Memaparkan catatan dengan label Travelogue. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travelogue. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Februari 2016

Air Terjun Sungai Pisang; Liburan Santai Ver.2 2016

Selesai misi Ver.1 Lata Medang,Mr.KI bercadang nak pergi trekking lagi hujung minggu ni.Kali ni tempatnya tak jauh dan agak popular iaitu sungai Pisang,Gombak.Berdasarkan beberapa artikel yang kami baca,kami semua bersetuju sebab nampaknya perjalanan ke Sungai Pisang jauh lebih mudah dari Lata Medang.Kali ni kami tak bercadang nak bermalam,gerak masuk pagi,mandi-manda pastu makan then balik.Simple.
Seawal jam 7.30 pagi (awal la tuuuu),aku bergerak dari rumah untuk menjemput Mr.KI dan Mr.Timi di Kepong.Baru nak susur masuk ke LDP dari Ikano Power Center  tetiba aku rasa kekurangan sesuatu……eh..mana henpon aku???Jilakeeeeeee!Tertinggal pulak dah.Dari situ jam 7.37 pagi,aku  pusing balik masuk Mutiara Damansara untuk balik ke Sek.4 Kota Damansara.Semuanya berlaku dengan pantas bila jam 8.07 pagi aku dah sampai ke Restoran Abas.
Lama jugak kitorang melepak kat situ membincangkan masalah negara,masalah MLM,penjual agama dan sebagainya sampai pukul 9.00 kot.Makanan tengahari,bekal air semua takde lagi ni.Aku sekupang habuk duit pun takde,tak sempat jumpa ATM.Urusan membeli nasik goreng Kak Pura depan FRIM,beli minuman dan sebagainya mengambil masa agak lama.Rasanya pukul 10.30 pagi baru kitorang sampai ke lokasi permulaan iaitu muka sauk Syabas Sungai Gombak.
Selepas membayar RM3 duit parking dan RM1/kepala kat satu mamat yang katanya ‘penjaga’ tempat tu,kami terus ke lokasi.(satu jilake lagi ni,pagi-pagi dah tunggu mangsa)Sampai di tebing highway,kami mengambil keputusan untuk menyeberang sungai dan menyusur Sungai Gombak.Di point tersebut ada satu lorong menghala ke longkang/anak tangga saliran dari lebuhraya,tapi takkan nak naik ke highway kot.Kitorang pilih untuk menyeberang walaupun Mr.Yatimi mengalami masalah gayat akibat ‘sensor gyro’nya bermasalah.Kelakar juga Mr.Timi ni sebab jarak antara batu yang nak dilompat tu tak sampai dua meter pun.

Perjalanan diteruskan dengan meredah tebing kanan Sungai Gombak,meranduk lalang setinggi kepala di kebun buah-buahan dan sekali-sekala kami berjalan dalam air.Lebih setengah jam juga rasanya tapi mana kolong/terowong nak melintas highway Karak tu?Tak jauh dari situ akhirnya kami jumpa pondok-pondok.Ada satu brader tengah collect air sungai untuk buat breakfast.Jadah apa breakfast dah pukul 11 lebih.
Kitorang tanya dia,tapi dia tak tau kat mana Sungai Pisang.Dia panggil kawan dia,laaa….rupa-rupanya kawan dia ni budak si pengutip duit parking tadi.
Budak tu pun cakap kitorang dah sesat ni.Cabang jalan ke Sungai Pisang dah terlepas awal-awal lagi.Rupanya point yang Mr.Timi gayat tu la simpang nak ke Sungai Pisang.Kami berpatah balik ikut trek yang agak lebar dan baik kondisinya sebab banyak kereta masuk.Kereta pemilik-pemilik pondok tu lah.Tak tau la diorang ni penduduk tempatan ke haram.Lebih kurang 15 minit menapak,kami sampai ke jalan utama kira-kira 100 meter sebelum sampai ke penghalang jalan untuk memasuki bangunan muka sauk Syabas.
Perjalanan terpaksa dimulakan semula selepas membuang masa kira-kira satu jam.Baru kami faham rupanya Sungai Pisang dan Sungai Gombak tak sama.Ingatkan naik menghulu Sungai Gombak,sampailah kami ke air terjun tu.Di simpang pertama,kami memanjat longkang saliran untuk ke tembok lebuhraya Karak,kemudian baru berjumpa kolong berkembar untuk menyeberangi lebuhraya ke sebelah sana.

Sampai ke seberang,kami meneruskan perjalanan menyusur tebing sungai sejauh kira-kira 150 meter.Keadaan laluan makin sukar dan lorong semakin sempit.Lain macam betul trek tempat mainstream ni.Tambahan lagi tiada tanda-tanda manusia baru melalui tempat tu,sedangkan ada satu group budak sekolah belakang kitorang masa mula-mula sesat tu.Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kolong/terowong dan menyemak semula laluan.
Rupanya sekali lagi kami terlepas lorong sebenar iaitu di sebelah kanan terowong yang merupakan tangga saliran air dari longkang lebuhraya.Ha,ini baru betul.

Memanjat tangga tu pun satu hal juga.Penuh dengan dahan-dahan patah.Entah macamana muncul satu macha celah semak tak berbaju.Sah drebar lori tengah cari port nak berak.Sampai kat atas memang betul ada satu treler berhenti tepi jalan.Dari kilometer 28.2,kami perlu menapak sejauh 500 meter hingga ke kilometer 28.7.Dari situ terus boleh nampak lorong kekiri memasuki semak samun.


Ada beberapa motorsikal dan sebijik kereta Hyundai Matrix diparkir tepi lebuhraya masa tu.Siapa nak mudah,buat la macam diorang ni.Tapi aku tengok ada sekeping saman terselit kat celah wiper Hyundai tu.
Dari lebuhraya,perjalanan dan tak jauh,lebih kurang 10 minit dah boleh sampai ke air terjun.Bila kami sampai,masyaAllah ramainya manusiaaaa…Yang berendamnya,yang flying foxnya,yang rappelling lagi..adoiiii…terbantut selera nak mandi-manda.Akhirnya kami memilih kolam kecik di puncak air terjun untuk berendam.Kami panggil kolam VIP,takde orang kacau.
Kitorang suka jugak la aktiviti mandi-manda ni,tapi priority no.1 ialah privasi.Tak syok betul la mandi-manda beramai-ramai ni.Macam kat Lata Medang hari tu,bahagia betul conquer puncak air terjun.
Orang ramai mandi kat bawah,tak nampak dalam gambar

Kolam VIP,hihi


Settle makan dan mandi,lebih kurang pukul 1.00 petang,kami pun balik…huhu

Selasa, 26 Januari 2016

Lata Medang; Liburan Santai Ver.1 2016

N 3 32' 26" E 101 45' 11"
Sabtu lepas aku n da geng HTC (Mr.KI dan Mr.Timi) menjelajah dan bermalam di Lata Medang Kuala Kubu Baru.Lokasi ni dipilih saat-saat akhir atas cadangan orang rumah aku.Persediaan pun last minute jugalah,hari Jumaat baru nak cari kasut getah,beli parang baru,khemah baru,seluar trek baru.Serba barulah sebab dah lama tak camping.Tahun 2014 dulu aku masuk hutan Ulu Sia Raub pakai jeans dengan safety boot je untuk trekking 5 jam.Gila betul.Hasilnya semua kuku jari kaki pecah.
Dalam banyak-banyak barang,kasut getah boleh terlupa beli.Sudahnya aku sarung kasut getah saiz 41 bini aku...dah ini mendatangkan bala di akhir perjalanan.Baca sampai habis ye?
Untuk bermalam satu malam (masuk pagi Sabtu,balik pagi Ahad) aku cuma bawa :

1.dua set baju
2.beras satu kilo
3.sardin satu tin
4.minyak masak sebotol (letak dalam botol budu)
5.garam,kunyit,kicap (simpan dalam zipper bag) 
6.fire starter
7.parang
8.powerbank dua biji (20,000mAh + 5000mAh) dan handphone Sony Z2 yang dicas penuh sebelum masuk hutan
9.tali benang segulung (selalu orang kampung guna untuk buat pembinaan rumah)
10.set basic memancing (ladung,mata kail saiz 10 dan tali 10 paun)
11.khemah untuk 2 orang jenama Coleman Go!
dan sepasang bebola titanium (tak paham nasiblah,haha!)Beg simple je,iaitu beg Deuter yang hari-hari aku bawak pergi opis.
Sebenarnya powerbank sampai dua bijik tu agak melampau sebab Sony Z2 dicas penuh mampu bertahan sampai keesokan hari dengan baki bateri 40%.Itupun malam tu aku layan game dengan mp3 sekejap.Syaratnya kena pakai flight mode lah.Tapi tak apa,apa salahnya bersedia dengan kuasa simpanan lebih kan?
Member lagi dua orang aku tak pasti secara detail barang yang diorang bawa,yang pastinya alatan memasak(mess tin,kuali,periuk nasi dan solid fuel)sosej,megi,telur ayam, sayur???! dan jajan adalah antara barang-barang yang ada masa tu.
Untuk ke lokasi,kami bergerak dari Taman Ehsan ke pintu masuk dengan kereta kodok aku.Wife aku sukarela bawa balik kereta dan jemput balik nanti sebab kitorang fikir tak selamat kot nak tinggal kereta kat situ.Belum betul-betul sampai kat pintu masuk dah nampak bersusun kereta sampai tak boleh U-turn keluar.Mujur Myvi dicipta untuk situasi macam ni,ditambah pulak dengan kecekapan driver level 99999(aku la beb),maka nak pusing keluar balik tak jadi masalah.
Kitorang bertiga cepat-cepat unloading barang sebab tak mau port camping dipenuhi orang ramai.Mujur ada satu group yang sampai serentak dengan kitorang nak panjat Gunung Rajah.Hehehe!dah selamat satu kumpulan.

Perjalanan bermula dengan merentas jambatan gantung dan kebun getah lama lebih kurang 500 meter.Masa ni pun dah boleh nampak sungai berair jernih melalui batu-batu besar.Kondisi trek masih tahap biasa-biasa,umpama jalan kebun lah senang cerita.Kesan tayar 4WD pun ada.Lebih kurang 1km,pendakian pertama bermula iaitu selepas simpang terakhir yang mana laluan ke Lata Medang adalah di sebelah kanan.Sudut mendaki taklah ekstrim,lebih kurang 25 darjah kot??Agak panjang juga trek mendaki ni.Untuk seorang perokok yang tak pernah bersukan macam aku ni,pendakian panjang tu agak meletihkan,tapi bila trek kembali rata,degupan jantung kembali normal dan tempo perjalanan kembali macam biasa.Not bad.
Seterusnya trek semakin sempit dan trek tidak lagi betul-betul rata.Majoriti laluan di peringkat pertengahan ini adalah menaik walaupun sudutnya masih belum ekstrim.Sekiranya laluan betul,dalam tempoh masa satu jam,kita akan jumpa titian kayu bulat yang diikat dengan rantai motorsikal.Tak jauh dari titi ni aku update lokasi ke wife aku.Signal DiGi kat point ni H+ tau? Wife aku yang pernah sampai ke Lata Medang sebelum ni,dia cakap lagi sejam sampai lah tu...Whatttt ???
Anggaran baki 1/3 perjalanan adalah mendaki dengan beberapa tempat sudutnya hampir 70 darjah mungkin.Di peringkat ni Mr.Timi agak barai sebab dia pun sama macam aku,tak pernah bersukan.Aku tak barai sangat (ceh!) sebab aku rasa trek ke Lata Medang ni cuma 1/5 je level sukar dia compare dengan trip Ulu Sia Raub.Mr.KI lain,dia memang pendaki gunung berpengalaman.Dengan backpack besar pun,dia mampu berlari-lari panjat bukit sambil menyanyi dengan lirik lagu ikut suka hati dia.
Dipendekkan cerita,kami sampai ke air terjun Lata Medang jam 11.30 pagi.Rupanya ramai betul manusia kat situ,campsite pun dah hampir penuh.

Ni yang tak syok ni....Kitorang tinjau-tinjau sikit,jumpa la satu tempat lapang berdekatan rumpun buluh.Baru nak buat port,tetiba nampak lipan besar.Tak pasal-pasal lipan tu merasa pakukan parang bau kedai aku.Kemudian muncul sorang pakcik berbaju celoreng PLKN menunjukkan jarinya ke puncak bukit.Ooooo...bisu pakcik ni.
Apa yang kami faham,pakcik tu cakap kat atas lagi ada tempat berkhemah yang lebih baik.Mr.KI pun ikut pakcik tu tinjau diatas bukit,manakala aku dengan Mr.Timi melepak kat bawah.Sempat la aku pekena Winston sebatang sementara nak tunggu diorang turun.
Kemudian Mr.KI turun dan bagitau,kat atas campsitenya agak luas.Tak ada khemah orang lain kat situ.Memandangkan kami mengutamakan privasi dalam berlibur,kami buat keputusan untuk naik setingkat lagi.Dia punya naik,mak aiiiii!!macam panjat dinding dia punya tegak.Tapi tak apalah,asalkan boleh bercamping tanpa gangguan orang ramai.Pakcik bisu tadi kami bayar RM5,upah tunjuk port baekkk.
Cukuplah untuk kami bertiga,huhuhu!
Settle set up khemah dan Mr.KI punya hammock,kitorang masak lunch dulu.Mr.Timi dan KI pilih untuk mandi-manda lepas makan,aku macam biasalah...bikin pancing 1st.Dapatlah seekor tengas kecik.Saiz-saiz nakal camni padan dengan pistol ikan je ni.Petang tu juga ada satu group set up tali dari tempat kitorang mandi-manda sebab diorang nak main waterfall rappelling.Betul ke eja ni.
Mata tengok ikan ye,abaikan abdomen tu
Settle mandi, memancing dan solat,kitorang masak makan malam dulu sebelum hari gelap.Kat sini susah nak buat unggun api sebab kayu-kayu susah dapat.Yang ada pun buluh kering.Belum pukul 10.30 malam lagi kayu-kayu yang aku kumpul dah habis dibakar.
Malam tu kami tidur awal sebab tak ada aktiviti.Rugi tak bawak playing card.Jam 4 pagi ada satu group dari mana tah sembang-sembang luar khemah kitorang.Aku perasan diorang sampai cuma malas nak amik port.Lantak koranglah,jadi la kau sentri kat luar tu.Pukul 6.40 pagi baru aku keluar khemah.Rupanya geng ni masuk jam 2 pagi nak naik puncak bukit tapi tak tau jalan.Selesai solat subuh,diorang patah balik keluar.Ape ke bijak sangat masuk hutan tengah malam?Ekstrim?Haha!Nak ekstrim lagi cer try trekking guna siku.Haaaa,power.Sebenarnya safety paling penting.Contohnya dah panjat air terjun tu toksah la nak berselfie sampai ke hujung tebing,tergelincir karang,selamatlah kamu terbang 70 meter kebawah.

Lepas breakfast,kami mandi-manda kejap,pack barang,dan kemas campsite,kami bergerak keluar jam 10.40 pagi.Lebih kurang 30 minit berjalan keluar aku tukar pakai selipar jamban je sebab jari sakit kasut ketat punya pasal.Ingat lega la pakai selipar,rupanya pakai selipar jamban bijik-bijik tu hazab juga.Melecet tapak kaki siot.Dalam sakit-sakit tu,kitorang sampai ke pintu masuk dalam masa kurang 2 jam.Hari Ahad lagi gila ramai manusia.
Ingatkan ekstrim dah aktiviti pembukaan kami 2016 ni,sekali mainstream daaa..huhu!
Ni lah dia kalau pergi tempat-tempat mudah.Ramai boleh buat aktiviti sama.Pergi tempat-tempat ganas kang,bahayanya banyak.Adoiiiii....Apapun Lata Medang tempatnya cantik,akses pun mudah dan selamat.Kebersihan masih baik.Sampah kitorang bawa balik dan sisa makanan ditanam.Mujur ada Mr.KI yang berpengalaman dalam liburan hutan tanpa mencemarkan alam.
1.Lokasi tengas  2.Tempat public mandi kat bawah sana,kami mandi kat atas,hahahaha!
 Lata Medang ohsemness level,3.5/5 bintang,yayyyy!




Jumaat, 24 Julai 2015

Beraya Dalam Lombong

3 Syawal lepas berlangsung satu upacara pertunangan ringkas adik lelaki aku di Kampung Kurnia Kuantan.Actually bukanlah macam majlis bertunang yang biasa kita tengok dalam TV.Family aku dan family sebelah perempuan sepakat untuk membuat majlis yang sesimple mungkin. Suasananya macam datang beraya je lebih kurang.Apa yang penting ialah niat rombongan kami dan penerimaan tuan rumah.
Sebelah keluarga aku tak ada ayah,so abang ipar aku bertindak sebagai kepala,diiringi dengan sepupu arwah atuk aku sebelah mak yang kitorang panggil ‘atuk muda’.Sebelah perempuan pun sama,pun dah tak ada ayah.Abang-abang diorang yang umur lebih kurang macam kitorang ni lah yang jadi kepala keluarga sambut rombongan.
Perbincangan dari segi hantaran dan tarikh,biar bakal pengantin decide sendiri.Kemudian sarung cincin tanda dan cincin tunang.Settle!
Maka selesailah cerita bertunang tadi….Masuk waktu Zohor,kitorang pun berangkat balik.Tak balik rumah pun sebenarnya.Selesai solat Zohor kat masjid Paya Besar (kalau tak silaplah),kitorang bertolak pula ke Sungai Lembing atas cadangan abang ipar aku untuk ke Muzium Sungai Lembing.Pasaipa beraya dalam lombong,aku pun tak tau,janji masa yang berbaki setengah hari dapat diisi.
DSC_0347
Inilah papan informasi berkenaan lombong bijih timah Sungai Lembing.Lokasinya jauh sikit dari muzium.Tempat ni dibuka untuk pengunjung merasai pengalaman berada didalam lombong syaf bijih timah.Lombong mineral biasanya jenis open pit,jenis-jenis syaf terowong ni dah tak banyak dalam dunia ni kot.Yang aku pernah tengok dalam Discovery Channel dulu,diorang tak guna cangkul,main bom je.Tunnelnya pun luas.
Lombong milik PCCL yang terkenal didunia ketika zaman kemuncak harga bijih timah dulu mencatat panjang keseluruhan 322km.Jauh baiii!Imagine akar pokok,macam tulah gamaknya laluan-laluan terowong mengikut urat mineral bijih.Bahagian terdalam ialah Lombong Myah pada kedudukan 700 meter dibawah perut bumi.Lain-lain info korang Google ajelah ye?Heheh!

DSC_0350
Tempat menunggu gerabak ‘keretapi’.Anak aku panggil ‘anak keretapi’,nanti dia besar jadi keretapi macam KTM Komuter.Lupa nak cakap,tiket masuk RM15 dewasa,bebudak free.
DSC_0353
Perjalanan masuk dalam lombong.Udara sangat fresh dan sejuk macam aircond.Lebih kurang 100 meter,keretapi(wagon?) berhenti.Kena sambung jalan kaki sampai kedalam.Choiiiii!
DSC_0357
Antara tunnel-tunnel yang ada.Sempit betul.Macamana la agaknya pekerja-pekerja lombong ni nak hayun cangkul batu.
DSC_0363
Bahagian terbesar dalam lombong ni,Lubang Sejuta Ringgit.Alkisahnya ada aktiviti perlombongan haram tak lama selepas lombong ni ditutup,sekitar tahun 1987.Bijih dibawa balik dan diproses dirumah.Anggaran nilai galian yang berjaya dibawa keluar ialah RM1,000,000.00.
Laluan masuk kedalam terowong tadi dengan berjalan kaki berakhir kat sini….Ruang ni menarik untuk diteliti,tapi lighting kurang memuaskan,so kebesaran chamber ni tak dapat dilihat.Figura pelombong yang tengah-tengah tu  mungkin tengah sakit pinggang.
DSC_0382
Ada banyak gambar lagi yang aku ambil,tapi tak bolehlah upload semua.Berat nak publish kang.Kawasan untuk diexplore pun ada lagi,iaitu replika lif yang membawa penumpang naik/turun sedalam 14 tingkat bangunan katanya.Lubang tu aku tak masuk,sebab lenguh dukung anak.
Masa lepak-lepak kat luar lombong ni ada satu pakcik dari mana tah,tanya mak aku datang dari mana.Mak aku jawab la Lepar.Dia pun cakap uiiiii jauh tu.Baik pergi KL dari pergi Lepar.Dalam hati aku,kurang ajar betul pakcik ni.Kalau kira jauh dari Kuantan,jauh lagi Perlis pakcik oii!Orang Pahang semua tau Lepar tu jauh sebab Pahang ni luas.Muadzam Shah pun jauh apesal tak mention?Bengong sungguh ni.Padahal jarak dari Sungai Lembing – Kuala Lumpur 400km.
Ini mengingatkan aku satu entri lama berkenaan projek jalanraya penghubung antara Jerantut – Sungai Lembing yang mana akan melalui Lepar Utara sebagai titik mula yang terdekat dengan Sungai Lembing.Patutnya projek tu siap 2016,dah dimasukkan pun dalam RMK-10.Tapi ape cerrr aku tak tau.Aku harap benda ni direalisasikan atas faktor jaringan strategik,bukan propaganda politik semata-mata.
SGLembing-Lepar
Jarak antara 2 titik diatas jika menggunakan jalan negeri dan highway (Lebuhraya Pantai Timur) ialah 208km!
Arkib SGLembing-Jerantut3
Arkib SGLembing-Jerantut

Selasa, 7 Julai 2015

Bila Dhia Naik ‘Keretapi’

Semalam aku naik STAR ke KLCC,selepas bertahun-tahun aku tak menaiki kenderaan awam jenis tren.Kali terakhir rasanya zaman aku study part time dulu.Pergi Aquaria KLCC tahun 2009 rasanya.Betul dak kat KLCC?Aku dah lupa dah ni.
Sebelum aku cerita panjang lagi,aku nak bagitau yang sebenarnya aku amat-amat tak suka ke KL.Sebab aku rasa lemas.Lemas dengan keadaan trafik,lemas dengan kesibukan kota,lemas dengan temponya yang pantas dan yang utama sekali lemas dalam lautan warga asing.Terus terang aku tak rasa KL tu macam metropolitan dalam negara yang bernama Malaysia.Apa taknya,65% muka-muka yang aku nampak rasanya bukan muka-muka tempatan.Bagi aku pemandangan tu bukanlah pemandangan yang seronok untuk dilihat.Tak enjoy langsung.Cerita lah kat aku keseronokan KL tu apa dia..huhu.
Oklah,tujuan aku ke KLCC atau tepatnya Avenue K sebenarnya nak tukar baju raya yang wife aku beli dari Chenta Qaseh.Terlebih gedobos pulak padahal dah siap ukur sebelum beli online.Malam Sabtu kelmarin kitorang cuba nak tukar di booth Chenta Qaseh kat bangunan MATRADE.Ada ekspo raya kot.Sekitar Masjid Wilayah,keadaan trafik agak teruk sebab banyak kereta diparkir tepi jalan utama.Tak apalah,mungkin depan sikit menghala ke bangunan MATRADE tu dah tak sesak.Kebetulan pula ada kerja-kerja menaiktaraf menyebabkan satu lorong ditutup.Barangkali itulah punca sesaknya.
Makin bergerak menjauhi masjid,makin banyak kereta yang parking tepi jalan.Hairan jugak ni.Yang keluar dari kereta takde rupa gaya nak ke masjid pun.Rupa-rupanya kereta orang-orang yang bershopping didalam MATRADE.Me’ nate betul.
Dek kerana sesak yang teramat,dan bangunan MATRADE pun nampak jauh lagi nak menapak kedalam,aku terus set GPS balik rumah.Habis cerita.
Pagi-pagi Ahad,kitorang anak beranak naik STAR aje.Lagi senang.Lagipun anak aku yang sulung suka sangat dengan keretapi.Aku pun seronok juga dapat bawa dia merasa naik tren,cuma kesian sikitlah,terpaksa berdiri dalam keadaan tren yang penuh sesak.
Sampai kat Avenue K,kitorang betul-betul buat urusan tukar baju saja,tak minat nak ronda-ronda….
Perjalanan balik lebih teruk sesaknya.Dengan bau-bauan yang pelbagai datang dari macam-macam jenis bangsa,haha!Tetiba,aikkkk!Bau petai pun ada?Dari mana datang plak ni?Memang malam tu aku ada makan sambal bilis petai,tapi takkan plak masa ni baru nak terbau?
Ahhhh…orang lain punya bau ni…sebab baunya kejap-kejap je datang.Kalau bau aku,mesti la sepanjang masa aku yang terbau.
Lebih kurang lepas tiga-empat stesen,manusia pun berkurang..Bolehlah aku dukung anak perempuan sulung aku ni.Dapat juga dia tengok pemandangan kat luar.Sekali aku angkat…..choiiiiii!Dia berak rupanya!Patut la bau tahik.Masalahnya kenapa bau petai???
Aku terpaksa turunkan dia balik dan duduk dikerusi.Dia tak boleh duduk,kena denda berdiri sebab berak.
Anak perempuan aku ni memang stail dia berak sebaik saja kenyang makan sesuatu.Lepas siap tukar baju wife aku,aku singgah 7-Eleven belikan dia sekotak Dutch Lady Strawberry dengan roti sebelum balik.Kesian sebab dari pagi takde apa yang masuk perut dia.Tapi itulah,makanan yang kuberi,dibalas tahi didalam diapers.
Sebelum aku habiskan entri ni,aku nak cakap sikit yang pengangkutan awan jenis tren memang bagus.Harap dapat dikembangkan lagi ke tempat-tempat lain dengan frekuensi yang lebih kerap.Yang tak bagusnya cuma kemudahan awam ni dimanfaatkan oleh warga asing.Terutamanya mat Indon.Stail masing-masing dah macam Jakarta diorang buat.Aku rasa mat-mat Indon ni syok duduk Malaysia pasal ni la.Kemudahan banyak,rejeki juga banyak.Kat Jakarta takde LRT kan?
Dalam novel Ayat-Ayat cinta lagi kelakar,orang Arab bangga dengan sistem Metro,katanya sama maju macam Paris.Padahal aircond pun takde,hahaha!

Ahad, 20 April 2014

Cerita Dari Kuantan

Dua minggu lepas aku balik kampung lepas wife aku selesai mesyuarat kat Kuantan.Mula dari hari Rabu sampai Jumaat.Disebabkan mak aku sorang-sorang je kat kampung,aku bawa sekali mak aku berjalan,ada jugak teman sembang.Tiap petang lepas mesyuarat habis aku bawak la pergi jalan-jalan.

Kat Kuantan lokasi yang best dah tentulah ke pantai.Petang Rabu aku bawak ke Teluk Cempedak.Lain betul suasananya sekarang.Parking pun dah kena bayar.Pantainya pun dah tak cantik,serupa gumuk pasir kat gurun.Sekadar nak lepak-lepak cuci mata boleh la,toksah buat gila pi berendam kat situ.

IMAG1958

Petang Khamis aku bawak anak bini dan mak aku ke Pantai Batu Hitam.Asalnya nak ke Pantai Balok tapi meeting wife aku drag sampai 6.15 petang pulak dah.Buang masa kat situ plus jem kat area Taman Semambu Baru,aku tukar plan masuk ke Pantai Batu Hitam.Dapat la melepak dalam setengah jam.Pantai kat sini landai,nampak la juga dua tiga kumpulan budak main-main air.Anak aku seronok sangat dapat korek pasir sampai tak mau balik.Next time memang kena cuti betul-betul,bukan beriadah sambil kerja.

Balik dari pantai terus ke homestay solat Maghrib,lepas tu kami pergi cuba ikan bakar kat Tanjung Lumpur.Dengarnya kemain glemer port nih.Sebelum pergi tu aku sempat la jugak mengGoogle pasal Ana Ikan Bakar.Telan ayaq lioq gak la tengok depa ni melantak seafood sampai dua-tiga ratus.So,aku dan bini set dalam kepala harga tu.

Memang ramai orang kat restoran tu,mujur Ana Ikan bakar ni ada dua kedai.Hari biasa pun penuh table,kalau hujung minggu confirm gila sesak ni.Aku masuk kedai dia yang hujung sikit,sama je pun,janji boleh duduk makan.

Kitorang angkat kerapu,lala 1/2kg,dengan sotong besar dua ekor.Kerapu buat bakar petai,lala tumis halia,sotong goreng tepung sudeyyy!Cukup la kot dewasa 3 orang makan.1st time makan kat tempat macam ni memang aku tak berani nak ikut selera mata.Kang tak pasal-pasal balik pakai spender.

Okeyy..lepas mencekik mesti la nak komentar ye dak?

 

1.Kerapu bakar petai – 4.0/5 : resepi signature restoran ni kot.Walaupun agak pelik,tapi best jugak la rasa dia

2.Lala tumis halia – 4.5/5 : ohsem,nama je tumis halia,tapi rasa halia taklah obvious sangat dan lalanya manis

3.Sotong goreng tepung – 3/5 : walaupun sotongnya fresh,tepung celupannya plain amat.Takdak rasa langsung.Maybe tujuan dia untuk kita rasa kemanisan sotong,lagipun boleh celup kat sos.Tapi aku rasa lagi mantap kalau tepungnya ada sikit rasa.

 

Dari segi harga,masih lagi berpatutan.Untuk hidangan diatas campur nasi dan air,bilnya RM70 something.Angka tepat aku tak ingat,tapi lebih kurang macam tulah.Fuh!Legaa…Meja sebelah beratus-ratus jugak la aku dengar.Diorang order ikan merah kot.

Balik dari Tanjung Lumpur,aku terus bergegas ke Kompleks Mahkamah Kuantan jemput kawan lama.Mamat ni tengah kerja,tapi aku bawak dia pergi mengeteh sekejap.Lama betul tak jumpa dia.Dia nilah member zaman huru-hara aku dulu,tapi memasing dah berumur.Baik pikir masa depan daripada merapu sampai ke tua.

Kesian jugak bila aku dengar cerita dia.Sebelum ni dia kerja kontrak elektrikal,tapi kena kencing.Tokey tak bayar gaji.Sekarang baru je kerja dengan Mahkamah Kuantan.Kemudian ditambah lagi dengan desakan mak dia yang suruh dia kahwin.Mak dia dah siap-siap cari calon,tapi dia ni tak berkenan,tambahan lagi baru tukar kerja.

Member aku ni walaupun dulu agak ‘ligat’ zaman remajanya,tapi tak pernah lah kurang ajar dengan parent.That’s why bila dalam situasi macam ni dia dilema.Aku pun tak suggest dia terima perancangan mak dia.Yelah,kita yang nak kawin.Hari-hari nak hadap perempuan yang sama.Kalau sikit perasaan nak ter’cinta’ pun tak ada,apa guna kahwin?Buang duit,buang masa.

Walaupun tak lama dapat melepak dengan dia,satu pelajaran lama terlintas balik dalam fikiran aku;sesusah-susah mana pun kita ni,ada lagi yang jauh susah.

Maksudnya kita tak payahla nak mengamuk bila hadap masalah besar,sebab masalah orang lain lagi besar.Tak percaya cuba tweet PM,mintak dia share masalah negara.Itupun kalau hangpa boleh chat dengan dia la,haha!

Sabtu, 16 November 2013

Kampung Lama


Bak kata pujangga Meleis,jauh perjalanan luas lubang poket,hehe!
Gurau-gurau je ye?Tapi lojik akal bila jauh berjalan,banyak la benda-benda baru yang kita jumpa.Sebelum ni aku tak tau rakyat Pantai Timur suka bedal ubi-ubian dikala musim tengkujuh.
Ramailah orang berniaga ubi,macam-macam jenis ubi yang kebanyakannya aku tak pernah jumpa.Aku cuma tau ubi kentang,ubi keledek,ubi kayu,ubi keladi…..jenis-jenis yang common lah.
Sebelum masuk bab nama-nama kampung,ada satu jenis pemandangan yang buat aku sedikit touching.Sepanjang perjalanan aku menjalankan tugasan ni,banyak kampung-kampung lama di pinggir jalan.
Negeri lain pun ada kampung lama cuma suasananya mungkin berbeza sikit.
Bilamana ada kampung lama,mesti ada rumah-rumah kayu lama yang ditinggalkan.Aku suka tengok bangunan atau rumah lama ni.Cantik berseni sebenarnya walaupun semak dah naik sampai tingkap rumah.Tapi ada satu rumah kampung lama yang buat aku sedih sikit.Nak amik gambar tak sempat sebab driver bawa laju bohh!
Kawasannya sekitar Marang,Terengganu kalau tak silap aku.Rumah kayu lama tu bertiang tinggi dan terletak dalam kebun kelapa.Kebun kelapa tu pulak bersih,tak semak langsung,so boleh nampak jelas rumah tu.Beberapa papan dinding dah lekang,bumbung pun dah tanggal sekeping dua.
Lepas aku nampak rumah tu,aku terfikir mana pergi orang-orangnya.Mana perginya anak-anak yang pernah dibesarkan dirumah tu.Mungkin semuanya sibuk berkelana dibandar,meninggalkan warisan keluarga terurai dimakan anai-anai…Kesibukan kota menjanjikan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan barangkali.

sesekali aku sentimental,agak parah bunyinya...

********************************************************

Aku nak cerita pasal nama kampung sebenarnya kan?Di Pantai Timur ni macam-macam nama kampung yang pelik,kekadang terfikir juga mana datang la idea nak bagi nama kampung macam tu.Kat Terengganu ada nama kampung yang macam twin tapi jauh-jauh lokasinya.Berhampiran Kuala Terengganu ada Kampung Pak Katak dan di Hulu Terengganu ada Kampung Pak Kancil.Mungkin pengasas kampung ni adik-beradik.

Satu lagi kampung yang unik ialah kampung ni:
Kampung Teridi (3D??) berhampiran Penjom,Lipis,Pahang

 Memula masuk kampung ni,semua nampak flat jer,lepas pakai spek 3D baru nampak real suasana kampung,heheh!
Banyak lagi nama-nama kampung yang unik,tak berapa nak ingat pulak.

Gambar hiasan

Magic fruit,bersebelahan sekolah Sri Kiambang,Pasir Mas Kelantan
Pokok kat atas ni bukan spesies tempatan.Nama sainsnya malas plak aku nak Google.Pokok ni ditanam depan laman rumah pakcik Guard sekolah Sri Kiambang.Kenapa orang panggil buah ni buah ajaib?
Sebabnya lepas kita makan buah ni,segala benda yang kita makan akan terasa manis.
Aku pernah terbaca satu artikel betapa komersialisasi buah ni amat ditakuti pengeluar gula.Pernah ada usaha untuk menjadikan ekstrak benda ni sebagai pengganti gula,tetapi mendapat tekanan dari pengeluar gula.Bangang bukan?Ada jalan untuk membentuk masyarakat jadi lebih sihat,tapi kuasa wang mengatasi semuanya.
Apa salahnya tauke gula invest buka ladang pokok ni pulak.Itupun tak reti nak fikir ke?Adoiii!!!

Journey To Pantai Timur


As salam semua.
Rasanya lebih dua minggu aku tak mengupdate apa-apa dalam blog ni.Sebenarnya dua minggu lepas aku ada tugasan luar selama seminggu dan lepas tu sibuk menguruskan hasil tugasan.
Dari 4hb November sampai 9 November,aku berlegar-legar di sekitar kampung dan belakang rumah orang di Pantai Timur untuk tugasan projek germplasma pokok Patawali.
50 sampel perlu dikumpulkan dan kali ni sampel dari tiga negeri mempunyai jumlah yang agak samarata.

CABARAN MENTAL
Walaupun pokok ni boleh dikatakan agak popular ditanam di kawasan kampung,tapi nak mencarinya boleh tahan mencabar juga.

1.Kenderaan 4WD tak boleh dipandu perlahan sepanjang masa.Orang marah beb.Walaupun menggunakan kenderaan rasmi kerajaan.Masa tugasan zon tengah dulu aku terpaksa menyalakan lampu hazard.Mungkin lepas ni kena tampal stiker bertulis,"PENYELIDIKAN SEDANG DIJALANKAN.KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI".
Bila kenderaan dipandu agak laju,macamana nak nampak helaian daun hijau muda bersaiz sekitar 10-15cm dari celah-celah pokok belakang rumah orang kampung?Mujur kami semua bermata helang.Driver pun memainkan peranan jugak,terutamanya yang berpengalaman.Diorang tau laluan mana yang banyak kampung lama.

2.Keadaan lokasi sampel kadang-kadang amat ekstrem.Disebabkan pokok ni banyak dibelakang rumah orang dan selalunya berhampiran tangki septik atau perigi buta,faham-faham sajalah macamana keadaannya tu.Kebetulan sekarang musim hujan,ambik kau!Kalau bukan kerana kerja,jangan harap la aku nak masuk tempat-tempat macam tu weii..

3.Pokok tinggi.Yang ni memang kerap kami jumpa.Agak banyak sampel yang terpaksa kami tinggalkan sebab tak dapat nak ambil.Pokok ni sifatnya memanjat dan kalau pokok yang dipanjatnya tinggi,tinggilah naiknya.Tak mau turun lagi dah.

4.Ragam orang kampung.Yang ni memang terpaksa kena hadap,terutamanya bila sampel dibela cantik dan tumbuh elok depan rumah orang.Antaranya ada yang sungguh-sungguh cakap tak ada pokok tu padahal dari jauh kami dah nampak pokok tu rimbun belakang rumah dia.Satu lagi jenis orang kampung yang berniat baik,tapi tak faham kerja-kerja kajian.
Sampel yang kitorang nak biasanya keratan matang yang tak terlalu tua da tak muda sangat.Diorang terlebih rajin tolong kutipkan sampel,tapi sampel tua.Boleh hidup jugak katanya.Tapi kitorang lebih mudah dengan bersetuju je apa orang kampung cakap.Yelah,dah mintak barang dia,takkan nak banyak songeh pulak.

Pemetik kelapa di Kampung Mahkota,Kuantan Pahang

LOKASI MEMBUTA
Sepanjang seminggu aku buat kerja luar,tempat tidur asal boleh je sudah.tapi taklah tido kat masjid.Maksud aku hotel murah yang harganya sekitar RM60-70 semalam.

1.Hotel Vista-Kemaman(RM70)
2.Hotel Sri Tanjung-Kuala Terengganu(RM70)
3.Hotel Selesa-Kota Bharu (RM65)
4.Hotel Gua Idaman-Gua Musang(RM60)

Yang terbaik Hotel Vista,boleh diharap hotel ni punya servis.Paling fail sekali Hotel Gua Idaman.Patut harga dia 30 ringgit je satu malam.Lodging kat politeknik Shah Alam lagi best.Panjang sangat dah plak entri ni ye?Aku sambung kemudian lah sebab nak cerita pasal nama-nama kampung yang unik aku jumpa.
Overall,Pantai Timur memang ohsem terutamanya makanan!















Selasa, 9 April 2013

Cuti-Cuti Di Pulau Pangkor:Part 2

Teluk Dalam ialah sebuah perkampungan nelayan tradisional yang cantik,dan terletak berhampiran lapangan terbang Pangkor.Di kawasan Telok Dalam tak ramai orang,memang sesuai kalau nak berehat-rehat.Lebih kurang 15 minit di Teluk Dalam,aku terpaksa berpatah balik ke chalet bila rintik hujan menjadi semakin kasar.
Aktiviti meronda pulau diteruskan sebelah petang selepas makan tengahari.Dari restoran melayu yang terletak di pekan Pangkor,kami ke Kota Belanda iaitu sebuah kubu binaan Belanda yang terletak kira-kira 5 minit dari pekan Pangkor.Kelajuan menapak mungkin akan memakan masa lebih setengah jam.Mujur dah sewa motor.

IMAG0899

IMAG0900

IMAG0902

IMAG0906


Kota Belanda dibina pada 1670 oleh atuk kepada moyang Robin Van Persie untuk penyimpanan dan perlindungan bekalan bijih besi dari Perak.Pada tahun 1690,pemberontakan orang Melayu telah berlaku di Perak dan tempat ni dimusnahkan.Pada tahun 1973,orang Melayu membina semula kota ni selepas 283 tahun,dan tempat ni digazetkan sebagai tapak bersejarah dan monumen purba.
Lepas tu anak aku meragam sebab penat agaknya,terpaksalah kami balik ke chalet.Wife aku meninggalkan anak aku yang tengah tidur untuk berjalan-jalan tepi pantai dengan kengkawan dia.Aku ni pulak dah menggigil tangan nak memancing sebab brader-brader dua orang tu dah hilang pergi memancing kat jeti Teluk Ketapang.
Kebetulan anak aku pun tetiba bangun dari tidur,dan aku angkut dia bawak pergi memancing.Rasanya tak pernah orang buat kot bawak anak umur setahun pergi memancing.Anak perempuan pulak tu.Sempat la setengah jam aku labuh umpan sebelum aku rasa leceh pulak nak jaga dua benda.Mana nak jaga pancing,nak layan anak aku berjalan-jalan atas jeti lagi.Akhirnya aku pun bungkus pancing,balik chalet.Malam nanti repeat semula port tu.

IMAG0915[1]

Ini je yang join tak termasuk suami-suami

 

Jam 8.00pm,semua berkumpul di lobi untuk bersama-sama ke tempat barbeku.Ini pun dan diuruskan lebih awal walaupun asalnya diorang nak cancel sebab ada pertambahan bajet.Entah macamana diorang kira pun aku tak tau.Rupanya barbeku dahpun siap dibakar lebih awal.Dengan bayaran satu kepala RM25,menu yang ada ialah nasik goreng,kepak ayam,sotong besar ibu jari yang dicucuk dengan lidi sate,sosej,udang saiz L,ikan talang,kerang bakar,air oren dan potongan tembikai.
Bab BBQ ni aku memang tak puas hati langsung.Bahan-bahan cap ayam habis.Ikan talang dan sotong sebesar ibu jari adalah fail teramat untuk bajet sekepala RM25.Pastu tak boleh enjoy lelama plak tu sebab hari hujan.Huhhh!Menyirap sungguh.
Usai hujan,kami bertiga kembali menguji penghuni perairan Teluk Ketapang,cehh!Ayat tak boleh blah!Aku kembali menggunakan kaedah paling asas iaitu kaedah bottom dengan batu hidup.Panjang perambut aku rasa sehasta setengah kalau tak salah.Walaupun perairan Teluk Ketapang dasarnya berpasir,arus didasar agak kuat.Ombaknya pun boleh tahan besar,boleh board surfing.Akibatnya perambut aku yang panjang teramat itu berpintal-pintal bak rambut beach boy yang menjual souvenir depan simpang ke chalet aku menyewa.
Aku pendekkan perambut lebih kurang 30cm baru ok.Tapi umpan udang kopek selalu hilang menandakan kawasan ni dipenuhi ikan kecik,terutamanya gelama.Disebabkan menyandarkan pancing ke pagar jeti tak boleh menunjukkan getuan ikan(siap loosekan drag tuuuu..),aku terpaksa memegang pancing sambil jari telunjuk merasa getuan halus di tali pancing.Hasilnya,tak sampai dua minit,gelama pertama naik.Dalam tempoh kurang 20 minit,tiga gelama masuk dalam plastik dan selebihnya rabut sebab cepat sangat sembat pancing.Semuanya disyaki gelama.Bolehlah daripada buta tak dapat apa langsung.Menjelang jam 12 malam keatas,tak ada lagi getuan ikan.Ikan pun tidur agaknya.Kami tunggu lagi sampai jam 1.00am,lepas tu terus balik.
Pagi Ahad,aku kebandar semula untuk mengeluarkan duit.Walaupun semuanya dah dibayar,ada juga bayaran tambahan secara tiba-tiba untuk belanja apakebenda entah.Hampir licin RM200 yang asalnya aku reserve untuk belanja ekstra.Terpaksa aku keluarkan lagi RM250 untuk membeli cenderamata.Aku cuma beli produk hasil laut Pangkor iaitu empat bungkus cucu kembong 1/2kg setiap satu.Campur beberapa lagi produk makanan kat kedai tu,semuanya RM96.++.Ditambah lagi beli fridge magnet,keychain dan dua helai t-shirt budak,keluar lagi duit RM70.++.

IMAG0916

Anak,cucu,cicit dan piut ikan yang aku rasa tak ada kat tempat lain

IMAG0918

Pengangkutan awam rasmi di Pulau Pangkor


Kami bertolak dari chalet di Teluk Nipah ke jeti feri lebih kurang jam 11 pagi dengan bayaran van teksi RM15.Kali ni feri memang penuh kaw-kaw sebab hari Ahad,ramai yang turun ke Pangkor.Bermula jam 3.00pm hari Jumaat hingga jam 12.00pm hari Ahad,bayaran parking tidak berbumbung di Jeti Marina Island ialah RM20.Walaupun kat tiket ditulis RM15,tak tahulah apa benda yang RM15 nya samada per day atau per entry.

Percutian tu agak menyeronokkan kecuali ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki:


1.Membuat kiraan yang tepat supaya tiada additional cost secara tiba-tiba.Yang ni sangat penting.Kejap-kejap mintak topup bajet,kalau lima nam ringgit tak apalah,ni sampai ratus-ratus.Ingat duit boleh kutip tepi pantai macam kutip kulit kerang agaknya.


2.Barbeku sejuk tepi pantai tu memang tak ohsem langsung.Bolehlah diblacklist saja makcik tu.

3.Soal makan,baik diuruskan sendiri.Sendiri makan,sendiri bayar.

 

Dengarnya lepas ni nak ke Tioman pulak.Hmmmmm…

Cuti-Cuti di Pulau Pangkor:Part 1

Hujung minggu lepas aku ke Pangkor pulak menemankan wife aku gathering dengan coursemate masa dia kat UMS dulu.Aku ni ok je bab meneman,lagipun dalam kepala aku dah dirancang aktiviti untuk mengelakkan kebosanan menunggu orang perempuan bergosip.Semuanya dahpun diuruskan oleh wife aku dan kawan dia yang bertindak sebagai event organizer.Aku cuma perlu membawa diri dan yang penting set pancing baru untuk diuji.

Selepas mengepam bahanapi sebanyak RM40,jam 10.30am aku memulakan perjalanan dari Seksyen 4,Kota Damansara.Macam selalu,aku pilih jalan biasa dari Sungai Buloh-Kuala Selangor-Sabak Bernam-Sri Manjung dan seterusnya Jeti Marina Island.Sebelum tu aku sempat singgah menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid yang terletak di Kampung Lekir,Manjung,Perak.

Perkara seterusnya ialah mencari parking di tempat letak kereta di Jeti Marina Island.Informasi asal ialah parkingnya berbumbung,tapi nampaknya bukan di jeti ini.Aku dihulurkan tiket yang tertulis tarikh hari tu beserta tulisan RM15.00 dengan dakwat pen merah.Malas nak tanya banyak,aku parking saja sebab dah letih plus lapar.

IMAG0882

Dhia muka ketat sebab dah penat

Selepas membaham mi rojak dan cendol pulut yang tak berapa nak sedap dengan harga RM12.60,kami menunggu feri.Masa ni la aku berkenalan dengan suami-suami kengkawan wife aku yang agaknya mindset diorang pun sama macam aku;memancing.Termasuk aku,ada tiga lelaki yang semuanya membawa joran,cuma joran diorang tak macam aku punya yang ultra-kiasu.Macam nak memancing ikan GT.

Tambang feri ke Pulau Pangkor ialah RM10 untuk dewasa,pun telah diuruskan lebih awal.Memandangkan awal petang Jumaat,orang tak ramai.Perjalanan ke pulau lebih kurang 15 minit,dan terus naik van teksi warna pink,teksi rasmi Pulau Pangkor.Kami menuju ke chalet yang terletak di Teluk Nipah.Pangkor Bay View rasanya.

Aktiviti petang orang perempuan ialah mandi kolam dan kami yang lelai ni memilih untuk merecce port-port yang sesuai untuk melabuhkan umpan.Disebabkan tak ada transport,kami menyusur pantai dengan mobiliti kaki.Menapak la tuhhh!

IMAG0887

jenjalan cari port mancing

 

Selesai makan malam beramai-ramai,kaum wanita meneruskan aktiviti bergosip di salah sebuah bilik kengkawan diorang yang masih bujang.Kami bertiga balik kebilik menyiapkan perambut dan bergerak ke lokasi berbatu di bahagian hujung Teluk Nipah.Memandangkan waktu tu dahpun jam 10,kami memilih tempat yang agak senang nak diduduki iaitu sebuah batu besar.Nak explore lebih-lebih tak boleh juga,takut tak boleh balik kalau air pasang.
Akhirnya labuh ajelah umpan kat area tu.Aku pakai pelampung yang berumpankan udang kopek walaupun yang lain guna kaedah bottom fishing.Sebabnya masa beli umpan,budak kedai pancing tu cakap area ni banyak karang.Possibility nak sangkut memang tinggi.Memang betul,dua lagi pancing tu sangkut semua.Dah sangkut tu tak apalah,kot-kot ada ikan yang sudi bedal umpan,boleh juga terlepas dari karang.Malangnya pancing senyap sampai jam 12.15am.Aku lipat pancing,dan yang berdua lagi ikut sama bungkus.Balik bilik tidorrrr lagi baik.
Cadangnya nak mengeteh dulu semasa perjalanan balik,rupanya kat sini perniagaan sampai jam 12.00 malam sahaja.Yang meriuhkan kawasan Teluk Nipah ni ialah remaja-remaja tempatan yang bermotorsikal.
Pagi Sabtu,aku dan wife aku breakfast di sebuah gerai disebelah kiri jalan masuk ke chalet.Sarapan maggi goreng dua pinggan + dua minuman panas berharga RM12.++.Agak mahal,tapi tak apalah.Mungkin faktor pengangkutan menyebabkan barang-barang keperluan kat sini berharga sebegitu.Satu lagi sebabnya adalah kekurangan pilihan.Maka ada pihak yang mengambil kesempatan mencekik darah pelancong dengan harga makanan yang merepek habis.Contohnya abang Zamil,seorang mejar tentera dan isterinya bersama anak berusia empat tahun,harga nasi lemak breakfast diorang bertiga ialah RM25.
Nasihat aku,sesiapa nak datang sini bercuti,bawalah duit tunai agak banyak.Lepas tu jangan memandai order ikan bakar sebelum tanya harga.Kang tak pasal-pasal balik bilik pakai spender.
Selesai breakfast,aku menyewa motorsikal dengan bayaran RM30 sehari dari pihak chalet tempat aku menginap.Pulau Pangkor ni agak luas,rugi kalau tak explore semua.So pagi tu aku dan family menunggang Honda Wave 100 dengan sprocket yang dah tajam ke pekan Pangkor berhampiran terminal feri untuk mengisi minyak.Sekali lagi aku berjumpa stesen minyak BuraqOil.Sebanyak RM4 petrol RON 95 formulasi saintis BuraqOil diisi ke tangki dengan aras hampir penuh.
Dalam cuaca gerimis,kami berpatah balik ke Teluk Nipah melalui Pasir Bogak dan Teluk Ketapang lalu meneruskan perjalanan ke Teluk Dalam.Jalanraya kat sini memang ekstrem ya tuan-tuan.Laluan mendaki dan turun bukit yang curam,jalan sempit,selekoh tajam dan van teksi pink yang dipandu laju perlu diberi perhatian.

 

IMAG0892

Pantai Pasir Bogak;ibu Dhia dengan helmet perang

IMAG0895

Bot buruk dipantai Teluk Dalam

Bersambung di Part 2…

Isnin, 8 April 2013

Journey To Kuala Kurau

Hujung minggu beberapa minggu lepas boleh dikatakan antara hari yang paling banyak perjalanan dalam hidup aku.Perancangan awal untuk ke rumah saudara jauh sebelah mak aku ditambah dengan perjalanan tambahan disaat akhir,menjadikan sepanjang hari kereta aku bekerja keras.
Mak aku dilahirkan di Kuala Kurau,Perak sebelum arwah atuk dan nenek sebelah mak aku membuat keputusan berhijrah ke Sekinchan Selangor.Tahun bila aku tak pasti,mungkin awal 70-an dulu.Oleh sebab itulah masih ada cabang saudara-mara yang tinggal disana.Kali terakhir mak aku kesana mungkin ketika zaman remajanya dulu.
Di pihak aku walaupun pertalian saudara sudah agak jauh,tidak ada salahnya untuk mengenali cabang-cabang persaudaraan walaupun mungkin kunjungan ke Kuala Kurau Perak itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidup aku.Lagipun,best apa berjalan ke tempat orang.Sekurang-kurangnya...”oh,aku pernah sampai sana”.Pernah tengok stesen minyak Buraq Oil?Haaa,nanti aku cerita.
Persediaan pertama adalah memastikan kesihatan kuda tunggangan aku.Dari segi enjin tak ada masalah sebab balik dari kenduri di Alor Star dulu aku dah tukar minyak enjin semi sintetik Perodua.Paling pekak pun boleh lagi belasah sampai 7000km.Tapi masalah yang satu ni memang wajib kena atasi.Aku perasan handling kereta aku semakin sampah masa perjalanan pergi balik ke Alor Star tu.
Sabtu lepas aku bercadang nak rotate tayar memandangkan dah hampir setahun dilenjan lepas tukar rim.Bila nak rotate dah tentu kena balancing semula.Masa balancing la baru aku perasan rim dah hampir kesemuanya bengkok.Tak repair tak boleh juga sebab driving pun dah tak best sebab vibration kuat.So,dua rim yang paling teruk bengkoknya terpaksa dibakar dan diketuk semula.Kos pembaikan sebiji rim RM80.Repair dua biji rim+balancing+rotate telah mengepau bajet aku sebanyak RM188.
Aku pun tak sangka agak fragile juga rim-rim ni sebabnya sesekali bila aku check lepas mengharung perjalanan yang teruk,rim nampak ok je.Rupanya bahagian dalam rim yang menerima lebih tekanan setiap kali aku mengharung jalanraya Malaysia yang teramat cantik ni.Aku ni pulak jenis takde nak berhati-hati sangat sebab aku yakin suspensi aku tak keras mana pun.Nampaknya lepas ni aku tak boleh terlalu ambil mudah permukaan jalanraya yang akan dilalui.Konfigurasi tayar 205/40/R17 memang tak boleh belasah lasak sangat.Mungkin lepas ni kalau aku tukar tayar lagi,mungkin aku akan trade in dengan rim 16 sahaja.Pakai rim 17 memang kereta nampak hensem,tapi kalau asyik bengkok je lama-lama rim pun dah tak kuat lagi.
Ada member yang suggest rim original(rim aku pakai sekarang ni SSR Type C RS imitation dari Taiwan),masalahnya rim original mahal nak mampos.Dengarnya rim secondhand halfcut Jepun saiz 17 inci dengan PCD 100 empat lubang boleh cecah 6k tuh!Rim dah 6k,takkan sarung tayar cap ayam kot.Koman-koman kena pakai Potenza,baru kena gaya.Dengan pendapatan aku suami isteri rasanya lebih bijak untuk membeli keperluan dapur daripada meleburkan duit kearah itu.
Petang Sabtu selepas Maghrib,aku dan keluarga bergerak ke Sekinchan.Mak aku dan adik-adik aku dahpun sampai ke Tali Air 8 lebih awal.Lepas check in Harbour Viev Hotel,pergi makan sekejap,lepas tu gerak ke rumah arwah nenek aku.Lebih kurang jam 11.30pm,balik semula hotel.Tujuan aku memilih untuk tidur hotel adalah kerana nak mengelakkan kesukaran menunggu giliran mandi dan juga mengawal anak kecik aku yang maha cergas itu.Kat hotel pun orang dah nak tidur,dia masih mundar-mandir meronda satu bilik.Bayangkan kalau tidur kat rumah nenek aku.Habis merata dia merayap.
Lebih kurang jam 3.00 pagi wife aku dapat panggilan dari mak mertua aku yang bagitahu anak saudaranya meninggal dunia di Lumut,Perak.Katanya jenazah dahpun dalam perjalanan ke Terengganu untuk dikebumikan di kampung halaman emaknya.
Keesokan pagi,lebih kurang jam 7.45,dengan tiga buah Myvi dan sebuah Vios kami semua memulakan perjalanan.Hasil perbincangan dengan wife aku,kami buat keputusan untuk singgah ke Pengkalan TLDM Lumut untuk menziarahi jenazah dengan harapan sempat sampai kesana sebelum jenazah dibawa ke Kuala Terengganu.
Sebaik melepasi jambatan Sungai Bernam,aku terpaksa menukar mod pemanduan ekonomi kepada mod sport untuk mengejar masa.Mujur jalanraya yang menghala ke Hutan Melintang,Perak agak baik,lebar dan lurus untuk mengizinkan aku memandu pada kelajuan hampir 140kmj dikawasan kampung.Lebih kurang jam 9.00am,maka sampailah kami di pintu masuk Pengkalan TLDM.Group lain yang terus ke Kuala Kurau dahpun sampai ke kawasan Pantai Remis.Alhamdulillah,kami sempat menatap wajah arwah adik Ika dan turut serta menyertai solat jenazah.
IMAG0843
Selepas van jenazah mula bergerak ke Kuala Terengganu,kami singgah sekejap di rumah AyahMan(panggilan untuk pakcik wife aku) dan menyambung semula perjalanan ke Kuala Kurau sekitar jam 10.30am.Perjalanan sejauh 134km ni melalui jalan kampung merentasi Pantai Remis,Terong,Lebuhraya Utara-Selatan dari tol Changkat Jering dan keluar di tol Taiping Utara,dan melalui Jalan Gula.
IMG-20130327-WA0001
Salah satu jambatan yang banyak di Perak

Walaupun ada bantuan GPS Waze,ianya tidak banyak membantu sebab lokasi rumah yang nak dituju ni ditengah sawah dan tiada maklumat dalam pengkalan data GPS.Dengan tangki bahanapi yang semakin susut dan lokasi rumah yang tak dapat dikenalpasti,agak menggelabah jugalah memandu dikawasan kampung yang dikelilingi sawah padi.Ada juga aku terserempak beberapa stesen minyak mini dengan nama dagangan BuraqOil,tapi agak suspen juga aku nak singgah memenuhkan tangki.
Walaupun jenamanya agak kelakar,setelah diGoogle jenama bahanapi ni agak popular di perkampungan kawasan utara Semenanjung.Akhirnya jumpa juga stesen minyak berjenama komersil,BHPetrol di pekan Kuala Kurau.
Lepas isi penuh kat stesen minyak BHP,aku teruskan lagi perjalanan sampai ke Balai Bomba Kuala Kurau dan menunggu adik aku jemput,hasil bantuan GPS location sharing.Keluar dari jalan utama,kami memasuki jalan kampung yang sempit dan sungguh 60-an.Memang anak kampung kat sini toksah berangan la nak lowered dan pakai tayar low profile.Elok beli Perodua Kembara 2ndhand.
Kereta terpaksa diparkir jauh dari rumah kenduri dan ditambah dengan cuaca Khatulistiwa jam 1.30pm,memang mencabar betullah nak makan nasi minyak orang Kuala Kurau ni,heeee!
Persekitaran kampung Parit Abas,Kuala Kurau ni memang terasa suasana kampungnya.Dikelilingi sawah padi yang luas,aku boleh bayangkan kesukaran hidup kat sini sekitar tahun 60-70-an dulu.Petak-petak sawah agak berselerak,dan sistem jalan kampung yang sempit mungkin disebabkan kawasan ni tidak dirancang dengan baik diawal pembukaannya dulu,berbanding kawasan Sekinchan yang agak baik susunatur jalan kampungnya.Tak percaya boleh tengok Google Earth.Dulu-dulu orang tak sangka kereta banyak macam sekarang.
Walaupun perjalanan agak mencabar dan meletihkan,aku tetap seronok sebab dapat menjejakkan kaki di tempat kelahiran mak aku dulu.Dalam masa yang sama,sempat juga singgah ke Lumut.Sebenarnya aku suka bila ada peluang masuk kedalam kem tentera,tapi saja suka-suka nak masuk dah tentu la tak boleh.Lagipun tujuannya nak menziarahi jenazah,bukan nak jalan-jalan dalam kem.Aku cuma dapat tengok kapal TLDM dari jauh je,itupun tak nampak nombor pennant.Entah KD apa agaknya tu.
Tepat jam 3.00pm,aku gerak balik Damansara semula.Perjalanan balik agak mudah dengan panduan GPS,tapi aku terus pilih untuk guna lebuhraya.Tak boleh tahan redah jalan kampung.Jalannya taklah teruk sangat tapi terpaksa membontoti kereta lembab memang aku tak boleh tahan.Harapan aku paling lama pun tiga jam dari tol Taiping Utara dan keluar ke tol Kota Damansara.Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang.Sepanjang perjalanan balik hujan turun dengan lebat menyebabkan aku terpaksa berhenti di R&R Gua Tempurung sebab visibility sangat teruk.Ingatkan boleh la nak ke tandas,rupanya R&R Gua Tempurung ni cuma tempat untuk rehatkan badan je.Lebih kurang setengah jam,aku teruskan lagi perjalanan untuk berhenti di R&R Tapah.Punya la ramai manusia.Rehat lagi dalam setengah jam pekena jambu potong sambil menyedut nikotin,baru la rasa agak fresh sikit.
Rasanya hampir jam 8.00pm baru aku sampai ke Damansara.Kat bawah ni summary perjalanan aku Ahad lepas:
1.Sekinchan-Pengkalan TLDM,Lumut=125km
2.Pengkalan TLDM,Lumut-Kuala Kurau=133km (tol RM2.20 dari Changkat Jering-Taiping Utara)
3.A190 Kuala Kurau,Perak-Kota Damansara=295km(tol 34.30 dari Taiping Utara-Kota Damansara)
Jumlah jarak=553km
Kos bahanapi=RM60

Next,Holiday In Pangkor!