Sepatutnya semalam ada satu entri dan hari ni ada satu entri,tapi ada masalah sikit dengan domain renewal yang masih belum selesai oleh pihak ServerFreak ( semasa artikel ni ditulis ).Disebabkan tangan dah gatal nak menulis,aku tulis jugalah walaupun simpan sebagai draft aje.
Buat masa ni aku masih kemabukan cinta dengan Corolla 4AGE.Aku ada tuliskan dalam entri lepas tentang bajet.Nampk gayanya aku tak boleh dapatkan kombinasi AE111 + 4AGE 20V Silvertop sebab harga halfcut dipercayai beyond my expectation.Lainlah tahun 2005 dulu,RM2.3k pun dah boleh dapat Silvertop.
So,kombinasi terbaik yang fit dengan bajet ialah platform AE101.Cun juga AE101 ni bila ditenung lama-lama.Dibawah adalah contoh spesimen AE101 bertenaga Blacktop yang ditawarkan pada harga amat-amat berpatutan.
Dengan harga RM11,999,nilah best deal yang aku jumpa setakat ni walaupun gear auto.Bab gear ni aku cerita hujung-hujung nanti.Dari gambar memang cun,realitinya aku tak taulah.
Dalam survey-survey aku setakat ni,varian 4AGE 20V yang sudah ditransplan masuk ke platform AE101/AE111 kebanyakannya ialah jenis Blacktop Auto.Kenapa Blacktop lebih glemer?Mohon otai-otai jawab.
Adakah semata-mata hp nya lebih sikit dari Silvertop?Ke ada isu lain dengan Silvertop?Kemudian sistem transmisi.Rasanya dalam tiga empat bijik SEG masuk enjin 4AGE 20V Automatik,cuma sebijik yang Manual.Ni sebab harga halfcut Manual mahal ke atau susah nak dapat?
Dalam entri lepas abang ipar aku ada komen,tapi tak boleh view pulak.Komen dia aku dapat baca dari email je.
Rumusan dari komen beliau ialah berkenaan Silvertop vs. 4AGE 3rd Gen (RedTop).Bang,on paper head to head 160ps vs. 125ps bang.Tau la pakai manifold RS-R ngan short shift custom,haha!Okeh2,gua respek abang ipar gua yang sanggup membela Sprinter Cielo yang agak nazak masa memula beli dulu.Entah berapa belas ribu dah hangus agaknya.
Camni bang,i have my own ‘unique’ touch.Yang penting platformnya nanti bernadikan 20V.Enjin lantai spare akan disediakan sekali.Ilmu permotoran 10 tahun lepas akan diasah kembali sepertimana projek Proton Knight 1.3 karburetor 190kmj.Persoalannya sekarang:
1)Berapa harga halfcut terkini 4AGE 20V?
2)Anggaran bajet diperlukan termasuk kos swap enjin,minor service,endorse,bla..bla.. bla..?
3)Upah overhaul halfcut tu sebelum masuk dalam engine bay berapa?
Mohon sesiapa tolong jawab…