Entri ni pendek je,tapi aku akan cuba tambah apa-apa yang patut dikemudian hari.Minta maaf la kalau tak best ye?
Baru-baru ni Perodua melancarkan model pengganti Viva iaitu Axia yang dibangunkan daripada platform Ayla/Agya.Sepertimana yang semua orang tahu,ianya adalah model rebadged dan diubahsuai kosmetiknya oleh Perodua.Ini biasa,tak ada yang peliknya bagi Perodua kecuali sesebuah pengeluar kereta lain yang tiba-tiba keluarkan model rebadge selepas sekian lama design kereta sendiri 100%.
Barangkali sudah menjadi teras syarikat,Perodua menumpukan perhatian kepada segmen pasaran enjin berkapasiti kecil yang sudah tentunya bertujuan untuk penjimatan bahanapi.Pertengahan 90-an dulu siapa sangka segmen kereta kecil rupa-rupanya mempunyai potensi pasaran yang amat besar di Malaysia.Kemuncaknya model Myvi meletakkan Perodua ditempat teratas selama beberapa tahun.
Trend pemasaran Perodua dapat dilihat dengan penamatan model-model lama untuk memberi laluan kepada model baru dimana kali ini Axia menggantikan Viva.Langkah ni penting untuk mengelakkan pertindihan slot pasaran dan juga persaingan sesama adik-beradik.Bila dah balik modal dan ada untung,cukuplah kan?Lagipun kos R&D rebadge taklah setinggi membina model daripada fasa atas kertas.
Oklah,cerita pasal keretanya pulak.Sebagaimana informasi yang banyak di internet,dimensi Perodua Axia berada ditengah-tengah antara Viva dan Myvi.Taklah kecik sangat dan cukup-cukup sesuai dengan saiz orang Asia.Tetapi ruang yang ada digunakan dengan optimum lalu menghasilkan sebuah kereta yang dikhabarkan cukup luas ruang simpanan dan kabinnya.
Bahagian interior berwarna hitam dan direka dengan kemas.Cuma di ruangan kaki pemandu kelihatan linkage stering yang tidak disembunyikan dengan baik.Walaupun tidak mengganggu pemanduan,nampak agak cacat jugalah .
Fungsi reminder buzzer untuk kunci,seatbelt pemandu dan juga headlamp aku rasa sama je dengan Myvi kot.Satu lagi benda yang aku rasa patut ada untuk kereta baru ialah reminder headlamp waktu malam.Banyak betul aku nampak kereta-kereta yang lupa pasang lampu,mentang-mentang la highway terang.
Dengan berat hanya 850kg(SE),Axia digerakkan oleh enjin baru 1.0 liter iaitu 1KR-DE2 yang berupaya menghasilkan 65hp pada 6000rpm.Ia adalah keluarga varian enjin 1KR dimana tiada VVT-i tetapi nisbah mampatan ditingkatkan kepada 11:1.
Kombinasi enjin dan berat kereta memadailah,sesuai dengan matlamat Energy Efficient Vehicle dan untuk itu Perodua meng’klaim’ penggunaan bahanapi sebanyak satu liter mampu memberi jarak sejauh 21.6km.Angka-angka ni aku tak pasti untuk pemanduan urban atau lebuhraya.
Dari segi performance enjin,handling dan safety produk Perodua kebiasaannya biasa-biasa saja walaupun spesifikasi tertinggi.Tapi mengatakan kereta Perodua sebagai keranda bergerak melampau pulaklah rasanya.Kalau yang pegang stereng tu beruk,bagi lah kereta apa pun.Hasilnya ke longkang juga.
B
Versi basic Axia dilengkapi sepasang airbag yang mana mandatori untuk semua kereta-kereta baru,manakala versi tertinggi disertakan ABS,EBD dan BA.Kalau skala internasional,feature ni dikira paling asas untuk safety standard.Harga yang ditawarkan bermula dari RM24,600 hingga RM42,530.
Dari segi rupa paras selepas ubahsuai kosmetik oleh Perodua,tak banyak aku nak komen cuma pendapat dua kupang aku,grill depan Axia SE dan Advance dibentuk terlalu besar.Agak tak berapa kena dengan spesifikasi dia yang low profile.Manakala lampu depan model asas Axia tak cantik. Itu saja yang kurang sedap dipandang.
Sesetengah orang masih lagi pelik kenapa model-model Perodua ni laku betul sedangkan secara amnya ia bukanlah kereta yang sedap dipandu,boleh dibuat berlumba ataupun cukup luas untuk keluarga besar?
Aku rasa jawapannya adalah kerana reliabiliti dan satu faktor lagi ialah ruang modifikasi JDM.Hasil godekan internet,aku terjumpa Toyota Agya versi TRD yang keren di Indonesia.
Satu kebetulan yang berimpak besar kepada Perodua ialah pertembungan dengan model baru Proton Iriz.Walaupun kelas enjin berbeza,pengguna tetap menilai dua kereta ni dalam satu liga yang sama.Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri,versi Axia termahal hanya berbeza sebanyak RM92 daripada versi paling murah 1.3 manual bercat solid Proton Iriz,manakala list spesifikasi Iriz jauh lebih baik untuk versi 1.6.
Siapa yang menang,sama-sama kita tunggu.Dari pandangan peribadi aku,kebarangkalian Iriz merebut penguasaan pasaran kereta kompak yang selama ini dikuasai Perodua amat tinggi.Model Perodua akan datang diharapkan akan menggunakan transmisi CVT sebab ada orang cakap gear automatik 4 kelajuan ni teknologi purba…huhuhu!