macamana,nak kahwin kena la pergi kursus dulu.



Kursus selama dua hari yang menarik untuk bakal-bakal pengantin ni aku sertai di Bangunan Sultan Idris Shah,Seksyen 5,Shah Alam kendalian Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).Sesi pendaftaran bermula jam 7.30-8.30am pada hari Sabtu dan ceramah bermula jam 8.30am.Hari pertama memang best,diisi dengan empat sesi ceramah pelbagai topik.Dua topik sebelah pagi dan dua topik lagi waktu petang.Penceramah memnag kelakar,tak mengantuk dengar ceramah diorang,cuma air-cond teramat sejuk.Jadi tak selesa plak,asik menggigil je.Jenuh la menahan sejuk sampai jam 5.00pm.
Hari Ahad ceramah bermula jam 8.00am dan berakhir jam 4.00pm.Aku dah standby dengan jaket MacBeth.Tapi ceramahnya boring plak.Yang aku nampak cuma gelap.......(tido..)Sijil terus diberikan kepada peserta sebaik tamat kursus.
Makanan dan kelengkapan disediakan,cuma makanannya sempoi jelah.Bayar pun RM80 je.Boleh la buat alas perut.Sebaiknya ada sarapan pagi,memang tak sempat nak sarapan kat rumah kalau dah keluar rumah jam 7.00am.
Cuma ada sesuatu yang agak kurang sopan bila aku tengok sesetengah peserta kursus,tak boleh nak berpisah sekejap dengan tunang masing-masing.Minum pagi berkepit,makan tengahari pun berkepit,minum petang pun berkepit lagi??!!
Tak hormat kat pejabat agama,walaupun dah diberitahu dalam tentatif kursus.Kalau boleh jangan la berdua-duaan.Baru  kursus 8 jam,tak boleh nak berenggang langsung.Rilek la,pergi kursus sama-sama,balik pun sama-sama.Apa nak risau kat tunang.
Jangan waktu kursus kahwin je beria nak berkepit,dah kawin nanti jalan pun jauh-jauh.Tak percaya?Tunggu lepas kahwin,anak dua orang,hehe!

Sabtu, 8 Januari 2011

Ditipu Teman Internet,Rugi RM430k;Wanita Berkerjaya,Berhati-hatilah..

Perasaan aku bercampur-campur bila terbaca berita dalam akhbar Malay Mail bertarikh 3 Januari 2011 tentang berita seorang wanita dari Labuan yang diperdayakan kenalan laman sosial internet,Tagged sebanyak RM430,000.Satu jumlah yang teramat banyak dan pastinya beliau mengalami tekanan perasaan dan emosi.
Wanita ini yang bekerja sebagai jururawat,telah diperdayakan oleh seseorang bernama 'Greg Kennedy' 40,yang mengaku dia adalah jurutera di London.
Setelah menghabiskan wang simpanan dan sejumlah pinjaman peribadi,'Greg' menghilangkan diri dan tak dapat dihubungi sedangkan setiap bulan bayaran pinjaman peribadi didebit setiap bulan sebanyak RM1800.Akhirnya wanita tersebut membuat dua laporan polis.
Sindiket penipuan internet semakin meningkat jumlahnya dan jumlah hasil penipuan pada tahun lepas lebih kurang RM2 juta ringgit,dengan 100 kes dilaporkan.Mangsa-mangsa yang terbabit biasanya wanita bekerjaya dan memiliki kewangan yang stabil.Walaupun berpendidikan tinggi,adalah sangat malang kerana mereka mudah diperdaya dan mudah mempercayai kenalan baru.
Untuk tahun lepas sahaja,suspek yang ditahan adalah seramai 34 orang,23 dari Nigeria,5 Cameroon,5 Malaysia dan 1 dari Kanada.Jelas disini nampaknya 'awang hitam' memang gemarkan aktiviti kriminal yang berbentuk penipuan wang ringgit.Kalau sebelum ni,mereka lebih dikenali kerana sindiket 'black money',atau wang palsu.
Kepada wanita yang bekerjaya,diharap dapat mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yang telahpun banyak dilaporkan diakhbar.Jangan mudah mempercayai teman internet yang baru dikenali,sekalipun anda kesunyian.Andainya sudah mempunyai anak atau suami,utamakan keluarga anda.Teman boleh dicari,keluarga adalah 'harta' yang tidak boleh ditukar ganti.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan anda terpedaya:
1)Sentiasa ada perasaan syak wasangka terhadap teman online
2)Siasat kesahihan latar belakang teman anda
3)Jika ada sebarang keraguan,jangan teragak-agak menamatkan persahabatan
4)Sentiasa 'alert' dengan sikap teman anda sekiranya sering mengelak dari membicarakan latar belakang mereka.
5)Sekiranya baru berkenalan dan teman tersebut meminta suatu pertolongan yang besar,lupakan saja niat untuk membantu terutamanya dari segi kewangan.
6)Percayalah,laman sosial adalah tempat sindiket mencari mangsa.
Zaman sekarang pelbagai jenis penipuan wujud seiring dengan kecanggihan teknologi.Antara teknik penipuan yang 'lucu' tetapi berkesan adalan menipu kredit mangsa dengan menyamar sebagai bapa yang sedang dalam kesusahan.Satu taktik penipuan yang tak berapa licik,tapi tetap mampu memperdaya mangsa yang lalai.
Aku pernah tengok ayat SMS 'meminta tolong' yang bagi aku nampak sangat penipunya.Susunan ayat macam bahasa Indon pun boleh digunakan untuk menipu.Mujurlah setakat ni handphone aku belum pernah dapat mesej 'abah' aku dalam kesusahan.Kalau dapat pun memang sah penipu yang hantar.Gila ke apa,abah aku dah meninggal pun boleh SMS mintak tolong topupkan kredit ke??
Percayalah,semakin maju teknologi kita,semakin maju jugalah teknik-teknik penipuan.Tak kiralah apa jenis penipuan pun.Apapun,sebagai manusia biasa kita hendaklah mengambil masa berfikir dengan matang,jangan tamak andai ditawarkan wang hadiah,dan jangan cepat panik.Penipu sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan kita.Sekali kita salah membuat keputusan,penyesalan akan ditanggung sepanjang hayat.

Rabu, 5 Januari 2011

Tuna Mahal dan Yahoo Fail

Tsukiji Fish Market di Tokyo memang dikenali dengan aktiviti bidaan dan urusniaga ikan tuna.Semua ikan tuna kat sini memang mega punya.
Rekod terbaru nilai tuna bluefin yang terjual adalah setinggi $396,000 atau dalam ringgit Malaysia RM1.188 juta!

Pinjam dari Yahoo News
Ikan tuna seberat 342kg mengatasi rekod pada tahun 2001 yang terjual dengan harga $246,205.Ikan yang bernilai tinggi ni memang menjadi kegemaran rakyat Jepun.Lebih 80% tuna yang ditangkap dimakan dan dijadikan sushi.
Dari segi sukan memancing,ikan tuna memang pure gamefish.Badan tuna yang solid ni sebenarnya mempunyai otot yang kuat dan tentangannya setelah menelan mata kail sangat kuat.Professional punya angler je yang tau,aku tak tau.Lawan belukang pun dah gigil tangan.Hehe!
Satu lagi benda yang menarik perhatian aku kat Yahoo News.Ni dia:



TOYKO???
Haha!Berjaya gak aku mengantoikan Yahoo!

Isnin, 3 Januari 2011

Apa Cerita Tahun Baru?

Assalamualaikum!
Dah masuk 2011 dah kita semua ya?Tiga hari jugak aku tinggalkan sekejap blog kesayangan aku ni.Mentang-mentang la Malaysia juara Piala AFF Suzuki,laju jer aku balik kampung.Musim hujan pun tak habis lagi.Kat Pahang sepanjang masa mendung dan hujan renyai.Sepanjang perjalanan nak masuk kampung aku,ada tiga,empat batang pokok tumbang.Pokok tumbang takpe,jangan banjir sudah.
Tiga hari tinggal internet dan blog,ape cerita terbaru blogger sekalian?

Yang pertamanya aku agak terkejut bila dengar berita kematian Faizal Yusof,bekas suami Siti Nurdiana.Aku terkejut pasal adik bongsu aku bagitau masa aku baru bangun tido petang Sabtu.Ala-ala mamai,pastu dengar plak cerita orang meninggal.
''Biar betik adik aku ni.Selamba je buat gosip liar.Dah la baru darjah tiga'',aku tak percayaa...

Rupanya adik aku memang serius!Dah sampai ajal arwah akibat serangan jantung pada umur beliau baru 32 tahun.Masih muda lagi tapi sekarang ni serangan jantung tak kira umur,sememangnya silent killer.Pertama kali aku kenal muka beliau melalui pertandingan Hero Remaja 2000/2001 kalau tak salah aku.Masa tu Zed Zaidi jadi juara.Zaman aku masih kat politeknik dan tak miss majalah Remaja.Lebih tiga tahun jugak aku mengumpul majalah Remaja,bukan baca sangat.Suka tengok majalah tu terkumpul banyak,tahan lasak plak tu.
Batch Hero/Dewi Remaja masa tu la yang banyak kat TV sekarang.Macam Zed Zaidi,arwah Faizal Yusof,Ryzal,Annahita,Zaryn Min,dan beberapa lagi yang aku dah lupa namanya..

Satu cerita lagi pasal Karam Singh Walia punya video Youtube.Awal-awal tahun dah bikin panass!!Pagi tadi tengah sedap layan kueyteow goreng sambil curi WiFi kedai sebelah,terbaca plak kat Kosmo! Online pasal berita dia.Eleh,nak cover-cover muka sambil berkias-kias pulak.Kalau dah sebut wartawan berita TV swasta yang rancak membongkar kisah alam sekitar,siapa lagi.
Boleh plak sambil mabuk dia merepek-repek kutuk Melayu.Ni mesti dah lama nak cakap tapi simpan dalam hati.Bila mabuk New Year,tkeluar semua,haha!Videonya pun aku dah tengok,gabra gak dia kena kepung dengan Melayu yang tengah panas dengar ayat dia.Tu la,mabuk lagi kat public,mujur tak kena hentak ngan kerusi restoran.Moralnya kat sini,mabuk lagi teruk dari perbuatan mencemarkan alam sekitar,hehe!

Lagi ape ek?Pasal bola masih lagi hangat diperkatakan tentang ganjaran pemain.Bagi aku main bola ni sama je macam kerja swasta/kerajaan.Semua orang kerja nak duit kan?Hujung tahun tentu mengharap bonus kan?Yela,sepanjang tahun kerja beria-ia,tunjuk performance bagus untuk mantapkan KPI dengan harapan supaya ada la barang sebulan dua bonus(kalau kompeni penyayang,kompeni komunis aku tak tau la).
Ok,bila diorang dah berusaha bersungguh-sungguh,apa salahnya diorang merasa ganjaran usaha diorang?Betul,jangan manjakan dengan duit,habis tu nak piala free je?Yang penting kena latih dan kawal prestasi pemain.Sebenarnya,aku rasa la pemain bolasepak Malaysia ni kena dikawal sepaya tak terjebak dengan dunia artis.Masuk majalah sukan atau akhbar tu biasa la,tapi kalau masuk majalah hiburan picisan,dipasangkan plak dengan artis-artis perempuan,....habis la.
Bagi aku dunia artis dan sukan jauh berbeza.Ahli sukan kena disiplin,jaga pemakanan,konsentrasi,emosi.Nak cari wife,biarla mak ayah cari orang kampung yang baik-baik,atau orang kebanyakan yang tak ada kena mengena dengan seni.
Tentang ganjaran dan hadiah,biarlah diorang merasa usaha diorang.Dapat jugak buatkan rumah untuk orang tua ke,hantar pegi haji ke,nak kahwin ke..Think positive,Insyaallah pemain Malaysia ni baik-baik belaka.Semoga tahun 2011 ni mutu permainan meningkat.Kalau tak meningkat,aku 'carpet bombing' kat sini,haha!

Selasa, 21 Disember 2010

Aku Makin Tua...

Hari ni 21 Disember 2010,makin bertambah usia aku setahun lagi menjadikan markah keseluruhan 28 tahun,huhu!


Umur yang kebanyakan teman-teman sebaya aku dah ada satu atau dua anak.Aku jugak yang solo lagi.Takpe,taun depan dah double,hehe!Oleh itu,aku nak mengarut sempena meningkat tuanya umur aku.

Sempena birthday yang ke 28 ni,Mizz Pucca telah menghadiahkan senyuman handphone baru setelah perletakan jawatan Encik Nokia bin N70 yang telahpun berkhidmat sejak Februari 2007.Banyak jasa beliau telah dicurahkan dan aku sangat sedih dengan pemergian beliau.
Walaupun beliau hanya mempunyai sijil 3G dan kemahiran mengambil gambar setajam 2 Megapiksel sahaja,abiliti beliau sangat mengkagumkan aku sejak 4 tahun dulu.Selain dari itu beliau sungguh skema kerana tidak pernah membuat masalah langsung sepanjang perkhidmatan beliau.Ketahanan beliau dihempas ke simen dan dibaling(untuk membuktikan kepada Encik Yop yang walaupun beliau bukan Zitron,hanya AP set),cukup membuktikan beliaulah calon yang layak.Sungguhpun AP set,beliau adalah Made In Finland jooo!!
Dan pengganti beliau ialah Cik Sony Ericsson Aino U10i yang masih muda,seksi,dan bijaksana.


Cik Sony Ericsson Aino memiliki ijazah dalam WiFi,Wisepilot GPS,semi touch screen,dan mata setajam 8.1 megapiksel.Waktu malam agak rabun ayam kerana hanya dibekalkan LED flash yang kurang ampuh berbanding Satio yang bermata helang 12.1 Megapiksel dan flash Xenon.
Cik Aino disyaki manja kerana tubuhnya sliding dan aku tak yakin nak mengerah dia sepertimana aku mengerah keupayaan Encik Nokia N70 yang gagah perkasa.Oleh itu aku melayannya seperti melayan seorang wanita,perlu dilap selalu,diupdate antivirusnya dan diserikan dengan tema-tema yang cantik supaya dia tak segan silu bersosial dengan kengkawan henpon yang lain.
Selain kelayakan Cik Aino tadi,beliau dikira bertuah kerana calon asal adalah DSLR atau PS3.Tetapi DSLR demand gaji basic dekat 3K(campur elaun lens dekat 1K),permohonan beliau ditong sampahkan sahaja.Manakala calon berbakat dan disukai oleh aku,PS3,telah melepasi syarat dan permintaan gaji yang sesuai.Malangnya pengerusi syarikat kurang tertarik dengan resume beliau yang hanya tahu main game.Pengerusi syarikat tak pandai main game.Main game Zuma ngan Mystery Case File sahaja yang pengerusi tahu.Tetapi nasibnya tak begitu malang berbanding DSLR,resume beliau masih KIV sehingga hujung tahun depan.
Tempat duduk beliau telah pun disediakan iaitu meja LG Scarlet LCD HD dan berkerusikan component cable bersalut 24K gold.

Kat bawah ni plak perjalanan ringkas kehidupan aku sejak 28 tahun dulu:
1988:masuk tadika Lepar Utara 8 bercikgukan Cikgu Fauziah
1990:Darjah dua Sek.Keb.Lepar Utara 8,dapat nombor satu,yeayyy!
1994:UPSR di sekolah baru Lepar Utara 8,dapat result B,A,C,A...bacaaa...
1997:PMR di SMKLU,dapat 3A,5B,ranking dalam sekolah no.4.ntahapehapentah
1998:Masuk sekolah teknik Temerloh,SMTT.Ni sekolah ke,Henry Gurney??
2000:Awal tahun,result SPM,hancussss!!Hate PKA,love Automotif
2001:Chentakan Automotif,amik SAD.Sijil Automotif Diesel,tengah pengajian dah bosan.Sebabnya dah khatam asas automotif masa kat SMTT
2003:Graduate POLISAS,tapi tak pegi.Baik tolong arwah bapak aku siapkan kontrak expansion bangunan JKKR,ada gak faedah.Sijil dikirim ke rumah.
2004:Disember 2004,merantau ke Puchong,menceburi bidang kosmetik bersama Clara International
2006:Bermain bidang herba dan jamu bersama bapak Syarief,BioHerbs Laboratories subsidiari Putri Binari."Ayo ibu-ibu,mari coba jamu rapett!"
2008:Sambung study,Diploma in Mechanical Engineering di PSA
2009:Mac 2009,bermain herba yang lebih global bersama Phytes Biotek,subsidiari Biotropics Malaysia Berhad
2010: Mei 2010,tamat pengajian Diploma dengan jayanya
2010:18 Ogos 2010,bertunang dengan Mizz Nina Mizz Pucca
2015:nak beli rumah
2020:Malas nak kerja dengan orang,nak berniaga sendiri

Ganbatte!

Ahad, 19 Disember 2010

Pemandu Wanita dan Gear Manual


Biasa tengok pemandu wanita kat jalanraya Malaysia macam ni tak?

Jumlahnya mungkin tak ramai tapi realitinya,memang ada!Tapi yang aku nak bincangkan kenapa wanita susah nak memandu kereta bertransmisi manual sedangkan masa ujian memandu dah tentu belajar pakai kereta manual.Mujurlah tak lama lagi akan disediakan kereta automatik untuk belajar di sekolah memandu.Makin kurang la awek-awek hot.Sebab aku memang respek awek drive kereta manual.
Apa yang aku nak cerita ni adalah kerana kesian dengan beberapa kawan aku yang terpaksa berulang alik menghantar dan menjemput isteri di tempat  kerja,sedangkan isteri diorang ni ada lesen memandu.
Punca masalah kenapa wanita semakin susah nak memandu kereta bertransmisi manual adalah kerana lenguh kaki tekan klac bila jalan jem,dan yang penting sekali aku rasa jawapannya adalah perempuan tak faham apa yang dinamakan KLAC(CLUTCH).Yang diorang kenal hanyalah clutch bag!

Komponen klac manual
Clutch bag!

Masa belajar untuk ambik lesen memandu,diorang cuma tau bila nak masuk gear,kena tekan clucth.Tapi apa yang berlaku kat dalam enjin diorang tak tau dan tak boleh nak imagine.Memang la mudah pakai kereta bertransmisi automatik terutamanya bila terpaksa berhenti di tengah bukit,tapi tujuan aku menulis ni untuk meningkatkan kefahaman wanita tentang transmisi manual.
Banyak kelebihan transmisi manual ni.Antaranya:

-Kurang penyelenggaraan.Tak payah pening kepala,confirm tahan lama dan tak banyak songeh
-Maintenance cost yang rendah
-Penggunaan bahanapi(fuel consumption) yang lebih rendah berbanding transmisi automatik.Minyak makin mahal,tak akan jadi murah punya!
-Memandu dan memilih tahap RPM menggunakan otak,bukan dikawal oleh komputer.Manfaatkan puncak kuasa(peak power) dalam setiap gear,baru la rasa nikmat memandu babe!

Fungsi klac
"Klac berperanan menyambung dan memutuskan kuasa putaran yang dijanakan oleh enjin ke kotak gear"

Tak faham?
Tengok gambar ni:

Nampak kat mana kedudukan klac?Klac terletak antara flywheel dan gearbox.
-Bila enjin dihidupkan,piston bergerak turun-naik dan memusingkan crank(crankshaft) yang bersambung dengan flywheel.
-Semasa dalam keadaan gear neutral(free),klac dan flywheel melekat.Pusingan crankshaft menyebabkan flywheel dan klac berpusing sekali tapi tak ada apa-apa berlaku sebab gear free.
-Untuk memasukkan gear pertama,perkara pertama kena buat ialah memutuskan sambungan klac dan flywheel.Kenapa kena putuskan?Sebabnya macamana gigi gear nak masuk kalau shaft gearnya berpusing.Mesti kena putuskan dulu.Barulah shaft gearnya berhenti berpusing dan dapat bercantum dengan gigi gear dalam kotak gear.Inilah yang berlaku bila kaki MENEKAN PEDAL KLAC.
-Klac dah tekan dan sekarang masukkan gear satu.Senang je kan?
-Step yang paling susah untuk perempuan,melepaskan klac perlahan-lahan.Susah sebab tak dapat imagine apa yang berlaku masa ni.Bila melepaskan klac,permukaan klac akan bercantum semula dengan flywheel dan kereta pun bergerak.Tetapi kena perlahan-lahan kalau tak nak kereta kesayangan korang melompat.
-Caranya dengan melepaskan klac perlahan-lahan sampai enjin terasa macam nak mati,tapi tak mati.Dalam masa yang sama tekan minyak sikit sampai kereta mula bergerak dan bolehlah lepaskan pedal klac.Slowlyy...
-Untuk gear seterusnya,dah tak jadi masalah dan enjin tak akan mati walaupun klac dilepas agak cepat.Sebabnya kereta dah berjalan dan enjin ada momentum putaran.
-Step seterusnya,PRAKTIS.Ulang-ulang step ni di kawasan lapang sampai cekap.Tutup radio dan dengar bunyi enjin masa lepaskan klac.Nak best lagi,buka kasut mahal korang dan rasa getaran halus di tapak kaki.Getaran tu menandakan enjin kereta korang masih hidup.

Bila dah faham dan dapat rasa tugas klac,mesti boleh gerakkan kereta yang berhenti kat bukit tanpa skil handbrake yang dipelajari kat sekolah memandu.Tapi terer pakai skil handbrake pun dah sangat memadai.
Perkara ni juga berlaku kat aku bila aku serahkan Myvi manual kesayangan aku untuk tunang aku pakai.Aku plak cukuplah pakai motor je.
Tapi tugas aku tak susah sebab tunang aku pernah memandu dengan transmisi manual cuma dah agak lama ditinggalkan ditambah lagi dia membeli Viva Elite Automatik.Alhamdulillah dengan kesabaran aku mengeksplain sambil membebel dan kerajinan dia belajar,dalam seminggu dia dah cekap semula.
Tahniah Mizz Pucca !Jaga dan bawak elok-elok Myvi abang ye?huhu!Sedihnya berpisah dengan Froggy!

Spring Potato Cafe;Hidangan Menu Korea

Hari ni buat kali kedua aku merasa makanan Korea selepas pertama kali mencuba di Restoran Licki-Licki.Bezanya cuma konsep Licki-Licki menghidangkan makanan secara layan diri dan menunya seperti steamboat(atau memang steamboat kot?!),dan di Spring Potato Cafe,menu seperti kimpab,sundubu jigae dan kimchi sebagai menu percubaan.


Hasil tontonan drama Korea yang melampau,(tapi nak sebut 'selamat menjamu selera' dalam bahasa Korea pun tak reti,haha!),ditambah dengan kolum khas dalam Harian Metro,tunang aku dengan terujanya mengajak aku mencuba makanan Korea sebab nak ambik mood Korea la kunun-kununnya.
Terletak di No.11,Jalan Sri Gombak,Batu Caves,Spring Potato Cafe baru seminggu dibuka dan menu istimewanya ialah spring potato(macam french fries,tapi dipotong dengan mesin khas) berbagai perisa.Selain dari tu,menu lain ialah masakan popular di Malaysia dan western food turut disediakan.Mengikut penerangan Marketing Managernya yang peramah dan Bahasa Melayunya yang agak fasih,kafe ni adalah perniagaan keluarga mentuanya.
Encik Haikal atau nama Koreanya Jin Woon adalah warga Korea dari daerah Daegu,berkahwin dengan wanita Melayu dan sudah tiga tahun menetap di Malaysia.
Dan hari ni adalah hari pertama kafe Spring Potato menghidangkan beberapa menu Korea sebagai percubaan untuk maklumbalas pelanggan.

Bahagian dalam kafe yang dihias sederhana dengan warna-warna ceria disulami alunan lagu dari drama popular Korea
Artikel-artikel akhbar yang menunjukkan menu utama kafe ni,spring potato yang sedap!
Spring potato yang besar berperisa black pepper dan Perfect Taste,minuman campuran jus laici dan rambutan
Makanan dah sampai!
Sundubu jigae;campuran tofu,udang dan telur.Macam tomyam je, tapi tak pedas

Ini pulak kimpab,rupanya macam sushi.Diberikan oleh pemilik restoran untuk kami rasa dan yang penting sedap dan percuma!
Yang ini namanya kimchi.Tak cukup sifat Korean kalau tak ada kimchi.
Secara keseluruhannya aku rasa money value dan apa yang dihidangkan sangat berbaloi dan juga satu pengalaman baru bila merasa makanan negara luar.Apa yang penting ialah semuanya halal dan mengikut penerangan Encik Haikal@Jin Woon,bilangan menu Korea akan ditambah sedikit masa lagi dan masakan Melayu yang ada akan diberikan sentuhan citarasa Korea.
Menu yang dihidangkan adalah menyihatkan dimana minyak untuk gorengan menggunakan minyak zaitun(olive oil tanpa kolestrol),dan teknik masakan lebih kepada sup dan kukus.Rakyat Korea sangat mementingkan kesihatan dan amalan memakan kimchi dapat menjaga kecantikan kulit dan mengurangkan risiko kanser.Dat's why awek Korea berkulit bersih agaknya,huhu!
Sempat juga Encik Haikal@Jin Woon mencadangkan aku dan tunang aku honeymoon di pulau Jeju(Jeju/Cheju Island).Dia cakap tempat tu lebih berbaloi untuk dilawati berbanding Seoul.Emm...boleh kot,duit Nuffnang dah ada RM4.16sen,lagi 20 tahun boleh la pergi melawat Korea,haha!
Untuk maklumat lanjut,kunjungi laman web http://www.springpotato.com.my/ dan blognya http://potatoboom.blogspot.com/ .

Isnin, 13 Disember 2010

Seminggu Meninggalkan Kesibukan Kota...

Pertamanya,aku nak minta maaf kat semua visitor yang dah menjejakkan kaki ke blog ni sejak seminggu lepas tanpa lawatan kembali dari aku.Selama seminggu aku 'menghilangkan' diri sebab menenangkan fikiran di dua kampung.Pertamanya tempat kelahiran aku,Tali Air 8 Sungai Leman,Sekinchan dan kampung halaman aku di Lepar Utara 3,Jerantut.
Memandangkan annual leave aku banyak lagi,dan tempat kerja pun tak sibuk,tanpa was-was aku apply cuti seminggu penuh untuk berehat dikampung dan itupun balance cuti still ada 10 hari setengah lagi.Seminggu cuti semuanya aku tinggalkan,Facebook,Blog,Tagged(main game masak-masak,huhu!)...walaupun dalam masa yang sama aku agak risaukan blog aku.
Memang aku ada broadband tapi serius bullshit,coverage tahap GPRS kat Sekinchan,jadah ape nak blogging.Nak buka webpage Google pun terkial-kial.Sudahnya blog ni terabai selama seminggu.
Dah agak lama aku tak menjengah kampung aku kat Sekinchan,kali terakhir sejak nenek sebelah mak aku meninggal.Lebih kurang 3 tahun agaknya.Malam hari Jumaat,aku bergegas balik Jerantut ambik mak dan adik-beradik aku(semua sumbat dalam Myvi),pagi Sabtu terus gerak balik Sekinchan.


Sepanjang perjalanan ke TaliAir 8,Sungai Leman.Rasa peace gila bila tengok sawah padi yang terbentang menghijau kat sebelah kiri jalan.Sekarang padi dah nak masak.


Close up padi depan umah nenek aku.Gemuk-gemuk butir padinya,compare dengan zaman aku kecik-kecik dulu.Klon baik dah kot?Dulu masa kecik-kecik,bila sampai musim mengetam padi,aku suka tengok mesin padi.Arwah abah aku selalu bawak aku naik motor pusing kampung.Mesin padi aku suka,yang aku tak suka,mesin membajak Kubota.Masa kecik aku cukup takut dengan Kubota.



Rumah peninggalan nenek sebelah arwah abah aku.Masih sama macam dulu.Kat rumah ni aku membesar sampai umur 5 tahun.Aku suka main kat tingkap kecik tu.Kat bawah rumah la kepala aku terhantuk rasuk masa didukung sepupu aku.Walaupun masa tu aku masih kecik,semuanya masih jelas dalam ingatan aku.


Koko keliling rumah yang banyak kenangan kat aku.Dulu aku selalu tolong makcik aku kutip koko,korek isi dia dan jemur bagi kering.Kadang-kadang selamba je makan mentah-mentah,sedap gak!Sama jugak macam kelapa.Kelapa dibelah dua,dijemur sampai lekang dan dikorek isinya untuk dijual.
Selain padi,koko kering dengan kelapa kering menjadi pendapatan sampingan untuk petani sawah kat Sekinchan ni.


Satu benda yang wajib tiap kali aku balik Sekinchan,melepak tepi pantai.Pantainya tak la cantik dan tak ada orang nak mandi-manda.Tapi syok dengar deruan ombak yang menenangkan.Airnya dah agak bersih berbanding sebelum ni yang agak keruh.Pantai ni pernah tercemar dengan sisa-sisa minyak sekitar tahun 1993 atau 1994,aku pun tak pasti sangat.
Kerana sisa minyak tu lah pukat arwah atuk aku rosak dan terus botnya sekali dijual.Aku sempat merasa naik bot arwah atuk aku sekali je.



Memancing hukumnya 'wajib'!Haha!Satu lagi aktiviti setiap petang.Aku empat beradik memang kaki pancing.Pantang jumpa air.Dah memang siap-siap bawak enam batang pancing.Mujur bawak lebih,dua batang patah.Sebatang joran MGFA siri Viper adik aku punya aku dah terjahanamkan sebab gopoh masa keluarkan dari dalam bonet.
Dengarnya sembilang tengah banyak,tapi sekor pun tak dapat.Layan gelama pun jadilahhhh.....


Tugu sauh kapal kat Jeti Sekinchan.Sauh real ni beb,bukan cement craft.Tak pasti la sauh dari kapal apa yang besar bagak ni.Dalam banyak-banyak gambar,satu pun takde gambar aku.Sebabnya,aku tak suka bergambar,haha!
Hari terakhir,aktiviti barbeku.makcik aku beli ayam,udang,jagung dan kerang utuk buat kerang bakar.Meriah bila dapat berkumpul dan makan sama-sama.Sepanjang tiga hari kat kampung,memang lega dapat buat aktiviti kegemaran.Cuma belum sempat aku merasa siput mentarang.Kat kawasan Sekinchan ni memang terkenal dengan deretan gerai-gerai tepi jalan yang menjual mentarang.Harga pun murah,RM10 untuk 3 kilo.
Kalau tak buat makan pun,pemancing kat sini guna isi mentarang untuk umpan sembilang.
Baki cuti aku habiskan kat Jerantut,Pahang.Sebelum ni pun memang dah jadi aktiviti tahunan untuk keluarga aku meluangkan masa agak lama di Sekinchan bila sampai musim cuti sekolah.Bila arwah abah aku dah tak ada,aku plak yang bertanggungjawab sambung aktiviti tahunan ni.



Jumaat, 26 November 2010

Jiwa Kental:BE Nuffnang Rupanya...

Hati aku ada kembang sikit pagi-pagi ni.Terasa agak cuak jugak nak berselisih dengan bos bila datang kerja.Apa taknya,petang semalam aku lenjan forklift kilang buat jack kereta.
Alang-alang kerja takde,aku memang plan nak tukar minyak enjin.Dah terlebih schedule dah,patutnya bulan lepas dah servis.Sesekali nak manjakan Froggy Myvi aku,aku belikan Castrol Edge Fully Synthetic 5W/40(kopak RM170),dengan filter Perodua,RM8.
Tengah ralit menggodek,time tu la bos aku ni nak meronda.Bos aku ni memang,pantang tengok aku santai sikit.ada je handjob yang dia nak bagi.Nak plak dia tengok aku jek kereta guna forklift kilang...huuuuuu...
Yang peliknya,tak pulak dia sound aku,yang jadi mangsa Chargeman ngan Engineer kilang.Mujur engineer ngan chargeman pun member rapat jugak.
Tapi pagi-pagi ni dia slow talk kat aku..
"Faizal,please jangan gunakan forklift untuk jack you punya kereta.Lagipun I tak mau kilang ni jadi macam bengkel pulak,"ujar beliau sambil tersenyum kelat,haha!

"Ok,macha!Don't worry!"

Bos aku ni India,tapi dia agak sporting la.Kalau compare ngan CTOO aku,lagi gile sempoi.Time-time lepak takde kerja,dia lepak kat belakang basuh basikal la(basikal mahal beb,frame je dah 5K).Last week lagi gila,selamba dia je bawak masuk Mini Cooper dia dalam area production tukar suspension part.aku pun nak buat gila jugak la macam dia,hehe!

Bro,ape tajuk Nuffnang,tapi cerita lain.Ko merepek ape ni bro??

Ehee..Aku memang macam ni,suka melalut.Ok,sebenarnya last week aku ada hantar email ke Nuffnang pasal Buffered Earning.Pastu diorang reply...

"You can\'t request for any campaigns because advertisers are the ones who choose which blogs they want to advertise on."


Itu yang buat aku kuciwa sikit.Takpe la,blog aku tak glemer.Tunggu la kau,aku ganbatte! 
Tapi pagi ni aku saje tengok-tengok akaun Nuffnang,dah brape sen pendapatan aku agaknya.Tetiba ternampak sesuatu yang mengujakan.Yeayy!!
Nuffnang dah bagi Buffered Earning campaign kat blog aku.Gambar webpagenya nanti aku upload yek.Hmmm...bersemangat sikit nak meneruskan blogging ni.
Blogging umpama bayi kecil,bermula dari merangkak,berdiri,berjalan dan berlari.Untuk pertama kali Nuffnang bagi satu campaign Celcom Blackberry Bold 3 SS,next time harap-harap banyak lagi.
Thanks Nuffnang,감사합니다!