Published with Blogger-droid v2.0.6
Jumaat, 29 Jun 2012
Entri Yang Tak Mengundang Pageview
Hari ni aku terbaca satu berita kat Yahoo News tentang artis Malaysia yang dikatakan melahirkan anak luar nikah.Blogger-blogger mesti tau cerita panas ni jauh lebih awal.Apakan daya aku bukan blogger dunia hiburan dan siapa orangnya korang akan tau sendiri.Aku takmau tulis nama dia dalam blog aku.Jadi selebriti memang susah,segala tindak tanduk dan pergerakan kita diperhatikan.Everything should be perfect sebab orang biasa tengok dalam tv semuanya baik belaka,cantik,sopan,pandai mengaji dan sebagainyalah.Sedangkan artis pun sama je macam kita semua.Sekali sekala terlepas laku jugak di khalayak ramai.Kalau perkara remeh orang still accept lagi,tapi kalau perkara berat,akan ada pihak yang akan bongkar habis-habisan.Contohnya macam kes anak luar nikah tu.Betul,memang tak baik tulis cerita macam tu tanpa bukti,tapi kalau siap gambar bagai nak cakap apa?photoshop?
Zaman dulu boleh la buat statement penafian macam tu sebab orang tak pandai beza antara gambar tulen dengan palsu.Masuk zaman Zarina Anjoulie sekali tengok pun dah tau memang ori punya.Aah,aku tengok gambar dia mcm investigator CSI sebab nak ensure gambar tu bukan fitnah semata,hehe!Seperkara lagi yang banyak orang abaikan,terutamanya penulis dan penggemar cerita panas macam tu.Cerita macam ni memang boom,siapa cepat post dalam blog gila-gila la pageview.Tapi ingat satu perkara,"kalau kita buka aib orang,one day orang akan buka aib kita".Hati-hati dalam mengejar glamor sebab glamor ni tak lama.Cukup masanya nanti,bukan itu yang jadi bekal untuk jawab soalan malaikat.Orang sekarang memang percaya betul dengan berita dalam blog.Sampai tak mau lagi dah dengar dari sumber lain.Tak apalah asalkan penulis blog dapat pastikan sumbernya sahih.Sebut pasal sumber informasi dari blog ni,aku biasa dengar kengkawan aku sebut diorang tak tengok berita tv.Kebanyakan info dibaca dari internet dan blog.Alasannya tv percuma siarkan berita bohong(kes politik la ni).Sama jugak bila berdebat dgn orang tegar politik,letak parang kat tengkok pun dia takkan baca news selain dari blog politik pihak kesayangannya.Pastu macam memperlecehkan orang yang tengok berita tv,konon hebat sangat la baca blog pihak dia suka.Sesetengahnya bukan orang sekolah tak habis,pandai-pandai belaka.Disebabkan aku ni jaga adab manusia bertamadun,aku senyap ajelah.Malas nak bermulut longkang.Setakat baca blog politik apa bagusnya,aku bukan takat baca,ada blog pun ha.Aku boleh tulis apa yang aku suka,betul ke salah ke aku punya pasal.Contohnya aku nak tulis "Kerajaan Meluluskan Tol Percuma".Aku boleh tulis je walaupun nampak sangat menipunya.Kalau pembaca blog aku bijak,diorang akan analisa dulu sesuatu yang aku tulis.Baca dari banyak sumber,bukan dari sebelah pihak sahaja."Jangan berani kata orang lain berada dipihak yang salah hanya kerana anda YAKIN anda betul".Ayat tu aku dah daftarkan paten sebagai harta intelek aku.Hehe!
Buka minda,lapangkan dada(jangan buka baju depan webcam),tarik nafas pelan-pelan dan buangkan ego kita.Sebagai pembaca,bacalah banyak sumber dari mana-mana penulis yang kredibel dan sebagai penulis blog utamakan informasi yang mendidik pembaca.Tulis cerita macamana nak tukar rantai basikal pun tak apa.
Sekian saja bebelan admin untuk hari Jumaat.