Rasa lega bila ternampak kelibat Samir Nasri menjalani latihan untuk perlawanan menentang pasukan Malaysia sempena Asia Tour Arsenal.Sekurang-kurangnya sehingga tamat perlawanan persahabatan di Asia walaupun pintu perpindahan musim ni masih terbuka.
Robin van Persie,Jack Wilshere,Theo Walcott,Bacary Sagna,Alex Song,Tomas Vermaelen dan pemain yang baru diserapkan ke skuad utama iaitu Ryo Miyaichi kelihatan menjalani latihan.
Berumur 18 tahun,Ryo Miyaichi menyertai Arsenal pada musim panas 2010,dipinjamkan ke pasukan Feyenoord dan setelah tamat tempoh pinjaman,dia kembali ke Arsenal.Dilahirkan pada 14 Disember 1992,dan mula bermain bola untuk kelab sekolahnya iaitu Sylphid F.C di Nagoya.Ujian larian 100 meternya dikatakan 10.84 saat,dibawah sedikit dari Theo Walcott,10.30 saat.
Sepanjang tempoh pinjamannya ke Feyenoord,dia mendapat pujian untuk prestasinya yang mengagumkan sehingga media disana mengatakan corak permainannya adalah campuran antara Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo. Asia Tour memberikannya peluang untuk menunjukkan kualiti sebagai pemain tengah yang layak berada dalam pasukan utama.
Perlawanan malam ni jam 8.30pm di Stadium Bukit Jalil,dan bagi aku tak kisahlah siapa yang menang.Kalau pasukan Malaysia menang lagi bagus,sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat sebelum menentang Singapura.
p/s:dengarnya ada tayangan live di Astro Supersport 8.30 malam ni,sumbernya di aizatshafiq .Masa aku taip entri ni,takde plak announcement dalam website Astro.Kalau ada baguslah,tak jadi nak o.t lelama,hehe!