Rabu, 29 Disember 2010

Jurulatih Malaysia,Pemain Malaysia,Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010!!!

Tahniah untuk pasukan Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh di Stadium Gelora Bung Karno untuk mengecap kejayaan yang amat bermakna sebagai penutup tirai 2010.


Berbekalkan 3 gol yang diperolehi di Stadium Bukit Jalil,Malaysia tampil sederhana walaupun diasak bertalu-talu oleh jentera serangan Garuda.Penjaga gol Malaysia,Khairul Fahmi berjaya mempertahankan golnya daripada bolos ketika Indonesia dianugerahkan sepakan penalti.Sepakan penalti yang diambil oleh kapten Indonesia berjaya dibaca dan ditangkap kemas.
Sebaik saja separuh masa kedua bermula,gerakan cantik dan penyudah yang sempurna dilakukan oleh penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF,Safee Sali memberikan Malaysia satu gol di tempat lawan.
Sejak awal permainan kelihatan pengadil dari Australia yang sedikit 'bias' kepada Indonesia,tapi tak melunturkan semangat pemain Malaysia untuk mengekalkan defisit empat gol.Pamain Indonesia juga bermain dengan agresif dan agak merisaukan kem Malaysia.
Akhirnya pemain Indonesia,Nasuha berjaya membocori gawang Malaysia setelah menyambut bola muntah yang mudah disempurnakan beliau.Dan Indonesia memperolehi gol kedua setelah sepakan dari pemain Indonesia terkena pemain Malaysia lalu menerjah kedalam gol.
Walaupun Indonesia mendahului 2-1,aggregat perlawanan masih memihak kepada Malaysia sebanyak 4-2 dan keadaan itu berlarutan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Sepanjang perlawanan,pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia yang mempamerkan kualiti permainan yang sangat baik dan secara peribadi,pemain terbaik perlawanan adalah Khairul Fahmi.
Sekali lagi sekalung tahniah buat pemain Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di arena sukan Asia Tenggara.

Selasa, 28 Disember 2010

Terima Kasih ar-rifke.com!

Untuk penghujung 2010 ni,aku nak ucapkan terima kasih kepada ar-rifke kerana menjadi penyumbang trafik terbanyak untuk blog5zal ni.


Sejak mula berblogging secara serius pada 1 Ogos 2010,kunjungan yang diterima agak menggalakkan walaupun aku sendiri kadang-kadang kehilangan idea.Adat la untuk blogger part time macam aku.Insyaallah akan datang,selagi aku mampu menaip,dan selagi Acer Aspire 4520 yang berusia hampir 3 tahun ni masih relevan,blog5zal akan sentiasa diupdate.

Untuk statistik referring URL,ar-rifke.com mendahului justkhai.com,dan statistik referring sites menunjukkan ar-rifke.com di tempat ke-3.Terima kasih banyak-banyak!
Untuk post paling popular,posting 11 November 2010 bertajuk Mitsu,Kenapa Lancer Yang Kau Bagi?? mendapat pageview tertinggi.



Mungkin ramai pembaca yang curious dengan apa maksud ulasan panjang lebar aku.Seriously,ulasan aku hanyalah pendapat peribadi aku semata-mata.Itu pun ada juga komen yang agak 'aneh' sebab aku tak faham apa maksud yang cuba disampaikan pengomen tu.Dia cakap Toyota menyamar sebagai kereta buatan Malaysia dengan menjual Myvi,Kelisa,Alza dll.


'Menyamar'?
-Yang aku faham daripada ayat dia,'menyamar' tu sebagai satu perbuatan yang keji sebab dah menipu rakyat Malaysia.
'Saya amat sokong Proton keluarkan kereta rebadge Mitsubishi Lancer baru'?
-Adakah maksud dia bila Proton rebadging Lancer bermakna halal,kudus dan tidak menipu,manakala bila Perodua rebadging Toyota/Daihatsu bermakna penipu rakyat Malaysia?
Tujuan aku mengulas bukanlah nak memihak kepada mana-mana syarikat,cuma nak pembaca memikirkan dan melihat sesuatu yang tersirat.Cuba bagitau aku,kereta Mitsubishi apa yang paling laris kat Malaysia ni?Grandis?Colt?Bodohkah Mitsubishi nak bagi Lancer yang jualannya agak menggalakkan di Malaysia berbanding modelnya yang lain?
Dah tentu Mitsubishi tak bodoh,semuanya kerana bisnes bro,bisnesss!
Mungkin pembaca lebih menggemari posting berbentuk ulasan macam ni,dan aku plak tak pandai nak ulas sebarangan topik.Cuma isu tertentu akan aku sentuh sekadar yang aku tahu.
Apapun,terima kasih kepada pembaca dan blogger yang sudi singgah di shoutbox,yang membaca artikel,pemberi komen dan yang paling dihargai barisan follower yang sudi mengikuti blog5zal yang tak seberapa ni.Kehadiran korang memeriahkan blog5zal ni sangat dihargai.Trimas!



Isnin, 27 Disember 2010

Indonesia Diganyang Malaysia Piala Suzuki 2010;Apa Kata Indon?

Ni cerita yang banyak blogger dah update,tapi aku tak nak ceritakan benda yang semua orang dah tau.Aku nak share apa kata orang seberang tentang kekalahan 'timnas' diorang di bumi Malaysia.
Ada sebahagian forum yang menyalahkan laser dan sebahagian lagi menerima hakikat yang pasukan mereka kalah final pertama Piala Suzuki 2010.Tugas berat menanti Indonesian di Gelora Bung Karno!

"Matanya lagi kabur diincar laser ijo kok!"








Dah kalah tu terima jela.Banyak bunyik plak.Camni kan bagus!






Diakui peminat Indonesians!




WTF??




Makan ikan banyak skit,baru la cergas,mata pun teranggg!!

Jumaat, 24 Disember 2010

Tahniah Adikku Nurul Farhanim!

Entri ni khas untuk adik aku yang baru mendapat 9A dalam PMR yang belajar di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Afzan (TAHAP),Jerantut.
9A?
Terkejut gak aku bila tau semalam.Alhamdulillah,berkat dia rajin belajar.Walaupun jarang jumpa dia,most of the time aku tengok dia akan mengadap buku.Kalau dah bosan sangat,dia main game Zuma atau Mystery Case File Madame Fate.
Adik aku yang sorang ni memang aku kenal sangat sebab dari kecik aku jaga bila mak aku busy buat kuih.Karekter dia agak manja sikit sebab jarak dia dengan yang bongsu lebih kurang 6 tahun.Maybe sebab dia rasa dia yang last sekali.Tetiba,ehhhh??!Dapat adik lagi?
Aku masih ingat masa dia masih kecik,aku suka bawa dia jalan-jalan pusing kampung naik motor,takpun pegi tengok burung kat dalam sangkar di Pejabat Felda.Sampai dia terlelap atas motor.Dan aku masih ingat macamana aku ajar dia menulis guna tangan kiri.Nak tau sebab apa?
Sebabnya dalam keluarga aku,aku sorang je yang kidal,so aku nak dia ikut macam aku.Ada jugak geng,hehe!Tak sangka pulak kekal sampai dia besar.Dari kecik sampai la besar,dia memang tak banyak karenah.
Bila dia nak masuk sekolah menengah,aku agak sedih sebab aku takut adik-adik aku tak boleh survive duduk asrama dan berjauhan dengan keluarga.Kecik-kecik lagi dah berjauhan.Tak tau la kenapa,maybe sebab aku teringat betapa tak bestnya duduk hostel kat Teknik Temerloh dulu.
Mujurlah dia dapat menyesuaikan diri,atau aku je yang trauma lebih,haha!
Masa PMR dulu aku cuma mampu dapat 3A,5B.Dah cukup ok dah kalau kat sekolah dalam kampung aku.masuk je teknik,tak tau la kenapa aku tak minat belajar.Akhirnya kat sini la aku sekarang.Berbanding budak-budak sekarang,macam-macam dapat.nak belajar pun semangat sikit.
Apepun setakat ni,result dia yang terbaik dalam keluarga aku.Tahniah adik!

Khamis, 23 Disember 2010

Punca Malas Update dan Blogwalking!

Aku tak malas update blog.
Aku tak malas buat entri baru.
Dan aku tak malas menziarahi kawan-kawan blogger yang sudi singgah kat blog aku.

Tapi...
Kalau dah tahap macam ni..



Nak blogging ape kejadahnya.
Buka webpage Google pun sangkut-sangkut,ni kan pulak nak ziarah kawan-kawan.Hilang mood aku nak blogging.Dah makin parah la perkhidmatan Celcom Broadband kat area TTDI Jaya ni.Sejak beberapa bulan ni,speed average bawah 20Kbps.
Apa??
20Kbps???
Download petua je kot?Taip ON KENING dan hantar ke 12345 ke?Bulan-bulan ko bayar RM2 ek?

Errr...Pakej gua ambik ni 3.6Mbps,5Gb fair usage,RM98 hengget sebulan.Baru la mantap,coverage terluas di Malaysia.Cam ****!
Jangankan separuh,suku speed pun tak dapat.Aku bukan takat membebel kat sini je,kat diorang punya careline emel pun aku dah gegar.Siap aku attach sume bukti.Tak tau la ape tindakan diorang untuk atasi masalah aku dan orang lain ni.
Akibat kehampehan perkhidmatan broadband ni,rakan-rakan yang dah singgah kat blog aku ni,tak dapat aku nak lawat.Sampai tertidur tunggu loading page.Maaf ye kengkawan,ujung minggu kang aku ziarah semua sekali.Ujung minggu ada TM Unifi,tak de apa-apa masalah.
Satu lagi sebabnya Nuffnang tengah rajin menghadiahkan BE kat aku.Steakat ni dah tiga kempen,Nokia C3 LR,DiGi IPhone Music & Yellow Man dan yang terbaru City Chain Titus Xmas LR.Taknak la Nuffnang tengok performance blog aku ni makin menurun.Dapat maintain apa yang ada pun jadilahhhh...



Ok la jugak walaupun visitor tak la ramai mana,apatah lagi follower.Harap dapat la blog aku diupdate selalu dengan lancar.Nak kata rajin buat entri,visitor ramai pun tak jugak.Sebenarnya yang aku nampak,keyword tu yang paling penting.
Yang paling mendapat banyak searching masa 20 Disember 2010 ialah Spring Potato.Maybe sebab hujung minggu tu ada keluar dalam paper,so ramai la yang curious dengan Spring Potato.Disebabkan internet maha lembab,mood pun dah lari,keyword yang aku nampak buat masa ni banyaknya mencarut je.
Kita tunggu minggu depan,apa jawapan dan tindakan proaktif yang aku harapkan dari Celcom akan berlaku atau tak.

Rabu, 22 Disember 2010

Kesum;Polygonum Minus Huds

Kesum(Polygonum Minus) adalah tumbuhan yang banyak didapati di negara kita terutamanya di kampung-kampung.Tumbuhan ini mudah ditanam,dijaga dan tumbuh subur di tanah lembap dan berair.
Pokok yang renek ini mempunyai daun yang runcing dan tersusun pada batangnya serta mempunyai aroma yang kuat.
Batangnya berbentuk silinder berwarna hijau dan sedikit kemerahan.Terdapat ruas-ruas pendek yang mudah mengeluarkan akar.Terdapat dua jenis kesum iaitu yang tumbuh menjalar dan ada yang menegak.
Kegunaannya yang paling biasa di kalangan surirumah ialah sebagai penambah aroma didalam masakan asam pedas dan laksa.


Selain berfungsi sebagai bahan tambahan untuk masakan,Kesum mempunyai nilai-nilai perubatan tersendiri.Ia mampu merawat masalah perut yang tidak hadam dan masalah kelemumur.Bagi mengatasi masalah perut tidak hadam,daun kesum direbus dan airnya diminum.
Untuk menghilangkan kelemumur,daun kesum ditumbuk dan airnya diperah.Air daun kesum tadi disapukan ke kulit kepala dan dibiarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Pokok kesum yang telah dikeringkan
Khasiat pemakanan yang terdapat didalam kesum ialah ia kaya dengan beta karotena,vitamin A,vitamin C,dan juga bahan galian seperti kalium,kalsium dan fosforus.

Pokok kesum yang dikisar
Bagi tujuan pengekstrakan,bahagian kesum seperti batang dan daun yang telah dikeringkan dengan sempurna mestilah dikisar bagi memaksimumkan perolehan ekstrak.
Langkah seterusnya selepas pengekstrakan ialah evaporation,concentration dan pendinginan beku.Produk akhir yang terhasil ialah dalam bentuk serbuk larut air.

Selasa, 21 Disember 2010

Aku Makin Tua...

Hari ni 21 Disember 2010,makin bertambah usia aku setahun lagi menjadikan markah keseluruhan 28 tahun,huhu!


Umur yang kebanyakan teman-teman sebaya aku dah ada satu atau dua anak.Aku jugak yang solo lagi.Takpe,taun depan dah double,hehe!Oleh itu,aku nak mengarut sempena meningkat tuanya umur aku.

Sempena birthday yang ke 28 ni,Mizz Pucca telah menghadiahkan senyuman handphone baru setelah perletakan jawatan Encik Nokia bin N70 yang telahpun berkhidmat sejak Februari 2007.Banyak jasa beliau telah dicurahkan dan aku sangat sedih dengan pemergian beliau.
Walaupun beliau hanya mempunyai sijil 3G dan kemahiran mengambil gambar setajam 2 Megapiksel sahaja,abiliti beliau sangat mengkagumkan aku sejak 4 tahun dulu.Selain dari itu beliau sungguh skema kerana tidak pernah membuat masalah langsung sepanjang perkhidmatan beliau.Ketahanan beliau dihempas ke simen dan dibaling(untuk membuktikan kepada Encik Yop yang walaupun beliau bukan Zitron,hanya AP set),cukup membuktikan beliaulah calon yang layak.Sungguhpun AP set,beliau adalah Made In Finland jooo!!
Dan pengganti beliau ialah Cik Sony Ericsson Aino U10i yang masih muda,seksi,dan bijaksana.


Cik Sony Ericsson Aino memiliki ijazah dalam WiFi,Wisepilot GPS,semi touch screen,dan mata setajam 8.1 megapiksel.Waktu malam agak rabun ayam kerana hanya dibekalkan LED flash yang kurang ampuh berbanding Satio yang bermata helang 12.1 Megapiksel dan flash Xenon.
Cik Aino disyaki manja kerana tubuhnya sliding dan aku tak yakin nak mengerah dia sepertimana aku mengerah keupayaan Encik Nokia N70 yang gagah perkasa.Oleh itu aku melayannya seperti melayan seorang wanita,perlu dilap selalu,diupdate antivirusnya dan diserikan dengan tema-tema yang cantik supaya dia tak segan silu bersosial dengan kengkawan henpon yang lain.
Selain kelayakan Cik Aino tadi,beliau dikira bertuah kerana calon asal adalah DSLR atau PS3.Tetapi DSLR demand gaji basic dekat 3K(campur elaun lens dekat 1K),permohonan beliau ditong sampahkan sahaja.Manakala calon berbakat dan disukai oleh aku,PS3,telah melepasi syarat dan permintaan gaji yang sesuai.Malangnya pengerusi syarikat kurang tertarik dengan resume beliau yang hanya tahu main game.Pengerusi syarikat tak pandai main game.Main game Zuma ngan Mystery Case File sahaja yang pengerusi tahu.Tetapi nasibnya tak begitu malang berbanding DSLR,resume beliau masih KIV sehingga hujung tahun depan.
Tempat duduk beliau telah pun disediakan iaitu meja LG Scarlet LCD HD dan berkerusikan component cable bersalut 24K gold.

Kat bawah ni plak perjalanan ringkas kehidupan aku sejak 28 tahun dulu:
1988:masuk tadika Lepar Utara 8 bercikgukan Cikgu Fauziah
1990:Darjah dua Sek.Keb.Lepar Utara 8,dapat nombor satu,yeayyy!
1994:UPSR di sekolah baru Lepar Utara 8,dapat result B,A,C,A...bacaaa...
1997:PMR di SMKLU,dapat 3A,5B,ranking dalam sekolah no.4.ntahapehapentah
1998:Masuk sekolah teknik Temerloh,SMTT.Ni sekolah ke,Henry Gurney??
2000:Awal tahun,result SPM,hancussss!!Hate PKA,love Automotif
2001:Chentakan Automotif,amik SAD.Sijil Automotif Diesel,tengah pengajian dah bosan.Sebabnya dah khatam asas automotif masa kat SMTT
2003:Graduate POLISAS,tapi tak pegi.Baik tolong arwah bapak aku siapkan kontrak expansion bangunan JKKR,ada gak faedah.Sijil dikirim ke rumah.
2004:Disember 2004,merantau ke Puchong,menceburi bidang kosmetik bersama Clara International
2006:Bermain bidang herba dan jamu bersama bapak Syarief,BioHerbs Laboratories subsidiari Putri Binari."Ayo ibu-ibu,mari coba jamu rapett!"
2008:Sambung study,Diploma in Mechanical Engineering di PSA
2009:Mac 2009,bermain herba yang lebih global bersama Phytes Biotek,subsidiari Biotropics Malaysia Berhad
2010: Mei 2010,tamat pengajian Diploma dengan jayanya
2010:18 Ogos 2010,bertunang dengan Mizz Nina Mizz Pucca
2015:nak beli rumah
2020:Malas nak kerja dengan orang,nak berniaga sendiri

Ganbatte!

Ahad, 19 Disember 2010

Contest Blog Terkemas by Hana?


Aku dah ditag??
Ape tu?maklumlah 1st time ada blogger yang sudi mentag blog aku ni.Thanks to Miss Ann sebab sudi mentag blog hamba ni,huhu!
Kontezz yang dianjurkan oleh Hana ni memerlukan peserta memfollow blog beliau(tak follow pun xpe dia cakap).Dan jugak tag 3 orang blogger.Hmmm..simple je.Tapi cmana aku nak rembat banner dan linkkan ke blog beliau??
Owhhhh...buta ITnya aku....
Apepun selambe jela tag sesape yang aku rasa blognya kemas,haha!

bluesriders

warnailahhidupku

muhdkhairulfarhan

Pemandu Wanita dan Gear Manual


Biasa tengok pemandu wanita kat jalanraya Malaysia macam ni tak?

Jumlahnya mungkin tak ramai tapi realitinya,memang ada!Tapi yang aku nak bincangkan kenapa wanita susah nak memandu kereta bertransmisi manual sedangkan masa ujian memandu dah tentu belajar pakai kereta manual.Mujurlah tak lama lagi akan disediakan kereta automatik untuk belajar di sekolah memandu.Makin kurang la awek-awek hot.Sebab aku memang respek awek drive kereta manual.
Apa yang aku nak cerita ni adalah kerana kesian dengan beberapa kawan aku yang terpaksa berulang alik menghantar dan menjemput isteri di tempat  kerja,sedangkan isteri diorang ni ada lesen memandu.
Punca masalah kenapa wanita semakin susah nak memandu kereta bertransmisi manual adalah kerana lenguh kaki tekan klac bila jalan jem,dan yang penting sekali aku rasa jawapannya adalah perempuan tak faham apa yang dinamakan KLAC(CLUTCH).Yang diorang kenal hanyalah clutch bag!

Komponen klac manual
Clutch bag!

Masa belajar untuk ambik lesen memandu,diorang cuma tau bila nak masuk gear,kena tekan clucth.Tapi apa yang berlaku kat dalam enjin diorang tak tau dan tak boleh nak imagine.Memang la mudah pakai kereta bertransmisi automatik terutamanya bila terpaksa berhenti di tengah bukit,tapi tujuan aku menulis ni untuk meningkatkan kefahaman wanita tentang transmisi manual.
Banyak kelebihan transmisi manual ni.Antaranya:

-Kurang penyelenggaraan.Tak payah pening kepala,confirm tahan lama dan tak banyak songeh
-Maintenance cost yang rendah
-Penggunaan bahanapi(fuel consumption) yang lebih rendah berbanding transmisi automatik.Minyak makin mahal,tak akan jadi murah punya!
-Memandu dan memilih tahap RPM menggunakan otak,bukan dikawal oleh komputer.Manfaatkan puncak kuasa(peak power) dalam setiap gear,baru la rasa nikmat memandu babe!

Fungsi klac
"Klac berperanan menyambung dan memutuskan kuasa putaran yang dijanakan oleh enjin ke kotak gear"

Tak faham?
Tengok gambar ni:

Nampak kat mana kedudukan klac?Klac terletak antara flywheel dan gearbox.
-Bila enjin dihidupkan,piston bergerak turun-naik dan memusingkan crank(crankshaft) yang bersambung dengan flywheel.
-Semasa dalam keadaan gear neutral(free),klac dan flywheel melekat.Pusingan crankshaft menyebabkan flywheel dan klac berpusing sekali tapi tak ada apa-apa berlaku sebab gear free.
-Untuk memasukkan gear pertama,perkara pertama kena buat ialah memutuskan sambungan klac dan flywheel.Kenapa kena putuskan?Sebabnya macamana gigi gear nak masuk kalau shaft gearnya berpusing.Mesti kena putuskan dulu.Barulah shaft gearnya berhenti berpusing dan dapat bercantum dengan gigi gear dalam kotak gear.Inilah yang berlaku bila kaki MENEKAN PEDAL KLAC.
-Klac dah tekan dan sekarang masukkan gear satu.Senang je kan?
-Step yang paling susah untuk perempuan,melepaskan klac perlahan-lahan.Susah sebab tak dapat imagine apa yang berlaku masa ni.Bila melepaskan klac,permukaan klac akan bercantum semula dengan flywheel dan kereta pun bergerak.Tetapi kena perlahan-lahan kalau tak nak kereta kesayangan korang melompat.
-Caranya dengan melepaskan klac perlahan-lahan sampai enjin terasa macam nak mati,tapi tak mati.Dalam masa yang sama tekan minyak sikit sampai kereta mula bergerak dan bolehlah lepaskan pedal klac.Slowlyy...
-Untuk gear seterusnya,dah tak jadi masalah dan enjin tak akan mati walaupun klac dilepas agak cepat.Sebabnya kereta dah berjalan dan enjin ada momentum putaran.
-Step seterusnya,PRAKTIS.Ulang-ulang step ni di kawasan lapang sampai cekap.Tutup radio dan dengar bunyi enjin masa lepaskan klac.Nak best lagi,buka kasut mahal korang dan rasa getaran halus di tapak kaki.Getaran tu menandakan enjin kereta korang masih hidup.

Bila dah faham dan dapat rasa tugas klac,mesti boleh gerakkan kereta yang berhenti kat bukit tanpa skil handbrake yang dipelajari kat sekolah memandu.Tapi terer pakai skil handbrake pun dah sangat memadai.
Perkara ni juga berlaku kat aku bila aku serahkan Myvi manual kesayangan aku untuk tunang aku pakai.Aku plak cukuplah pakai motor je.
Tapi tugas aku tak susah sebab tunang aku pernah memandu dengan transmisi manual cuma dah agak lama ditinggalkan ditambah lagi dia membeli Viva Elite Automatik.Alhamdulillah dengan kesabaran aku mengeksplain sambil membebel dan kerajinan dia belajar,dalam seminggu dia dah cekap semula.
Tahniah Mizz Pucca !Jaga dan bawak elok-elok Myvi abang ye?huhu!Sedihnya berpisah dengan Froggy!

Spring Potato Cafe;Hidangan Menu Korea

Hari ni buat kali kedua aku merasa makanan Korea selepas pertama kali mencuba di Restoran Licki-Licki.Bezanya cuma konsep Licki-Licki menghidangkan makanan secara layan diri dan menunya seperti steamboat(atau memang steamboat kot?!),dan di Spring Potato Cafe,menu seperti kimpab,sundubu jigae dan kimchi sebagai menu percubaan.


Hasil tontonan drama Korea yang melampau,(tapi nak sebut 'selamat menjamu selera' dalam bahasa Korea pun tak reti,haha!),ditambah dengan kolum khas dalam Harian Metro,tunang aku dengan terujanya mengajak aku mencuba makanan Korea sebab nak ambik mood Korea la kunun-kununnya.
Terletak di No.11,Jalan Sri Gombak,Batu Caves,Spring Potato Cafe baru seminggu dibuka dan menu istimewanya ialah spring potato(macam french fries,tapi dipotong dengan mesin khas) berbagai perisa.Selain dari tu,menu lain ialah masakan popular di Malaysia dan western food turut disediakan.Mengikut penerangan Marketing Managernya yang peramah dan Bahasa Melayunya yang agak fasih,kafe ni adalah perniagaan keluarga mentuanya.
Encik Haikal atau nama Koreanya Jin Woon adalah warga Korea dari daerah Daegu,berkahwin dengan wanita Melayu dan sudah tiga tahun menetap di Malaysia.
Dan hari ni adalah hari pertama kafe Spring Potato menghidangkan beberapa menu Korea sebagai percubaan untuk maklumbalas pelanggan.

Bahagian dalam kafe yang dihias sederhana dengan warna-warna ceria disulami alunan lagu dari drama popular Korea
Artikel-artikel akhbar yang menunjukkan menu utama kafe ni,spring potato yang sedap!
Spring potato yang besar berperisa black pepper dan Perfect Taste,minuman campuran jus laici dan rambutan
Makanan dah sampai!
Sundubu jigae;campuran tofu,udang dan telur.Macam tomyam je, tapi tak pedas

Ini pulak kimpab,rupanya macam sushi.Diberikan oleh pemilik restoran untuk kami rasa dan yang penting sedap dan percuma!
Yang ini namanya kimchi.Tak cukup sifat Korean kalau tak ada kimchi.
Secara keseluruhannya aku rasa money value dan apa yang dihidangkan sangat berbaloi dan juga satu pengalaman baru bila merasa makanan negara luar.Apa yang penting ialah semuanya halal dan mengikut penerangan Encik Haikal@Jin Woon,bilangan menu Korea akan ditambah sedikit masa lagi dan masakan Melayu yang ada akan diberikan sentuhan citarasa Korea.
Menu yang dihidangkan adalah menyihatkan dimana minyak untuk gorengan menggunakan minyak zaitun(olive oil tanpa kolestrol),dan teknik masakan lebih kepada sup dan kukus.Rakyat Korea sangat mementingkan kesihatan dan amalan memakan kimchi dapat menjaga kecantikan kulit dan mengurangkan risiko kanser.Dat's why awek Korea berkulit bersih agaknya,huhu!
Sempat juga Encik Haikal@Jin Woon mencadangkan aku dan tunang aku honeymoon di pulau Jeju(Jeju/Cheju Island).Dia cakap tempat tu lebih berbaloi untuk dilawati berbanding Seoul.Emm...boleh kot,duit Nuffnang dah ada RM4.16sen,lagi 20 tahun boleh la pergi melawat Korea,haha!
Untuk maklumat lanjut,kunjungi laman web http://www.springpotato.com.my/ dan blognya http://potatoboom.blogspot.com/ .

Jumaat, 17 Disember 2010

Segmen Khas BioUsahawan,BiotechCorp:Biotropics Malaysia Berhad

Anda semua tentu perasan satu segmen khas dalam Buletin Utama yang memaparkan segmen BioUsahawan bersama BiotechCorp.Rancangan tu khas untuk highlight syarikat bumiputera yang mendapat status Bio Nexus dari Biotech Corp.
Kali ni giliran syarikat Biotropics Malaysia Berhad,iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang menjalankan kajian tentang potensi biodiversiti bumi Malaysia.Selain menjalankan kajian,pihak Biotropics bertanggungjawab memasarkan produk ekstrak tongkat ali ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Produk ekstrak tongkat ali yang mendapat paten US ini dipasarkan dalam bentuk serbuk yang 100% larut air dan terjamin mutunya kerana proses pengekstrakan menggunakan mesin yang canggih hasil teknologi Jerman dan pengeringan beku(freeze drying).
Teknik pengeringan beku merupakan teknik pengeringan ekstrak herba terbaik kerana suhu pengeringan adalah antara 30 darjah selsius dan suhu terendah sehingga -75 darjah selsius.Maka,khasiat dan nilai-nilai klinikal yang terkandung didalam ekstrak tidak akan terjejas.
Berbanding kaedah komersial yang kebanyakannya menggunakan spray dry,haba yang digunakan untuk mengeringkan produk menyebabkan banyak kandungan aktif didalam produk tongkat ali akan rosak.Oleh kerana itu,kaedah freeze drying dipilih untuk memastikan produk ini dapat dipasarkan ke negara US yang mempunyai syarat-syarat piawaian yang ketat.
Bagi segmen khas Bio Usahawan yang akan disiarkan Selasa depan,pihak TV3 telah datang untuk melihat dan merakamkan perjalanan proses pengekstrakan tongkat ali bermula dari raw material hinggalah proses penyediaan untuk mengeringkan liquid concentrate menggunakan freeze dryer.

Biotropics Malaysia:Verified Herbal Actives
Merakamkan perjalanan tongkat ali chip dari pneumatic feeder ke extractor
Dibawah percolator hasil teknologi E&E Verfahrenstechnik GMBH dari Jerman 

Wartawan segmen BioUsahawan membincangkan sesuatu berhampiran stesen sterilisation

Wartawan sedang praktis skrip dihadapan freeze drying room
"lupa skrip pulak!!"

Kawan-kawan jangan lupa saksikan segmen khas produk tempatan yang berkualiti antarabangsa didalam Buletin Utama jam 8.00 malam,hari Selasa,21 Disember 2010.(alamak,birthday aku daa!)

Isnin, 13 Disember 2010

Seminggu Meninggalkan Kesibukan Kota...

Pertamanya,aku nak minta maaf kat semua visitor yang dah menjejakkan kaki ke blog ni sejak seminggu lepas tanpa lawatan kembali dari aku.Selama seminggu aku 'menghilangkan' diri sebab menenangkan fikiran di dua kampung.Pertamanya tempat kelahiran aku,Tali Air 8 Sungai Leman,Sekinchan dan kampung halaman aku di Lepar Utara 3,Jerantut.
Memandangkan annual leave aku banyak lagi,dan tempat kerja pun tak sibuk,tanpa was-was aku apply cuti seminggu penuh untuk berehat dikampung dan itupun balance cuti still ada 10 hari setengah lagi.Seminggu cuti semuanya aku tinggalkan,Facebook,Blog,Tagged(main game masak-masak,huhu!)...walaupun dalam masa yang sama aku agak risaukan blog aku.
Memang aku ada broadband tapi serius bullshit,coverage tahap GPRS kat Sekinchan,jadah ape nak blogging.Nak buka webpage Google pun terkial-kial.Sudahnya blog ni terabai selama seminggu.
Dah agak lama aku tak menjengah kampung aku kat Sekinchan,kali terakhir sejak nenek sebelah mak aku meninggal.Lebih kurang 3 tahun agaknya.Malam hari Jumaat,aku bergegas balik Jerantut ambik mak dan adik-beradik aku(semua sumbat dalam Myvi),pagi Sabtu terus gerak balik Sekinchan.


Sepanjang perjalanan ke TaliAir 8,Sungai Leman.Rasa peace gila bila tengok sawah padi yang terbentang menghijau kat sebelah kiri jalan.Sekarang padi dah nak masak.


Close up padi depan umah nenek aku.Gemuk-gemuk butir padinya,compare dengan zaman aku kecik-kecik dulu.Klon baik dah kot?Dulu masa kecik-kecik,bila sampai musim mengetam padi,aku suka tengok mesin padi.Arwah abah aku selalu bawak aku naik motor pusing kampung.Mesin padi aku suka,yang aku tak suka,mesin membajak Kubota.Masa kecik aku cukup takut dengan Kubota.



Rumah peninggalan nenek sebelah arwah abah aku.Masih sama macam dulu.Kat rumah ni aku membesar sampai umur 5 tahun.Aku suka main kat tingkap kecik tu.Kat bawah rumah la kepala aku terhantuk rasuk masa didukung sepupu aku.Walaupun masa tu aku masih kecik,semuanya masih jelas dalam ingatan aku.


Koko keliling rumah yang banyak kenangan kat aku.Dulu aku selalu tolong makcik aku kutip koko,korek isi dia dan jemur bagi kering.Kadang-kadang selamba je makan mentah-mentah,sedap gak!Sama jugak macam kelapa.Kelapa dibelah dua,dijemur sampai lekang dan dikorek isinya untuk dijual.
Selain padi,koko kering dengan kelapa kering menjadi pendapatan sampingan untuk petani sawah kat Sekinchan ni.


Satu benda yang wajib tiap kali aku balik Sekinchan,melepak tepi pantai.Pantainya tak la cantik dan tak ada orang nak mandi-manda.Tapi syok dengar deruan ombak yang menenangkan.Airnya dah agak bersih berbanding sebelum ni yang agak keruh.Pantai ni pernah tercemar dengan sisa-sisa minyak sekitar tahun 1993 atau 1994,aku pun tak pasti sangat.
Kerana sisa minyak tu lah pukat arwah atuk aku rosak dan terus botnya sekali dijual.Aku sempat merasa naik bot arwah atuk aku sekali je.



Memancing hukumnya 'wajib'!Haha!Satu lagi aktiviti setiap petang.Aku empat beradik memang kaki pancing.Pantang jumpa air.Dah memang siap-siap bawak enam batang pancing.Mujur bawak lebih,dua batang patah.Sebatang joran MGFA siri Viper adik aku punya aku dah terjahanamkan sebab gopoh masa keluarkan dari dalam bonet.
Dengarnya sembilang tengah banyak,tapi sekor pun tak dapat.Layan gelama pun jadilahhhh.....


Tugu sauh kapal kat Jeti Sekinchan.Sauh real ni beb,bukan cement craft.Tak pasti la sauh dari kapal apa yang besar bagak ni.Dalam banyak-banyak gambar,satu pun takde gambar aku.Sebabnya,aku tak suka bergambar,haha!
Hari terakhir,aktiviti barbeku.makcik aku beli ayam,udang,jagung dan kerang utuk buat kerang bakar.Meriah bila dapat berkumpul dan makan sama-sama.Sepanjang tiga hari kat kampung,memang lega dapat buat aktiviti kegemaran.Cuma belum sempat aku merasa siput mentarang.Kat kawasan Sekinchan ni memang terkenal dengan deretan gerai-gerai tepi jalan yang menjual mentarang.Harga pun murah,RM10 untuk 3 kilo.
Kalau tak buat makan pun,pemancing kat sini guna isi mentarang untuk umpan sembilang.
Baki cuti aku habiskan kat Jerantut,Pahang.Sebelum ni pun memang dah jadi aktiviti tahunan untuk keluarga aku meluangkan masa agak lama di Sekinchan bila sampai musim cuti sekolah.Bila arwah abah aku dah tak ada,aku plak yang bertanggungjawab sambung aktiviti tahunan ni.



Khamis, 2 Disember 2010

Me @ MAHA 2010

Semalam,aku ditugaskan untuk menjadi photographer bidan terjun untuk syarikat aku sempena penyertaan didalam MAHA(Malaysia Agriculture,Horticulture and Agrotourism Show) 2010.Ni kali pertama syarikat aku menyertai event terbesar di Malaysia yang akan berlangsung setiap dua tahun.
Dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan FAMA.


Lebih 1000 penyertaan dari syarikat tempatan dan 25 negara menyertai MAHA tahun ni.Bertepatan dengan musim cuti sekolah,pengunjung membanjiri MAEPS(Malaysia Agro Exposition Park Serdang),walaupun bukan pada hujung minggu.Mengikut statistik pengunjung,sehingga semalam sahaja jumlah pengunjung mencapai 1,354,000!
Memandangkan respon dari kawan-kawan aku yang bertugas sebelum ni,aku dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan ketiadaan parking.Tepat jam 8.15am,aku dah terpacak depan Hall D bersama En.Suffian yang turut ditugaskan menjadi photographer untuk hari Rabu.Acara bermula pukul 10.00am,tapi tak rugi datang awal.
Aku dimaklumkan setiap pengunjung yang membawa kenderaan akan dikenakan bayaran RM3 untuk parking.Tapi entah macamana,aku tak payah bayar. :P


Hall D yang menempatkan gerai-gerai makan yang banyak untuk pengunjung menjamu selera.Di hadapan Hall D ialah tapak parking yang terdekat kalau tak nak jalan kaki jauh.


Sekitar jam 8.45am,tak berapa ada pengunjung lagi.Di sebelah kiri ialah Hall C yang menempatkan booth syarikat International,di bahagian tengah Hall A,booth syarikat-syarikat kerajaan,dan di sebelah kiri yang terlindung menempatkan booth syarikat tempatan yang memasarkan produk makanan dinginbeku.


Booth syarikat aku,Biotropics Malaysia Berhad yang berkongsi dengan syarikat Blue Archipelago dan MAFC.Semuanya adalah anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.Terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Hall C dan merupakan booth yang terbesar dalam hall tu.
Kepada pengunjung yang membeli produk kapsul tongkat ali Nu-Prep,berpeluang masuk kedalam wind tunnel dan berpeluang memenangi hamper bernilai RM500.Ini bukan sebarangan tongkat ali,tongkat ali high tech maa!Tak percaya,tanya aku.Serius aku akan explain.


Weapon for image 'shooting',Canon EOS 50D.Bukan aku yang punya.Semua gambar dalam entri ni menggunakan Sony Ericsson Aino U10i.



Bersama Mr Loke Wai Kong,sales manager sebelum masul kedalam bilik seminar di Hall D.


Seminar mengenai tongkat ali yang di sampaikan oleh Tengku Shahril dan Dr.Ismail Tambi(gambar).Sesuatu yang agak menarik mengenai seminar ni ialah lebih 65% perserta seminar adalah wanita.Seminar adalah berkenaan kajian sains terhadap kesan ekstrak tongkat ali tulen terhadap tubuh badan manusia.Seminar juga bertujuan untuk menerangkan penggunaan tongkat ali sebagai suplemen dan menjawab soalan berkenaan kefahaman dan tanggapan rakyat Malaysia terhadap tongkat ali.



Sekitar jam 1.15pm.Pengunjung semakin ramai memenuhi setiap dewan pameran

Antara gambar menarik yang sempat aku rakamkan sebelum bateri handphone habis...


Pisau dan parang buatan tangan bersarungkan kayu hanyut.Ada satu lagi produk unik yang tak dapat aku rakamkan gambarnya iaitu tumbuhan bernama 'mati hidup semula'.Dikatakan tumbuhan tu hidup di kaki gunung berapi.Apa yang dikatakan mati hidup semula ialah bila tumbuhan tu direbus,warnanya bertukar menjadi hijau.Khasiatnya aku tak pasti la.
Kalau nak tengok,cari di dalam dewan pameran aras 1 Hall D.


Udang karang dari laut Acheh.Sekilo RM120 jerr.......


Pengunjung tak putus-putus datang walaupun masa ni jam dah pukul 3.30pm.Pukul 4.15pm semua hilang masuk dalam hall sebab hujan lebat amat sangat.
Ekspo MAHA 2010 ni memang menarik cuma pastikan datang awal dan penuhkan la kereta.Jangan pergi sorang dua je.Bawa anak-anak sebab sekarang kan cuti sekolah.Lokasinya disini:

Image from www.mahaexpo2010