Wanita ini yang bekerja sebagai jururawat,telah diperdayakan oleh seseorang bernama 'Greg Kennedy' 40,yang mengaku dia adalah jurutera di London.
Setelah menghabiskan wang simpanan dan sejumlah pinjaman peribadi,'Greg' menghilangkan diri dan tak dapat dihubungi sedangkan setiap bulan bayaran pinjaman peribadi didebit setiap bulan sebanyak RM1800.Akhirnya wanita tersebut membuat dua laporan polis.
Sindiket penipuan internet semakin meningkat jumlahnya dan jumlah hasil penipuan pada tahun lepas lebih kurang RM2 juta ringgit,dengan 100 kes dilaporkan.Mangsa-mangsa yang terbabit biasanya wanita bekerjaya dan memiliki kewangan yang stabil.Walaupun berpendidikan tinggi,adalah sangat malang kerana mereka mudah diperdaya dan mudah mempercayai kenalan baru.
Untuk tahun lepas sahaja,suspek yang ditahan adalah seramai 34 orang,23 dari Nigeria,5 Cameroon,5 Malaysia dan 1 dari Kanada.Jelas disini nampaknya 'awang hitam' memang gemarkan aktiviti kriminal yang berbentuk penipuan wang ringgit.Kalau sebelum ni,mereka lebih dikenali kerana sindiket 'black money',atau wang palsu.
Kepada wanita yang bekerjaya,diharap dapat mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yang telahpun banyak dilaporkan diakhbar.Jangan mudah mempercayai teman internet yang baru dikenali,sekalipun anda kesunyian.Andainya sudah mempunyai anak atau suami,utamakan keluarga anda.Teman boleh dicari,keluarga adalah 'harta' yang tidak boleh ditukar ganti.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan anda terpedaya:
1)Sentiasa ada perasaan syak wasangka terhadap teman online
2)Siasat kesahihan latar belakang teman anda
3)Jika ada sebarang keraguan,jangan teragak-agak menamatkan persahabatan
4)Sentiasa 'alert' dengan sikap teman anda sekiranya sering mengelak dari membicarakan latar belakang mereka.
5)Sekiranya baru berkenalan dan teman tersebut meminta suatu pertolongan yang besar,lupakan saja niat untuk membantu terutamanya dari segi kewangan.
6)Percayalah,laman sosial adalah tempat sindiket mencari mangsa.
Zaman sekarang pelbagai jenis penipuan wujud seiring dengan kecanggihan teknologi.Antara teknik penipuan yang 'lucu' tetapi berkesan adalan menipu kredit mangsa dengan menyamar sebagai bapa yang sedang dalam kesusahan.Satu taktik penipuan yang tak berapa licik,tapi tetap mampu memperdaya mangsa yang lalai.
Aku pernah tengok ayat SMS 'meminta tolong' yang bagi aku nampak sangat penipunya.Susunan ayat macam bahasa Indon pun boleh digunakan untuk menipu.Mujurlah setakat ni handphone aku belum pernah dapat mesej 'abah' aku dalam kesusahan.Kalau dapat pun memang sah penipu yang hantar.Gila ke apa,abah aku dah meninggal pun boleh SMS mintak tolong topupkan kredit ke??
Percayalah,semakin maju teknologi kita,semakin maju jugalah teknik-teknik penipuan.Tak kiralah apa jenis penipuan pun.Apapun,sebagai manusia biasa kita hendaklah mengambil masa berfikir dengan matang,jangan tamak andai ditawarkan wang hadiah,dan jangan cepat panik.Penipu sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan kita.Sekali kita salah membuat keputusan,penyesalan akan ditanggung sepanjang hayat.