Selasa, 19 Julai 2011

Salahkah Aku Tidak Membantu?


Hari ni aku cukup terkesan...

Pagi tadi sebelum pakai baju nak pergi kerja,aku terdengar suara budak menangis.Bila aku jenguk keluar tingkap,aku nampak seorang budak perempuan berpakaian sekolah dalam lingkungan umur 9-10 tahun.Aku rasa mungkin dia nak ke sekolah agama sebab berkain hijau.Tiba-tiba fikiran aku melayang teringatkan adik bongsu aku kat kampung.
Sambil menangis di celah-celah kereta,aku nampak dia melihat-lihat di kejauhan macam mencari seseorang.Sambil dia menangis,perlahan-lahan dia berjalan.Tapi haluannya tak teratur...maksud aku dia macam tak tahu nak kemana.Sekejap-sekejap dia tukar arah langkah kaki dia.Agak lama aku perhatikan,rasa nak pergi tegur budak tu pun ada.Tapi aku takut jadi isu pulak.
Bukan apa,katakan la budak tu hilang.Mana la tau ada yang ternampak aku approach budak tu.Nanti kuar statement dalam paper macam ni,"menurut saksi,kali terakhir dia dilihat bersama seorang lelaki berbaju biru,...." Huh!!Tak pasal-pasal polis cari aku.
Dalam masa yang sama,aku nampak dua orang wanita berhampiran kereta,nak pergi kerja.Tapi diorang ignore je dengan budak perempuan tu.Aku yang duduk tingkat empat pun boleh dengar suara dia menangis,takkan la budak tu lalu depan diorang pun diorang tak perasan situasi dia.Takde rasa nak tanya kenapa dia menangis,atau cuba nak membantu.Aku panggil wife aku yang tengah goreng pisang kat dapur.Aku cakap kat wife aku yang aku sangat sedih tengok keadaan budak tu.Wife aku jawab,dia tak rasa apa-apa pun,maybe budak tu lari dari sekolah.
Ehhh!kalau lari dari sekolah,kenapa dia menangis.Terus jela balik rumah.Kalau rumah dia dekat-dekat area rumah aku,kenapa dia macam hilang arah tak tau nak kemana.Dalam hati aku,boleh pulak wife aku tetiba hati kering ni,macam dua orang wanita yang nak pergi kerja tadi.Aku cuma fikirkan yang positif,mungkin budak tu ketinggalan bas.
Siap sarung baju,aku terus perhatikan budak tu berjalan.Sekejap-sekejap dia berhenti,terus melihat-lihat dan macam menunggu seseorang.Sampai la dia menghilang disebalik blok bangunan yang paling hujung...

Sepanjang jalan ke tempat kerja,aku rasa sangat menyesal sebab tak tolong budak tu.Aku cuma dapat berdoa supaya budak tu selamat berjumpa dengan orang yang dia cari atau ada insan lain yang membantu.

Sampai kat tempat kerja,aku ceritakan kat kawan-kawan aku tentang hal budak perempuan tadi.Sorang kawan aku,Izham,pernah alami perkara yang sama.Dalam perjalanan balik kerja,dia terserempak budak perempuan berbaju sekolah sedang berjalan kaki di tepi tol Subang susur keluar ke Lebuhraya NKVE.Waktu tu sudah agak gelap,tapi muka budak tu jelas kelihatan.seorang kanak-kanak perempuan berwajah comel,berambut lurus tapi air mukanya kelihatan takut.
Situasi kawan aku ni pun macam aku,dalam dilema samada nak membantu atau tak.Cuma dapat mengharap agar terpelihara keselamatan budak tu.Kalau korang mengalami situasi yang sama,apa korang buat?

*Sedang aku kunci pintu rumah untuk keluar bekerja,wife aku sempat cakap yang maybe aku homesick,terkenangkan keluarga dan adik bongsu aku dikampung.Betul ke?Adakah itu membuatkan emosi aku cepat tersentuh pagi ni?Rasanya masih terngiang-ngiang lagi suara tangisan budak perempuan tu di telinga aku..