Enjin 4AGE samada dari varian 16V atau 20V adalah pilihan yang paling biasa untuk penambahan kuasa mudah untuk jentera Toyota.Nak kata besar sangat kuasanya tidaklah juga tapi sekurang-kurangnya ruang modifikasi terbuka luas dan sudah tentunya jauh lebih baik dari enjin asal yang tujuannya dibina untuk jimat bahanapi.
Lingkungan kuasanya pelbagai,dari 115hp hinggalah ke 240hp dalam keadaan NA dan seterusnya dengan bantuan pendesak.Bagi siri 20V samada Silvertop atau Blacktop,masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.Khabarnya Silvertop mempunyai internal part yang lebih kuat untuk revving tinggi tetapi MAP sensornya mudah rosak.Manakala internal part Blacktop tidak sekuat Silvertop tetapi komponen elektrikalnya lebih baik.
Jalan yang terbaik adalah merojakkan kedua-dua enjin ni.Ini orang cakaplah,berdasarkan sumber bacaan dan juga maklumbalas dari pengguna.
Banyak forum yang bincangkan topik 4AGE ni,cuma kali ni aku nak fokuskan kat satu lagi enjin NA Toyota yang tak kurang hebatnya juga iaitu 2ZZ-GE.Nampak je kod “G” ni memang semua tahu ianya dibina untuk performance.So,bagaimana agaknya jika enjin ni diletakkan didalam engine bay siri Corolla sebaik saja halfcut Celica GT-S mula tiba di pasaran tempatan?
Sesaran | 1800 c.c |
Bore & Stroke | 82 x 85 mm |
Nisbah mampatan | 11.5 : 1 |
Sistem injap | DOHC 4,VVTL-i pacuan rantai |
Aspirasi | Natural |
Blok dan silinder | Aluminium dengan liner MMC |
Kuasa maksimum | 135kW/181hp @ 7600rpm |
Tork maksimum | 180Nm @ 6800rpm |
Berat enjin | 115kg |
Dibina berasaskan platform 1ZZ-FE dengan kolaborasi bersama Yamaha Motor Corporation,matlamat sampingannya selain dari memenuhi piawaian emisi terkini(masa tahun ia dibina) ialah untuk mencapai prestasi kelajuan tinggi,dan nisbah kuasa kepada sesaran enjin yang terbaik disamping mengekalkan dimensi asal.
Modifikasi siri Corolla SE ataupun SEG dah sinonim sangat dengan enjin 4AGE.Tapi jarang sangat kita dapat jumpa kombinasi Corolla tempatan dengan 2ZZ-GE.Aku yakin,ada banyak contoh diluar sana cuma ownernya jenis diam-diam ubi barangkali.
Kerja memasukkan 2ZZ-GE kedalam enjin bay Corolla tidaklah semudah memasukkan 4AGE,tapi itu cuma masalah kecik.Kalau kat Siam tu berlambak 2ZZ-GE ni duduk diam bawah hud enjin Vios walaupun enjin ni paling cocok sebenarnya dengan cesi Altis.Aku pernah baca satu statetment dalam majalah automotif tempatan,orang tak waras je modified Altis.
Tapi benda yang tak waras ni la kadang-kadang menghasilkan karya yang layak dihormati tak gitu?Sebagai contoh,aku pernah jumpa modifikasi Altis bernadikan 2ZZ-GE dengan kit badan penuh C-West.Memang rare kit dia,tapi ada.Original ke tidak aku tak tau.
Harga pasaran tempatan halfcut Celica 2ZZ-GE berkisar antara RM7500-8000.Berbaloi-baloi sudah tentu.Layan kondisi pekak sudeyyyyy!!