Rabu, 13 Jun 2012

Toyol Exam Paling Superb!

final exam cheat sheet

Cerita ni tak ada gambar tapi agak menarik sebenarnya.Semua orang pernah jadi student dan bila namanya student,pasti sedia maklum dengan sesuatu yang bernama ‘toyol’ exam.Aku dulu masa belajar bukanlah budak bijak,apatah lagi genius.Tapi aku tak suka bawak toyol dan tak pernah pun membuat toyol.Masa exam aku suka kalau dapat duduk jauh dari kawan sekelas aku sebab aku tak suka kengkawan aku buat bunyi-bunyi ‘pssst’ atau sepak kerusi aku untuk mintak jawapan.

Tak dapat pointer tinggi tak apa yang penting jangan menipu masa exam sebab dengan keputusan exam tu kita nak mintak kerja,cari rezeki.Jangan berani makan rezeki dari hasil menipu okeh?Ini memang ramai yang tak ambil berat sedangkan bila cakap pasal babi semua kecoh haram.Makan rezeki haram tak apa pulak.Macam-macam pesen manusia sekarang….

But this one punya kes nak kata bangang tak juga,tapi still amazing skill menipu examnya.Seorang pelajar tertangkap semasa hendak menduduki peperiksaan untuk memasuki universiti di Kazakhstan.Bersamanya terdapat ‘cheating sheet’ sepanjang 35 kaki dan mengandungi 25,000 jawapan untuk subjek matematik,sejarah,Russia,Kazhak dan beberapa subjek ‘pilihan pelajar’,kata akhbar Austrian Times.

Maybe semua jawapan peperiksaan tu ada dalam cheat sheet beliau tapi macamana nak selak kertas sepanjang 35 kaki masa exam???Obviously kantoilah.Untuk menyiapkan toyol sepanjang 35 kaki tu for surelah kena stadi jugak kan dan bukan kecik anak punya effort untuk siapkan 25,000 jawapan.Sepatutnya budak tu boleh survive exam tanpa membawa toyol tersebut ke dewan peperiksaan.

Pegawai peperiksaan yang mengantoikan budak tu harap tidak melupuskan bahan bukti sebab lagi 50 tahun cheat sheet budak tu boleh dilelong atau digadaikan kat Rick Harrison.

 

*News from Gizmodo