Sabtu, 26 November 2011

Minggu Ni Maharaja Lawak Mega Kurenggg!

Siapa tengok Maharaja Lawak Mega semalam?Minggu ni temanya purbakala,tapi pada pendapat aku,hampir semua kumpulan fail untuk menzahirkan lawak dan melontarkan punchline yang bertalu-talu(komen pandai!).Persembahan kebanyakan kumpulan pada tahap sederhana sahaja,cuma yang agak menarik persembahan dari kumpulan Boboi.
Wakil dari Indonesia,Saehu aku rasa agak bijak dan kreatif tapi kebanyakan orang lambat faham mungkin sebab faktor bahasa.Tapi serius,bagi aku jenaka Saehu ialah jenaka yang bijak.Kumpulan 3G,Osbon,Pimai dan Hiro yang aku jangkakan dapat memberi persembahan menarik,rupanya tahap average saja.
Minggu ni Datuk Chef Wan kembali menjadi juri,dan kembalinya juga kritikan pedasnya yang fuhhhh!!Gua dengar pun panas baii!!Mana taknya,minggu ni aku rasa minggu yang paling mandom.Agak suram dan kurang masin.Perkataan kejadah apa aku pakai ni.
Gila kau,hadiah 350k takkan bagi persembahan level macam tu.So,ada relevannya jugak kritikan pedas Chef Wan.Owh!Satu lagi tertinggal.Kumpulan BP paling tak clear penceritaannya minggu ni.Tak faham aku,lepas tu feeling rasa bercampur-campur bila tengok Sobri yang cakap macam halilintar tu.Bob pun nampak tak cukup fit,seeloknya berehat dulu sampai betul-betul sembuh.

(Masih terkenang pantun bertalu-talu dari Osbon dan Gugurl dengan CPRnya...(Chwins Park Rangers..macam bedal je?!)

Jumaat, 25 November 2011

Cari Borang Pemastautin JAIS?

Kadang-kadang bila aku semak keyword yang orang search,agak ramai yang cari Borang Pemastautin JAIS.Dulu,borang ni boleh dimuat turun dari lama web JAIS.Sekarang dah tak ada lagi.


Segala urusan berkenaan permohonan perkahwinan akan dilinkkan terus ke sistem NCR(Nikah,Cerai dan Rujuk) JAIS.
So,sesiapa yang nak download borang ke,atau apa-apa urusan yang berkenaan sila KLIK SINI .Okeh?Daftar dan ikut arahan yang diberikan.Trimas!

Jadual Perlawanan EPL Minggu Ini,26&27 November 2011

Sebut pasal bola EPL,tak ada kelab lain yang aku minat nak cerita,kecuali Arsenal.Kelmarin,van Persie sekali lagi membawa Arsenal selangkah kehadapan dalam liga Juara-Juara dengan dua jaringan menewaskan Borussia Dortmund 2-1.
Kembali ke kancah Liga Inggeris,Arsenal masih di tangga ke-7 dengan 22 mata,sama dengan kelab Chelsea dan Liverpool.Dua pencabar baru tangga teratas EPL musim ini Tottenham dan Newcastle masih 'tegar' dikedudukan ke-3 dan 4.
Perlawanan menarik minggu ni,Manchester United vs Newcastle pada hari Sabtu dan Liverpool vs Manchester City.Mampukah Newcastle dan Liverpool mencipta kejutan?Jika ya,satu berita baik untuk Arsenal.Newcastle bertandang ke stadium yang dah tak keramat iaitu Old Trafford dan Liverpool melayan kunjungan Manchester City ke Anfield.
Perlawanan lain sepanjang hujung minggu ini:

Sabtu,26 November 2011

Stoke vs. Blackburn Rovers
Time : 8.40pm
Channel : 812/832

Chelsea vs. Wolves
Time : 10.55pm
Channel : 813

Manchester United vs. Newcastle United
Time : 10.55pm
Channel : 812/832

Sunderland vs. Wigan
Time : 10.55pm
Channel :-

WBA vs. Tottenham
Time : 10.30pm
Channel :817/831

Ahad,27 November 2011

Bolton vs. Everton (D)
Time : 2.00am
Channel : 813/832

Norwich City vs. QPR (D)
Time : 4.00am
Channel : 817/831

Arsenal vs. Fulham
Time : 1.15am
Channel : 817/831

Swansea City vs. Aston Villa
Time : 9.25pm
Channel : 812/832

Liverpool vs Manchester City
Time : 11.00pm
Channel : 817/831

Membebel(Tiba-Tiba)


Teramat jarang aku ulaskan isu hiburan tempatan dalam blog aku ni.Tapi kali ni sesuatu yang aku rasa agak 'hangat' diperkatakan seminggu dua ni.Isunya tentang pertikaian Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Lagu Terbaik yang sebelum ini adalah milik Yuna,atau nama sebenarnya Yunalis Zarai melalui lagu 'Penakut'.
Dimana-mana juga media maya hari ni memaparkan lanjutan kisah anugerah tersebut yang akhirnya berpindah milik kepada Anuar Zain melalui lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa iaitu 'Sedetik Lebih'.
Menurut kriteria RIM,Anugerah lagu Terbaik haruslah pemenang satu daripada empat sub-kategori.Bagaimanapun,Yuna dengan professionalnya memulangkan semula anugerah tersebut kepada Anuar Zain yang berasa agak 'janggal' untuk menerima trofi.
Khabarnya kesilapan berpunca dari firma audit luar rasmi AIM,Ernst & Young.Macam-macam hal...Kawan sekuliah aku dulu selalu sebut,'Kalau tak pandai kira,lain kali bawak la kalkulator!"


Tinggalkan kisah Yuna...

Gaji dah masuk,petang ni aku nak bawak wife aku makan Swedish Meatball IKEA,chicken wing dan Princess Cake.Dia yang teringin nak makan,jual nama baby dalam perut,konon-konon baby yang nak.Haha!Takpe...i know your feeling.Petang ni lepas makan kita pergi pet shop kat IKANO pulak.Lama dah tak masuk kesitu tengok akuarium saltwater.

Ini contoh akuarium yang kecik,botol kaca kat rumah aku besar.Nak dibiarkan kosong,sayang pulak.Baik letak tiger barb barang 2-3 ekor,guppy 5-6 ekor,cantik juga.Apapun yang pentingnya kena dapatkan air pump dulu.B4 dis memang aku ada bela ikan akuarium kat kampung.Selang dua minggu tukar air.Lepas aku berhijrah kebandar,air akuarium sampai surut,kotor,takde siapa nak jaga.Aku selalu istilahkan tabiat merenung ikan berenang dalam akuarium sebagai 'terapi minda'.Tinggal kat bandar ni serabut kepala,balik rumah tengok ikan berenang,kepala pun kurang stress.
Hujung minggu ni sepatutnya aku balik kampung,cuti whole week minggu depan pun dah approve.Entah macamana boleh hilang mood pulak.Selalunya aku tak pernah tak teruja bila sebut bab balik kampung.Hati masih panas lagi dengan beberapa isu dua hari lepas.





Khamis, 24 November 2011

Tertangkap Ikan Tuna Seberat 400kg

Tahun lepas,seekor tuna seberat 754 pound (342kg) dilelong pada harga $396,000 di sebuah pasar di Jepun (Tsukiji Market).Berapakah harga seekor tuna dengan berat mencapai 881 pound (399.6kg)??
Harganya dianggarkan menghampiri $500,000,malangnya untuk nelayan Massachusett bernama Carlos Rafael,ikan itu dirampas pihak berkuasa kerana tertangkap menggunakan jaring.


Menurut undang-undang Akta Konvensyen Tuna Atlantik,adalah salah menangkap bluefin tuna dengan menggunakan kaedah selain dari memancing,hand-line ataupun tempuling.Rafael menerima amaran bertulis tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.
Ikan itu dibayar dengan harga $5,000 dan menurut Rafael dia lebih rela menyedekahkan ikan itu daripada dijual dengan harga yang begitu murah.Tuna tersebut akan dijual ke luar negara dan hasil penjualan akan masuk ke poket NOAA(National Oceanic and Atmospheric Association).Malang sungguh Encik Rafael!

*sumber Reuters