Rabu, 9 Februari 2011

Ke Ambang Perkahwinan



Tajuk macam ceramah kursus kahwin la pulak.Sebenarnya aku nak share prosedur sebelum menjalani perkahwinan.Bagi yang belum berkahwin,dah tentu urusan pendaftaran agak rumit,maklumlah pertama kali kahwin.Lain la ada rezeki untuk kahwin banyak.Hehe!
Untuk rujukan sesiapa yang merancang untuk berkahwin,dibawah ni aku sediakan step-step untuk urusan perkahwinan.Tapi mungkin ada perbezaan kat negeri lain.Apa yang aku taipkan ni berdasarkan pengalaman memohon kebenaran berkahwin di negeri Selangor.Untuk lelaki yang bermastautin sahaja.

1.Kursus Kahwin
-Perkara pertama,kena menghadiri kursus kahwin.Tak kisah la di agensi swasta atau dibawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).Borang boleh diambil di pejabat JAIS,Bangunan Sultan Idris Shah,Persiaran Masjid,Shah Alam.Juga boleh didownload dari website rasmi JAIS.Fakskan atau hantar sendiri dan tetapkan tarikh untuk kursus.Tarikh kursus dijalankan ada disenaraikan dalam website JAIS.
-Sampai pagi-pagi,check nama dan bayar RM80.Sila bawa jaket untuk mengelakkan hipothermia.Aircond dewan ceramah sejuk gilerrr...
-Kursus berjalan selama dua hari,Sabtu dan Ahad.Sijil akan diberi sebaik saja kursus tamat.

2.Ujian HIV
-Cari Klinik Kesihatan yang terdekat.Biasanya ujian HIV untuk perkahwinan disediakan sekitar jam 2 petang.Aku pergi Klinik Kesihatan Ulu Yam Baru sebab tak ramai orang.Biasanya tak ada masalah untuk lulus ujian HIV.Simpan keputusan ujian HIV.

3.Melengkapkan Borang
-Download borang pemastautin(untuk pemohon lelaki beralamat IC luar Selangor) dan borang permohonan kebenaran berkahwin(Borang 2A).Syarat pemastautin ialah tinggal melebihi 4 bulan di Selangor.
-Isi borang pemastautin dengan lengkap dan dapatkan seorang saksi.Kawan sekerja pun boleh.Fotostat IC saksi dan bawa borang yang dah lengkap untuk disahkan Ketua Kampung/Nazir Masjid yang berdekatan/kawasan kariah pemohon.
-Sesetengah masjid ada Nazir untuk mengesahkan pemastautinan dan juga Pegawai Pendaftar Nikah.Macam tempat aku TTDI Jaya,Masjid Al-I'tisam tak ada Pegawai Pendaftar Nikah.
-Bila borang pemastautinan dah lengkap dan disahkan,lengkapkan Borang 2A.Kepilkan sekali salinan  IC pemohon,dan IC dua orang saksi.Tinggalkan kosong ruang untuk tandatangan.Tandatangan pemohon dan dua saksi akan diturunkan dihadapan Pegawai Pendaftar Nikah.

4.Menghantar Borang
-Borang 2A(Permohonan Kebenaran Berkahwin) yang telah dilengkapkan,sijil Kursus Kahwin,keputusan Ujian HIV dan juga borang pemastautin dibawa kepada Pegawai Pendaftar Nikah.Aku terus pergi ke Pejabat JAIS.Semua borang dan dokumen lengkap diserahkan ke kaunter didalam bangunan pejabat JAIS aras 1.
-Diorang akan semak borang dan cop.Pemohon akan diminta membuat salinan.Serahkan semula borang 2A dan juga salinan ke kaunter.Bayaran RM10 dikenakan.Pegawai Pendaftar nikah akan memanggil pemohon dan dua saksi untuk menurunkan tandatangan.
-Dah siap tandatangan,lepak je kat kerusi tengok drama Filipina kat TV.Bila nama dipanggil,semua dokumen yang dah disahkan beserta Surat Kebenaran Berkahwin akan diberikan.
-Sampai peringkat ni saja urusan dokumen pihak lelaki.Senang kan?

Checklist
-Sijil Kursus Kahwin (original & fotostat)
-Borang Pemastautin yang disahkan (+salinan IC saksi)
-Borang Kebenaran Berkahwin;2A (+salinan IC pemohon,IC dua saksi,salinan Sijil Kursus Kahwin,salinan Ujian HIV)
-Keputusan Ujian HIV

Aku rasa selesaikan urusan dokumen di Pejabat JAIS sangat senang,tak ada soalan cepumas.Sebab ada aku dengar pengalaman orang,Pegawai Pendaftar Nikah di PAID(Pejabat Agama Islam Daerah),akan interview pemohon dan soalan maut menanti,haha!Baik buat kat JAIS.
Habis je urusan,semua dokumen akan diserahkan kepada pihak perempuan untuk langkah seterusnya.