Isnin, 18 Jun 2012

HTC Evo 4G LTE Yang Agak Best

Sambil-sambil baca review HTC One X kat website Engadget tadi aku terbaca satu lagi keluaran HTC yang pada pengamatan aku,lebih sedikit baiknya daripada smartphone yang aku pakai sekarang.

Memang susah untuk puaskan hati semua pihak dan sudah tentu ada beberapa ‘kekurangan’ dalam apa juga smartphone terbaru yang berada di pasaran,hatta Galaxy S3 pun khabarnya S Voicenya tak berapa bagus.Hari ni 18 Jun 2012 bermakna lebih satu bulan setengah aku pakai HTC One X.Selepas Samsung melancarkan ‘peluru berpandu’ Galaxy S3,HTC One X tidak lagi diperkatakan orang.

Tapi generally setakat ni aku sangat berpuashati dengan performance HTC One X yang dikuasakan CPU NVidia Tegra 3 4+1 core walaupun dalam beberapa ujian benchmark nampaknya Dual-core 1.5GHz Krait lebih laju sedikit.Mungkin dalam penggunaan sebenar ianya sekadar milisecond yang tak semua orang perasan.Kalau task switching tu mungkin boleh dikategorikan sebagai lightning fast vs.smooth gitu.Kedua-duanya selesa dipakai.

Kekurangan yang agak ketara bagi HTC One X ialah ketiadaan dedicated button untuk kamera dan bateri yang masih agak kurang untuk menyokong paparan seluas 4.7 inci dengan resolusi 720 x 1280 piksel.Aku bukan nak buat review pasal One X,cuma agak ‘terkilan’ bila HTC ada mengeluarkan satu lagi platform ICS iaitu HTC Evo 4G LTE.

Antara kelebihan HTC Evo 4G LTE yang menggoyahkan iman aku ialah:

 

-Ada built-in kickstand,tak perlu sandarkan phone kat buku,dinding etc. bila menonton video.

-Terdapat MicroSD slot yang menampung sehingga 32Gb

-Dual-Core 1.5GHz Krait yang khabarnya lebih laju dari Quad-core

-Dibekalkan bateri Li-Po sebesar 2000mAh (One X 1800mAh)

 

Empat ciri diatas tiada pada HTC One X,manakala spesifikasi lain lebih kurang sama cuma Evo 4G LTE didatangkan dengan 16Gb internal memory(user available mungkin 9Gb selepas ditolak ruang OS).Agak best juga ye?Dari laman web Iawani,harganya sekitar RM1899-1999.

 

HTC-EVO-4G-LTE (1)

HTC-EVO-4G-LTE-kickstand (1)

HTC evo 4g lte