Ini berita serius dari Indonesia.
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bernama Uswatun Hasanah melahirkan seorang bayi perempuan.Ibu bapa remaja perempuan tersebut mendakwa anak perempuannya masih dara!
Uswatun Hasanah adalah pelajar sekolah Agama Putat di daerah Pasar Kemit.Hasanah telah melahirkan bayi yang sihat seberat dua kilogram.The Jakarta Post turut mengunjungi rumahnya di Kampung Kongsi Baru daerah Rajeg.
Menurut bapanya seorang ustaz,Yono berusia 44 tahun yang juga mengendalikan sekolah agama Al Istiqomah,beliau tak dapat menerima kenyataan yang anaknya telah hamil.Walaubagaimanapun oleh kerana anaknya telah bersumpah dan beliau pun telah berbincang dengan tiga orang ulama',beliau akhirnya menerima kehamilan itu adalah kehendak Allah SWT.
Awal bulan lepas isteri beliau dan anaknya Hasanah menghadiri majlis Isra' Mikraj di sekolah,dan Hasanah mengadu kekenyangan berkemungkinan akibat makan terlalu banyak.Keesokannya ibu Hasanah membawanya berjumpa bidan dan menurut bidan Hasanah mengandung sekurang-kurangnya empat bulan.Untuk mengesahkan lagi kehamilan tersebut,ibubapa Hasanah membawanya ke Hospital Sari Asih di Tangerang dan hasil pemeriksaan di hospital,bayi tersebut berusia enam bulan.
Hari Sabtu lebih kurang jam 8.30 pagi,Hasanah melahirkan seorang bayi,dan menurut jirannya Saenah 90 tahun,yang turut membantu mengakui Hasanah tidak berdarah dan masih dara.
Namun,seorang tokoh agama di Penampang,Achmad Chaerudin mengesyaki keluarga itu cuba menyembunyikan perkara sebenar.
-Maryam zaman moden?Aku pun tak berani nak komen.Apa yang berlaku sememangnya atas kehendak Allah SWT,apepun aku akan update lagi kalau ada susulan kisah Hasanah ni.
*Sumber berita Jakarta Post