Jumaat, 1 Julai 2011

Movie Time;Transformers 3:Dark of The Moon

Walaupun berlaku kekalutan disaat akhir,berjaya jugak wife aku dapatkan tiket untuk midnite session.Gila kau,dah book online,bila sampai masa nak collect tiket,status cancelled.Padahal masa tu baru pukul 10.30pm.Lepas bertekak sikit,dapat juga tiket walaupun penat menunggu untuk tayangan jam 12.05am.



Kali ni Autobots terpaksa bertempur dengan gerombolan Decepticons yang lebih banyak,thats mean more destruction.Tapi itu tak la membuatkan aku kagum dengan Transformers 3 ni.Badan letih atau jalan cerita yang makin longgar,aku tak pasti.Ada la sescene dua yang aku skip sebab terlelap.Yang aku faham,niat Optimus Prime menghidupkan semula Sentinel Prime akan membawa keamanan kepada dunia,tapi sebaliknya.Sentinel Prime lebih berminat untuk menyambung kesinambungan bangsanya.Situasi ni dimanfaatkan oleh Megatron yang mahukan jalan pintas bagi menghidupkan mesin untuk teleportasi lebih ramai Decepticon ke bumi.
Kalau tak berapa minat Transformers atau menonton Transformers buat pertama kali,memang susah nak faham jalan ceritanya.Apa yang nak disampaikan Michael Bay mungkin senang je,tapi disebabkan banyak benda-benda lain pun nak dihighlightkan,otak penonton(aku la tu),payah nak digest.
Hujung-hujung cerita baru la mata agak cerah bila perang antara robot-robot bermula.Mungkin ni filem terakhir Transformers sebab Starscream,Sentinel Prime dan yang pentingnya Megatron dah mati.Oh ya,Ironhide pun mati jugak,ditangan Sentinel Prime yang berpaling tadah.So,next movie entahlah ada lagi ke tak,tunggu ajelah nanti.Pendek kata Transformers 3 ni yang paling kurenggggg berbanding dua lagi filem Transformers sebelum ni.