Jumaat, 15 Julai 2016

Menukar Motor Kipas Radiator Myvi

Salam Syawal dan berjumpa lagi dalam siri berpomen kereta sendiri. Posting-posting sebegini agak jarang sebab bila kereta rosak baru ada story. Kalau boleh jangan la rosak manjang, tapi yelah kereta dah tua banyak la part yang dah mula uzur.
Baru-baru ni kereta aku ada masalah waktu nak pergi kerja. Sambil-sambil tunggu traffic light hijau, aku perasan ekon tak berapa nak sejuk. Aku pusing tombol sampai nak habis pun tetap sama. Aishhh...apesal pulak ni?
Kemudian aku perasan temperature enjin makin meningkat.Ah,ni kipas buat hal la ni. Kipas radiator aku tu memang aku dah mark akan kong bila-bila masa. Almaklumlah dia dah berjalan keliling bumi 6.2 kali. (250,000km).
Step pertama,jangan gelabah puyuh. Buat-buat cool macam takde pape. Kalau sangkut tengah jem kereta tak bergerak, matikan ekon, turunkan cermin dan tutup enjin. Nak bergerak baru start. Dalam kes aku, area rumah aku tu je jem sikit sebab ada construction MRT. Lepas area Pelangi Damansara, baru la line clear sampai Taman Daya Kepong.
Motifnya adalah kerana waktu kereta tak bergerak, haba enjin tak dapat dibuang dengan bantuan kipas. So kalau dah nampak jarum temperature tu perlahan-lahan naik, tutup je enjin sebelum jarum sampai garis merah. Lebih garisan merah ni, kebarangkalian untuk head bengkok sangat tinggi.

Bila kereta bergerak, ada bantuan aliran udara dari depan, so tak ada masalah sepatutnya. Aku buat macam tu sampai la selamat parking kat opis. Bila enjin dah sejuk sikit, bolehlah buat kerja-kerja penukaran motor kipas. Problem benda-benda yang bernama motor ni biasanya carbon brush habis je, jarang rosak sebab isu lain. Kalau kipas angin rumah selalu jem tu pasal takde grease kat shaft dia. Selalunya kipas rumah cap ayam la yang tak pakai bearing. Diorang ganti dengan benda serupa tembaga tah apa nama dia.

Cara-cara nak DIY motor kipas Myvi ni kacang je. Org lelaki wajib kena tau, yang perempuan tak apalah, takkan nak baring-baring bawah kereta dengan baju kurung pulak. Ikut step kat bawah ni, sori ya gambar tak ada.

1. Sediakan tools seperti ratchet sekali dengan extension dia. Tak perlu yang panjang-panjang, yang 3 inci pun cukup sebab ruang kerja tak banyak, soket saiz 8 dan 10mm, pemutar skru Philips dan playar.

2. Apa-apahal pun sebelum mulakan kerja, tanggalkan terminal -ve bateri. Safety ni, jangan tanya kenapa. Lepas tu buka kotak penapis udara. Ini senang je, buka klip lepas tu buka dua bolt 10mm. Angkat keatas untuk lepaskan kotak penapis udara dari throttle body.

3. Cabut hos getah radiator. Sebelum cabut tu pastikan enjin dah sejuk ye. Kang ada yang kena kukus. Cabut bahagian hos yang melekat pada radiator. Yang ni pakai playar je. Kepit klip dia bagi longgar dan bolehlah tarik hos.

4. Tanggalkan soket kipas. Pandai-pandailah buat macamana asalkan tertanggal tanpa merosakkan dia.

5. Persiapkan ratchet tadi dengan extension dan soket 10mm. Buka empat bolt di kesemua sudut housing kipas. Bahagian yang paling sukar ialah bolt di bahagian bawah yang paling hampir dengan foglamp. Boltnya agak kedalam dan ruang yang ada sempit. Aku baring terus, senang buat kerja. Usaha lah sikit ye?

6. Selesai buka semua bolt, tarik keatas housing kipas tu. Nampak macam susah nak lepas, tapi memang boleh keluar. Kreativiti tu penting.

7. Buka nat saiz 8 yang mengikat kipas kepada syaf motor dan dua skru Philips untuk menanggalkan kipas dari housing.

8. Bawak part pegi kedai sparepart. Sebut je nak motor kipas radiator Myvi 1.3. Kalau diorang tak kenal, baru tunjuk sampel part. Memang ada pesen kedai spare part yang suka minta nak tengok sampel, takut tak sama. Tapi jarang la tokey tak kenal, lagipun bukan kereta modified.

9. Brand asal yang ada pada Myvi 1.3 facelift 2009 ialah Denso dan Made Indonesia. Aku beli brand yang sama cuma printing atas motor tu tulis Made In Japan dengan harga RM120. Tak tau la ori ke tidak. Harganya oklah pada aku.

10. Yang terakhir, pasang balik ikut reverse order, atau bahasa ibundanya undur balik. Lagi tak paham,haha! Senang je kan? Topup balik air radiator then free to go.

Semalam masa balik kerja wife aku ada bagitau satu cerita yang boleh dijadikan teladan. Berkait dengan cerita motor kipas radiator ni jugak.
Kawan dia menghadapi problem yang sama macam kes aku ni lah. Kawan dia pun call la husband dia. Dalam dok menunggu tu datang la pomen macha yang offer bantuan. Kawan wife aku ni pun cakap tunggu husband dia sampai.
Lepas 3 jam tunggu, husband dia sampai dan bagi approval untuk pomen tu repair. Masalah bemula disini.

Lepas bagi approval husband dia terus blah tinggalkan bini dengan pomen. Pomen pulak jenis nak mengencing je kerjanya, dikaborkan la yang ada benda lain rosak juga. Si isteri ni tentu-tentu lah tak tau apa, terpaksa agree sajalah dengan kos pembaikan yang berganda-ganda.
Pomen macha ni charge lebih RM500 untuk problem kipas rosak ni saja. Kesian campur marah bila aku dengar cerita wife aku.
Harga mahal tu nombor dua. Yang paling penting apesal tinggalkan bini macam tu saja? Eh, rasa nak mencarut pulak dalam bulan Syawal ni. Dibuatnya bini dia kena culik ke, rogol ke cemana??
Haiii la manusia macam ni pun ada. Nak cari ilmu berpomen jauh sekali, tunggu dan jaga keselamatan isteri pun tak boleh? Tak payah kawin la cam tu bang. Toksah bagi alasan sibuk kerja, jadi apa-apa karang menyesal pun tak guna dah.
So, suami-suami sekalian, jadilah jantan yang bertanggungjawab. Jangan tau nak sedap je. Belajar sikit-sikit asas membaiki kereta. Aku pun bukan lahir-lahir pandai terus, dah tentu la belajar. Duit dah tentu jimat, hasil kerja puashati. Lagipun macho apa lelaki main minyak, kotor-kotor tangan.
Sekian.

Selasa, 12 Julai 2016

Comment Box Is Back!

Salah satu faktor yang aku rasa punca penurunan pembaca ialah kehilangan kotak komen.
Selepas try n error bermain HTML code, akhirnya kotak komen berjaya dikembalikan seperti dulu.

Jemput-jemput la berkomen ye? Nak berhujah pun boleh. Kita sembang secara ilmiah. Satu dua artikel akan menyusul dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Selasa, 7 Jun 2016

Honda Wave Victory 150?

Masa ura-ura Honda Sonic 150 bakal dilancarkan di Indonesia tak lama dulu,aku tak berapa teruja sangat sebab lebih tertarik dengan spesifikasi Satria FI 150. Sebabnya adalah aku yakin canggih mana pun, mesti tak masuk Malaysia.
Tinggallah Yamaha Y15ZR bermaharajalela di pasaran tempatan tanpa pesaing. Ini bukan benda baru. Sejak Yamaha LC135 keluar, Honda dan Suzuki tak serius langsung nak compete dengan model ni sepertimana negara jiran.Ada ke patut keluarkan Wave S rupa orang tua? Bila keluarkan Wave Ultimo, semuanya dah terlambat. Suzuki pulak bukan tak cuba langsung, diorang pernah try kategori moped ni jauh lebih awal dari Yamaha LC dengan menjual Suzuki FX125. Masalah dia masa tu mat motor Malaysia masih lagi obses dengan 2 lejang yang mudah sangat nak bagi laju.
Bagaimanapun era kapcai empat lejang ni menyaksikan Yamaha bakal menerima tekanan apabila dijangka Honda Sonic bakal dibawa masuk ke Malaysia didalam rupa bentuk moped sepertimana yang telah dilancarkan di Vietnam iaitu Honda Winner 150. Nama yang dikatakan akan digunakan untuk model terbaru ni adalah sama seperti tajuk entri ni, Honda Wave Victory. Bagi aku tak payah nak victory bagai, pakai nama Wave 150FI (fuel injection) sudah.
Persaingan kategori 150 akan menjadi lebih seimbang jika Suzuki juga membawa masuk Satria FI iaitu 'adik' kepada Belang yang ditambah baik dengan sistem pancitan bahanapi dan piawaian Euro yang lebih tinggi. Berdasarkan sejarah sebelum ni, Suzuki tidak keberatan membawa Suzuki Belang yang terang-terang bukan selera tempatan, namun ada peminat 'niche' tersendiri.
Terus terang aku cakap, dominasi dan demand menyebabkan harga Yamaha semakin merepek. Contohnya 125ZR dah cecah harga RM10,000.00 diikuti Y15ZR sekitar RM9,400.00. Kegilaan apakah ini? Itupun ada yang sanggup bayar 9.4k untuk sebuah moped tanpa kick starter.SOHC pulak tu.
Bilamana Honda mempamerkan Winner 150, tak syak lagi model ini mampu mengugat jualan Y15ZR jika dilancarkan pada harga yang tepat iaitu sekitar 8-9 ribu. Lagi murah, lagi bagus.

Pertama sekali tengok rupa dia. Siapa kata tak cantik? Eh, ada aku baca kat Facebook haritu, ada yang kata lawa lagi Y15ZR, yang ini serupa SYM je. Ya, betul. Y15ZR pun sebuah motorsikal yang cantik,tapi yang ini juga cantik woii!

Macam ni, dulu zaman aku mula mengenal motorsikal, Yamaha adalah motorsikal tunggangan aku sejak 1995 - 2009. Lepas tu aku pakai Honda. Suzuki ada la pakai sekejap. Nak ceritanya, jenama yang paling lama aku pakai adalah Yamaha. Aku tau jugak la kualiti Yamaha, Honda dan Suzuki. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Semua aku pernah rasa. Aku akui coverset Honda terutamanya Wave memang teruk, tapi korang berani tak buat macam aku; last tukar minyak hitam pertengahan 2014? Dua tahun dah steady je beb,haha!
Macam ulasan aku pasal Satria FI hari tu, aku lebih suka menyentuh bab enjin Honda ni. Ada beberapa advantage yang aku kira baik sedikit berbanding Y15ZR terutamanya gabungan gerek dan lejang yang hampir square,nisbah mampatan lebih tinggi, penggunaan aci sesondol berkembar dan transmisi 6 kelajuan. Cuma berat kering agak mengecewakan iaitu lebih 7kg berbanding Y15ZR yang gemok.
Dari segi prestasi,hasil tinjauan aku kat laman-laman web negara jiran menunjukkan Honda Winner/ Supra GTR berupaya mengatasi Satria FU( bukan Satria FI) dalam acara pecut.
Ujian *dyno Dynomite EddyCurrent USA juga menunjukkan prestasi Honda Winner/ Supra GTR lebih baik berbanding pesaingnya iaitu Yamaha Jupiter MX King dan Suzuki Satria FI.

1. Honda Sonic 150 ( asasnya sama saja dengan Winner )
Peak power : 12.99whp@9300 rpm
Max torque : 11.3 Nm@6900 rpm

2. Suzuki Satria FU Injection (FI)
Peak power : 12.88whp@11,500 rpm
Max torque : 9 Nm@9,100 rpm

3. Yamaha MX King ( Y15ZR)
Peak power : 11.76whp@8,500 rpm
Max torque : 11 Nm@6,600 rpm

*sumber
** (whp) wheel horsepower ya,bukan angka horsepower atas brochure yang diklaim pengeluar

Dijangka bakal dibawa masuk dalam masa terdekat, aku harap harga jualan berada di julat yang berpatutan.Kesian la kami ni, dah la tak ada pilihan, harga pulak mahal, signal capang!

# UPDATE 01
- Dikhabarkan nama rasmi model ini di pasaran Malaysia ialah Honda RS150R. Aku lebih suka nama yang ringkas macam ni kecuali penambahan aksara "R". Huruf tambahan "R" patut digunakan untuk model khas versi upgrade / tambahan aksesori perlumbaan.
- Signal capang yang diwajibkan pihak berkuasa memang confirm, masalahnya apa kejadah signal depan pun capang jugak??? Nokhoromm buruk woiii!!

# UPDATE 02
- Dari page Facebook Yrt Shahrol Yuzy, ujian dyno Honda RS150R standard menunjukkan angka 16.37hp dan tork 15.15Nm
- Selepas penukaran ECU API (APITech barangkali),kuasa yang dihasilkan melonjak kepada 19.20hp dan tork 17.72Nm.Peningkatan kuasa sebanyak 17.3% dan tork 17.1%!


Jumaat, 3 Jun 2016

Abang Man Dalam Kenangan

Entri lepas dah cerita bab memancing, tapi tahukah kalian siapa yang bertanggungjawab memperkenalkan kami adik-beradik ni kepada dunia sukan ekstrim memancing lautan dalam Atlantik??

Ni aku nak cerita ni.

Dalam ramai-ramai sepupu, aku ada sorang sepupu yang agak rapat berbanding yang lain. Kami panggil di abang Man. Zaman aku kecik-kecik dulu, aku membesar di kampung. Rumah keluarga aku pun dekat sangat dengan rumah nenek sebelah abah aku. Masa tu sepupu aku ni tiga beradik duduk dengan nenek aku. Dia lelaki dengan satu kakak dan satu adik. Aku tak pernah kenal mak ayah diorang, yang aku tau diorang duduk dengan nenek aku sejak aku lahir lagi.
Disebabkan diorang masa tu dah remaja dan aku dengan kakak aku masih lagi kecik, diorang ni la teman kitorang bermain. Abang Man ni rajin bawa aku bonceng basikal keliling kampung dan mandi parit. Walaupun masa tu umur aku sekitar tiga ke empat tahun,aku masih ingat suasana aku peluk belakang dia masa berenang kat parit, kaki aku tersepit celah jejari rim basikal dan masa kepala aku terhantuk rasuk rumah nenek aku.
 Impak trauma berenang kat parit dan sakit yang pernah aku rasa menyebabkan memori-memori tersebut sangat kuat sampai aku dewasa.
Lebih kurang umur aku lima tahun, kami sekeluarga berpindah ke Felda. Maka kami berjauhan dan membesar dalam dunia baru  yang jauh berbeza. Kami balik kampung pun dah jarang, maklumlah masa tu mana ada kereta. Sepupu-sepupu kitorang pun dah masuk zaman sekolah menengah. Sesekali bila kami balik kampung, diorang memang excited macam tunggu family sendiri.
Masa tunggu result SPM, abang Man ni duduk dengan kitorang di Felda. Banyak la dia bantu renovate rumah papan asal kitorang dan juga bantu arwah abah aku kat ladang sawit.Masa tu tahun 1989 kalau tak salah. Cuma ada satu gambar beliau tengah main badminton dengan jiran-jiran aku. Nanti aku selongkar album gambar cari balik gambar dia. Legend betul gambar tu sebab court badminton ditengah jalanraya tanah merah berlatarbelakangkan deretan rumah-rumah kayu felda yang masih standard belaka.

Masa aku tingkatan 1, kitorang satu keluarga beraya dikampung. Salah satu aktiviti selain beraya ialah memancing pantai. Abang Man ni la bawa aku dengan adik aku memancing ikan duri dan sembilang. Umpan yang kitorang pakai ialah larva kumbang badak yang banyak dalam batang kelapa reput. Dengar je dia nak cari umpan memancing, teruja betul nak ikut sebab aku suka tengok laut. Yang peliknya masa tu la aku baru tau kat kampung aku ni ada pantai. Pasal apa tah abah aku tak pernah bawak aku jalan-jalan tepi pantai masa kecik-kecik dulu. Selalu tengok kubota dengan mesin padi kat bendang je.
Sebelum kami balik ke Pahang semula sebaik habis cuti raya, abang Man belikan dua set joran asas untuk aku dengan adik aku. Murah je set pancing tu, tapi keseronokannya macam dapat Shimano Stella free!
Abang Man cakap untuk permulaan guna la dulu set pancing asas ni, nanti dah mampu beli yang elok, beli la yang tahan lasak sikit. Aku peduli apa masa tu, janji dapat set joran yang real,boleh dicasting dan dikarau; maksud aku bukan joran pakai tangsi ikat kat batang bemban.
Bertitik tolak dari situ, macam-macam set rod dan kekili kami beli.Tak adalah mahal-mahal sangat,agak-agak mampu dibeli dengan duit biasiswa. Yang aku ingat cuma kekili D.A.M Quick dan Okuma. Ada la beberapa lagi yang dipinjam kawan tapi tak pulang balik.
Aktiviti memancing ni dah jadi macam aktiviti wajib bila kami balik Sekinchan, joran mesti kami angkut sekali. Bezanya cuma abang Man dah jarang kami jumpa sebab dia dah berkahwin, dah tentu la dia fokus dengan family dia...
Selepas bertahun-tahun, kitorang sesekali ada berhubung melalui telefon bertanyakan khabar. Dalam ramai-ramai sepupu kitorang baik sebelah abah atau mak, rasanya dia sorang je yang rajin call kami. Mungkin bonding masih kuat sebab dia pun dah biasa sangat dengan kitorang. Selalu dia jemput datang kerumah dia di Kajang, tapi aku tak pernah berkesempatan.
Bulan Februari lepas aku jumpa dia, kaki dia sakit sebab jatuh terduduk di tandas. Entah baik ke tidak sakitnya masa tu kami tak tahu. Kenduri adik aku kahwin awal Mac pun dia tak hadir. Selalunya dia tak pernah miss kalau ada kenduri kahwin kat Pahang walaupun jarak dari Kajang ke Lepar Utara 3 boleh tahan jauhnya.
Hujung Mac barulah abang Man maklumkan yang dia dimasukkan ke hospital sebab sakit pinggangnya bertambah teruk. 10 April baru kami dapat melawat dia beramai-ramai di HUKM.Masa ni abang Man nampak masih berisi dan ceria bersembang dengan kami. Tapi bila dia tanya mak aku tau tak dia sakit, aku agak keberatan nak jawab. Sebabnya masa tu kami adik beradik yang berkelana kat Selangor ni ada krisis sikit dengan mak kitorang.
Punca sakit masih didalam siasatan doktor. Dia cakap dari kesan retakan tulang pinggul, doktor dapat kesan satu kelainan dalam teras tulang dia.Macam ada lubang-lubang. Kitorang agak, osteoporosis kot.
8 Mei 2016 kami sekali lagi kami melawat abang Man bila dapat berita yang keadaan kesihatan dia merosot dengan teruk. Badan makin kurus dan  percakapan dia dah perlahan sedikit sebab kesukaran bernafas, cuma belum dipakaikan alat sokongan oksigen. Masa ni aku dah rasa sesuatu yang tak enak sebab dalam masa yang singkat, keadaan dia makin teruk.
Selang beberapa hari, mak aku bergegas melawat abang Man. Dari Pahang, mak aku berkesempatan jenguk dia tapi keadaan semakin kritikal. Abang Man dah tak sedar keadaan sekeliling. Mak aku cuma mampu menangis tengok dia.
18 Mei 2016 jam 5.00 pagi aku dapat mesej WhatsApp yang memaklumkan Abang Man dah meninggal dunia...Aku ambil cuti kecemasan hari tu. Aku dapat tahu yang penyakitnya adalah berasal dari kanser hati yang dah merebak ke tulang. Aihhh...tak taulah macamana nak describe rasa kehilangan seseorang yang kami anggap macam abang sendiri.
Selepas beliau tiada barulah aku sampai kerumah abang man untuk pertama kali.Ralat sungguh sebab tak pernah serius untuk menziarahi dia.

Beberapa hari lepas tu, kakak aku ada cerita kenapa mak aku tiba-tiba nak pergi jenguk abang Man kat hospital. Katanya mak aku ada bermimpikan abang Man. Dalam mimpi tu abang Man cakap kat mak aku yang dia seronok nak jumpa arwah abah aku. Mungkin itu yang mak aku rasakan sebagai hint, bahawa beliau akan pergi selama-lamanya....

Gambar kat atas tu gambar abang Man dengan anak-anaknya.Ada lagi sepasang sebenarnya.
Beliau meninggal dunia di usia 43 tahun. Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa Abdul Rahman bin Jelani dan meletakkan abang Man dikalangan orang-orang yang beriman....

Al Fatihah...


Sijangkang Monster Fish

Aku fikir hari ni hari yang sesuai untuk tuliskan sesuatu untuk pembaca blog aku yang 'ramai' kat luar tu.Macam biasalah, cerita pasal hobi aku la, apa lagi.
Kali terakhir joran puaka aku mencecah air kalau tak salah lebih setahun lepas. Bukan aku tak minat lagi nak memancing, sebenarnya susah betul nak buat trip yang betul-betul jadi. Bulan Oktober 2015 cadangnya nak memancing kat benteng pemecah ombak Kuala Terengganu, tak jadi sebab tak cukup masa.
Lepas tu bulan Mac 2016, konon-konon nak mancing pantai kat Pantai Sepat. Pun tak jadi sebab jadual penuh.Sampailah plan ad-hoc yang terbaru hujung minggu lepas. Hajat aku nak memancing tertunai juga akhirnya di Sungai Langat, Sijangkang.

Puncanya pasal gambar ni lah:

Brader dalam gambar ni aku tak kenal,tapi abang dia satu tempat kerja dengan adik aku kat Teluk Panglima Garang nun.

Adik aku setkan satu trip ke lokasi brader ni pagi Ahad berbekalkan 50 ekor udang hidup.Kalau tak silaplah. Tapi nak ceritanya memang banyak standby udang. Mana la tahu ada serangan gerombolan siakap.

Malam sebelum tu aku siap-siapkan perambut dawai 40 paun setengah depa sebagai persediaan menghadapi tentangan monster Sungai Langat,kahkah! Tudiaaa...semangat baq hang.

Teknik yang digunakan macam biasa,pelampung tapi yang aku tak gemar dengan kaedah pelampung ni bila port air laju.Sungai Langat tu aku rasa tak pernah air tak laju kot?

Port pertama aku tak reti nak describe lokasinya macamana. Ada tebing yang agak sempit dan dipayungi pokok-pokok kecik.Boleh la buat tempat berteduh untuk 3-4 orang. Lepas setengah jam,aku dengan adik aku berpindah port.Tak jauh mana pun dari port asal, cuma port tu terbuka sikit, senang nak buat balingan tapi bersedialah dengan sunburn.
Spek aku plak transition lens, rasa macam redup je padahal cuaca panas terik. Kat port ni aku dapat sambaran pertama bila pelampung aku hilang sekejap.Bila pelampung timbul semula, tak ada lagi tanda-tanda aktiviti ikan dibawah. Pelik juga ni.
Bila aku check umpan, udang yang dicangkuk ekor dah hampir putus. Telahan aku mungkin ikan terasa sesuatu yang tidak natural kat mata kail tu. Samada mata kail terlalu besar,atau perambut kasar sangat. Ah, lantakkan. Namanya pun trip target monster, takkan pakai mata kail saiz 8.

Jam bergerak menjelang tengahari, cuaca makin panas, air Sungai Langat semakin perlahan dan menyurut. Tanda-tanda kehadiran ikan cuma sekali, yang aku cerita kat perenggan atas tu. Time ni la perut sakit,adoiiiyaii......part berak tak payah ceritalah ye,ke hangpa nak tau jugak?haha!
 Sekitar jam 2 petang, ikan kembali menyentuh umpan, cuma petandanya terlalu kecil. Hanya getuan-getuan disusuli kehilangan umpan.
Tiap kali labuh umpan tak lama lepas tu mesti pelampung tenggelam timbul, umpama digetu ikan kecik. Macam tu lah keadaannya sampai jam 4.00 petang. Daripada 50 ekor udang, baki yang tinggal kurang dari 15 ekor, kebanyakannya habis disesah buntal. Aku suspek je ni sebab lengkuk gigitan kecik, pastu clean cut. Buntal punya gigi kan macam razor blade. Buntal punya gigi ni dia punya kuat, mata kail saiz #1 pun boleh berlekuk dia gigit.
Lebih kurang jam 4.30pm, kami tapau baliklah. Belum sampai rezeki lagi nampaknya. Mesti korang kecewa, cerita panjang-panjang last-last bawak balik telur je,hihi!
Tak apalah, tak dapat ikan, dapat kawan baru dan jugak sunburn.

Lepas mandi-mandi kat rumah adik aku, kitorang pergi pekena kambing bakar kat Pak Tam Kambing Bakar. Malangnya menu kambing bakar+nasi putih tu cuma ada waktu tengahari. Nak kambing punya pasal kami order je lamb chop dengan nasi putih.

Berasap-asap masa menu ni sampai. Sizzling style lamb chop dia ni.

Hmmm.... nampak menarik. Cer bagitau rasa dia?
.
.
.
.

Ni nak habaq kat hangpa, ni la lamb chop terSEDAP yang aku pernah rasa. Kalau hangpa rasa penilaian aku tak betul, pergi rasa sendiri kat sana.Serius tidak membohongi kalian.
Malam-malam aku rasa ada menu lain yang disediakan gerai-gerai kecik tepi restoran tu umpamanya Yong Tau Fu dan jugak Sate.


Alamat dia:
Pak Tam Kambing Bakar,
B130 Jalan Kebun Baru Batu 10, Telok Panglima Garang

Search guna Waze je, InsyaAllah sampai. Sedikit kekurangan ialah ada sedikit gangguan lalat. Tak adalah terlalu banyak cuma sedikit mengganggu. Diharap restoran Pak Tam menambahbaik dengan memasang perangkap lalat UV kat restoran dia dimasa akan datang.

Jumpa lagi di entri seterusnya. Baiii!



Isnin, 9 Mei 2016

Notifikasi Umum

Assalamualaikum salam sejahtera semua,

Harap maaf atas kesulitan pembaca mencapai laman ni sejak bulan Mac kalau tak salah aku.Ada sedikit kesulitan berkenaan verifikasi domain yang aku pakai sebelum ni.
Dalam tempoh waktu kesulitan tersebut,aku buat blog baru dalam blogspot dan import content blog5zal.com ke blog5zal.blogspot.my.
Buat masa ni carian Google amat menyedihkan berbanding zaman pakai domain sendiri.Tapi tak apalah,asalkan content lama masih boleh diakses dari blog baru.

Itu saja aku nak cakap buat masa ni.Jumpa lagi nanti.:)


Isnin, 7 Mac 2016

Edited Persona R

Ini ialah model ujian Persona R yang tersebar di media internet kebelakangan ni. Memandangkan ujian jalanraya sedang rancak dijalankan, kekerapan model ini dilihat berkeliaran dijalanraya agak tinggi, dan kebarangkalian ianya di'spyshot' oleh peminat juga tinggi.


Takpayah letak kredit pun tau dah gambar ni dirembat dari mana.Sorry ya funtasticko.

Pertama sekali, Persona R dibina berasaskan platform Iriz.Kalau diikutkan sepatutnya model yg diuji ni dibina sebagai Iriz variasi sedan.Entah macamana Proton punya matematik ekonomi, diorang sedankan Iriz lalu diberi nama Persona. Pada pendapat aku, ini tidak betul. Apa platform Persona tak ok kah? Selain dari jawapan nak berjimat, aku tak rasa ada jawapan lain yang sesuai.
Kemudian langkah meng'sedan'kan sebuah kereta kontot amat berisiko untuk nampak hodoh.Tengok la Fiesta sedan,jahanam punggung dia.Sebabnya kereta kontot cenderung berbumbung tinggi dan bahagian sisi agak tegak.
Secara jujurnya ada beberapa bahagian yang aku tak berkenan dengan 'Iriz' panjang ni.Yang paling ketara ialah tayar yang nampak kecik amat.Ada sesetengah komen cakap ni testing unit,production unit maybe pakai rim besar sikit.Yeke macam tu cara orang buat ujian?

Ujian untuk model baru macam ni adalah ujian keseluruhan kereta yang bermaksud serba serbi bahagian kenderaan diuji.Berkenaan dengan tayar,aku tak rasa saiz tayar akan berubah bila memasuki fasa produksi.
Sebabnya daripada perubahan radius tayar sahaja,data berkenaan fuel consumption, pecutan, tork, penentuan nisbah gear dan kalibrasi meter halaju akan berbeza.Jadi,semestinya unit yang diuji wajib menyamai model produksi.Takkan la pulak test mule pakai CVT, sampai kat market gearbox auto tradisional plak.
Rekabentuk adalah sesuatu yang amat-amat kritikal terutamanya dalam industri automotif.Jangan cuba-cuba buat kelainan yang tak pernah dibuat orang.Mengambil risiko itu bagus, tapi buat penilaian risiko dulu ( baca sebagai market study).
Jarang sangat pengeluar mainstream cuba-cuba buat design yg terlalu radikal untuk mass produce.

Perhatikan gambar asal diatas dan badingkan dengan yang dibawah.
Aku dah buat sedikit perubahan pada rekabentuk Persona R supaya nampak lebih sesuai di mata aku.Hangpa tak suka lantak hangpa lah.


Toksah pertikai skil Photoshop aku tu ye?Aku usik-usik Photoshop dalam laptop ni setahun dua tiga kali je.Nampak rompong ruang tayar dia kan? Haha! Ni baru la arch roda yang seimbang dengan body. Nama pun Persona R,apa barang model 'R' pakai rim 14 kilang. Tak apa, dah beli nanti cari rim besar sikit.


Ni bahagian-bahagian Persona R yang aku ubah sikit ikut selera aku.
1. Arch roda di'dalam'kan beberapa cm depan dan belakang.
2. Garisan 'bahu' aku naikkan sikit bermula dari fender depan sampai ke pertengahan pintu belakang supaya selari dengan aras garisan lampu depan.
3. Door handle depan aku naikkan sikit untuk selarikan dengan garis bahu yang aku naikkan tu.
4. Bahagian bontot aku tak usik walaupun bumper tu nampak aneh juga.Mungkin berbeza pada model produksi.Berlainan dengan bahagian yang aku edit. Bahagian-bahagian ni kalau nak ubah last minute memang kos besar.

Lepas ni Proton tolonglah buat arch yang sesuai dengan badan.Pleaseeeeeee!!!! Sejak dari Saga BLM,macam itu la pesennya.Cetek benar arch diorang ni.
 Satu lagi berkenaan huruf R. Huruf  'R' pada model-model kereta tertentu bukan boleh suka-suka letak. Ingat Honda letak Type - R tu saja-saja nak bagi nama kereta dia sedap ke?
Walaupun nama kereta diatas belum rasmi, peminat dah memandai-mandai tambah aksara. Rasa-rasanya takde kot model Proton yg pakai aksara tambahan ni. Bayangkan betapa tak kena nama ada R tapi pakai rim kompang dengan suspensi jinjang. Lain la versi R3.
Serupa emblem TURBO lah. Macam tahun 80-an plak.Sorry to say....mana ada dah orang tepek emblem turbo sebab nak bagitau yang kereta diorang pakai turbo. Paling- paling pun letak huruf 'T' je. CONTOH; Exora T-BOLD. Tak ke ganas bunyinya.

Korang setuju atau tak sila respon dengan berhemah.Ok bai.

Isnin, 29 Februari 2016

Speedometer Passo Merah Edisi Bajet

As requested by Mr. Eastone, aku tuliskan satu artikel untuk beliau sempena menyambut speedometer Passo backlight merah. Serius aku tak tau apa-apa langsung pasal barang-barang Passo ni. Selain dari aksesori yang berbagai-bagai spec,harga juga sangat varian daripada kategori mampu milik,sampailah jajan-jajan mahal yang super rare.
Barang-barang rare aku tak pandai nak cerita lah,yang aku tau meter bertenggek atas kolum stereng tu maknanya dah swap dashboard Passo. Main body dengan dashboard ni kira naiktaraf dari kelas main stiker zaman 2008 dulu. Itupun berapa ribu dah lebur akibat racunan kengkawan. Sebab tu la aku maintain body facelift 2009 rim patbelas,haha!

Ok, ada satu hari Sabtu tu wife aku dengan anak-anak nak tidur kat Taman Pinggiran,so aku macam biasalah,merdeka macam orang bujang. Cepat-cepat aku rojer Mr. Eastone kot-kot la dia tak balik kampung jenguk bini.
Kebetulan pulak dia pun tengah melapok kat rumah mengerjakan barang kereta dia. Memang cantik sangatlah buat port melepak sampai malam.Dia tanya aku,
"pandai main solder tak?"
Aku jawab "ada barang,on je.takdak hal."

Sampai kat rumah dia @ "bengkel", rupanya dia tengah kaizen suis foglamp kot.Bulbnya dah terbakar. Masalah dengan lampu-lampu suis/meter ni,pengeluar gunakan mini bulb. Susah siot nak cari. Jalan Pasar mungkin la ada kot.

Dalam gambar kat sebelah ni ialah bulb asal yang terbakar. Kakinya cukup panjang untuk dimasukkan kedalam casing.
Disebabkan alatganti tak ada,Mr. Eastone rembat bulb dari radio mana tah,tapi masalahnya kaki dah pendek.
Sebab tu yang dia tanya aku pandai solder ke tidak. Aku gamble jelah sambung kaki sampai jadi. Boleh la menyala warna merah butang suis tu.

Kerja-kerja mengkaizen belum selesai lagi sebenarnya. Mr. Eastone minta tolong aku solderkan LED strip warna merah untuk diletakkan belakang muka speedometer. Meter Passo yang dia pakai sekarang warna kuning,tak Racy kata dia. Entah,aku pun tak faham lagi permainan Passo ni.
Aku pun sambungkan la tiga gugusan LED merah yang mengandungi 3 LED setiap satu. Plan asalnya nak selitkan gugusan strip LED tu belakang muka meter je sebab jarum tak boleh cabut. Agak lawak method tu sebab hasil kerja barang pasti caca marba dengan wiring yang berserabut. Mana nak tap power source lagi.
Dipendekkan cerita entah macamana Mr. Eastone berjaya mencabut jarum speedometer yang menjadi penghalang proses pembaraian meter Passo. Hah! Dah senang kerja la ini macam.
Rupa papan litar speedometer Passo yang dibaraikan termasuk LCD display ditanggalkan sekali

Bila aku perhatikan betul-betul, LED speedometer ni sebijik sama dengan LED strip yang kami dah modified awal-awal tadi. Aku bagitau dia,kalau ada bran,buang LED lama ( kuning ),letak LED baru la. Kemas skit. Boleh pulak dia tanya aku balik,"kalau hang,bran tak?"
Bran tak bran la kan,dah buat pantang mundur kecuali bini call.

Lastly kitorang try sebijik dulu. Nak menanggalkan LED dari strip dah satu hal,nak solder pulak benda-benda saiz mikro ni tangan tak boleh goyang. Mamat ni punya solder pun satu macam,hujung tip dia tak berapa panas.
Walaupun susah sikit, akhirnya satu LED berjaya dipasang. Apa-apahal pun test dulu.Yess!! Berjaya.
Untuk LED seterusnya,kerja-kerja berjalan agak pantas sebab dah cekap sikit. Gila kau,aku dah berbelas tahun tak pegang soldering iron.
Menjelang Maghrib, lima LED untuk latar belakang angka-angka halaju, tiga untuk jarum speedometer dan satu untuk backlight LCD siap dipasang.Hasilnya seperti dibawah:
Semua menyala dengan terang.Glaring sebab belum pasang muka meter
Proses menenyeh paparan LCD kedalam slot
Tadaaaa!!! Dalam gambar ni je nampak warna dia macam oren-oren sikit dan tak sekata,keadaan sebenarnya jauh lebih cantik
Settle pasang semua barang,kitorang mencekik kat Restoran Rodong,Adenium Bukit Beruntung. Ni port wajib geng-geng dia melayan WiFi ceroi. Sampai Restoran tutup la biasanya baru reti nak angkat bontot.
OTW balik rumah dia untuk ambik kereta aku,aku try drive kereta dia yang dah swap pakai EPS. Sedap juga merembat K3-VE injektor Vios (ke Yaris tah,lupa plak), cuma sayang jalan beralun-alun+ spring keras kung membuatkan kendalian huru-hara jugak la. Alignment tayar kiri plak lari teruk sebab langgar pagar rumah berhantu. Next time setting cantik-cantik ye boss,boleh test run lagi sekali.Hehe!

Rabu, 17 Februari 2016

Spesifikasi Satria F150 Indonesia


Secara rasminya Suzuki 'Belang' terbaru iaitu Suzuki Satria F150 injection telahpun dilancarkan di Litar Antarabangsa Sentul,Bogor.Seronok ya dunia permotoran Indonesia,meriah dengan pelbagai variasi motorsikal.Kat Malaysia cuma ada kelas skuter,kapcai dan moped untuk kelas berisipadu kecik.Kategori antara 200 - 300cc kelas apa pun taktau.
Berita baiknya ialah model tambahbaik Belang ini bakal dipasarkan ke Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.Antara ciri-ciri terbaru yang tak dapat dipastikan dalam entri Kelibat Satria FU Injection di Indonesia lepas akan aku kongsikan dibawah:

1. Enjin baru DOHC 4 Valve 150cc
2. Speedometer Digital penuh
3. Ruang kompartmen
4. Lampu LED
5. Sistem kunci shuttered key

1. - Sistem penyampaian bahanapi menggunakan dual spray injector yang dikawal oleh ECM (                 Electronic Control Module) yang disokong enam sensor
    - Susunan injap direka semula dengan lebih rapat dan menggunakan muka injap yang lebih besar
    - Blok baharu disejukkan menggunakan sistem sejukan bendalir dilengkapi dengan radiator                   terbesar dalam kelasnya
    - Dinding silinder blok disaluti dengan SCEM ( Suzuki Composite Electrochemical Material )
    - Throttle body kini berukuran 32mm
    - Airbox lebih besar untuk pertambahan suapan udara lebih 24%
    - Piston short-skirted ringan

2. - Paparan meter kini digital sepenuhnya meliputi meter kelajuan, RPM, posisi gear, FI ready, suhu       bendalir penyejuk, twin trip, dan oil change interval.
    - Sistem 1-push electric starter.Sistem ini berfungsi menghidupkan enjin hanya dengan sekali  
      sentuhan.Maksudnya pengguna tidak perlu menekan butang penghidup enjin beberapa saat untuk       cranking sepertimana sistem penghidup elektrik konvensional.Pertama dalam kelas 150cc.

3. - Lampu utama menggunakan full LED untuk cahaya yang lebih terang demi kenyamanan
      visibilitas kendara dimalam hari,kahkahkah copy terus bahasa diorang.Syok gak bahasa rojak
      Indonesia ni.
4. - Shutter key sebagai tambahan keselamatan.

5. - Lain lain:
     a) footstep hadapan boleh lipat dengan bank sensor.Apebenda pun aku tak tau bank sensor ni.Besi         kecik yang terkeluar sikit dekat pedal kaki tu kot untuk tau limit kecondongan motor semasa  
        mengambil selekoh.
     b) ruang kompartmen yang terletak diantara handle dan tempat duduk.Senang cerita celah
        kangkang.Boleh la untuk simpan phone agaknya.

Bagaimana dari segi prestasi?

Set up overbore lama masih dikekalkan tetapi nisbah mampatan ditingkatkan kepada 11.5 : 1 dan ditala semula sehingga menghasilkan 13.6kW(18.5 hp) pada 10,000 rpm dan tork sebanyak 13.8Nm/8,500 rpm.Hangpa peduli apa nombor-nombor ni,berapa laju boleh pergi ni?

142km/j.Angkanya nampak kecil saja,tapi zaman aku pakai 2 stroke dulu laju macam ni boleh keluar air mata dah kalau tak pakai helmet.Untuk motorsikal 4 stroke moden yang ada dipasaran Malaysia sekarang,aku rasa yang ini memang laju.Meter Belang lama pun dah jauh berat dari meter motor-motor kapcai lain.
Harga di Indonesia ialah Rp.21,950,000.00 atau lebih kurang RM6,733.00 untuk versi standard dan RM6,827.00 untuk varian tertinggi.Bebaru ni member aku beli Yamaha F150ZR RM9,800.00,mak aiiiii!!!Itu cash tahu?Belum hutang AEON lagi.Marilah kita berhuhu secara berjemaah.
 

Jumaat, 12 Februari 2016

Kabel Bukan Sebarang Kabel

Buat masa ni aku dan isteri ada dua power bank:

1. Pineng 20,000mAh
2. e-tric 5,000mAh

Power bank jenama Pineng dibeli sekitar pertengahan tahun lepas pada harga RM95 kalau tak silap aku dan power bank e-tric dapat percuma dengan pembelian telefon awal tahun baru-baru ni.
Walaupun power bank ni dibeli untuk menghadapi saat-saat kecemasan ketiadaan punca bekalan elektrik untuk pengecasan,kami agak jarang menggunakannya kebelakangan ni sebab kapasiti bateri telefon mencukupi untuk penggunaan seharian diluar rumah.
Selepas menggunakan power bank ni beberapa lama, barulah aku dapat memahami beberapa isu penting dalam penggunaan power bank terutamanya kepantasan pengecasan, kapasiti pengecasan dan juga keupayaan mengecas gadget.

Semenjak popularnya power bank,kapasiti simpanan power bank meningkat dengan mendadak daripada sekecil 2000mAh sampailah aku terbaca satu iklan tu, power bank dia berkapasiti 50,000mAh!!Kalau tengok figure dia memang dahsyat la kan, tapi kaji dulu sebelum membeli.Bukan apa,kebanyakan power bank kapasiti besar melebihi 25,000mAh ni kebanyakannya hancing dengan serius.Terutamanya cap ayam China. Tulis 50,000mAh,yang betulnya cuma 5,000mAh,baki 45,000 lagi batu,kayu,tanah,simen dan sebagainya.
Diperingkat awal penggunaan power bank Pineng, aku rasa brand ni pun lebih kurang je dengan brand lain; kapasiti yang digembar-gemburkan tak memadai dengan keupayaan pengecasan dia. Masa dibeli baru,power bank ni tidak dibekalkan dengan kabel mini USB,tercicir atau memang tak termasuk sekali dalam pakej tak taulah.

Sebelum guna mestilah kena cas dulu kan? Wife aku dapat kabel mini USB dari mana entah, jenama PISEN yang kitorang gunakan untuk mengecas power bank ni dan mengecas gajet.Kami tak guna sumber kuasa dari mobile charger sebaliknya power bank tu kami cas guna port USB dekoder Astro.
Durasi pengecasan dari malam sampai ke pagi biasanya hanya mampu mengecas sebanyak 45%- 50%.Kalau nak penuh kena biarkan sekurang- kurangnya sehari atau lebih.
Keupayaan pengecasan pulak biasa -biasa saja.Tak laju mana dan anggaran pengecasan dari power bank Pineng ni ke Xperia Z2 lebih kurang 2.5 kali.Maksudnya kapasiti 20,000mAh power bank ni hanya mampu mengecas penuh phone aku sekitar 2 kali setengah sebelum simpanan tenaga habis digunakan.

Untuk power bank jenama e-tric pulak,pembeliannya disertakan kabel mini USB yang agak kontot.Dengan kabel yang dibekalkan,power bank kecik ni cepat dicas walaupun hanya menggunakan dekoder Astro. Keupayaan pengecasannya pulak agak pantas,tapi pantas juga simpanan tenaganya habis.Kapasiti 5,000mAh hanya mampu mengecas Z2 sekali sahaja dan tenaga berbaki sekitar 25%.

Satu hari aku gunakan kabel USB dari power bank e-tric pada power bank Pineng untuk dicas sebelum tidur.Bila aku tengok waktu pagi,kapasiti pengecasan melebihi 75%.Wow! Laju pulak. Sama juga bila power bank tu digunakan untuk mengecas gadget. Keupayaan pengecasan dari port 2.1A jauh lebih pantas dari sebelum ni dan kapasiti tenaga yang digunakan tak lebih 30% untuk sekali cas Xperia Z2.

Nah,sekarang kami dah tau apa puncanya. Segala kekurangan diperingkat awal yang aku cerita tadi berpunca dari kabel PISEN!

Secara teorinya kami beranggapan macam ni:

Ambil nilai maksimum selamat sekitar 75% - 80% sahaja kapasiti simpanan tenaga power bank berbanding dengan angka yang dipaparkan.Jika 20,000mAh,simpanan tenaga bersih cuma sekitar 15,000mAh (75%) dan baki 25% dianggap 'lost' dimana-mana.
Dengan simpanan tenaga bersih sebesar 15,000mAh, dan gajet berbateri sebesar 3000mAh, keupayaan pengecasan sepatutnya lima kali. Tapi kita tak boleh ambil lima kali tu sebagai keupayaan sebenar. Paling tidak pun ianya hanya mampu mengecas sebanyak empat kali.Bakinya sekali lagi dikira 'lost' iaitu terbazir sepanjang proses pengecasan.
Itupun dengan syarat anda menggunakan kabel yang baik. Dapat yang pendek lagi bagus.

Sepanjang aku menggunakan gadget terutamanya telefon pintar, faktor paling kritikal yang aku utamakan sekarang ialah kabel mini USB yang baik. Kabel yang terbaik datangnya daripada kilang, iaitu yang disertakan sekali dengan pembelian telefon. Usahakanlah supaya kabel ini berkeadaan baik untuk jangkamasa panjang. Jangan jadi macam Xperia Z2 aku. Dia sempat merasa charger quickcharge Sony original cuma beberapa bulan sebelum ianya hilang akibat tercicir.Hilang sekali dengan earphone original pulak tu..sedih....
Sekarang ni aku ada spare satu kabel magnetik pogo-pin yang dipadankan dengan kepala charger tulen dari HTC.Walaupun outputnya hanya 1.0A berbanding 1.5A Sony,kelajuan pengecasan cuma terjejas sikit sahaja asalkan dipadankan dengan kabel yang baik,sekurang-kurangnya jenama REMAX.

Aku pernah guna kabel mini USB dari kedai DIY.Harganya cuma RM3,panjang pulak tu kabelnya.
Rupa-rupanya rintangan dalaman kabel tu sangat tinggi menyebabkan kuasa yang sampai ke telefon amat sedikit untuk pengecasan. Pendek kata tak boleh usik langsung lah masa phone dicas,dah la phone jadi panas .Patut la murah. Kualiti pun murahan.

Akhir kata,kerana kabel murahan,hidup anda akan merana.
Ok bai.

Jumaat, 5 Februari 2016

Air Terjun Sungai Pisang; Liburan Santai Ver.2 2016

Selesai misi Ver.1 Lata Medang,Mr.KI bercadang nak pergi trekking lagi hujung minggu ni.Kali ni tempatnya tak jauh dan agak popular iaitu sungai Pisang,Gombak.Berdasarkan beberapa artikel yang kami baca,kami semua bersetuju sebab nampaknya perjalanan ke Sungai Pisang jauh lebih mudah dari Lata Medang.Kali ni kami tak bercadang nak bermalam,gerak masuk pagi,mandi-manda pastu makan then balik.Simple.
Seawal jam 7.30 pagi (awal la tuuuu),aku bergerak dari rumah untuk menjemput Mr.KI dan Mr.Timi di Kepong.Baru nak susur masuk ke LDP dari Ikano Power Center  tetiba aku rasa kekurangan sesuatu……eh..mana henpon aku???Jilakeeeeeee!Tertinggal pulak dah.Dari situ jam 7.37 pagi,aku  pusing balik masuk Mutiara Damansara untuk balik ke Sek.4 Kota Damansara.Semuanya berlaku dengan pantas bila jam 8.07 pagi aku dah sampai ke Restoran Abas.
Lama jugak kitorang melepak kat situ membincangkan masalah negara,masalah MLM,penjual agama dan sebagainya sampai pukul 9.00 kot.Makanan tengahari,bekal air semua takde lagi ni.Aku sekupang habuk duit pun takde,tak sempat jumpa ATM.Urusan membeli nasik goreng Kak Pura depan FRIM,beli minuman dan sebagainya mengambil masa agak lama.Rasanya pukul 10.30 pagi baru kitorang sampai ke lokasi permulaan iaitu muka sauk Syabas Sungai Gombak.
Selepas membayar RM3 duit parking dan RM1/kepala kat satu mamat yang katanya ‘penjaga’ tempat tu,kami terus ke lokasi.(satu jilake lagi ni,pagi-pagi dah tunggu mangsa)Sampai di tebing highway,kami mengambil keputusan untuk menyeberang sungai dan menyusur Sungai Gombak.Di point tersebut ada satu lorong menghala ke longkang/anak tangga saliran dari lebuhraya,tapi takkan nak naik ke highway kot.Kitorang pilih untuk menyeberang walaupun Mr.Yatimi mengalami masalah gayat akibat ‘sensor gyro’nya bermasalah.Kelakar juga Mr.Timi ni sebab jarak antara batu yang nak dilompat tu tak sampai dua meter pun.

Perjalanan diteruskan dengan meredah tebing kanan Sungai Gombak,meranduk lalang setinggi kepala di kebun buah-buahan dan sekali-sekala kami berjalan dalam air.Lebih setengah jam juga rasanya tapi mana kolong/terowong nak melintas highway Karak tu?Tak jauh dari situ akhirnya kami jumpa pondok-pondok.Ada satu brader tengah collect air sungai untuk buat breakfast.Jadah apa breakfast dah pukul 11 lebih.
Kitorang tanya dia,tapi dia tak tau kat mana Sungai Pisang.Dia panggil kawan dia,laaa….rupa-rupanya kawan dia ni budak si pengutip duit parking tadi.
Budak tu pun cakap kitorang dah sesat ni.Cabang jalan ke Sungai Pisang dah terlepas awal-awal lagi.Rupanya point yang Mr.Timi gayat tu la simpang nak ke Sungai Pisang.Kami berpatah balik ikut trek yang agak lebar dan baik kondisinya sebab banyak kereta masuk.Kereta pemilik-pemilik pondok tu lah.Tak tau la diorang ni penduduk tempatan ke haram.Lebih kurang 15 minit menapak,kami sampai ke jalan utama kira-kira 100 meter sebelum sampai ke penghalang jalan untuk memasuki bangunan muka sauk Syabas.
Perjalanan terpaksa dimulakan semula selepas membuang masa kira-kira satu jam.Baru kami faham rupanya Sungai Pisang dan Sungai Gombak tak sama.Ingatkan naik menghulu Sungai Gombak,sampailah kami ke air terjun tu.Di simpang pertama,kami memanjat longkang saliran untuk ke tembok lebuhraya Karak,kemudian baru berjumpa kolong berkembar untuk menyeberangi lebuhraya ke sebelah sana.

Sampai ke seberang,kami meneruskan perjalanan menyusur tebing sungai sejauh kira-kira 150 meter.Keadaan laluan makin sukar dan lorong semakin sempit.Lain macam betul trek tempat mainstream ni.Tambahan lagi tiada tanda-tanda manusia baru melalui tempat tu,sedangkan ada satu group budak sekolah belakang kitorang masa mula-mula sesat tu.Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kolong/terowong dan menyemak semula laluan.
Rupanya sekali lagi kami terlepas lorong sebenar iaitu di sebelah kanan terowong yang merupakan tangga saliran air dari longkang lebuhraya.Ha,ini baru betul.

Memanjat tangga tu pun satu hal juga.Penuh dengan dahan-dahan patah.Entah macamana muncul satu macha celah semak tak berbaju.Sah drebar lori tengah cari port nak berak.Sampai kat atas memang betul ada satu treler berhenti tepi jalan.Dari kilometer 28.2,kami perlu menapak sejauh 500 meter hingga ke kilometer 28.7.Dari situ terus boleh nampak lorong kekiri memasuki semak samun.


Ada beberapa motorsikal dan sebijik kereta Hyundai Matrix diparkir tepi lebuhraya masa tu.Siapa nak mudah,buat la macam diorang ni.Tapi aku tengok ada sekeping saman terselit kat celah wiper Hyundai tu.
Dari lebuhraya,perjalanan dan tak jauh,lebih kurang 10 minit dah boleh sampai ke air terjun.Bila kami sampai,masyaAllah ramainya manusiaaaa…Yang berendamnya,yang flying foxnya,yang rappelling lagi..adoiiii…terbantut selera nak mandi-manda.Akhirnya kami memilih kolam kecik di puncak air terjun untuk berendam.Kami panggil kolam VIP,takde orang kacau.
Kitorang suka jugak la aktiviti mandi-manda ni,tapi priority no.1 ialah privasi.Tak syok betul la mandi-manda beramai-ramai ni.Macam kat Lata Medang hari tu,bahagia betul conquer puncak air terjun.
Orang ramai mandi kat bawah,tak nampak dalam gambar

Kolam VIP,hihi


Settle makan dan mandi,lebih kurang pukul 1.00 petang,kami pun balik…huhu

Rabu, 27 Januari 2016

Daripada 833 post,satu post yang paling mendapat perhatian lebih dari yang lain ialah

Selasa, 26 Januari 2016

Lata Medang; Liburan Santai Ver.1 2016

N 3 32' 26" E 101 45' 11"
Sabtu lepas aku n da geng HTC (Mr.KI dan Mr.Timi) menjelajah dan bermalam di Lata Medang Kuala Kubu Baru.Lokasi ni dipilih saat-saat akhir atas cadangan orang rumah aku.Persediaan pun last minute jugalah,hari Jumaat baru nak cari kasut getah,beli parang baru,khemah baru,seluar trek baru.Serba barulah sebab dah lama tak camping.Tahun 2014 dulu aku masuk hutan Ulu Sia Raub pakai jeans dengan safety boot je untuk trekking 5 jam.Gila betul.Hasilnya semua kuku jari kaki pecah.
Dalam banyak-banyak barang,kasut getah boleh terlupa beli.Sudahnya aku sarung kasut getah saiz 41 bini aku...dah ini mendatangkan bala di akhir perjalanan.Baca sampai habis ye?
Untuk bermalam satu malam (masuk pagi Sabtu,balik pagi Ahad) aku cuma bawa :

1.dua set baju
2.beras satu kilo
3.sardin satu tin
4.minyak masak sebotol (letak dalam botol budu)
5.garam,kunyit,kicap (simpan dalam zipper bag) 
6.fire starter
7.parang
8.powerbank dua biji (20,000mAh + 5000mAh) dan handphone Sony Z2 yang dicas penuh sebelum masuk hutan
9.tali benang segulung (selalu orang kampung guna untuk buat pembinaan rumah)
10.set basic memancing (ladung,mata kail saiz 10 dan tali 10 paun)
11.khemah untuk 2 orang jenama Coleman Go!
dan sepasang bebola titanium (tak paham nasiblah,haha!)Beg simple je,iaitu beg Deuter yang hari-hari aku bawak pergi opis.
Sebenarnya powerbank sampai dua bijik tu agak melampau sebab Sony Z2 dicas penuh mampu bertahan sampai keesokan hari dengan baki bateri 40%.Itupun malam tu aku layan game dengan mp3 sekejap.Syaratnya kena pakai flight mode lah.Tapi tak apa,apa salahnya bersedia dengan kuasa simpanan lebih kan?
Member lagi dua orang aku tak pasti secara detail barang yang diorang bawa,yang pastinya alatan memasak(mess tin,kuali,periuk nasi dan solid fuel)sosej,megi,telur ayam, sayur???! dan jajan adalah antara barang-barang yang ada masa tu.
Untuk ke lokasi,kami bergerak dari Taman Ehsan ke pintu masuk dengan kereta kodok aku.Wife aku sukarela bawa balik kereta dan jemput balik nanti sebab kitorang fikir tak selamat kot nak tinggal kereta kat situ.Belum betul-betul sampai kat pintu masuk dah nampak bersusun kereta sampai tak boleh U-turn keluar.Mujur Myvi dicipta untuk situasi macam ni,ditambah pulak dengan kecekapan driver level 99999(aku la beb),maka nak pusing keluar balik tak jadi masalah.
Kitorang bertiga cepat-cepat unloading barang sebab tak mau port camping dipenuhi orang ramai.Mujur ada satu group yang sampai serentak dengan kitorang nak panjat Gunung Rajah.Hehehe!dah selamat satu kumpulan.

Perjalanan bermula dengan merentas jambatan gantung dan kebun getah lama lebih kurang 500 meter.Masa ni pun dah boleh nampak sungai berair jernih melalui batu-batu besar.Kondisi trek masih tahap biasa-biasa,umpama jalan kebun lah senang cerita.Kesan tayar 4WD pun ada.Lebih kurang 1km,pendakian pertama bermula iaitu selepas simpang terakhir yang mana laluan ke Lata Medang adalah di sebelah kanan.Sudut mendaki taklah ekstrim,lebih kurang 25 darjah kot??Agak panjang juga trek mendaki ni.Untuk seorang perokok yang tak pernah bersukan macam aku ni,pendakian panjang tu agak meletihkan,tapi bila trek kembali rata,degupan jantung kembali normal dan tempo perjalanan kembali macam biasa.Not bad.
Seterusnya trek semakin sempit dan trek tidak lagi betul-betul rata.Majoriti laluan di peringkat pertengahan ini adalah menaik walaupun sudutnya masih belum ekstrim.Sekiranya laluan betul,dalam tempoh masa satu jam,kita akan jumpa titian kayu bulat yang diikat dengan rantai motorsikal.Tak jauh dari titi ni aku update lokasi ke wife aku.Signal DiGi kat point ni H+ tau? Wife aku yang pernah sampai ke Lata Medang sebelum ni,dia cakap lagi sejam sampai lah tu...Whatttt ???
Anggaran baki 1/3 perjalanan adalah mendaki dengan beberapa tempat sudutnya hampir 70 darjah mungkin.Di peringkat ni Mr.Timi agak barai sebab dia pun sama macam aku,tak pernah bersukan.Aku tak barai sangat (ceh!) sebab aku rasa trek ke Lata Medang ni cuma 1/5 je level sukar dia compare dengan trip Ulu Sia Raub.Mr.KI lain,dia memang pendaki gunung berpengalaman.Dengan backpack besar pun,dia mampu berlari-lari panjat bukit sambil menyanyi dengan lirik lagu ikut suka hati dia.
Dipendekkan cerita,kami sampai ke air terjun Lata Medang jam 11.30 pagi.Rupanya ramai betul manusia kat situ,campsite pun dah hampir penuh.

Ni yang tak syok ni....Kitorang tinjau-tinjau sikit,jumpa la satu tempat lapang berdekatan rumpun buluh.Baru nak buat port,tetiba nampak lipan besar.Tak pasal-pasal lipan tu merasa pakukan parang bau kedai aku.Kemudian muncul sorang pakcik berbaju celoreng PLKN menunjukkan jarinya ke puncak bukit.Ooooo...bisu pakcik ni.
Apa yang kami faham,pakcik tu cakap kat atas lagi ada tempat berkhemah yang lebih baik.Mr.KI pun ikut pakcik tu tinjau diatas bukit,manakala aku dengan Mr.Timi melepak kat bawah.Sempat la aku pekena Winston sebatang sementara nak tunggu diorang turun.
Kemudian Mr.KI turun dan bagitau,kat atas campsitenya agak luas.Tak ada khemah orang lain kat situ.Memandangkan kami mengutamakan privasi dalam berlibur,kami buat keputusan untuk naik setingkat lagi.Dia punya naik,mak aiiiii!!macam panjat dinding dia punya tegak.Tapi tak apalah,asalkan boleh bercamping tanpa gangguan orang ramai.Pakcik bisu tadi kami bayar RM5,upah tunjuk port baekkk.
Cukuplah untuk kami bertiga,huhuhu!
Settle set up khemah dan Mr.KI punya hammock,kitorang masak lunch dulu.Mr.Timi dan KI pilih untuk mandi-manda lepas makan,aku macam biasalah...bikin pancing 1st.Dapatlah seekor tengas kecik.Saiz-saiz nakal camni padan dengan pistol ikan je ni.Petang tu juga ada satu group set up tali dari tempat kitorang mandi-manda sebab diorang nak main waterfall rappelling.Betul ke eja ni.
Mata tengok ikan ye,abaikan abdomen tu
Settle mandi, memancing dan solat,kitorang masak makan malam dulu sebelum hari gelap.Kat sini susah nak buat unggun api sebab kayu-kayu susah dapat.Yang ada pun buluh kering.Belum pukul 10.30 malam lagi kayu-kayu yang aku kumpul dah habis dibakar.
Malam tu kami tidur awal sebab tak ada aktiviti.Rugi tak bawak playing card.Jam 4 pagi ada satu group dari mana tah sembang-sembang luar khemah kitorang.Aku perasan diorang sampai cuma malas nak amik port.Lantak koranglah,jadi la kau sentri kat luar tu.Pukul 6.40 pagi baru aku keluar khemah.Rupanya geng ni masuk jam 2 pagi nak naik puncak bukit tapi tak tau jalan.Selesai solat subuh,diorang patah balik keluar.Ape ke bijak sangat masuk hutan tengah malam?Ekstrim?Haha!Nak ekstrim lagi cer try trekking guna siku.Haaaa,power.Sebenarnya safety paling penting.Contohnya dah panjat air terjun tu toksah la nak berselfie sampai ke hujung tebing,tergelincir karang,selamatlah kamu terbang 70 meter kebawah.

Lepas breakfast,kami mandi-manda kejap,pack barang,dan kemas campsite,kami bergerak keluar jam 10.40 pagi.Lebih kurang 30 minit berjalan keluar aku tukar pakai selipar jamban je sebab jari sakit kasut ketat punya pasal.Ingat lega la pakai selipar,rupanya pakai selipar jamban bijik-bijik tu hazab juga.Melecet tapak kaki siot.Dalam sakit-sakit tu,kitorang sampai ke pintu masuk dalam masa kurang 2 jam.Hari Ahad lagi gila ramai manusia.
Ingatkan ekstrim dah aktiviti pembukaan kami 2016 ni,sekali mainstream daaa..huhu!
Ni lah dia kalau pergi tempat-tempat mudah.Ramai boleh buat aktiviti sama.Pergi tempat-tempat ganas kang,bahayanya banyak.Adoiiiii....Apapun Lata Medang tempatnya cantik,akses pun mudah dan selamat.Kebersihan masih baik.Sampah kitorang bawa balik dan sisa makanan ditanam.Mujur ada Mr.KI yang berpengalaman dalam liburan hutan tanpa mencemarkan alam.
1.Lokasi tengas  2.Tempat public mandi kat bawah sana,kami mandi kat atas,hahahaha!
 Lata Medang ohsemness level,3.5/5 bintang,yayyyy!




Bajrangi Bhaijaan;Cuteness Overload

Beberapa minggu/bulan lepas filem Dilwale trending di Malaysia.Tapi bila aku tonton ceritanya,ah...tak best pun.Siap tertidor lagi.Maybe tarikan filem tu cuma Kajol yang semakin gorgeous.Sebelum tu aku nak ingatkan,entri ni bukan nak kejar trending google search.Aku tulis apa yang aku rasa nak tulis pada bila-bila masa yang aku rasa aku nak publish.Ni bukan blog penmerah.lanjioo,sembangterbang dan seangkatan dengannya.Korang nak baca,bacalah..takpayah nak kena like page FB atau hadap iklan spam penuh satu page.Jenis-jenis page batak like macam tu aku tak layan.

Aku bukanlah peminat tegar filem Hindustan walaupun zaman remaja dulu agak banyak juga filem komersil Hindi yang aku dah tonton.Sekitar 2004-2013,aku tak tengok langsung cerita Hindustan sebab masa tu aku rasa filem-filem Hindi melalui fasa entahapehape.
Kemudian ada sorang member aku bagi filem Chennai Ekspress.Lepas selesai tontonan,ohhh...cerita Hindustan dah improve banyak rupanya.Kemudian aku tonton pula dengan filem 3 Idiots dan PK.Alamak,cerita Aamir Khan lagi best rupanya.Top grossing dua-dua filem Hindi tu.Bertitik tolak dari filem-filem Aamir Khan,aku mula mencari filem-filem yang berlainan dari topik percintaan tipikal Hindi.
Kebetulan member aku yang 'membekal' filem-filem tersebut memang jenis tak suka filem cinta mainstream Hindi,so dia dah siap-siap bagi filem Hindi 'must watch' antaranya Talaash,Talvar,The Lunchbox dan ada beberapa lagi filem yang baik untuk ditonton.Dari filem-filem ni juga aku dapat tengok bakat-bakat luarbiasa India yang tak menggunakan rupa paras untuk maju dalam bidang seni antaranya Irfan Khan dan Nawazuddin Siddiqui.Siapa tak kenal Irfan Khan?Muka mamat ni korang tentu pernah tengok dalam filem Hollywood Jurassic World sebagai Mr.Masrani.
Nawazuddin Siddiqui pulak kalau tengok nama memang tak tau siapa dia.Tapi performance dia A++ beb terutamanya dalam filem Bajrangi Bhaijaan.Sebelum aku nampak muka dia kat filem tu,aku perasan mamat ni ada dalam filem Talaash dan The Lunchbox.Kejap lagi aku cerita pasal Bajrangi Bhaijaan yang lambat boom kat Malaysia ni.
Selepas menonton PK dan 3 Idiots,aku mula menyemak senarai filem-filem yang mendapat rating tinggi dan salah satunya ialah Bajrangi Bhaijaan.Filem ni dah agak lama ditayangkan,iaitu semasa Aidilfitri 2015.Di peringkat awal aku tak meletakkan harapan tinggi sebab filem ni diterajui oleh Salman Khan.Aku kurang gemar mamat ni sebab sejarah filem-filem dia dulu yang aku tertengok,dia ni suka buka baju.Tak boleh blah betul.

Tapi jangkaan aku meleset dalam filem ni sebab filem Bajrangi Bhaijaan digarap dengan amat cantik.Kombinasi lakonan pelakon utama Salman Khan (Pawan),Kareena Kapoor (Rasika),Harshaali Malhotra (Shahida/Munni) dan Nawazuddin Siddiqui (Chand Nawab) sangat menghiburkan sepanjang 159 minit.
Plot utama cerita ni ialah berkenaan permusuhan negara India dan Pakistan.Shahida,seorang kanak-kanak bisu dari daerah Sultanpur Pakistan terpisah dari ibunya semasa dalam perjalanan memasuki India untuk mendapatkan rawatan.Berseorangan di India,beliau bertemu Pawan yang mengambil keputusan untuk menjaganya.Malangnya,keluarga teman wanita beliau(Rasika) tidak mahu ada warga Pakistan dirumah tersebut menyebabkan Pawan mengambil keputusan menghantar pulang Shahida walaupun terpaksa melalui jalan haram (lubang tikus di sempadan).
Di Pakistan,perjalanan mereka ditemani oleh Chand Nawab,seorang wartawan 'biasa-biasa'.Walaupun Shahida berjaya ditemukan dengan ibunya,Pawan yang menjadi buruan pasukan keselamatan Pakistan menerima nasib berbeza apabila ditangkap dan dipaksa untuk mengaku sebagai pengintip India.Chand Nawab yang mengikuti perjalanan Pawan dan Shahida menjalankan tanggungjawab sosial untuk menaikkan moral masyarakat kedua-dua negara melalui media elektronik dalam usaha untuk menghantar pulang Pawan balik ke India.
Watak parodi 'Chand Nawab' sebenar (kanan atas)
 Dalam filem ni,watak yang paling menonjol aku rasa ialah watak Shahida dan Chand Nawab.Padahal si Shahida takde bercakap sepatah haram skrip pun kecuali masa dia menjerit memanggil Pawan semasa pintu sempadan dibuka.Chand Nawab pulak korang nilaikan lah sendiri bila dah tengok nanti,lawak pun lawak,scene umpama gonyoh bawang besar kat bijik mata pun ada.Hebat pelakon bernama Nawazuddin Siddiqui dan Harshaali Malhotra ni.

Selain dari filem yang cantik dan pelakon hebat,skor musik dia terbaik untuk setiap scene.Serius,walaupun tak seglamour Gerua / Janam-Janam dari filem Dilwale,emosi dari latar musik dia 10x lebih deep baq hang.Jujur aku cakap,tiap kali aku tengok scene yang sama berulang-ulang kali,tiap kali jugak mata aku bertindakbalas terhadap asid bawang yang dipotong depan mata aku.
Kesimpulannya,filem ni dan beberapa filem top grossing Hindi menunjukkan pembuat filem disana dah berevolusi daripada filem cintan-cintun ala-ala kayangan kepada filem yang bermesej lebih berat.
Next movie yang aku akan tonton dalam masa terdekat ni ialah Bajirao Mastani.Ni filem cinta,tapi lain sikitlah sebab background dia zaman perang pakai kuda.Wajib bajet besar ni.


Jumaat, 22 Januari 2016

Kelibat Satria FU Injection Di Indonesia

Sebaik saja Yamaha Malaysia melancarkan model Y15ZR,Honda tidak ketinggalan dengan model yang diberi nafas baru iaitu Honda Sonic 150R.Buat masa ni belum ada maklumat rasmi yang model ini bakal dibawa masuk ke Malaysia sepertimana model terdahulu iaitu Nova 125 atas alasan 'safety regulation'.
Nanti aku tuliskan entri berkenaan model moped terbaru Honda yang dah pun berada di pasaran Indonesia.
Buat masa ni aku rasa nak tulis entri pasal model upgrade Suzuki Belang.Disember 2015 dikhabarkan Suzuki Indonesia telahpun menguji model terbaru Belang (atau Satria FU di Indonesia ) yang berkemungkinan akan dilancarkan dalam suku pertama 2016.
 
Posisi rempitan Suzuki Satria baharu
Apa yang baru pada Suzuki Satria ni?

Pertama sekali ialah perubahan major luar dan dalam.Kelihatan lampu depan direka semula dan berbentuk seperti muka robot dalam kartun Tobot ( sape biasa teman anak tengok channel 611 Astro Ceria sure kenal kartun ni).


Badan motorsikal juga menerima perubahan cover set yang agak ketara berlainan dari Satria FU lama.Lampu brek dan mudguard belakang juga direka semula,dah lain bentuknya.

Aspek luaran aku tak tertarik sangat nak ulas sebab perubahan dalaman lebih seronok dibincangkan.Khabarnya :

1. Penggunaan sistem pancitan bahanapi elektronik (EFI)
2. Penambahan nisbah mampatan.Ratio berapa tak pasti.Penting untuk perubahan No.5 dibawah.
Confirm bukan oil cooler
3. Peningkatan isipadu silinder daripada 147cc  kepada 155cc.Juga untuk point No.5
4. Pertukaran sistem penyejukan daripada sejukan udara kepada sejukan cecair
5. Nisbah gear dikecilkan melalui pengecilan saiz sprocket belakang.Saiz lama 43,manakala yang baru 39
6. Papan instrumentasi dan speedometer digital penuh                           
7. Penambahbaikan magnetic keyhole shutter untuk aspek keselamatan
8. Pemijak depan bolehlipat

Pemilik-pemilik Suzuki Belang sekalian pasti maklum yang tork (orang Indon panggil torsi) rpm rendah untuk final gear Belang teramat lemau.Tak caye try panjat highway Karak sebelum terowong tak payah pakai lajak.Confirm rasa nak turun tolak moto.Ni kalau kes pakai spoket 39 lah.
Keputusan Suzuki mengecilkan lagi sprocket belakang standard kilang pastilah tindakan bodoh jika tiada penambahbaikan pada daya kilas enjin.Tapi diorang tidaklah bodo ye.Bahagian mampatan dan isipadu silinder telah ditingkatkan porestasinya.InsyaAllah banyak improvement untuk model baru ni.
Diharap Suzuki Malaysia membawanya masuk sebab Y15ZR kedengaran seperti overrated.Boring ah mainstream ni.

Saiz tangki petrol tak upgrade ke woiii??


Info :http://motorblitz.com/2015/12/23/penampakan-bagian-belakang-satria-fu-injeksi/

Khamis, 21 Januari 2016

Samsung A7

Hari ni aku nak kasi blog aku berisi sikit.Lama sangat tak menulis rasanya ni.Topik yang aku rasa sesuai sebagai warm up tahun ni ialah berkenaan smartphone.
Awal Januari hari tu aku buat keputusan untuk membelikan wife aku satu telefon baru sebab HTC One X dia dah agak tenat.Skrinnya dah penuh dengan retakan,bateri pulak tak tahan lama lagi dah.Jadi aku rasa dah sampai masa untuk dia dihentikan tugas selepas berkhidmat dengan cemerlang selama 3 tahun 7 bulan 23 hari.
Penggantinya adalah jenama mainstream yang aku rasakan sesuai dengan keperluan wife aku.Sebab apa aku pilih jenama ni?Ni aku nak cerita la ni.Siapa-siapa yang rajin follow blog aku dan baca entri berkenaan smartphone,korang mesti sedia maklum yang aku tak gemar betul dengan cap Samsung.Nampak murahan tapi harga mahal.
Tapi kebelakangan ni Samsung dah mula bermain dengan material premium dan hasilnya boleh tahan.Salah satu model pertengahan yang aku rasa menarik ialah model A7.Dipasarkan di Malaysia dengan harga RM1499,dan dibekalkan dengan hardware tahap pertengahan,aku rasa model ni agak menarik walaupun ada yang cakap harga dia patut sedikit murah lagi.Betul tu.Kalau lagi murah,baguslah tapi dengan harga ni pun oklah aku rasa.

Samsung A7 tergolong dalam kategori phablet dengan saiz skrin AMOLED 5.5 inci 1080x1920 piksel dan ketumpatan setinggi 401ppi.Skrin hadapan dilindungi Gorilla Glass 4,bezel aluminium dan bahagian belakang plastik yang tidak boleh dibuka.Masih ada plastik tapi kali ni plastik matte finishnya tidak nampak murahan.Walaupun skrinnya besar,A7 agak kompak juga bila diletak sebelah menyebelah dengan Xperia Z2 aku sebab bezelnya nipis.
Ketebalannya juga hanya 6.3mm,kecuali lensa kamera yang tersembul keluar.Disebabkan kenipisannya tu,'hanya' bateri bersaiz 2600mAh mampu dimuatkan.
Dari segi hardware,A7 versi tempatan ialah A700FD yang mana cipnya ialah Qualcomm Snapdragon 615,Quad-core 1.5&1.0 GHz Cortex A-53,dan GPU Adreno 405.Memori dalaman 16GB,2GB RAM,kamera belakang 13MP dan kamera depan 5MP.Slot memori hibrid juga disediakan yang mana slot ni juga boleh diletakkan kad sim.
Boleh pakai dua sim sebenarnya,tapi terpaksa sacrifice memori tambahan.Kalau redho memori ciput,silakan pakai dua sim.Slot memori ni boleh menyokong sehingga 64GB sahaja,dan untuk phone wife aku,aku bagi 32GB sudah.
Dari segi speaker,cuma diberikan satu dan diletakkan mengadap kebelakang bersebelahan lensa kamera.A7 berkemampuan LTE Cat.4,WiFi 802.11 a/b/g/n (tiada ac) dan apa lagi eh?USB biasa tiada MHL atau OTG.
Pakej didatangkan dengan aksesori standard iaitu plug-in earphone ( cukup solid bunyinya bila dipadankan dengan Xperia Z2) dan charger standard beroutput 1.55A.

Ha,tu baru pengenalan je.Sekarang nak citer user experience.Aku buat dalam bentuk point saja.Simple.

1.Luaran 3.5/5
- Agak besar digenggaman,tetapi cukup padat untuk saiz skrin 5.5 inci,AMOLED 401ppinya menghasilkan warna yang 'punchy' dan resolusinya tajam,tapi warna putihnya agak yellowish bila dibandingkan sebelah-menyebelah dengan IPS LCD.
- Terbaik dari segi berat dan ketebalan,cuma lensa kamera terbonjol je pakcik kurang gemar.Pakcik suka lensa flush dengan body macam Sony.Chassis aluminium yang dimesin dan bucu yang tak terlalu bulat satu kredit besar untuk Samsung.
- Tiada lampu notifikasi.

2.Dalaman 3.5/5
- Kombinasi CPU,GPU,chipset dan RAM seimbang.Fitur dual sim / slot memori relevan memandangkan memori dalaman cuma sekitar 11GB.

3.Bunyi 3.5/5
- Kualiti bunyi baik untuk speaker tunggal dan cukup lantang,cuma bila dah biasa dengar dual speaker,agak terasa kekurangan disitu.Posisi speaker mengadap kebelakang menambahkan lagi rasa kekurangan tersebut.

4.Kamera 4/5
- Kualiti gambar sangat baik.Kamera hadapan sesuai untuk kaki selfie.Ada tetapan khas untuk me'ramping'kan pipi pau dan juga membesarkan bijik mata.

5. Bateri 4/5
- Walaupun hanya 2600mAh,Samsung melakukan tugas yang terbaik bilamana baterinya mampu bertahan lama setara dengan bateri bersaiz 3000mAh keatas.Rating GSMarena 83 jam.Pengecasan agak pantas sekitar 80% dalam masa anggaran 1 jam setengah.

+ Pembelian ini disertakan dengan dua barang FOC iaitu power bank berjenama e-tric berkapasiti 5000mAh dan juga flip case brand apa tah dah lupa,tapi nampak mahal juga.Power bank e-tric ni pengecasan dia boleh tahan pantas,tapi drain pun cepat juga.

Dengan kapasiti simpanan tenaga sebanyak 99% sebesar 5000mAh,keupayaan pengecasan hanya sekali sahaja untuk Z2 yang mempunyai bateri sebesar 3200mAh.Ye ke 5000mAh ni....hmmmm....




Isnin, 18 Januari 2016

Penutup Tahun 2015 (Pending...)

Assalamualaikum,
Mohon maaf  banyak-banyak sebab amat jarang update tahun ni.Kekadang bila jumpa benda menarik untuk ditulis,masa pula tak ada.Ini pun curi-curi sikit masa waktu petang sementara internet tengah down.

Tanpa membuangkan masa,aku teruskan kepada point bebelan aku untuk kali ni.Dua benda yang aku rasa nak cerita iaitu pasal Terminal Jengka Sentral dan juga Proton Persona.

Bagi sesiapa yang duduk disekitar Jengka,kampungnya di Jengka atau adik-adik yang bekajar di UITM Jengka,mesti biasa dengan Terminal Jengka Sentral ni.Terminal ni adalah bangunan baru yang dibina untuk menggantikan terminal bas lama yang tidak lagi sesuai menampung keperluan semasa.Secara umumnya Jengka Sentral menempatkan kaunter tiket bas,premis-premis perniagaan,medan selera dan sebuah pusat bowling di aras atas.

Selepas bangunan ni siap awal tahun 2015( kalau tak silap ),hujung minggu lepas merupakan kali pertama aku memasuki bangunan berkenaan.Masa mula-mula Terminal Sentral ni siap,aku rasa terminal ni memang cantik dan memadai untuk memenuhi keperluan pengguna.Terutamanya impression bila dipandang dari luar.

Bila aku masuk kedalam untuk ke pusat bowling, keadaan dalaman agak menyedihkan.Lot-lot kedai masih banyak yang kosong,eskalator yang tidak berfungsi,kebersihan toksah cakaplah,bersepah tahi burung di lantai dan hand rail tangga serta medan selera yang kelihatan hidup segan mati tak mahu.

Persoalan pertama,bangunan Terminal Jengka Sentral ni dibawah pentadbiran siapa?Majlis Perbandaran?Kalau dibawah Majlis Perbandaran,mohon pihak berkenaan melantik kontraktor kebersihan dan penyelenggaraan untuk memastikan bangunan baru ni menjadi petunjuk tahap kebersihan Bandar Jengka.Katakanlah pelancong/orang luar datang dengan bas,tak malu ke benda pertama yang orang nampak ialah terminal bas yang selekeh?

Bila kebersihan dan fasiliti terjaga dengan baik,secara perlahan-lahan peniaga mula memenuhi lot-lot kosong dan terminal Jengka lebih meriah dengan pengunjung.Sayang sungguh infrastruktur macam ni tidak ditadbir dengan baik.Akan datang entah macamana pula dengan Stadium Jengka yang bakal siap tak lama lagi.

Next.

Sudah hampir tiga minggu aku menjaga sebuah Proton Persona 1.6 Manual basic tahun 2008.Ownernya siapa tak perlulah aku cerita sebab kereta tu dalam proses hendak dijual.Sementara menunggu pembeli,ada la beberapa kali aku pandu dan paling jauh aku drive balik Pahang.Dengan mileage sekitar 142k,’usia’ kereta ni sedikit muda berbanding Myvi aku yang didaftarkan tahun 2009,tetapi dah berjalan sejauh 220k kilometer.
Dua perkara sahaja yang aku suka dengan Persona ni iaitu gear shifting yang terasa pendek dan juga penyaman udara yang sejuk gila.Yang lain,maaflah.Samada isu kualiti atau kereta tu memang tak sesuai dengan aku.

1.Interior
Aku mulakan dari interior dulu.Posisi memandu ok,cuma saiz badan aku agak menyukarkan aku keluar masuk sebab peha tersangkut stereng.Wife aku pun mention perkara yang sama sebab posisi yang ‘mendap’ menyukarkan proses keluar masuk.Meter bahanapi pulak agak sewel.Bila enjin dimatikan,meter tak mau naik dah walaupun bahanapi penuh.Dalam keadaan paras bahanapi kurang ( 1/8 tangki) sebelum dimatikan enjin,esok pagi meter tunjuk ‘E’ dengan lampu amaran menyala.Petrol hilang ke cmana?
Biasanya penunjuk simbol pam petrol kat panel meter ada anak panah kan yang tunjuk kat sebelah mana posisi untuk mengepam bahanapi.Kiri atau kanan.Agak pelik bila anak panahnya tak ada.1st time memandu memang agak kalut sikit.
Bunyi reverse sensor sangat perlahan.Mula-mula aku ingat rosak,rupanya ada berbunyi tapi halus benar bunyinya.Seram aku tiap kali nak reverse kereta ni.

2.Sistem audio
Pada trim pintu depan kelihatan grill speaker,tapi tak bunyi langsung.Faulty atau memang standard tuningnya macam tu aku tak pasti.

3.Handling
Bila sebut soal ride and handling,ramai yang akan puji Proton.Barangkali benar.Kali terakhir aku memandu Proton dengan sedikit gila di Lebuhraya Karak ialah dengan menggunakan Satria.Memang melekat.Tapi masa tu belum zaman Lotus.Sekali lagi aku agak pelik dengan behaviour Persona yang aku pandu ni.Cengkaman di selekoh agak baik,tapi sedikit liar dan kurang accuracy.Ditambah lagi dengan suspensi yang lembut,olengannya agak terasa.Bila dalam keadaan macam ni,agak sukar untuk menjangka limit yang boleh diterima oleh tayar.Pendek kata boleh berlaku overkonfiden disitu.Buat pertama kalinya wife aku mengadu agak mabuk dengan suspensi lembut.
Macamanapun aku tak meletakkan sepenuhnya pada kesalahan teknologi.Memandangkan kereta tu agak berusia,mungkin ada mana-mana wear & tear yang menyebabkan kejituan pemanduan terjejas.

4.Enjin/Ruang enjin
Pertama kali aku belek enjin Campro,pada aku enjin tersebut ‘bulky’ untuk sesaran sebesar 1.6 liter.Respon dan tork pertengahan bagus cuma final ratio gearnya bagi aku agak besar.Pada 100kmj,meter rpm menunjukkan bacaan 3000rpm.Untuk kereta bersesaran 1.5 liter keatas,sepatutnya rpm berada sekitar 2600-2700 rpm.Bayangkan pengurangan 300-400 rpm ni boleh menjimatkan berapa banyak petrol.

Di perenggan kedua tadi aku ada sebut pasal shifting gear yang pendek.Agak seronok bermain gear sebab pertukaran gear terasa solid,malangnya menurunkan gear tidak seronok langsung.Maksud aku feel solid tu sedap,tapi gear susah untuk dimasukkan.Rugi 1/2 second kat situ macam klac terlalu pendek sedangkan klac cukup panjang.Entah dimana silapnya tak tahulah.1/2 second kalau speed 120kmj,dah masuk selekoh lewat sangat dah tu.

Satu pemandangan yang menarik perhatian aku ialah susunan pulley-pulley alternator,pam power steering,kompressor air cond dan pam air.Unik sungguh.Sehelai belting menjalankan empat kerja tu aku tak hairan.Yang aku rasa pelik sikit ialah posisi tensioner.Posisinya menyebabkan belting dipaksa untuk ‘bend’keluar dan kedalam dengan maksimum.Mungkin untuk mencapai surface contact maksimum pada kesemua pulley.Dalam keadaan tekanan kerja semacam ni satu saja tekaan aku,jangkahayatnya tidak panjang.

Untuk yang terakhir,aku perasan saluran tabung air untuk wiper dan berbalut plastik dan diikat getah.Jangkaan aku mungkin tudungnya hilang.Rupa-rupanya dah reput dan patah.Aduhai….Aku rujuk kat member yang pernah pakai Gen2,memang cepat reput benda tu.

Kesimpulannya macam nilah,mungkin kereta ni memang tak sesuai dengan aku.Orang lain pakai mungkin ok,aku pakai plak yang dah berusia,so agak tak adil kalau aku menyalahkan kualitinya…


Sekian,jumpa lagi tahun depan,:) (Dah 18 hari di tahun 2016)