Rabu, 7 Mei 2014

Pahit Manis Misi Tengas Ulu Sia;Part 1

Assalamualaikum semua,

 

Entri ni barangkali akan menjadi entri terpanjang dalam sejarah aku berblogging.Siapa rasa malas nak baca intro,skip je terus ke perenggan #Misi Bermula.Ceritanya adalah berkenaan misi mencari ikan false mahseer/tengas/kejor.Entah betul ke tidak nama ikannya aku tak tau,korang pandai-pandai la bezakan.Perkara pokoknya ikan ni hanya boleh didapati di sungai-sungai pedalaman yang belum tercemar airnya.Kampung aku pun pedalaman jugak,tapi air sungai serupa teh ais ceroi.

So,nak mencari ikan elusif yang mendiami sungai-sungai cantik berair deras ni kat mana?

Maka Mr. Ben10 (member sekampung,tapi nama betul aku tak tau,hahah!) mengaturkan satu trip ke hulu Sungai Sia,Raub,Pahang (N 3 56’ 47’’,E101 42’ 54’’).Trip ni sebenarnya dah sebulan dirancang oleh Mr. Ben10 dan juga geng-geng angler senior dari Klang,aku cuma kebetulan dijemput sama disaat-saat akhir.

Misi Kejor

Mr. Ben10 agak bertuah bermentuakan orang Raub,ada 4WD pulak tu.Syok sangat la beliau meneroka ceruk-ceruk kampung.Dari aktiviti tu juga beliau mengenali orang asli,key person yang boleh diharap untuk memandu arah dalam hutan.

Aku pulak secara tiba-tiba bersetuju ditambah lagi dengan greenlight bini aku yang entah macamana setuju aku keluar memancing.Selalunya ada beberapa questionnaire dan ayat-ayat penurunan moral.

Tarikh 1 Mei 2014 (Khamis) lepas dipilih untuk bergerak ke Kampung Ulu Sungai,trekking 2 jam,pacak khemah dan mula memancing.Pagi Sabtu keluar dari hutan.Simple je cerita dia.Aku cuma bawa baju sepasang dua,kain pelikat,torchlight,Maggi Big Curry 6 bungkus,sardin 3 tin kecik,beras 2kg,bekalan rokok dan parang.Set pancing macam biasa,mesin RYOBI AP Power 8000 tak tinggal,Ajiking AirMaxx 5000 dengan rod AwaShima dan PT Pioneer 8 kaki,nah kau!Orang lain siap sleeping bag bagai,aku cuma bawak sweater kot-kot temperature malam serupa Kutub Utara.

Dengan pakai T-Shirt + jeans + safety boot + barang-barang dekat 15kg,aku terpacak tunggu member-member lain sampai kat tol Gombak.Dalam kepala,kosong,takde preparation mental.Ah,boleh je bohhh!Aritu rilek je gua panjat Bukit Hari kat FRIM,tak semput pun.

 

Dekat pukul 9.00am semua geng komplot sampai.Selain Mr. Ben10 dan aku trip ni disertai empat sekawan yang jauh senior,semua nak masuk 40-an dah.Jul,P,Mel dan jugak Din.Abang-abang  hardcore berenergi seladang semua ni.

IMG-20140505-WA0017

IMAG2005

Borak-borak dalam perjalanan,beli barang pastu lepak minum kat Batu Malim,kitorang terus gerak ke Pusat Pembiakan Ikan Kelah Agro Harvest yang dijadikan stesen untuk menurunkan barang.Tiga orang asli akan guide kami masuk ke hulu Sungai Sia.Selain jadi guide depa ni jugak bawak barang-barang kitorang.Siapa lagi nak pikul bateri kereta NS40 dengan beras 5kg bhaiii…

Menengokkan barang-barang Mr. Ben10 dan geng-geng angler senior,ternyata bebarang aku paling ‘ringan’.Depa punya aku suspek tak kurang 20kg.Gagah betul depa ni.Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Abang P,semoga perjalanan selamat pergi balik dan juga dapat ikan tengas besar peha,hehe!

IMAG2009

Empangan lama

Route ke lokasi memancing sejauh lebih kurang 7km bermula dari : Pusat Pembiakan Kelah Agro Harvest -----Empangan-----hutan buluh betong-----tiga anak sungai-----pondok-----lokasi memancing.Keadaan trail 70% extreme level amatur dimana kebanyakan masa mendaki anak bukit dan menyusur tebing sungai dengan kecerunan 60-70 darjah.

 

Misi Bermula

12.45PM- Fasa pertama ialah laluan 4WD dari Pusat Pembiakan Ikan Kelah hingga ke empangan lama sejauh setengah kilometer kot,agak barai juga mendaki laluan tu.Empangan lama tu nama apa aku tak tau.Tak sempat nak kaji.Lepas rehat dalam 10 minit dan menembak gambar,guide kami terus memanjat tebing bukit.Aku yang langsung tak pernah trekking ni mula rasa tenaga dah tinggal 20% walaupun belum sampai ke hutan buluh betong.

Setakat pikul beg mungkin tak jadi masalah,tapi yang menyukarkan perjalanan ialah batang pancing,beg khemah,botol air dan dua bijik bekas plastik kuih raya.Susah nak berjalan kot?Hangpa try la kalau nak rasa.Punya la hazab nak bergerak.

2.45PM- Meredah tebing tinggi yang dipenuhi pokok buluh.Tempat berpijak memang ngam-ngam tapak kasut.Masa ni kaki dah rasa macam diheret,bukan berjalan lagi dah.Agaknya ujian untuk kami,cuaca menjadi gelap tanda-tanda nak hujan.Bergegas kami ke tempat orang asli menunggu kat atas batu selepas hutan buluh.Diorang punya muka chill je sambil pam rokok Surya.Sambil gelak-gelak diorang cakap ada nampak harimau besar lembu.Jilaka lawak tak best langsung,takde mood gua nak gelak dalam keadaan barai.

 

Masa ni diorang cakap tempat mancing tu tak jauh dah,cuma tinggal 3 anak sungai kena rentas.Bunyi macam dekat je kan,kejap lagi tau la macamana.Pukul 3 lebih kami bergerak semula ke lokasi sasaran.Dua orang asli dan Mr Ben10 dah hilang jauh kedepan.Aku ingat tak sampai 100 meter kot dari tempat rehat lepas hutan buluh tadi,kitorang berhenti semula.Aku,Syuk,Jul,P dengan Man dah mengalami masalah tekanan moral,huhuhu!

Sudahnya kitorang berjalan 5 minit,rehat 10 minit.Lantaklah,barai nak mampos dah ni.

2 kilometer terakhir merupakan perjalanan paling ekstrim dalam hidup aku.Pertamanya laluan yang semakin sukar,kedua tenaga yang langsung dah tak ada,ketiga air minuman pun habis dan yang keempat lokasi yang dituju tak tau berapa jauh lagi.Orang asli dah hilang kemana tah.Masa tu jam dah pukul 5.20pm.Jerit panggil member depan pun dah tak ada menyahut.

Tapi sebenarnya cabaran yang paling kuat ialah melawan fikiran negatif.Beberapa kali aku berhenti pekena rokok sebatang dua dan duduk berfikir,what the hell i’m doing here didalam hutan tebal dengan tenaga yang dah lama habis….Alangkah enaknya waktu-waktu ni duduk dirumah melayan anak isteri atau bermain game konsol kegemaran.Damn…

But,turning back is not an option.

Berbekalkan kekuatan mental kami bergerak perlahan-lahan dan bagai pekena seplastik air ketum,kami bersemangat semula bila orang asli yang leading paling depan muncul depan kami membantu angkat barang.Maknanya lokasi memancing dah dekat.Masa ni segala tenaga dalaman RGK,PASKAL,PASKAU,VAT69 semua keluar.Serius terasa macam dah nak habis fasa latihan escape & evasion.

5.45pm- Kami kumpulan terakhir sampai ke lokasi.Aku letak barang,buka baju sarung seluar mandi,terus berendam.Tak mampu nak cakap apa dah.Air minum pun terus teguk dari anak sungai je.Lepas mandi,solat dan makan aku rehat je.Esok-esok ajelah memancing….

 

Bersambung…

Ahad, 20 April 2014

Cerita Dari Kuantan

Dua minggu lepas aku balik kampung lepas wife aku selesai mesyuarat kat Kuantan.Mula dari hari Rabu sampai Jumaat.Disebabkan mak aku sorang-sorang je kat kampung,aku bawa sekali mak aku berjalan,ada jugak teman sembang.Tiap petang lepas mesyuarat habis aku bawak la pergi jalan-jalan.

Kat Kuantan lokasi yang best dah tentulah ke pantai.Petang Rabu aku bawak ke Teluk Cempedak.Lain betul suasananya sekarang.Parking pun dah kena bayar.Pantainya pun dah tak cantik,serupa gumuk pasir kat gurun.Sekadar nak lepak-lepak cuci mata boleh la,toksah buat gila pi berendam kat situ.

IMAG1958

Petang Khamis aku bawak anak bini dan mak aku ke Pantai Batu Hitam.Asalnya nak ke Pantai Balok tapi meeting wife aku drag sampai 6.15 petang pulak dah.Buang masa kat situ plus jem kat area Taman Semambu Baru,aku tukar plan masuk ke Pantai Batu Hitam.Dapat la melepak dalam setengah jam.Pantai kat sini landai,nampak la juga dua tiga kumpulan budak main-main air.Anak aku seronok sangat dapat korek pasir sampai tak mau balik.Next time memang kena cuti betul-betul,bukan beriadah sambil kerja.

Balik dari pantai terus ke homestay solat Maghrib,lepas tu kami pergi cuba ikan bakar kat Tanjung Lumpur.Dengarnya kemain glemer port nih.Sebelum pergi tu aku sempat la jugak mengGoogle pasal Ana Ikan Bakar.Telan ayaq lioq gak la tengok depa ni melantak seafood sampai dua-tiga ratus.So,aku dan bini set dalam kepala harga tu.

Memang ramai orang kat restoran tu,mujur Ana Ikan bakar ni ada dua kedai.Hari biasa pun penuh table,kalau hujung minggu confirm gila sesak ni.Aku masuk kedai dia yang hujung sikit,sama je pun,janji boleh duduk makan.

Kitorang angkat kerapu,lala 1/2kg,dengan sotong besar dua ekor.Kerapu buat bakar petai,lala tumis halia,sotong goreng tepung sudeyyy!Cukup la kot dewasa 3 orang makan.1st time makan kat tempat macam ni memang aku tak berani nak ikut selera mata.Kang tak pasal-pasal balik pakai spender.

Okeyy..lepas mencekik mesti la nak komentar ye dak?

 

1.Kerapu bakar petai – 4.0/5 : resepi signature restoran ni kot.Walaupun agak pelik,tapi best jugak la rasa dia

2.Lala tumis halia – 4.5/5 : ohsem,nama je tumis halia,tapi rasa halia taklah obvious sangat dan lalanya manis

3.Sotong goreng tepung – 3/5 : walaupun sotongnya fresh,tepung celupannya plain amat.Takdak rasa langsung.Maybe tujuan dia untuk kita rasa kemanisan sotong,lagipun boleh celup kat sos.Tapi aku rasa lagi mantap kalau tepungnya ada sikit rasa.

 

Dari segi harga,masih lagi berpatutan.Untuk hidangan diatas campur nasi dan air,bilnya RM70 something.Angka tepat aku tak ingat,tapi lebih kurang macam tulah.Fuh!Legaa…Meja sebelah beratus-ratus jugak la aku dengar.Diorang order ikan merah kot.

Balik dari Tanjung Lumpur,aku terus bergegas ke Kompleks Mahkamah Kuantan jemput kawan lama.Mamat ni tengah kerja,tapi aku bawak dia pergi mengeteh sekejap.Lama betul tak jumpa dia.Dia nilah member zaman huru-hara aku dulu,tapi memasing dah berumur.Baik pikir masa depan daripada merapu sampai ke tua.

Kesian jugak bila aku dengar cerita dia.Sebelum ni dia kerja kontrak elektrikal,tapi kena kencing.Tokey tak bayar gaji.Sekarang baru je kerja dengan Mahkamah Kuantan.Kemudian ditambah lagi dengan desakan mak dia yang suruh dia kahwin.Mak dia dah siap-siap cari calon,tapi dia ni tak berkenan,tambahan lagi baru tukar kerja.

Member aku ni walaupun dulu agak ‘ligat’ zaman remajanya,tapi tak pernah lah kurang ajar dengan parent.That’s why bila dalam situasi macam ni dia dilema.Aku pun tak suggest dia terima perancangan mak dia.Yelah,kita yang nak kawin.Hari-hari nak hadap perempuan yang sama.Kalau sikit perasaan nak ter’cinta’ pun tak ada,apa guna kahwin?Buang duit,buang masa.

Walaupun tak lama dapat melepak dengan dia,satu pelajaran lama terlintas balik dalam fikiran aku;sesusah-susah mana pun kita ni,ada lagi yang jauh susah.

Maksudnya kita tak payahla nak mengamuk bila hadap masalah besar,sebab masalah orang lain lagi besar.Tak percaya cuba tweet PM,mintak dia share masalah negara.Itupun kalau hangpa boleh chat dengan dia la,haha!

Jumaat, 18 April 2014

Moringa Untuk Orang Asli

Post ni related dengan post yang lepas;iaitu masalah kekurangan zat pemakanan di kalangan anak-anak orang asli.Baru-baru ni boss aku sebutkan tentang satu pokok iaitu pokok kacang kelo/kelor/Moringa.Nama saintifik pokok ni ialah Moringa oleifera.

moringa

www.tanamsendiri.com

 

Kita biasa tengok pokok ni,cuma mungkin kita anggap pokok ni semak samun biasa.Tambahan lagi pokok ni cepat membesar.Rupanya pucuk dan buah mudanya boleh dimakan.Biasa orang masak lemak atau buahnya dicampur dalam masakan kari,macam kacang bendi la kot.Di kampung aku tak glemer langsung pokok ni.Aku pernah dengar orang sebut-sebut pucuk kelo,tapi tak tau rupanya macamana.

Disebalik rupanya yang humble,tersimpan khasiat yang banyak.Hampir keseluruhan komponen pokok di ada manfaat.Untuk amaun berat yang sama,pucuk kelo memberikan khasiat seperti berikut:

 

7 kali Vitamin C daripada Oren

4 kali Vitamin A daripada karot

4 kali kalsium daripada susu

3 kali potassium daripada pisang

2 kali protien daripada yogurt

*www.treesforlife.org

 

Hah.Banyak betul benefit dia,tapi kenapa sayuran ni susah jumpa kat market?

Ok,berbalik kepada cerita malnutrition aborigines tadi,apa kata pokok-pokok Moringa oleifera ni ditanam di kampung-kampung orang asli.Lepas tu ajar diorang macamana nak manfaatkan pokok ni.Aku ada suggest benda ni kat wife aku tapi dia kurang faham kot.

Pokok ni free je,tepi-tepi jalan pun banyak.Setakat nak propagate peringkat awal berapa duit je pun.Agak-agak mau ke orang asli mencekik benda ni?Hihihi.Dengan cara ni barangkali berjuta RM dapat dijimatkan setahun atau dana tu boleh digunakan untuk program pembangunan orang asli yang lain.

Tapi itulah,banyak program kerajaan untuk rakyat lebih berbentuk ‘memberi ikan untuk dimakan’ berbanding ‘memberi pancing untuk memancing ikan’.Implementation memang susah,banyak peringkat kena perhalusi.Kerja-kerja murni macam ni kena dipantau betul-betul.Amanah perlu dijaga.

Bekerja untuk rakyat ni sebenarnya mudah sangat nak dapat pahala kalau dilaksanakan dengan integriti yang tinggi.

Khamis, 10 April 2014

Cabaran Program Untuk Orang Asli

Seminggu dua ni ada beberapa berita pasal ketirisan wang seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.Salah satunya ialah yang ini,http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/08/Abuses-highlighted-in-report-Health-offices-used-funds-meant-for-poor-kids-on-own-meals/

Health offices used funds meant for poor kids on own meals   Nation   The Star Online

Kalau tak berapa faham bahasa Inggeris,aku ringkaskan kat sini.Kementerian Kesihatan ada satu program untuk meningkatkan pengambilan zat pemakanan dikalangan anak-anak orang asli seluruh Malaysia.

Program tu berupa pemberian bakul yang berisi beras,biskut,vitamin dan macam-macam lagilah.Semuanya bernilai RM150 setiap bakul.Kekerapan pemberian bakul tu aku tak pasti.Manakala berat badan dan tahap kesihatan anak-anak orang asli yang terlibat dalam program ni akan dipantau untuk melihat impak program ni samada mencapai matlamat atau tidak.

Program ni bagus sebenarnya,ramai dikalangan kita tak tau pun ada program macam ni.Nampak macam kaum aborigine kat Malaysia ni diabaikan tapi sebenarnya tak.Ini antara effort yang low profile.

Objektifnya jelas,gerak kerja dah ok,cuma outcomenya tak berapa sampai.Berkenaan dengan overspend bajet tu malaslah aku nak komen.Lagi baik kalau difikirkan kaedah yang lebih berkesan untuk menjayakan program tu.

Kita kena kenal apa itu penduduk asal/orang asli/aborigine Malaysia ni.Ada yang duduk berdekatan kawasan penempatan utama,dan ada yang betul-betul rural area.Kita sedar tak selepas ratusan tahun,majoritinya cara hidup diorang tak banyak berubah.Maksud aku diorang lebih suka tinggal di pedalaman,menjalani kehidupan yang ringkas dan hidup seadanya.

Kenapa agaknya?

Sebab diorang tiada pendidikan formal.ABC pun diorang tak tau macamana nak faham kepentingan pengambilan zat dalam pemakanan?Ok lah,mungkin tak berbaloi nak buat sekolah untuk kelompok diorang yang kecik.Maka diadakan ceramah,kempen dan sebagainya.Tapi aku tak fikir diorang akan datang saja-saja nak dengar ceramah.Mungkin kena adakan jamuan selepas ceramah.Memang tembok penghalang terbesar program ni adalah untuk bagi diorang faham tujuan diberi bakul tu.

Di peringkat akar umbinya memang perkara utama yang kena buat ialah educate diorang,sebabnya tanpa pengetahuan ni banyak masalah lain yang  timbul.Antaranya ialah bakul yang diberi khusus untuk anak-anak,dikongsi dengan jiran-jiran.Kenapa jadi macam tu?Sebab mereka ialah orang asli.Sudah jadi kebiasaan untuk kelompok mereka merasa hasil sama rata.

Biasa tengok kan kat Discovery atau National Geographic,hasil tangkapan akan dikongsi sekampung.Lebih kurang macam tu lah kat mana-mana pelusuk dunia pun.Makanya,sikit saja kandungan bakul tu yang dapat kepada kumpulan sasaran.

Itulah yang ditulis dalam artikel akhbar NST,pertambahan berat anak-anak orang asli yang terlibat tak signifikan dengan tempoh program tu dijalankan.Memang tak nampak sangat pun resultnya,cuma kena faham kenapa program tu susah untuk dijayakan.

Kita kurang mengenali orang asli,petunjuknya ialah kenapa diorang masih menjalani kehidupan seperti nenek moyang mereka.Andai ada program yang mampu mengubah cara hidup orang asli menjadi seperti sekurang-kurangnya masyarakat Melayu kampung,program pemberian bakul ni confirm mencapai outcome yang dikehendaki.Bukan setakat zat pemakanan,taraf ekonomi diorang pun meningkat sekali.

Why not dibuatkan kajian khusus tentang diorang ni dan kemudian wujudkan entiti macam FELDA.Diakui atau tidak,program FELDA amat berjaya membantu orang Melayu khasnya.

Itu baru part kesihatan dan ekonomi.Ada juga aku terdengar orang asli yang telah diIslamkan menjadi murtad sebab amat kurang bimbingan.

Jangan ingat orang putih yang suka masuk hutan Malaysia ni sebab suka sangat dengan hutan kita ya?Some of them is missionary yang memberikan bantuan kewangan dan bimbingan.Orang asli mana la tau benda-benda ni.Asal dapat duit sudah.That’s why education is the most crucial part for them,or they will continue to live their way of life for another thousand of years.

Khamis, 27 Mac 2014

Coretan Tentang MH370…

Rasa malas nak tulis pasal MH370 pun ada,tapi tangan tetap gatal nak menaip.Hari ni dah 27 Mac 2014,hilang sejak 8 Mac 2014.Lama betul,probably the most complicated incident in aviation history.

Sejak PM kita announce yang flight MH370 ended somewhere at Indian Ocean,ramailah yang berkongsi perasaan masing-masing di Facebook terutamanya orang Islam yang menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa tragedi.

I’m not going to say they are doing a wrong thing.Bagi aku,pentafsiran kata-kata PM tu penting.Aku jugak yakin itulah ayat terbaik yang difikirkan PM untuk disampaikan kepada seluruh dunia.Masih berkias untuk menjaga perasaan waris-waris mangsa yang menaruh harapan.

Aku pun macam tu.The best thing yang kita boleh assume ialah masih ada survivor walaupun lojik sains menunjukkan peratusannya amat-amat tipis,barangkali 0.001%.Walaupun amat-amat tipis,kuasa Allah S.W.T siapa yang tahu?

Terlalu banyak teori yang aku baca sampaikan aku sendiri jadi malas dah nak follow perkembangan tragedi ni.Bukan tak simpati,masalahnya kebanyakan teori terlalu dangkal.Sesetengahnya pulak terlalu complicated sampai otak aku tak boleh nak digest.Agak penat memikirkannya,so biar sajalah pakar-pakar Google terus berteori.I have my own theory supported with the information from my current boss.But i’m not going to share it here.

Berkenaan dengan nasib penumpang MH370,kita tunggulah sehingga bukti kukuh muncul.So far debris yang dikesan satelit pun tak dapat disahkan lagi.Diharap waris-waris penumpang bertabah,semua orang akan ‘pergi’,cuma masa dan bagaimana kita tak tahu.Mungkin masa mereka sudah tiba,dan mungkin juga umur mereka masih panjang.Terimalah dengan hati yang tenang.

I know how the feeling when we lost someone in our life.Bila aku kehilangan arwah abah aku secara mengejut lebih kurang lapan tahun lepas,i said to myself,semua bapa akan pergi.That day is my father turn.Bapa orang lain akan menyusul kemudian.

Jangan menuding jari kata ada informasi yang disembunyikan.Baru tadi aku baca dari Yahoo News pasal komplenan Zhang Ziyi tentang kerajaan Malaysia.Siap nak boikot apa juga benda dari Malaysia.Come on lah,152 Chinese dalam flight tu pun nak menggelabah.Look around the world,thousands of people slaughtered everyday,but who care about it?Penampor buaya nak?

Macamanapun kisah MH370 yang panjang dan belum berkesudahan ni tetap menimbulkan sedikit persoalan terutamanya tentang radar.

 

Air traffic radar

Gambar hiasan,link

Macam ni ceritanya.

 

 

Semalam aku terbaca artikel dalam majalah Perajurit,keluaran berapa aku dah lupa.Cover depannya gambar ACV300 Adnan kalau tak salah aku.Salah satu artikel tu menceritakan tentang eksais pemintasan pesawat tidak dikenali oleh Skuadron 17/19 MiG-29N.

Latihan ni menggunakan pesawat C130 yang dipandu oleh PANGOP( Panglima Operasi ) dari Johor.Terbang dalam kepekatan malam dan transponder IFF ( Identification Friend or Foe ) dimatikan pada altitud terrain hugging menuju kearah utara.Kemudian bila diyakini radar tentera mengesan pesawat ni,lencongan ke Kuantan dilakukan.

Di pusat kawalan radar,kakitangan stesen radar mula mengesan satu pesawat misteri menuju ke Kuantan.Komunikasi cuba dilakukan tapi tiada respon.Tanpa ragu-ragu pesawat MiG-29N discramble untuk membuat pemintasan dan seterusnya memaksa pesawat turun.

OPS CURIGA tersebut berjaya dan membuktikan pihak TUDM sentiasa bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan pencerobohan ruang udara Malaysia.

Dalam artikel tu juga ada menunjukkan skrin radar yang mempamerkan puluhan pesawat yang terbang diruang udara Malaysia dan liputannya sehingga selatan Vietnam dan pesisir pantai Indonesia.

Ok,sekarang dapat agak tak apa yang aku fikirkan?Persoalannya,kenapa?

 

* Baru sekejap tadi aku tengok TV1,rancangan khas berkenaan MH370 yang menunjukkan jawapan Dato’ Seri Hishamuddin Hussein kepada persoalan kenapa arahan scramble tidak diberikan kepada TUDM.Katanya tindakan tersebut akan menjejaskan imej Malaysia dimata dunia.Apa yang perlu dilakukan sekiranya pesawat tersebut dipintas?Deadly force?Itu bukanlah pilihan yang terbaik pada pertimbangan beliau.

Rumusan dari RTM,pesawat HANYA akan dipintas sekiranya memberi ancaman kepada negara.

Statement berhighlight merah ni yang menarik ni.Bagaimana tahap ancaman tersebut dinilai semasa pesawat tidak dikenali tiba-tiba dikesan melintasi ruang udara Malaysia.Berdasarkan gerak hati?

Laluan pesawat?.Macamana kalau tiba-tiba pesawat tersebut dijunamkan tepat ke pangkal KLCC,ataupun masa OPS CURIGA tempohari arahan pemintasan tidak dikeluarkan.Bacalah artikel Alert 5! dalam majalah pertahanan tempatan,PERAJURIT keluaran Oktober 2012.Banyak pencerahan yang baik tentang membuat keputusan yang betul dalam menghadapi sebarang kemungkinan.Pasti ada peringkat-peringkat tindakan dalam SOP pemintasan.

Benda ni juga hangat dibincangkan dalam page-page Facebook pertahanan.Cuma yang tak bestnya bila kita orang awam ni sentuh sikit hal-hal berkaitan secara terperinci,jawapan yang diberi berbunyi seperti,”siapa suruh tak masuk askar”,”cakap pandai lah”,”macai PR”,bla..bla..bla..kesimpulannya orang awam tak layak bicara soal pertahanan.Apa ni??Orang lain aku tak tau,tapi aku neutral person.Yang aku tahu,aku amat menyanjung tinggi personnel yang berada dalam barisan pertahanan.Pernah emel aku jadi bahan kutukan mat Indon dalam forum KASKUS hanya kerana mempertahankan maruah ATM dan kedaulatan negara yang sering diperjudikan untuk memanaskan hubungan Malaysia-Indonesia.

Jadi,personnel-personnel yang berusaha menjawab persoalan orang awam mesti bijak memilih bait-bait kata yang sesuai untuk menjelaskan sebarang situasi.Kita explain untuk rakyat sendiri,bukan bangsa luar.Satu perkara tersirat yang perlu disedari,masih ramai yang risau dengan keselamatan negara.Tanda bahawa kami semua sayangkan Malaysia.

Cukuplah setakat ni coretan aku sekadar untuk menggerakkan minda.Kalau nak listkan semua persoalan,takut salah diinterpretasi.Masalah besar nanti.Maklumlah orang biasa,manalah tahu sangat hal-hal keselamatan negara ni.

Mohon maaf andai bahasa rojak kat artikel ni berterabur Inggerisnya.Sekian terima kasih…

Mabuk Corolla

Finally i'm back!

Sepatutnya semalam ada satu entri dan hari ni ada satu entri,tapi ada masalah sikit dengan domain renewal yang masih belum selesai oleh pihak ServerFreak ( semasa artikel ni ditulis ).Disebabkan tangan dah gatal nak menulis,aku tulis jugalah walaupun simpan sebagai draft aje.
Buat masa ni aku masih kemabukan cinta dengan Corolla 4AGE.Aku ada tuliskan dalam entri lepas tentang bajet.Nampk gayanya aku tak boleh dapatkan kombinasi AE111 + 4AGE 20V Silvertop sebab harga halfcut dipercayai beyond my expectation.Lainlah tahun 2005 dulu,RM2.3k pun dah boleh dapat Silvertop.
So,kombinasi terbaik yang fit dengan bajet ialah platform AE101.Cun juga AE101 ni bila ditenung lama-lama.Dibawah adalah contoh spesimen AE101 bertenaga Blacktop yang ditawarkan pada harga amat-amat berpatutan.
Toyota Corolla 1.6  A  BLACK TOP LEVIN 20V  92   Exterior
Toyota Corolla 1.6  A  BLACK TOP LEVIN 20V  92   Engine Bay

Dengan harga RM11,999,nilah best deal yang aku jumpa setakat ni walaupun gear auto.Bab gear ni aku cerita hujung-hujung nanti.Dari gambar memang cun,realitinya aku tak taulah.
Dalam survey-survey aku setakat ni,varian 4AGE 20V yang sudah ditransplan masuk ke platform AE101/AE111 kebanyakannya ialah jenis Blacktop Auto.Kenapa Blacktop lebih glemer?Mohon otai-otai jawab.
Adakah semata-mata hp nya  lebih sikit dari Silvertop?Ke ada isu lain dengan Silvertop?Kemudian sistem transmisi.Rasanya dalam tiga empat bijik SEG masuk enjin 4AGE 20V Automatik,cuma sebijik yang Manual.Ni sebab harga halfcut Manual mahal ke atau susah nak dapat?
Dalam entri lepas abang ipar aku ada komen,tapi tak boleh view pulak.Komen dia aku dapat baca dari email je.
Rumusan dari komen beliau ialah berkenaan Silvertop vs. 4AGE 3rd Gen (RedTop).Bang,on paper head to head 160ps vs. 125ps bang.Tau la pakai manifold RS-R ngan short shift custom,haha!Okeh2,gua respek abang ipar gua yang sanggup membela Sprinter Cielo yang agak nazak masa memula beli dulu.Entah berapa belas ribu dah hangus agaknya.
Camni bang,i have my own ‘unique’ touch.Yang penting platformnya nanti bernadikan 20V.Enjin lantai spare akan disediakan sekali.Ilmu permotoran 10 tahun lepas akan diasah kembali sepertimana projek Proton Knight 1.3 karburetor 190kmj.Persoalannya sekarang:

1)Berapa harga halfcut terkini 4AGE 20V?
2)Anggaran bajet diperlukan termasuk kos swap enjin,minor service,endorse,bla..bla.. bla..?
3)Upah overhaul halfcut tu sebelum masuk dalam engine bay berapa?

Mohon sesiapa tolong jawab…

Selasa, 11 Mac 2014

Kepentingan Line Roller Bearing

Tercerita pasal Banax GT Extreme,baru aku teringat satu benda yang aku nak tuliskan.Aku ni memang pesen macam ni.Satu entri terdahulu akan diikuti entri susulan yang nampak macam sama.

Minggu lepas aku servis mesin bajet rendah Tomman Megatronic AL4000 yang aku beli tahun 2010 dulu.Mesin tu amat jarang aku pakai sebenarnya disebabkan ketiadaan masa untuk serius memancing.Ditambah lagi dengan kehadiran satu set pancingan yang baru,mesin ni dibiarkan berhabuk dalam stor.

TOMMAN REEL   MEGATRONIC AL   TCE TACKLES SINGAPORE PTE LTD

Lampu disko kat rotornya memang lulz!

Secara amnya Tomman Megatronic 4000 ni dibina dengan material murah dan kejuruteraan yang ringkas untuk membolehkannya dijual pada harga bawah RM50.Aku dah lupa berapa tapi memang amat murah.

Nama pun mesin murah,maka prestasinya pun oooppsss gituu!!haaaa!Paham kot ye?Bila aku uji mesin tu yang dipadankan dengan rod AwaShima untuk mengangkat helmet,terasa dragnya agak tersangkut-sangkut.Lepas tu tali monofilamennya jadi berpintal-pintal macam mee megi.

Agak pelik juga sebab sistem dragnya bersih dan sudahpun diletakkan sedikit pelincir untuk mengelakkan karat.

Kemudian aku periksa line roller.Masa spooling tali tanpa beban,line roller bergerak lancar.Tapi bila mula menarik beban,line roller berhenti bergerak dan tali mula bergesel.Tekanan tali menekan line roller rapat ke bushing plastik yang berfungsi sebagai ‘bearing’ dan seterusnya rotor jammed.Itulah punca drag tersangkut-sangkut dan tali jadi mee megi.

942c

Contoh line roller Shimano

Disebabkan pengurangan kos binaan,mesin Tomman Megatronic ni cuma dibekalkan 3 ball bearing,dua di gear pemacu dan satu untuk bahagian rotor (pinion gear).Ketiga-tiga bearing ni bekerja dengan baik,cuma ketiadaan bearing pada line roller menghadkan keupayaannya bekerja.Patut la masa aku pam belukang 1.5kg pun rasa macam pam kayu balak hanyut.

Kesimpulannya ialah,pilih mesin pancing yang mempunyai ball bearing di tempat yang menerima tekanan tinggi semasa bekerja.Tak banyak bearing tak apa,janji ianya diletakkan ditempat yang betul.

Contohnya macam ni:

 

1 pada pinion gear

2 pada gear pemacu

1 pada line roller (paling penting)

1 pada handle

1 infinite anti-reverse gear

Kombinasi 5 + 1 bearing ni biasanya tak mungkin dapat bawah RM100.Harga mesin pancing mahal-mahal pun belum tentu dapat hasil.Kena sesuaikan dengan padang pancingan.Cuma kalau pernah rasa betapa smoothnya mesin yang baik kejuruteraannya,tentu dah tak berkenan lagi pakai mesin bajet.

Walaupun pemakaian line roller bearing ni selalu diabaikan pembuat mesin bajet rendah,sebenarnya tugas line roller lah paling kritikal.Diorang ni tak study ke apa.Bayangkan tugas menyusun tali yang tegang ditarik ikan ditanggung oleh roller yang hanya dialas dengan plastik.Merepek sungguh!

Impian Seorang Pemancing…

Entri ni pendek je sebab topiknya lebih kepada persoalan untuk pihak yang berkaitan.Dulu aku pernah follow satu page Facebook iaitu Kelab Joran Facebook.Agak meriah page ni tapi aku unfollow beberapa minggu lepas sebab rasa “terganggu” dengan posting “ini ikan ape yewww?”.Serius aku tak rasa penanya soalan tu ikhlas memang tak tau nama ikan.Posting macam tu lebih kepada menganjing atau minta kaki perhatian.

Macamanapun sesekali aku jengah juga page tu.Yelah,jiwa gua memang dekat dengan alam semulajadi,hehe!

Tadi aku terbaca satu post yang agak interesting untuk difikirkan.Ada satu brader tu post gambar slip gaji dia yang menunjukkan baki bersih RM264.30.Hajat beliau nak pakai kekili mendatar Banax GT Extreme,tapi dengan baki sebanyak tu makan minum anak isteri perlu diutamakan dulu.Macamana pun brader tersebut sanggup mengenepikan impian beliau asalkan anak isterinya cukup makan pakai.Yang penting berkat bang.

Aku selalu rasa macam tak cukup duit,padahal kombinasi gaji agak boleh la selesa sikit.Kurang keberkatan agaknya…

 

Banax-qpsvgv

Mesin Banax GT Extreme ni takdelah mahal sangat.Untuk saiz 5000 harganya sekitar RM270 macam tulah.Untuk range harga sedemikian spesifikasinya agak mantap,cun dan padu dengan 7 bearing,drag maksimum 30kg bla..bla..bla..baca kat sini jelah senang, http://www.banaxfishing.co.nz/banax_spinning_gt_extreme.htm

Cuma mesin ni agak berat sikit (kata orang yang pernah pakai).

 

Khabarnya potongan gaji yang banyak adalah disebabkan dulu beliau pernah menjamin seorang kawan untuk membuat pinjaman.Kawan lari,dia yang kena selesaikan hutang.Aku bersimpati dengan nasib brader ni.Persoalan yang bermain difikiran aku sekian lama ialah,kenapa pihak bank meletakkan beban bayaran balik kepada penjamin?Sedangkan peminjam yang lari bebas hidup aman.Paling koman pun kena blacklist.

Bagi aku tanggungjawab bank ialah mencari peminjam sampai dapat,tak kiralah pakai kaedah apa sekalipun.Minta polis keluarkan waran tangkap ke.Jangan terus proceed minta duit dari penjamin.Naya kat orang beb.Imagine macamana brader diatas mengharungi kehidupan sukar tambahan lagi sekarang ni RM50 dapat beli dua kali je barang dapur.

Kerja dengan bank komersil sekarang ni kena berhati-hati..Jangan seronok makan bonus je.Sedar atau tak,riba berleluasa.Nama je Islamic banking,entah apa yang Islamic tah.Pinjam RM5000,bayar balik RM9800.Cer citer mana Islamnya?

Oklah,daripada aku meroyan lebih-lebih kat sini,ada baiknya kalau ada sesiapa yang arif tentang perbankan Islam meninggalkan komentar diruang komen.Kita kongsi ilmu perbankan.

 

Pendek je entri ni ye dak?

Ahad, 9 Mac 2014

Kereta Kedua Ver. III!


Barangkali ada yang masih ingat entri aku pasal calon kereta kedua Perodua Kenari.Tak lama la sangat,dalam bulan lepas je aku tulis.Kali ni aku ada idea lain pulak dah.Haiihhhhh!Tak tetap pendirian betul.
Sebelum tu aku nak maklumkan entri Patriotik Level Orang Awam terpaksa aku remove semula untuk mengelakkan salah faham dari mana-mana pihak.
Let’s continue to the main topic.Idea tentang kereta kedua versi ketiga ni timbul lepas aku ternampak salah satu ex classmate aku post tentang kereta Ford Focus Sedan yang baru siap direstorasi.Tahun bila punya model aku tak pasti.Dulu aku mudah mengecam jenis-jenis kereta,tapi kebelakangan ni pengetahuan aku makin merosot pulak.Barangkali disebabkan fokus kerjaya vs. hobi.
Sejarah dia ni yang aku tau ialah dia memang bermain kereta sekolah lama terutamanya jentera Mazda,dan beliau agak serius dalam sukan drag.Bila nampak kereta sedan beliau yang kemas bergaya selepas proses baikpulih,aku terfikir..why not aku cari je sebijik sedan yang tak terlalu tua untuk dipulihkan dan dalam masa yang sama masih nampak gagah dijalanraya?

Carib
Ihsan Google
Secara automatik kereta ni muncul dalam fikiran aku,Toyota Corolla SEG dengan kod cesi AE111.Dua tiga tahun lepas harganya masih berlegar sekitar RM24k-30k.Baru-baru ni harganya dah mula masuk akal iaitu sekitar RM12k-RM25k.Yang termurah aku jumpa dalam Mudah.my ialah RM11,800.00.Kondisi macamana aku tak tahulah.Enjin barai tak apa,jangan body sambung.
Pilihan enjin power untuk keluarga Corolla amat banyak terutamanya dari varian 4A-GE SilverTop,
BlackTop dan juga Supercharger.
Hasil analisis aku,aku lebih prefer SilverTop.Kenapa?
Semua enthusiast kereta tentu maklum perbezaan ketiga-tiga enjin tadi.Atas kertas yang paling pelesit sekali dah tentu varian Supercharger,4A-GZE dan diikuti BlackTop yang menghasilkan 165ps @ 7,800rpm daripada sesaran enjin 1600cc.
Cuma,enjin BlackTop ni disyaki memerlukan bahanapi RON97 kerana nisbah mampatannya 11:1,manakala SilverTop dibina dengan nisbah mampatan 10.5:1.Teori ni disahkan oleh abang ipar aku yang menyertai komuniti Toyota sejak beberapa tahun lepas.Memang kengkawan dia yang pakai BlackTop terpaksa menggunakan bahanapi premium yang faham-faham ajelah berapa harganya sekarang.
Silver Top
Memandangkan matlamat aku cuma nak enjin yang sedap sikit je daripada standard,cukuplah setakat SilverTop.160ps @ 7,400rpm.Ok what?
Ok,bahagian enjin dah selesai.Sekarang fasa pemulihan rupa luaran.Tidak dapat tidak pakaian yang paling cantik untuk SEG ialah dari model Carib.Lebih-lebih lagi aku tak tau.Baru nak belajar pasal Toyota.Maaf eh?
Platform dah ada,enjin dah ada,baju pun dah ada.Sekarang meh cerita bab bajet pulak.Cerita deras pun tak guna kalau tak ada bajet.Atau sekurang-kurangnya perancangan pengurusan bajet.

Platform RM 12,000 – RM 15,000
Halfcut 4A-GE RM 5,500 – RM6,500
Pemasangan RM 2,000 kot????
Lain-lain RM 4,000
TOTAL lebih kurang RM25,000

Macam terlebih bajet je??Kahkahkah!
Ok,jangan risau.Kepala genius kena pandai cari penyelesaian segera.Pakai je enjin asal 4E-FE.Overhaul baik-baik,ganti apa jugak part yang dah uzur.Dari spec asal,enjin 1600cc yang ditala untuk penjimatan ni mampu menjana 115ps @ 6000rpm.Power sikit dari VIOS kott??

Rabu, 5 Mac 2014

Berjimat Biar Kena Gaya

Semalam wife aku cerita pasal kesusahan staff klinik dia.Aku namakan staff tu sebagai Kak M.Kak M ni memandu Proton Wira dengan kondisi separa runtuh setiap hari untuk bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Ditakdirkan keretanya rosak semalam dan dihantar ke bengkel.Dari penceritaan wife aku, barangkali kerosakannya ialah overheating.Biasanya overheating ni kipas tak jalan atau sistem penyejukan enjin bocor.Jalan sekejap kena topup air radiator.

Selepas kopak lebih lebih RM300,mekanik cuma tukar gasket dan cuci piping.Gasket apa tu aku tak tau.Hari ni pergi woksyop tengok kereta,mekanik tak periksa pun kondisi pam air.Disebabkan aku cuma dengar cerita dari WhatsApp je,aku tak boleh nak imagine jugak apa yang rosak sebenarnya.

Kalau air cepat sangat berkurang maknanya ada kebocoran,radiator kena batu atau water pump dah uzur.Setahu aku,water pump ni dicipta memang untuk bocor sebagai indikasi yang ianya perlu diganti baru.Biasanya permukaan luar water pump akan diselaputi karat.Ini tok guru aku dululah yang ajar.

Tapi banyak faktor yang boleh dipertimbangkan untuk mengenalpasti kerosakan berpunca dari mana.Pertamanya gunakan deria mata.Tengok mana-mana bahagian yang terlibat dalam sistem penyejukan iaitu radiator,kipas,piping(hos getah),dan water pump.Ada tak mana-mana bahagian yang tak berfungsi atau mengeluarkan air.

Kedua,waktu bila meter suhu enjin melonjak.Samada ketika dipandu atau idle.Yang ni kena tengok kipas radiator,berjalan ke tidak bila suhu enjin mencapai tahap tertentu.Laju atau perlahan kipas tu bergerak pun kena tengok juga.

Tetapi simptom yang ditunjukkan kereta Kak M tadi ialah perlu ditambah air dengan kerap.Maknanya bocorlah,bukan disebabkan kipas tak jalan.Ada satu keadaan lain dimana secara zahirnya tak nampak air memercik atau meleleh,tapi air cepat berkurang.Simptom macam ni menunjukkan rosak yang agak kritikal.

Keadaan ni dipanggil “enjin minum air”,hahaha!Pasal apa enjin haus sangat sampai minum ayaq radiator?

Keadaan ini disebabkan oleh enjin lampau panas berulang-ulang kali dan menyebabkan head enjin bengkok dan seterusnya membocorkan water jacket di sekeliling silinder.Head yang bengkok merenggangkan ruang antara head dan blok enjin dan seterusnya air panas yang bertekanan tinggi memasuki silinder enjin.Bukan setakat itu saja,air juga boleh bercampur dengan minyak enjin.

Kalau benda ni terjadi,overhaul lah jawabnya.Head perlu di “skim” semula untuk meratakan permukaan,air yang bercampur dengan minyak enjin perlu dibuang dan bahagian dalaman enjin perlu dibersihkan.Poket parah + patah kaki takde transport untuk beberapa hari.Kecuali pomen yang komited,tiga hari boleh siap.

Sebenarnya Kak M tadi berhajat nak pakai Viva-forever,tapi laki dia tak bagi.Katanya kereta kecik,tak muat anak ramai.Masalahnya bila nak pergi tempat jauh-jauh,tak pakai juga Wira reput tu.Tetap kena sewa kereta lain.”Bijak'” sungguh laki dia.Kesian la sikit kat wife yang bekerja,dalam masa yang sama perlu menyelenggara anak-anak.Awok tidorrr aje kat rumah sampai pukul 9.

kereta zaman akn dtg

Gambar hiasan

Taknak berhutang dengan membeli kereta baru tu bagus,tapi lebih bijak kalau kereta yang ada tu diselenggara sampai tip-top.Tak payah la kemut sangat.Eh,malu la Wira takut jalan jauh.Arwah bapak aku dulu rilek je start Mitsubishi Evolution Galant Sigma tahun 1977 balik Sekinchan.Zaman tu plak mana ada highway LPT.Biasa lepas subuh gerak dari Lepar Utara,nak dekat Asar baru sampai Tali Air 8,Sekinchan.Terberak kencing baru sampai,but the point is kereta tu cemerlang sekali menjalankan tugas tanpa gagal.

Rabu, 19 Februari 2014

Unlock Your Mind

Semalam aku baca artikel dari laman sesawang automotif tempatan,funtasticko.net.Nak kata follower website tu taklah juga,cuma aku suka baca pendapat komentator entri website tu tentang industri automotif nasional/antarabangsa dari kacamata peminat Proton.Apa kesimpulan yang aku dapat katakan ialah majoriti diorang die hard fan Proton.
Tak salah jadi peminat tegar,cuma kurang baik bila sebahagian kecil terjebak dalam kategori taksub.Kenapa?Begini ceritanya…

Semuanya bermula dari video ni:


Agak menarik cara geng-geng ni membuat ulasan.Santai habis.Secara keseluruhan kereta dengan reputasi love-hate diatas mendapat review dan respon yang baik.Bukan senang ya nak jumpa video ujipandu kenderaan dalam bahasa kebangsaan.Satu usaha yang baik untuk team Roda Pusing.
Sesiapa yang mengikuti perkembangan website tu tentu dapat mengesan kecenderungan komuniti disitu terhadap Proton;sekali lagi aku tegaskan,tak salah langsung.Tapi komen dari entri tu buat aku tersenyum simpul.
Kereta apa yang selayaknya perfect dimata diorang ni agaknya ya?
VIDEO   Pandu uji Toyota Vios baharu  funtasticko   funtasticko.net

Apa yang salah kalau tak ada komen negatif?Tak dengar betul-betul ni…Come on my friend..
Aku rasa diorang ni imagine parameter nak ujipandu sesebuah kereta tu sama je semua kot.Let say,benchmark Preve untuk semua kelas sedan.Tak bolehlah macam tu.Kena rujuk balik purpose setiap kategori kenderaan yang hendak diuji;adakah memenuhi tujuan dan kehendak ia dibuat.

Aku teringat sesuatu yang aku baru pelajari iaitu kepentingan outcome melebihi output.Benda ni berkaitan dengan LFA (Logical Framework Approach).Dalam sistem pendidikan kebangsaan aku tak pastilah ada ke tak subjek ni.
Kebelakangan ni banyak perubahan dalam sistem pentadbiran agensi kerajaan,tapi tak semua orang sedar.Benda ni makan masa bertahun-tahun untuk menampakkan hasil.Secara ringkasnya macam aku sebut tadi,outcome vs.output.Sebagai contoh institusi penyelidikan,buat research,kumpul paten dan menang award.Itu namanya output dari seseorang doktor atau pegawai penyelidik.Cukuplah untuk naik gaji dan pangkat.
Ianya diterima baik selama ni tetapi tidak lagi sekarang.Output sahaja tak memadai.Apa yang dikehendaki sebenarnya ialah outcome;siapa yang bakal mendapat faedah daripada output tadi.Aku bagi contoh la ye?
Aku diminta buat penyelidikan tentang potensi rumput lalang.Selepas berperang dengan peralatan makmal,aku buat announcement yang lalang ada komponen kimia yang boleh mengubati kanser.Aku dapat award dan penemuan aku tu dipatenkan.Untuk makluman kos paten adalah puluhan ribu setahun,macam lesen jugak la.
Ok,setakat ni,tercapai tak matlamat penemuan aku tadi?Ya sebab penemuan tu berjaya menang award dan menaikkan nama institusi tempat aku bekerja tapi tidak lagi mencapai outcome yang dikehendaki.
Outcome yang bagaimana?Nampak tak output aku tadi hanya menang award tapi tak boleh buat duit dan memberi manfaat kepada banyak pihak atau menjana keuntungan negara?Bila dibuat analisis lanjut,bekalan lalang tak cukup untuk dikomersilkan.Pulak dah..Manfaat ni yang dikategorikan sebagai outcome.Matlamat tersirat yang kita kena capai.
So,kejadah apa aku taip panjang-panjang tapi macam tak ada kena mengena dengan industri automotif tempatan?

Baca baik-baik…..sebelum mula buat kereta,kena fikir S.M.A.R.T.Analisis kritikal apa yang nak dibuat,untuk siapa,kos,abiliti dan sebagainya.Tujuannya supaya apa yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran secara maksimum.Kehendak pasaran bermaksud apa yang sebenarnya masyarakat perlukan,bukannya apa yang masyarakat mahu.
Dua perkara penting dalam dunia ni ya,iaitu perkara baik (good thing),dan perkara betul (right thing).Sepatutnya kita kena dahulukan perkara betul (right thing),baru diikuti perkara baik (good thing).Mengikut kehendak peminat itu baik,tetapi tidak semestinya betul.
Yang ni kena buat research,responden dari seluruh lapisan masyarakat,merentasi latar belakang budaya dan ekonomi(aku pasti diorang memang ada buat benda ni).Jangan terpengaruh dengan kehendak kelompok minoriti.Dahlah minoriti,bukan semua pulak tu yang mampu beli.
Berbalik kepada sesetengah peminat Proton,take it as a medicine.Belajar dari pesaing,sentiasa tanamkan sifat we can do far more better than that.Bukan menganggap kritikan kepada lawan adalah kemenangan dipihak anda.Kenapa Toyota success dengan Vios di Malaysia?Bukan sebab ramai ah soo & ah beng dalam Malaysia ni,jangan salah faham.Buka minda dan jangan taksub.Baru boleh nampak ‘kunci’ rahsianya.Bandingkan jenama ni dengan jenama tempatan dari skop outcome.

Macam bos aku cakap,dia marah bukan sebab dia benci,dia marah sebab nak realign us back on track.

Selasa, 4 Februari 2014

Melaka Negeri Cantik,Tapi...


As salam semua,
Atas urusan kerja,hari ni aku berada di Jasin,Melaka.Urusan pengumpulan sampel ada separuh lagi untuk diselesaikan.Harap-harap semuanya selesai esok.Lagi cepat lagi bagus.Bukan sebab tak seronok buat kerja outstation ni,masalahnya ialah bajet yang ketat.Tak syoklah pakai duit sendiri,lepas tu claim lambat dapat.
Perjalanan kali ni hanya melibatkan negeri Melaka.Dari Tampin Negeri Sembilan ke Alor Gajah,lepas tu bermalam di Masjid Tanah.
Planning awal sebenarnya nak bermalam di Alor Gajah,tapi rupanya susah nak cari hotel kat situ.Di Masjid Tanah pun sama,yang ada cuma homestay.Mujur homestaynya tiptop dengan harga yang berpatutan.Kalau berkunjung ke Masjid Tanah,cuba la bermalam kat sana.Satu bilik dua katil singel cuma RM70.Nama homestay tu Solok Duku Homestay.Solok Duku tu nama kampung barangkali.Aku cuma tau solok lada.Duku sumbat dengan isi ikan+kelapa parut tak pernah pulak aku jumpa.
Hari ni aku bermalam di Hotel Sri Impian Jasin,berdekatan Econsave Jasin.Ini je yang ada.Sebenarnya ada satu lagi hotel bersebelahan Stadium Jasin,tapi nampak creepy siap dengan semak samun.Bermalam kat situ free je,tu pun kalau berani la.
Hotel Sri Impian ni agak errrr................walaupun fasilitinya nampak macam mantap.Aku ambik bilik dua katil single dengan harga RM99 satu malam termasuk breakfast.Kemudahan yang ada TV kotak,aircond,WiFi,pemanas air dan pencahayaan berkeamatan rendah dari sebijik mentol.Selain lampu yang malap tadi,siaran Astro pun takde.Kalau nak tengok Astro ada bilik khas di aras dua.Lagi satu ialah amaran yang tertampal didinding,"DILARANG MEROKOK".What the heck??Jasin bandar hijau?Kemon lah,pi ukur kuantiti karbon monoksida ekzos kereta kat luar sana tu.Ni lah pertama kali aku jumpa hotel yang tak boleh merokok.
Hasil penjimatan tenaga elektrik ni mampu menampung kos sarapan pagi besok
Oklah,bebel panjang pun bukan management hotel baca.Setakat ni aku dah sampai Melaka dalam empat kali kot.First time masa zaman sekolah dulu.Biasalah ikut lawatan.Lepas tu jalan-jalan dengan wifey masa baru-baru kawin.Mencari sampel ni yang syoknya ialah segala ceruk negeri kami masuk,so dapatlah nampak kepelbagaian cara hidup dan jugak kegiatan ekonomi negeri-negeri yang dilawati.
Pertama sekali aku nak cakap tentang Melaka ialah negerinya cantik.Walaupun perindustrian tak berapa nak rancak,negerinya bersih.Kebanyakan kampung yang aku masuk rumahnya besar-besar,macam berlumba-lumba dengan jiran pulak rumah siapa lawa.Jalanraya dalam kampungnya walaupun tak lebar,keadaannya amat baik.Susah sangat nak jumpa lubang.Good job Melaka.

#mohontambahhotelmurahkatMelaka


Khamis, 30 Januari 2014

Andai Mahu Jadi Usahawan

 

Semalam kawan baik aku ada tanya pasal bisnes.Dia ada perancangan untuk buat bisnes produk.Actually dulu kami sama-sama kerja dalam bidang pemprosesan herba lebih kurang empat tahun setengah.Pengalaman dia dalam bidang pemprosesan herba jauh lagi lama dari aku,cuma aku ada sikit pengalaman dalam bidang produksi krim dan produk kecantikan.

Dia pun tanya la pasal dana.Dana nak bisnes ni dari bank pun boleh apply,janji proposal cun.Tapi tak boleh juga mula daripada kosong.Sekurang-kurangnya kita dah ada first step contohnya ada prototaip produk,ada premis dan yang wajibnya lesen perniagaan.Kalau tak silap akulah.

Aku rasa bank atau mana-mana institusi pembiaya tak bagi dana dengan modal air liur je.

Kemudian dia sebut pasal produk.Dari pengalaman kerja dia aku faham yang dia prefer produk bahan mentah berasaskan herba.Yelah,benda yang kami sama-sama arif.Pendapat aku pulak lain.

Memang betul kita ada pengalaman banyak,tapi kita cuma ada pengalaman manufacturing,marketing strategy takde.Benda-benda herba ni kalau betul-betul nak serius berniaga kena ada paperwork yang mantap.Bukan setakat pemprosesan berstatus GMP je.Akan datang,semua benda perlu jelas asal-usulnya.Maksud aku bahan mentah sebelum diproses tu ada kertas kerja yang menunjukkan sumber genetik pokok,kandungan bahan aktif yang terbukti dan bla..bla..bla..Bahasa ringkasnya ialah sumber bahan mentah datang dari QDPM(Quality Declared Planting Material).

Baru la bisnes boleh pergi jauh.Setakat main dalam Malaysia je siapa nak beli.Ada beratus-ratus syarikat yang buat benda sama.That’s why kita kena stand out daripada pesaing yang ramai-ramai nih dengan business plan yang bagus.

Kemudian fikirkan soal jumlah dana yang berjaya diperoleh.Sejuta?Dua juta?Atau ratus-ratus ribu je?Apa yang aku nampak dalam perniagaan herba ni,mesin pemprosesan adalah perkara yang amat-amat perlu dititikberatkan.Matematiknya mudah,ada modal besar dapatkan saja mesin dari Jerman atau Swiss.Kalau tak mampu,mulakan dengan mesin custom made dari Sungai Buloh.Cuma mesin-mesin custom made ni kurang efisien.Kilang mesin boleh fabricate apa juga mesin yang kita nak,tapi diorang tak ada team engineer untuk buat efficiency calculation.

Berapa flowrate,temperature,vacuum pressure atau setidak-tidaknya berapa tebal optimum stainless steel yang nak digunakan.Semuanya hanya gunakan imaginasi diorang je.

Mesin macam tu masih boleh berfungsi,tapi kita tak boleh dapat hasil yang optimum dengan kos yang minimum.Caranya ialah,belajar dari pengalaman…lepas tu kita sendiri yang buat design,diorang fabricate sahaja.Mesin yang baik akan menjimatkan masa,kos,tenaga pekerja dan juga meningkatkan yield.Maknanya untung lah.

Itulah cabaran dunia usahawan herba.Untuk mencapai tahap boleh berdikari barangkali akan memakan masa dua ke lima tahun.Bergantung pada kekuatan mental usahawan tu sendiri.Jangan baru setahun dua bisnes dah mula pakai kereta besar.Faham-faham lah ye.

Macam banyak sangat je challengenya ye dak?Apa bidang pun ada cabarannya tersendiri.Apa yang kita boleh buat ialah pilih challenge yang kita boleh atasi.Aku teringat satu hadis atau terjemahan Al-Quran,”Allah S.W.T tidak akan membebankan hambanya melebihi dari keupayaannya”,lebih kurang macam tulah bunyinya.Wallahua’lam…Kita dikurniakan akal,banyak jalan kita boleh pilih.

Lagi persoalannya ialah,andaikata aku sendiri yang nak buat bisnes,bidang yang bagaimana aku pilih.Dah tentu bidang yang aku pandai buat iaitu manufacturing.Cuma aku tak pilih bidang bahan mentah herba,walaupun aku ada sikit pengalaman tentang bidang tu.

Aku akan pilih bidang yang hampir sama juga,tetapi risiko dan cabarannya sedikit ringan berbanding industri bahan mentah herba.Contract manufacturer.

326837487_219

Macam ni.

Katakan aku ada modal.Untuk permulaan aku akan set up premis makmal,proses dan pembungkusan berstatus GMP,tapi menumpukan pada produk kontrak.Penghasilan produk kontrak ni untung per unitnya kecik je,tapi aliran tunai bagus.Keduanya,kita tak perlu fikir marketing dan promosi produk.

Once kita dah deliver produk kepada pelanggan,dapat cek,done.Kecuali kalau ada produk defect,itu saja.Di peringkat awal,ada baiknya mulakan dengan sesuatu yang kurang berisiko.Bila dah stabil dan boleh catch up demand,barulah boleh fikir produk sendiri.

Lepas tu marketkan produk dengan harga yang orang ramai mampu.Tak payah nak main premium sangat.Mampu ke nak head-to-head dengan brand terkenal?Dalam bidang macam ni ,branding amat-amat mempengaruhi pasaran.So kalau rasa brand kalian gitu-gitu je,juallah dengan harga yang munasabah.Ingat,Malaysia ni bukan negara yang rakyatnya willing to spend ratusan ringgit semata-mata untuk produk tak terkenal.

Dua benda je yang terlajak laris dalam Malaysia ni,barang kecantikan dan seks.Kat Facebook kebelakangan ni banyak pulak iklan produk membesarkan tuuutt dengan testimoni yang…adoyaii…malu kalau dibaca bebudak kecik.Ini realiti.Produk kesihatan duduk tangga berapa aku tak pasti.Mungkin sama dengan kedudukan Manchester United dalam EPL sekarang.

Arini terasa macam penulisan mantap dan padu plak.Krik..krik…krik…

Selesai Masalah


Gambar ni bertarikh 24 Mei 2012
SSR Type C-RS + Aderenza 205/40/R17
IMAG0097

Gambar ni plak bertarikh 29 Januari 2014
Enkei from Myvi 1.5 + Silverstone Powerblitz 175/65/R14
IMAG1729

Solusi jangkamasa panjang untuk menempuh jalanraya Pahang yang ‘teramat cantik’.SSR tu akan diperbaiki dan jual/trade in.Maybe akan diganti dengan Enkei RPF saiz maksimum 16 inci je.Malas nak main trend concave nih!

*Hujung minggu lepas aku balik kampung sempena perkahwinan member baik aku,Encik Naruto.Lepas tukar rim+tayar haritu,ni lah perjalanan jauh pertama yang aku pandu.Tahu tak betapa nikmatnya memandu kereta dengan rim standard,tayar baru serta spring yang sedikit keras?
Seriously best.Dah bertahun juga aku tak rasa nikmat pemanduan macam ni.Perjalanan selesa,hati senang,lubang atas jalan pun tak perlu risau lagi dah.To be honest,tahap keyakinan memandu sedikit laju di lebuhraya sama macam aku drive Persona dulu.Masa kereta aku pakai kombinasi rim 17,aku dah tak memandu laju dilebuhraya.Terasa gayat sebab sensitiviti tayar memberikan isyarat yang kurang enak pada roda stereng.Paling laju pun aku pernah drive 140kmj masa pakai sport rim.
Sedangkan rekod kelajuan maksimum yang aku ingat ialah 162kmj(aku drive),dan 180kmj(adik aku drive) menggunakan kombinasi rim + tayar standard.Rumusan yang aku dapat buat ialah:

i) Gunakan setting rim 17" untuk nampak cantik,tapi berkorban keselesaan dan keyakinan memandu laju,
ii) Kekalkan kombinasi rim standard kalau utamakan keselesaan

Pendapat aku,kombinasi terbaik untuk dapatkan keselesaan dan sedikit kosmetik pada kereta ialah dengan menggunakan konfigurasi rim bersaiz 15 inci dan dipadankan dengan tayar berprofil 195/55/15.Atau rim 16 inci + tayar 205/45/16.Tak boleh lebih/kurang.Kang jauh sangat beza dari radius tayar asal.
Stail-stail rim yang dicadangkan ialah dari model-model evergreen macam RPF,TE37,CE28N atau EVO Regamaster.Syaratnya kena lowered sikit.

Ahad, 26 Januari 2014

Rasa Nak Kereta Kedua;Ver.II


Sorry guys,dua tiga entri kebelakangan ni banyak cerita pasal kereta je.Sebelum ni aku ada sebut pasal Inspira tapi idea tu terpaksa ditongsampahkan sebab kekangan ekonomi keluarga aku.Idea tu tak bijak sebenarnya,bukan untuk masa ni.Walaupun pilihan tu 'kena' dengan jiwa aku,ekonomi keluarga jauh lebih penting.
Korang semua tau kan berapa ramai diisytiharkan bangkrap setiap hari disebabkan terlalu mengikut 'jiwa' yang kengkonon resing?Bukan tak boleh ikut,cuma masanya belum tiba lagi.Banyakkan sabar dulu.
Ok,daripada idea nak membeli Inspira,timbul idea untuk membeli Alza.Lagipun sekarang harganya dah murah sikit.Sebelum idea tu bertahan sampai direalisiasikan,sekali lagi Jabatan Kira-Kira Rumah Tangga menarik handbrake bila didapati komitmen bulanan agak mengganggu kewangan.
Kemudian timbul idea untuk mencari sebuah kereta kecik terpakai.Salah satunya ialah Perodua Kelisa.Kereta ni kecik,tapi ianya boleh diharap.Walaupun harga terpakainya agak sedikit tak masuk akal untuk saiz macam tu,reliabilitinya memang terbukti.Dalam dok terfikir sebelum keputusan terakhir dibuat,entah macam mana nama ni muncul.

Perodua Kenari.

Yup.Kenapa nama ni tak muncul diperingkat awal perbincangan?Sebab skop awalnya nak mencari kereta sedan.Setelah diperhalusi,Kenari terpakai dipilih untuk menjadi kereta kedua.Aku ringkaskan kenapa kereta ni jadi pilihan:

1.Harga terpakai agak berpatutan.
-Lingkungan harga agak sama dengan Kelisa yang lebih kecik.
2.Alatganti bersepah.
3.Halfcut high performance masih murah.
-Halfcut L9 turbo tiptronik agak murah,sekitar 2.6k-2.9k.
-Dulu mungkin mahal macam Passo sekarang,tapi trend Move JDM dah agak slow sikit.
4.Potensi untuk dihensemkan.
5.Banyak enjin boleh masuk,termasuk K3-VET.
6.Paling penting,reliabiliti dan penjimatan bahanapi.

Seba sedikit spesifikasi Perodua Kenari:

Enjin : EJ-VE 1.0l,12V DOHC DVVT
Sesaran : 989cc
Tork maksimum : 88.3Nm/3,600rpm
Kuasa maksimum : 43kW/6,000rpm (57.66hp)
Tangki : 40 liter
Penggunaan bahanapi : 50.4 mpg (21.4km/liter)
Berat kering : 865 kg

Bila aku buat sikit kajian,rupanya Perodua pernah keluarkan Kenari versi RS,iaitu versi rebadge lengkap Move RS.Malang sekali harganya mahal amat,harganya hampir sama dengan Myvi basic yang baru dilancarkan juga masa tu.Maka ramai pembeli berpotensi menukar niat masing-masing.Ada juga yang beli,tapi betul-betul hardcore punya olang ni.

\

Hasil pemantauan aku di laman web Mudah.my,harganya berlegar sekitar 14k hingga 23k(untuk model terakhir 2009).Beli tunai,buat maintenance balik,masuk Enkei RPF 15",install bodypart Move RS pastu layang warna oren.Fuuuuuuu!!

Rabu, 22 Januari 2014

Rim Lebar dan Jalan…


ROTA

Sedikit teori yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan untuk memudahkan pemahaman tentang lateral force yang berlaku semasa melalui selekoh (B).Terminologi sebenar berkenaan lateral force ni agak panjang sebenarnya.Siapa nak baca benda remeh temeh ni.
Keadaan ni bukan saja dialami oleh pengguna rim lebar yang dipasang tayar berprofil rendah,pada tayar ‘gemuk’ pun berlaku juga sebenarnya.Selain tu faktor lain seperti bebanan yang dibawa,talaan suspensi,halaju semasa melalui selekoh,sudut selekoh dan juga traction rate tayar memberikan hasil/keputusan yang berbeza-beza.Hatta driver sendiri pun mungkin akan bagi persepsi yang berbeza.
Soalannya,sesuai ke tidak dipakai set up tayar macam ni?
Dalam kebanyakan masa,ianya masih lagi sesuai.Tak jadi masalah pun,kecuali anda seorang yang cerewet tentang handling sesebuah kereta.Maksud aku jenis orang yang memang kerja dia bawa kereta trek.Yelah,pernah tengok kereta trek pakai tayar 195/65/15?Tak ke gayat tang korner?
Cuma,keadaan jalanraya di Malaysia ni sangat menyedihkan.Negeri lain aku tak pasti tapi setakat ni di Semenanjung,Pahang memiliki kualiti jaringan jalanraya paling fail.Even Kelantan pun jauh lebih baik.Kan bebaru ni aku follow trip pengumpulan sampel pokok,maka segala jenis jalan dalam semenanjung aku masuk walaupun tak semua.Ni contoh jalan ke kampung aku,fokus kat satu ni sudah.Takkan plak aku nak letak gambar semua lubang ye dak?
Bayangkan set up rim diatas terjun dalam lubang-lubang ni dengan halaju kambing berlari,amacam?

1600174_413613842074752_1983667437_n

Setahun lepas jalanraya ni masih cantik.Sejak sebulan dua ni disiram air hujan dan juga kekerapan lori-lori berat lalu,inilah hasilnya.Umpama kawah ledakan bom kereta dengan 300kg peledak buatan Taliban.Dah berapa banyak rim kereta dia dah makan termasuk seketul rim aku.
Baru-baru ni satu nyawa dah melayang.Siapa nak tanggungjawab?
Kebanyakan orang akan mempersalahkan pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan.Ya betul,lubang-lubang ni boleh ditampal tapi itu cuma penyelesaian sementara.Setakat ni dah banyak juga usaha menampal aku tengok tapi tak lama.Balik kampung lagi sekali lubang dah dalam semula.
Apa punca sebenar ni?

Jawapannya adalah angkara lori balak dan treler yang bawa sawit.
Buat masa ni agak banyak trip-trip treler sawit berkapasiti 40 tan melalui jalan ni.Lori balak toksah ceritalah,sejak dulu lagi tak habis-habis angkut balak.Macamana boleh banyak sawit dihantar ke kilang Lepar Utara 6?
Ini adalah kerana sejak penanaman semula ladang Lepar Utara 3,kapasiti pemprosesan sawit di kilang L.U.6 agak berkurangan.Untuk mengoptimakan operasi,kilang L.U.6 memproses sawit dari gugusan Kota Gelanggi.Maka berbondong-bondonglah treler-treler panjang ni memasuki Lepar Utara.Itu pandangan aku lah.Power betei,aku tanya,pastu aku sendiri jawab.
Ini cuma sikit je ni.Cuba la lalu jalan dari Bandar Jengka lepas tu masuk ke simpang menghala ke Jengka 10,Kota Gelanggi & Sg Tekam Utara.Segala spesies kerosakan ada.Tu belum spot banjir lagi.Haaaa,demam YB nak memikiornyee!Pikir-pikirkanlah ye,kang kami tukar kang?Hahahahahaha!

*Gambar lubang jalan dari Facebook Mohd Eone Bct untuk Group Bebudak Lepar

Bagi La Tajuk Sendiri

Lepas update transfer awal musim 2013/2014,dah tak ada lagi update pasal EPL.Untuk itu,aku buatkan satu list perlindahan pertengahan musim untuk 2013/2014.Setakat ni manager kelab kegemaran aku belum membeli sebarang pemain.

 

 

Nama Pemain

Dari

Ke

Nilai (euro)

1.Mats Moller Daehli Molde Cardiff City  
2.Aiden McGeady Spartak Moscow Everton 2m
3.Stephen Ireland Aston Villa Stoke City  
4.John Guidetti Manchester City Stoke City  
5.Jonas Gutierrez Newcastle Norwich City  
6.Grant Holt Wigan Athletic Aston Villa  
7.Nikica Jelavic Everton Hull City 7.8m
8.Nemanja Matic Benfica Chelsea 25m
9.Shane Long West Brom Hull City 8.5m
10.Ryan Bertrand Chelsea Aston Villa  
11.Magnus Wolff Eikrem Heerenveen Cardiff City 2.5m
12.Santiago Vergini Estudiantes Sunderland  
13.Oscar Ustari Almeria Sunderland  
14.Mohamed Salah Basel Chelsea 13.2m
15.Jo Inge Berget Molde Cardiff City  
16.Marco Boriello Roma West Ham  
17.Antonio Nocerino Milan West Ham  
18.Juan Mata Chelsea Man.United 44.7m
19.Lacina Traore Monaco Everton  

 

Sehingga entri ni ditulis,Arsenal masih lagi mendahului liga dengan 51 mata,hanya dipisahkan satu mata dengan kelab Arab kaya Manchester City diikuti Chelsea dan Liverpool.Penyandang cempien musim lepas masih lagi terkesan dengan hatrik pemain hampir pencen,Samuel Eto’o dan menghuni tangga ke tujuh membuatkan peminat setan merah berhijrah beramai-ramai kedalam gua sehingga moral pulih.

Ok,cukuplah tulis pasal kelab pertengahan.Baik aku ulas pasal kelab Arsenal.

Setakat ni Arsenal bermain dengan baik walaupun kelihatan ala-ala macam tak boleh makan kelab-kelab penghuni tangga bawahan liga.Cuma secara jujurnya aku kurang yakin kalau taska Wenger bertarung dengan kelab big four.Taktikal amalan Wenger ni kadang-kadang berhasil,tapi kebanyakannya fail sebab amat kurang element of surprise dalam serangan.

Main passing pendek-pendek sambil cuba mengayamkan pertahanan lawan kekadang tak membawa hasil yang dihajatkan.Nak harapkan hasil macam tiki-taka Wilshere aritu pun sebenarnya agak mustahil nak dapat selalu.Koordinasi dan kerjasama pemain yang tepat perlu ada.Kelemahan serangan kaedah macam tu kita boleh nampak sendiri,pertahanan lawan sempat bertahan beramai-ramai.

Kebelakangan ni aku agak suka tengok cara Wilfried Bony (Swansea) bermain.Dia rajin buat serangan pantas.Sepatutnya agak cerah masa depan dia dalam EPL dengan kualiti permainan sikit lagi nak sampai tahap Suarez.

Setakat ni first eleven Arsenal yang aku suka (tak kira injury) macam kat bawah ni:

 

-Szczesny-Koscielny-Mertesacker-Gibbs-Sagna-Arteta-Rosicky-Ramsey-Ozil-Walcott-Podolski-

 

Subs:Martinez,Monreal,Wilshere,Cazorla,Giroud

Isnin, 20 Januari 2014

Aku dah cerita dalam entri lepas kot pasal hidup berjauhan dengan isteri dan anak-anak.Tambahan pulak kereta cuma ada satu,agak susah untuk aku menjenguk anak bini.Lain la kalauada dua kereta.Boleh juga gilir-gilir balik KL atau balik Raub.Sebut tentang kereta ni,terpacul lah niat nak pakai dua kereta.
Kisah susah payah perit pedih masuk kerja kerajaan ni nanti kau cerita dalam entri lain.Untuk entri ni aku fokus dulu kereta yang bagaimana jadi pilihan keluarga kecil yang berpendapatan bawah 5k disamping ada beberapa hutang lain yang perlu diselesaikan.
Entri lepas-lepas aku ada sebut pasal Proton Inspira.Pendapat aku dan isteri aku agak sama dimana kereta ni sesuai dijadikan kereta keluarga.Boleh dikatakan tak ada cacat-cela,KECUALI komitmen bulanan yang memeritkan.Varian paling rendah iaitu 1.8 manual yang dijual pada harga RM78,580.30 memerlukan dana bulanan sekurang-kurangnya RM900 selama 9 tahun.Confirm sakit tenat akaun kami disitu.
Kemudian terlintas nama Alza.Kenapa Alza?Sebab pada hemat aku,inilah pilihan yang selamat dalam banyak kategori.Mohon luaskan perspektif anda tentang "pilihan selamat" supaya tidak berlaku salah faham.

Bebelan Isnin


Pagi tadi aku sempat dengar ceramah Ledakan Media Sosial yang disampaikan oleh Prof Dato' Mohd Hamdan Adnan.Itupun masuk lewat sikit sebab aku tak perasan ada jemputan dalam emel.Rasa macam kenal je Prof ni,agak familiar rupa beliau.Oh yesss,beliau adalah bekas presiden FOMCA.
Agak best ceramah tu dengan gaya penyampaian beliau yang santai,rilek je tak pakai mikrofon.Mudah dia nak bergerak kesana-kemari.Topik ceramah ni agak menarik sebenarnya bila kita perhatikan trend media sosial sekarang terutamanya tentang impak atau penetrasi kedalam golongan masyarakat.Contoh paling mudah,rasa serabut tak bila sehari hidup tak ada internet?Tu tanda-tanda kita mengalami kecanduan media sosial.
Walaupun negara kita ni mempunyai kelajuan internet yang memalukan pada skala negara maju(?),kadar penyampaiannya agak baik.Semua benda cepat menjadi viral walaupun kebanyakannya benda-benda bodoh.Contohnya Bobo.
Benda-benda ni (walaupun bodoh),impaknya kuat.Kalau rasa nak dapat feedback maki hamun silakan produce video persis Bobo.Oklah,macam banyak pulak bahan si Bobo,kesian dia.Intipati ceramah tu sebenarnya bagaimana kita sebagai pengguna memanfaatkan atau menjana media sosial ni untuk perkara-perkara yang berilmiah.
Aku ada Facebook & blog.Setakat ni dua ni jelah yang tinggal aktif.Twitter aku tak pandai pakai,lagipun macam pelik je mengadu domba kat laman sosial.Setakat ni Facebooklah yang paling aktif,paling kurang dalam sejam aku akan spend lebih kurang 10 minit.Tapi aku bukan jenis nak cerita semua benda dalam FB.Aku cuma enjoy baca info-info dari Geng Niaga Pancing 88,Kelab Joran Facebook,G.E.M.U.K(Gagasan Excited Manchester United Kalah) dan juga Cik Srikandi.Cuma kadang-kadang aku rasa sikit annoying bila rakan-rakan FB aku 'LIKE' page yang jenis kemaruk 'LIKE'.Nak marah kengkawan tak boleh juga,akaun FB diorang kan.Owner page la gila glamor kot.Dapat duit agaknya.
Tak kisah la aktif FB atau blog,sampaikanlah apa yang patut-patut saja.Reaksi pengguna media sosial ni lain macam sikit,agak perit juga juga kalau kena bahan.Tak sama macam berita akhbar mainstream.Wartawan tulis la berita tahyul sekalipun,bukan rasa apa-apa kalau pembaca maki.Bak kata Prof pagi tadi,menulis di media sosial ni kulit kena tebal.Reaksi pembaca lebih personal.Bahasa lainnya hati kena kering.Walaupun benda yang kita sampaikan tu benda yang baik,tak semua orang setuju dengan pandangan kita.Masa tu maybe moral nak menulis pun dah drop.Kesudahannya melingkup jugalah blog kita tu.
Ada ilmu yang baik,kongsikanlah walaupun sikit.Benda baik memang orang susah nak terima,tapi kita bukan nak balasan dari orang ramai,kita cuma jalankan tangungjawab sebagai manusia beragama.Itu saja.Tak payah fikirkan sangat pasal ranking,follower,pageview & bla..bla..bla..sampai bila pun tak jadi apa.
Ok lah,aku ada cerita lain nak tulis,kena buat tajuk lain baru kena dengan isi kandungan.Ni pun aku rasa agak hancur juga susunatur cerita aku ni.

#MR

-Dengarnya gua-gua dan kolong dipenuhi penyokong Setan Merah sejak awal pagi tadi.Pasal apa ya?


Khamis, 9 Januari 2014

Malam ni aku berinternet dengan laptop.Sebelum ni aku "menumpang' network henpon yang dikongsi dengan Apple MacAir.Sempat merasa sekejap je Apple tu,wife aku kena pulangkan balik lepas resign untuk menjadi penjawat awam.Kompeni dia memang best,malangnya ada cubaan untuk menjual produk Israel kat sini.
Aku belum cerita lagi network apa aku pakai sekarang.Tadi aku beli kupon akses internet 24 jam untuk Damansara Wifi.Saja nak cuba,not bad la.Dulu aku ingatkan network ni free macam skim kampung tanpa wayar.Rupanya kena bayar,hantu betul.Nasib baik speed & signal strength mantap.
Tengah ni mula la nak sentimental skit.Teringat mak aku yang keseorangan dikampung.Adik beradik aku ramai,tapi lebih separuh dah bekerja dibandar,selebihnya belajar dan tinggal di asrama.Duduk sorang-sorang dibandar pun dah membebankan apatah lagi tinggal dikampung.Serba-serbi jauh dan mahal.

Rabu, 8 Januari 2014

Kawalan Pemanduan VS Reliabiliti

Rasanya agak lama aku tak menulis pasal kereta.Tak banyak benda menarik pasal kereta sejak tekanan ekonomi kebelakangan ni.Nak ulas pun tak ada mood sebenarnya.Dalam keadaan ekonomi sekarang,kebanyakan pembeli masih lagi berpegang pada elemen ekonomikal dalam pemilihan kenderaan harian.Ekonomikal disini bukan sekadar harga belian yang berpatutan,ianya lebih kepada jangka panjang seperti penggunaan bahanapi,ketahanan material dan service cycle.
Seperti biasa nama-nama seperti Vios dan Myvi masih lagi memperoleh angka jualan yang baik saban tahun.Kenapa agaknya?Ambil contoh Vios.Walaupun memperoleh jualan dan rekod penggunaan yang baik,kereta ni mendapat maklumbalas negatif sejak dulu lagi terutamanya di laman web PaulTan.
Hasil pemerhatian aku,dua perkara utama yang menjadi bahan hentaman ialah enjin 1NZ-FE 1.5 teknologi lama dan juga harga yang mahal berbanding spesifikasi yang ditawarkan.Tetapi orang tetap membeli juga.Rasanya semua orang tahu jawapannya.Reliabiliti dan kecekapan bahanapi yang telah dibuktikan bergenerasi lamanya.Ada bantahan?
Berlainan pula dengan Suprima S.Kereta ni serba-serbi lengkap,beleklah brosur kereta ni,jenama lain takkan berani offer spesifikasi selengkap ini dengan harga yang munasabah.Respon pengkritik dalam PaulTan juga sangat menggalakkan.Siapa kutuk memang kena thumbs down.Kenapa aku rujuk laman PaulTan saja?Sebab aku percaya ramai peminat Proton berkumpul disitu.


Tetapi...selepas beberapa bulan dipasaran adakah sambutannya sehangat komentar mereka?Perhatikan sekeliling kalian semasa memandu.Berapa banyak Suprima S menelusuri jalanraya?Aku bagi contoh di tempat kerja aku yang mempunyai 700++ pekerja.Setakat ni aku cuma nampak sebiji saja Suprima S warna biru.Inilah realitinya.Secara teorinya Suprima S enak dipandu,tetapi satu faktor penentu utama telah menjadi kelemahan Suprima S iaitu penggunaan bahanapi.
Kereta ini tidak tergolong dalam kategori penjimat bahanapi.Berat keringnya melebihi sedan Preve.Sekarang tugas peminat-peminat jentera Proton membuktikan kesetiaan mereka.Sudahkah anda semua membeli Suprima S?
Cukuplah setakat itu saja ulasan berkenaan persaingan pasaran.Realiti yang pedih tak semua orang sanggup dengar.Perkara ni perlu penelitian sehingga peringkat akar umbi perusahaan automotif nasional.Cuma tinggal satu saja kekuatan Proton iaitu sistem pemanduan.
Hampir sebulan lepas aku ke Alor Star atas urusan walimatulurus adik ipar aku.Kali ni aku kesana menaiki Proton Persona adik ipar lelaki aku.Miyabi buruk kesayangan aku terpaksa direhatkan selepas bekerja keras sepanjang bulan Disember.Bertolak dari Gombak lebih kurang jam 9.30 pm,kami sampai di Langgar,Alor Star hampir jam 3.30 am.Separuh perjalanan pertama dipandu adik ipar aku dan aku sambung pemanduan hingga ke destinasi.
Kelajuan purata antara 120-130kmj.Untuk perjalanan sejauh itu,kami terpaksa laju sedikit untuk mengurangkan rasa bosan akibat memandu terlalu lama.Itu pun cuba baca balik jam berapa baru sampai.Cuma sedikit pelik kenapa perjalanan memakan masa selama itu sedangkan sebelum ni aku pernah ke Langgar juga memandu Myvi aku dengan tempoh masa perjalanan dari jam 9.30pm dan sampai di Langgar jam 2.15am.Kelajuan lebih kurang sama dan waktu rehat juga hampir sama.
Dari pengamatan aku,memandu kelajuan sebegitu dengan Persona standard dan tayar baru agak menyeronokkan.Kenderaan cukup stabil dijalan lurus.Satu lagi benda yang aku rasa agak menarik ialah sistem pertukaran gear manualnya.Feel umpama short shift.Lain-lain semua ok,kecuali sistem tuil signal disebelah kiri stereng amat annoying.Part handling aku bagi markah lebih untuk power steering Persona dibandingkan dengan EPS Vios 2013.
EPS juga stabil dijalan lurus tapi melayan selekoh agak gayat sikit sebab feel respon steering agak artificial intelligence.Dalam kes melayan selekoh ni,aku lebih suka feeling Myvi aku yang dibantu oleh tayar berprofil 205/40/17.Terasa kawalan lebih tepat walaupun di jalan lurus agak fail.Aku tak buat lawak ni.Barangkali ada yang menuduh aku sembang deras,jadah apa Myvi torsion bar syok layan selekoh.Aku tak kata syok,aku cuma cakap,lebih meyakinkan dengan setup dan teknik yang bersesuaian.
Sama macam Persona yang aku pandu semasa ke Kedah tu,tayar tebal standard memang win faktor keselesaan,tapi sedikit gayat juga di selekoh.Tak apa,benda boleh improve.Untuk Vios yang aku pandu tu pulak,barangkali konfigurasi rim concave tak kena untuk pemanduan sedikit agresif.Keadaan bibir tayar yang terkangkang untuk memenuhi lebar rim 9 inci menjejaskan kestabilan semasa berlakunya lateral force di selekoh.
Apapun tak semua orang bercitarasa macam aku.Apatah lagi golongan yang mampu membeli kereta mahal.Yang mana duit berkepuk,beli sajalah pakej lengkap,tak payah pening nak improve sana-sini.Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah pertimbangkan juga faktor kestabilan dalam memilih kenderaan dimasa akan datang.Tidak dapat tidak mesti kereta tu akan digunakan untuk perjalanan yang jauh.Pengalaman aku memandu Proton tak banyak,tapi dulu aku suka handling Satria 1.3 Injection abang ipar aku.Handling 'A' tapi enjin lemau pulak dah.
Oh  ya,dalam perjalanan yang panjang hari tu,agak lama juga kami membontoti Mitsubishi Lancer GT.Nampak cukup gagah dijalanraya.Dah renung lama-lama macam tu rasa nak pakai kereta sedan pulak.Kereta keluarga akan datang Proton Inspira barangkali?Hehe!



Ahad, 5 Januari 2014

Projek Jalanraya...


Salam bertemu lagi...
Sebenarnya agak banyak idea untuk penulisan sempena tahun baru ni,tapi malangnya kebanyakan topik tidak sesuai diulas dalam kedudukan aku sekarang berbanding sebelum ni semasa bekerja di sektor swasta.Terpaksalah aku tapis dulu topik-topik yang sesuai sedangkan ada antara isu-isu tu yang tak tahan jejari ni nak mengulas.Cuma yang merisaukan adalah bila ada segelintir pembaca tak sampai kepada maksud tersirat yang aku cuba sampaikan.
Jalan selamatnya adalah menulis cerita-cerita biasa saja,orang pun senang faham.Beberapa minggu lepas aku ada terjumpa satu laporan impak kepada alam sekitar berkenaan projek jalan penghubung antara Felda Lepar Utara - Sungai Lembing.Isi kandungan laporan tu aku ceritakan serba sedikit kejap lagi.Mula-mula kena tahu dulu projek apa benda ni dan juga apa keperluan untuk projek yang khabarnya dirancang sejak pertengahan 80-an lagi.


Aku yakin ramai yang tahu dimana terletaknya Sungai Lembing,rasanya ada tercatat dalam buku teks Geografi sekolah menengah.Dulu-dulu Sungai Lembing ni makmur dengan adanya lombong bijih timah,tapi seperti juga kebanyakan bandar-bandar perlombongan,kemajuannya terhenti dan merosot bila galian mula berkurangan.Tapi tak apa,pokoknya orang tahu apa itu pekan Sungai Lembing dan dimana terletaknya Sungai Lembing.
Itu cerita tentang Sungai Lembing.Sekarang aku nak tanya pembaca,dimana terletaknya Lepar Utara?Zaman aku sekolah dulu pun ada juga orang Pahang yang tak tau dimana Lepar Utara.Kalau ada yang tau pun orang akan cakap tempat tu jauh bebenor,dalam hutan,ulu banat dan sebagainya.Ya,hampir kesemua telahan tu benar,tapi tidak tepat.Adakah 2 jam 30 minit dari Lepar Utara ke Gombak lebih jauh dari 4 jam 30 minit dari Gombak ke Alor Star?Pernah dengar lagi tak orang cakap 'uiiiiiiiiiiii!jauhnya kampung hang!'bila disebut anda berasal dari Alor Star?Tak ada kan?
Kecuali anda warga Lepar Utara.Barangkali orang Pahang sendiri akan cakap lokasinya jauh.Secara geografinya,Lepar Utara ni terletak di tengah-tengah Negeri Pahang dan dikelilingi ladang kelapa sawit dan hutan hujan Khatulistiwa yang bergunung ganang.Bandar terdekat ialah Bandar Jengka dalam anggaran 50km dan jarak ke Gombak lebih kurang 200km.Aku pernah catat mileage dari halaman rumah kakak aku di Greenwood hingga ke laman rumah mak aku,tepat 200km.
Jarak ke ibu Negeri Pahang pulak ialah 210km iaitu dari Felda Lepar Utara 4 - Kuantan melalui gugusan Jengka,Lebuhraya Pantai Timur dan exit di Gambang.Nampak tak betapa turun ke Gombak lebih dekat sikit daripada turun ke Kuantan?Tak hairanlah pertama kali aku sendiri menjejak kaki ke Kuantan masa aku berumur 19 tahun.Siapa nak pergi kalau dah jauh macam tu?
Kalau rajin lepas ni buat macam yang aku cakap ye?Buka Google Earth,pinpoint kat mana Lepar Utara(N 3'53' 58.2",E 102 46' 43.4") dan Sungai Lembing.(N 3 55' 4.8",E 103 2' 9.9")Lepas tu guna function ruler,ukur jarak kedua-dua tempat tu.Dari kiraan aku,jaraknya lebih kurang  35km.Route calculation pulak dari Sungai Lembing ke bandar Kuantan lebih kurang 35km juga.Jumlah keseluruhan 70km.Sekarang bandingkan jarak asal Lepar Utara-Kuantan (210km,sebahagiannya bertol) VS. jarak baru 70km (tiada tol).
Jauh bezanya kan?
Disitulah relevannya pemmbinaan jalan baru penghubung antara Lepar Utara dan Sungai Lembing tadi.Jarak dan masa perjalanan dapat dipendekkan,dan seterusnya memakmurkan sosio ekonomi dikawasan sekitarnya.Jalan baru tu juga dapat memendekkan jarak dari bandar Jerantut ke Kuantan.
Berkenaan projek tersebut,khabarnya ia akan dimulakan awal 2014 dan berakhir sekitar akhir 2016.Itu dari apa yang aku baca dalam laporan tu lah.Wallahua'lam..
Untuk baca laporan tersebut,boleh baca di sini.











Selasa, 31 Disember 2013

Entri Penutup 2013


Kembali bertemu selepas lama aku tak mengemaskini entri blog ni.Nak kata sibuk tu tak lah,cuma ketiadaan komputer untuk menaip.Masa yang ada depan PC pun biasanya digunakan untuk mengemaskini laporan bulanan.Selebihnya masa aku banyak dihabiskan ditapak semaian keratan pokok.
Seronok sebenarnya belajar benda-benda baru.Bidang pertanianlah satu bidang yang masih lagi dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat kita.Sesetengah orang tak bagi anak dia belajar Ijazah yg berkaitan pertanian.Kerja kotor katanya.Baik jadi engineer atau cikgu,besarkan perut dengan kerusi empuk dalam kondisi aircond.
Berapa gaji engineer fresh grad?
Adik member aku study akaun sampai Ireland,balik tanam rock melon atas tanah 3-4 ekar,rilek je dapat puluh ribu semusim.Amacam?
Realiti yang kita semua tak sedar ialah,kebanyakan benda yang kita makan hari-hari adalah diimport dari luar.Barang makan yang paling asas,beras,pun diimport dari luar sebab bekalan dalam negara tak cukup.Ingat lagi perkataan Negeri Kedah Jelapang Padi?
Aku rasa dah tak relevan lagi dah sekarang ni.Cuba jenguk-jenguk sawah padi kat Alor Star nun.Banyak yang tanam rumput dari padi.Yang ditambak jadi taman perumahan pun banyak juga.Terengganu,Pulau Pinang,Perak dan Kelantan pun ada padi tapi tak secantik dan sesistematik sistem penanaman padi di Selangor.Kalau ada rezeki ke negeri orang,tengok-tengoklah sama benda yang kita letak dalam pinggan tiap hari.
Bercakap mengenai import makanan,apa benda yang kita tak import?Hampir semua import belaka.Cili kering,bawang,kentang,kobis...banyaklah kalau nak ditulis satu-satu.Bayangkan semua benda-benda ni tak mampu lagi dibekalkan ke negara kita,dan yang dihasilkan dalam negara pulak melambung berganda-ganda harganya sebab tak cukup bekalan.Boleh jawap "duduk oversea kalau Malaysia mahal"?
Sistem yang ada sekarang tak betul.Terlalu mengejar kemodenan infrastruktur sampai terlupa asas untuk hidup iaitu makanan.Tengok macam aku ni ha,nak menaip pun gigil sebab tak lunch lagi.Apa guna PC power kalau tak larat nak menaip sebab kebulur?
Bila dah kebulur cari nasik.Mana datang nasik?Dari beraslah.Beras pulak siapa tanam?Orang kampunglah,Malaysia punya.Ye ke?.....cuba check bebaik dari mana datangnya...

Sebelum aku habiskan entri ni,aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2014,dan bertabahlah menghadapi cabaran berat ekonomi  2014.Berbelanja dengan bijak,tambahkan pendapatan.