Rabu, 20 Jun 2012

Memori Menembak Ikan

Di Miami-Dade Florida,seorang remaja tertembak kepalanya dengan anak panah senapang ikan dikepala,tembus sehingga kebelakang.Yasser Lopez terkena anak panah senapang ikan selepas kawannya terpetik picu dan mata panah mengenai dahinya,lebih kurang satu inci diatas mata kanan.Tiga jam diperuntukkan untuk doktor mencabut mata panah tersebut.Keadaannya dilaporkan stabil.

panah ikan

panah ikan3

panah ikan2

Kehidupan sebagai anak kampung memang banyak mendedahkan aku kepada aktiviti yang dekat dengan alam.Kebanyakannya aktiviti yang related dengan sungai.Memandangkan kampung aku dekat dengan bukit,banyak anak sungai jernih yang cetek dan berbatu,sangat sesuai untuk sebarang aktiviti seperti memancing,mengaran(kejutan elektrik) dan menembak ikan.

Kemuncak aktiviti sungai aku adalah masa habis belajar di politeknik dimana aku menganggur selama dua tahun.Ada la juga kerja kontrak dengan Felda untuk membanci pokok sawit dalam beberapa bulan.Pekerjaan itu membolehkan aku meneroka segenap ceruk ladang sehingga ke sempadan hutan di kaki bukit.Dengan gaji sehari RM15 dan waktu kerja sehingga jam 1.00pm,waktu petang diisi dengan aktiviti sungai.

Border

Sambil buat kerja banci pokok sawit,mata liar tengok kat mana-mana anak sungai yang banyak ikan.Petang boleh buat ambush.Lokasi kegemaran adalah Sungai Batu yang agak dalam sedikit untuk mandi-manda dan ada kawasan cetek untuk menembak ikan.Nama Sungai Batu bukan nama rasmi sungai tu,tapi kebanyakan orang di kampung aku memang tahu itulah sungainya kalau disebut Sungai Batu.Sungai lain pun banyak batu,tapi taktaulah kenapa namanya macam tu.Kalau tepi sungai tu ada kedai topup,korang tentu boleh agak apa nama sungainya.

Aktiviti menembak ikan menggunakan pistol ikan sesuai dijalankan ketika cuaca panas sebab air sungai cetek dan jernih.Bila air cetek,ikan lebih banyak berkumpul di lopak-lopak dasar sungai atau tebing sungai yang biasanya ada rumput-rumput atau batang kayu.Kadang-kadang tengah sungai pun ada ikan,cuma kita tak perasan.Tarik nafas dalam-dalam then perhatikan antara batu-batu sungai.Kebanyakan ikan sungai cetek macam ni warnanya camouflage.Dia bergerak baru kita nampak,terutamanya ikan yang bebudak kampung aku panggil ikan batu(batu lagiiii…)

Aktiviti menembak ni cuma sebagai aktiviti sampingan,bukan nak ikan sangat pun.Saja nak seronok-seronok.Susah sebenarnya nak tembak ikan,ikan bukannya besar macam siakap kat pasar tu.Ikan sungai cetek ni saiz dua tiga jari je.Nampak dalam air memang besar.

Kalau betul-betul nak ikan,mengaran adalah jawapannya.Sesetengah yang pandai buat alat mengaran,kitnya ringan,boleh sandang macam beg sekolah dan pakai bateri motorsikal.Pernah sekali aku dengan geng-geng kampung mengaran guna generator Yamaha bapak aku.Dua orang pikul generator,sorang pegang sauk,sorang pegang guni beras dan sorang pegang probe.Extreme betul.Don’t try that at your hometown.Betul ke ayat aku ni…

Kalau korang perasan,aku suka cerita benda-benda lama,terutamanya zaman remaja aku.Harap dapat memberi gambaran kepada sesiapa yang kehidupan remajanya tak sama macam aku.Kehidupan remaja memang macam itu,tahu nak seronok je tanpa fikirkan risiko.