Rabu, 17 September 2014

Komentar tentang Iriz

Berita automotif tempatan yang paling panas buat masa ni tak lain tak bukan adalah berkenaan Proton Iriz.Tentatif harga dari blog Paultan menunjukkan lingkungan RM 42,888 untuk 1.3 manual standard hingga RM 62,888 1.6 CVT metalik.
Macam orang lain juga,aku pun jenis gatal tangan nak mengomen.Cuma orang lain takde blog,aku ada,haha!
Biasanya orang save the best for last,tapi aku nak bagitau pandangan aku yang best tentang Iriz dulu ye?Yang nampak tak best kemudian cerita.Sebelum tu aku nak bagitau yang aku sebenarnya tak into langsung dengan kereta-kereta Proton.Handling Lotus power sangat ke sampai boleh rasa masa hadap jem pergi balik kerja atau design Proton timeless sangat sampai tak jemu mata memandang walaupun 10 tahun lagi?Ke memang ada jenis orang yang tiap pagi pulun layan trek seround dua dulu sebelum punch card?
Macamana pun aku ni seorang yang realistik.Aku taklah taksub dengan sesuatu brand sampai tutup mata terus untuk jenama lain.Maka,inilah komentar awal yang aku boleh cakap berdasarkan informasi yang bertaburan dalam internet.
Spesifikasi atas kertas memang terbaik.Aku tak pedulilah berapa banyak airbag dan berapa bintang safety dia dapat.Yang aku perasan Iriz ada port USB untuk  pengecasan gadget.Ini memang thorbaikkk.Leceh kot nak cas henpon dalam kereta kalau cuma bergantung pada soket pencucuh rokok.Port USB kat player audio biasa pulak tak mampu nak deliver cukup voltan untuk mengecas,setakat nak baca data boleh la.Time tu plak bini nak mengecas henpon sebab busy berWhatsApp,yang laki nak guna GPS.Memang cari pasal lah kan?
So,wujudnya port USB yang dedicated untuk tujuan mengecas semestinya satu value added yang layak diberi pujian.Serius aku suka ni.

Dari segi interior design,material,upholsteri dan susunatur ergonomik,not bad lah kot as long as warnanya hitam.Bukan apa,warna hitam ni warna ‘selamat’.Bila tujuan kereta dibina untuk kegunaan keluarga,kebarangkalian untuk berlaku tumpahan air sangat tinggi.Yang bujang bolehlah lagi maintain kebersihan dalaman kabin,tapi bagi yang ada anak kecik,redha ajelah kalau fabrik seat tu bertompok-tompok bekas susu atau aiskrim tumpah.Jengok pulak kat ruang kaki,bersepah dengan saki-baki jajan.
Pasal enjin aku taknak komen banyak,ok lah kot ada dua pilihan enjin.Rasa-rasa nak celen VW Polo ambiklah versi 1.6 manual.Mengikut kata-kata diehard fan Proton,enjin Proton ni powernya mak oiii…sehebat-hebat enjin dalam alam ni dengarnya.
Ok sori,jangan sentap plak,huhu!Pada jangkaan aku sesaran sebesar 1600cc dengan sistem VVT (ada VVT kan??) sekurang-kurangnya mampu produce tak kurang dari 110 hp.Lari lelaju nak pergi mana pun ye dak?Hangpa entry corner pun serupa sampan hanyut.
Sekarang meh tengok gambar Iriz tanpa camouflage yang dipandu Tun M ke Pavillion aritu.

tun-mahathir-proton-iriz-pavilion

Takpayah letak link kredit pun takpe kan?Terpampang besar watermark Paultan kat situ.
Dari sudut depan tiga suku ni secara keseluruhannya nampak inilah design Proton yang paling kemas aku rasa.Ada dinamik.Proportion lampu,gril dan garis badan berada di tempat yang betul.Paling aku suka ialah perincian pada headlamp.Rekaan yang tak terlalu kompleks tapi dalam masa yang sama tidaklah huru hara macam previous model.

Secara keseluruhan,model Iriz ni menepati matlamat asal pembinaannya yang bertunjangkan falsafah global small car.Macam ni punya rupa dan spesifikasi memang boleh pergi peringkat global senang-senang je.
Masa model ni masih lagi bersalut sticker camo,aku nampak wheel archnya amat kecik,mengingatkan aku kepada wheel arch Saga FL.Baru letak rim 15,tayar 50 dah senak nak muat sampai terkangkang-kangkang.Jangan ingat aku tak tau stail hellaflush pulak ye?
Berlainan dengan gambar diatas,wheel arch kelihatan sesuai dengan dimensi badan kereta dan saiz tayar yang memenuhi ruang.Maybe yang arch kecik tu model 1.3 kot.

Proton_PCC_Iriz_undisguised_008-850x457
Dari sudut ni pun segalanya nampak cantik kecuali bahagian yang aku tandakan dalam bulatan merah.ngbbs42d0eb13602c7



Pertamanya lampu brek belakang.Bentuk keseluruhan ok,tapi yang aku tak berkenan ialah susunan LED yang diwarisi dari Exora.Ianya mengingatkan aku kepada gambar viral disebelah.Damnnn!Trauma betul bila aku mengekor Exora lama-lama.Membahayakan keselamatan tahu tak?Huhuhu!

Bahagian bumper belakang nampak sedikit aneh seperti ‘terpaksa’ dimuatkan pada ruang yang terhad.Kesudahannya ia nampak seperti terkopak.Engineer buat dimensi keseluruhan dan juga engineer platform wheelbase nampak macam gaduh-gaduh manja gitu.
Sorang nak body kompak,sorang lagi nak wheelbase panjang,maka jadilah macam ni bila digabungkan. Aku rasa kalau bumbungnya dipanjangkan lagi barang 100-150mm,barulah bumpernya terletak dengan cantik.Lagipun boleh tambah lagi kapasiti ruang simpanan belakang.Mungkin makan masa sikit untuk terima takdir bumpernya macam ni.

Rumusannya,dengan harga yang sesuai,spesifikasi yang amat baik dan juga rekabentuk yang terbaik,Proton Iriz mampu menjadi ikon kejayaan Proton di masa akan datang.Tak perlu soft turbo apa bagai,mengada-ngada sungguh fans depa ni.Pastu bila jual mahal salahkan DRB.Feature packed memang bagus,tapi kalau banyak yang meragam dari yang elok,sakit kepala juga.